Assalamualaikum
Langkah-langkah utk memohon pembiayaan pelajaran PTPTN
1. Terima surat tawaran meneruskan pembelajaran
Aku dapat surat tawaran utk meneruskan degree dalam fisioterapi di uitm puncak alam.
2.Check IPT anda boleh menerima pembiayaan PTPTN atau tidak di sini
UITM mmg boleh mintak PTPTN
3.Pastikan anda memenuhi syarat-syarat pembiayaan PTPTN. Syarat-syaratnya boleh anda dapati di sini
Baca dan pastikan korang penuhi syarat-syarat dia ke tak. Orang Nepal tak boleh amik PTPTN.
4. Pastikan anda mempunyai alamat emel yang sah
Pasal emel ni pastikan bila dah dewasa ni takpayah lah buat emel zaman kanak kanak lagi. Buat emel yang matang sikitlah bagi urusan urusan rasmi.
5. Buka akaun bank berdasarkan universiti yang anda dapat. Anda boleh check di sini
Kalau UITM - Bank Islam (BIMB)
6. Buka akaun SSPN. Boleh buka akaun ni di mana mana bank ejen PTPTN
Ejen PTPTN adalah seperti BSN, CIMB, AGRO Bank, Bank Rakyat, Bank Islam dan Maybank. Aku buka akaun SSPN dekat Maybank sbb boleh settle haritu jugak. Aku tak pasti bank mana yang kena tunggu keesokan harinya baru boleh settle akaun SSPN. MInima akaun ni RM 20.
7. Beli No, Pin PTPTN
Beli no pin ni di BSN dengan harga RM 5. Kena ingat bahawa no pin ni boleh tahan selama 6 bulan sahaja. Lebih dari tu kena beli baru punya.
8. Isi borang PTPTN secara online di sini
Buat pendaftaran kali pertama and isi lah borang borang dia. Pendaftaran secara online ni korang boleh buat satu kali sahaja. SEKALI SAHAJA. Jadi, pastikan korang check betul betul maklumat and cari maklumat-maklumat yang susah nak cari siap-siap. Sebarang ketidak pastian boleh terus telefon PTPTN. Kalau tak, korang kena beli no pin baru dan buat permohonan semula.
9. Sahkan permohonan anda setelah check 4 ribu kali. (hiperbola semata)
InshaAllah kalau dah 4 ribu kali check mesti tak ada masalah nak sahkan lagi.
10. Tunggu permohanan anda disahkan.
Ambil masa dalam seminggu selepas tarikh permohonan tamat.
11. Boleh amik WPP.
Wang pendahuluan sebanyak RM 1500 utk korang bayar yuran pengajian, yuran kolej dan persiapan masuk IPT. WPP ni boleh mintak time buat permohonan masuk IPT. Aku tick 'right' yang aku nak menerima WPP time buat permohonan penerapan dulu. Cek bernilai RM 1500 itu hanya boleh dicashkan di bank CIMB sahaja. Tak boleh guna cara lain.
12, Print borang- borang PTPTN bila permohonan anda diterima. (80gsm)
Semua borang ni kena ada 2 salinan. Isi tarikh dan sign di mana yang perlu sign. Dinasihatkan guna pen hitam utk kegunaan surat surat rasmi macam ni.
13. Beli setem hasil
Beli setem hasil 2 ketul di mana mana pos office berdekatan. Dan tampal di borang yang perlukan setem hasil utk ditampal.
14. Dapatkan tanda tangan pegawai kelas A.
Aku ambik tanda tangan Ketua Jabatan kos aku. Pastikan pegawai kelas A korang sama utk kedua dua salinan PTPTN.
15. Sediakan dokumen sokongan.
Dokumen sokongan hendaklah bersaiz A4 (80gsm) berwarna putih dan tidak perlu disahkan,
Dokumen sokongan yang perlu disediakan:
a) Maklumat permohonan pembiayaan
b) Salinan IC pemohon
c) Salinan SPM
d) Salinan surat tawaran
e) Salinan buku akaun
f) Salinan transkrip keputusan peperiksaan (STPM, Matrikulasi, Diploma)
g) Salinan slip gaji/ salinan borang cukai pendapatan/ salinan kad pesara/ salinan penyata pencen/ surat pengesahan pendapatan/ surat pengesahan tidak bekerja PENJAGA PERTAMA
h) Salinan slip gaji / salinan borang cukai pendapatan/ salinan kad pesara/ salinan penyata pencen/ surat pengesahan pendapatan/ surat pengesahan tidak bekerja PENJAGA KEDUA
i) Salinan surat pengesahan masih belajar di IPT ( budak sem 2 dan ke ats)
j) Salinan keputusan peperiksaan setiap sem sebelumnya. (budak sem 2 dan ke atas)
16. Susun Atur segala borang.
Jadikan borang kepada 3 bahagian.
Bahagian 1. Satu salinan segala jenis dokumen perjanjian
Bahagian 2. Satu lagi salinan segala jenis dokumen perjanjian
Bahagian 3. Segala jenis dokumen sokongan.
Do not stapler segala borang sebab kenkadang dorang tak bagi ( yang the very particular about this borang) Just guna klip utk pile up borang korang ni. No komot komot borang korang ni. Pastikan cantik tiada kesan liquid, TIADA KESAN LIQUID ya! Kalau tak, dorang suruh print baru.
17. Datang pada waktu yang ditetapkan bila pihak PTPTN akan hadir ke IPT anda utk kutip borang.
Kena peka dengan HEP. Macam HEP aku, diorang ada tampal list yang aku ni budak kelompok mana and PTPTN akan datang bila, di mana, utk hantar all those borang.
18. Datang awal dan ambil no. giliran anda.
Bila diorang cakap start pukul 8, kau rajin rajinkan lah sikit datang awal dari pukul 8 sbb sekarang ni PTPTN guna sistem bernombor. Datang awal, habis awal. Datang lambat, nombor habis, tunggu keesokan harinya pulak. Bila dah datang tu jangan lupa bawak ler pen dan apa apa stationaries. Kot kot ada benda tertinggal atau salah yang perlu pembetulan. Pembaris pun kena bawak.
19. Palang (utk kegunaan PTPTN sahaja) atau cop (utk kegunaan PTPTN sahaja)
Korang boleh pilih nak buat sendiri palang dua dan ditengah tengah letak 'UNTUK KEGUNAAN PTPTN SAHAJA' atau pergi dekat kaunter cop cop dan suruh diorang cop "UNTUK KEGUNAAN PTPTN SAHAJA' Motif buat semua benda ni adalah so that pihak PTPTN tak boleh menyalahgunakan salinan salinan IC korang utk benda benda yang tak patut.
20. Ikut cakap pihak PTPTN yang hadir, bawa bersabar dan anda beres!
Ada kaunter, korang ikut je perjalanan kaunter tersebut dan korang boleh balik lepas beres segala benda.
Ini adalah langkah-langkah untuk memohon PTPTN bagi tahun 2014. Sebarang pertanyaan boleh kemukan terus kepada pihak PTPTN. Aku hanya bagi rough idea bagi noobers di luar sana mcm mana nak handle PTPTN. Sesiapa yang dah minta PTPTN time diploma, korang kena buat penangguhan dulu utk mintak PTPTN for degree.
Perlu ke minta PTPTN time diploma?
Kalau yuran korang tak banyak, korang can afford yuran, korang mahu meneruskan degree, jadi adalah sangat dinasihatkan tak payah mintak ptptn time diploma. Hal ini adalah kerana hutang korang akan pile up menjadi sangat banyak dan korang akan bersusah payah utk bayar balik all those hutang. Tapi segala keputusan haruslah atas bual bicara korang dan parents. Fikirkan baik baik. Fikirkan dalam dalam. Fikirkan mcam mana masa depan nanti.
Duit yang diberi PTPTN berubah-ubah?
Duit yang kawan korang dapat maybe tak sama dengan korang ats sebab sebab tertentu. Contohnya gaji ibu ayah melebihi paras tertentu. Adalah tu pengiraan dorang mcm mana nak bagi duit. Aku just dapat ngam ngam nak bayar yuran je,
Positif mind dalam PTPTN.
Jangan lah korang depressed sangat korang kena berhutang ni. Sebenarnya ambik hutang macam ni membuatkan korang ada pegangan yang teguh sikit bila korang bekerja nanti. Bila habis belajar, korang kena terus cari kerja utk bayar balik hutang korang. Takde meleweh meleweh malas nak cari kerja. So dalam diam dia menolong korang jugak senyap senyap. Be positive.
Okay. Itu je kot utk post kali ni. Aku harap post ni cukup berinformatif utk korang bakal bakal peminjam PTPTN.
Assalamualaikum