Monday 13 November 2017

My Experience with SIC Merchandise during Formula 1 F1nale #SeneyXSepang

Assalamualaikum,

Disebabkan sekarang ni mmg tengah rajin menanam anggur dekat rumah, and I thought 'Yeah, why not tell my experience sepanjang berada di Sepang International Circuit'. So, here I go.

Untuk yang tak tahu lagi, I was involved with SIC Merchandise because there is a friend of mine who posted a partime/volunteer vacancy for Formula 1 F1nale on his ig story. He was a staff at SIC Merchandise. During that time, I was so bored at home and mmg takde duit gila. So, I decided ' Yeah. Sure. Why not have a partime job. Seminggu je kerja dia. ' So, I did. I asked for the job.

It was a quite a tough decision. Sebab aku dah boleh agak mesti jadi cashier. Lepastu, kali terakhir aku jadi cashier was back in 2010, I was a cashier at Guardian Saujana Prima. So, that was looooooong ago. Serious dup dap dup dap je rasa untuk buat keputusan. To make me more at ease, aku ajak my friend, Laila to join me for that partime job.

So, we went to the shop the next day for an interview. Pakaian mmg seriously casual nak mampus. Only jeans and blouse. Mmg ah. Jadi cashier je pun. Lek lek je. Kawan aku (which yang staf dekat situ) siap kritik lagi orang orang yang pakai smart smart ya amat for this kind of interview. Haha. Just be casual guys. This is not formal.

Soalan dia pun biasa biasa je weh. Takde pun pasal ekonomi Malaysia. KBKK ke. Kak Mimi (my supervisor) asked me :
1. Boleh ke datang kerja awal awal pagi?
2. Boleh ke balik kerja malam malam?
3. Boleh ke bangun pagi?
4. Duduk mana?
5. Sebelum ni buat apa?

And she told us to read through the rules and regulation (contract kerja), isi borang and sign borang. After that, we are officially hired. Kitorang diminta untuk datang kerja on date yang dia sertakan.
Senang jo. Haha

But then.. Jeng jeng jeng! My first nightmare menjelma! Laila told me yang dia ada interview kerja during that time (waktu start kerja) and dia nak sangat that kerja. So, dia nak sangat go to that interview. And.. me, being a good friend, told her to perform her very best for her interview and just let go of the partime work. And thank god! She got the job! Proud of you, Laila!

So, disinilah aku, keseorangan. *sobs
During my first day of work, aku was like sedih and nervous gila sbb takde kawan. Kena banyak tanya org mintak tolong ajar itu, ajar ini. Haha. Sedih la. Takde kawan. But, masa tu jugak aku belajar utk cari kawan baru. All of them was super friendly and aku berkawan rapat dengan sorang budak ni, her name is Wafi. We just met that day but we just clicked terus.

So, kerja after that was not so awkward. But, first day kerja was so tiring. Penat gila nak mampus sumpah aku tak tipu. Kitorang start pukul 9 but, kitorang habis lewat malam gila, pukul 11 rasanya. Weh. Lama gila. Sumpah lama nak mampus. Aku mmg drained energy gila. Kak Mimi mcm perasan dgn muka aku sampai dia tertanya tanya pasal condition aku.

'Isney okay Isney? Kalau tak okay, ckp tak okay. Kang tiba tiba esok tak dtg kerja pulak kang'

Aku was like 'Har... Har... Harr...okay je.' tapi muka pucat gila and aku mmg terfikir nak lari dari kerja. Hhahahahaha but then, aku terus waras balik and fikir 'I NEED THIS MONEY!' So, aku terus sangkut dengan kerja ni. Haha


Keesokkan harinya, more and more budak datang for kerja. Stock keepers and volunteers from UUM.
Ramai gila kawan aku daripada Semenyih datang kerja kat sini jugak and I was very thankful for that sbb aku boleh jumpa diorang balik. Talked with them. Have fun with them. They all were such a joy. Aku rasa aku seronok sebab aku jumpa kawan kawan lama aku balik time kerja dekat sana. Volunteers from UUM also rajin rajin belaka. We clicked right away and they all pandai buat kerja. So, yeah. We became part of the family.

During our orientation, we were asked to introduce ourselves. Macam biasa, kena ingat nama semua org, nanti Kak Sya (our manager) akan tanya balik siapa nama budak ni, siapa nama budak tu. And, after that, kitorang nyanyi lagu Negaraku sama sama. So, time tu boleh nampak siapa foreigner siapa pendatang tanpa izin. Hahaha

Mcm biasa, kerja mmg sangat memenatkan sebab we always need to wait. Need to wait for stocks to come. Need to wait for this. Need to wait for that. So, menunggu itu yang memenatkan actually. Pishang. Haha. Kerja dia rilek rilek je sebenarnya. Fun. Tapi bab menunggu tu, ya ampun sayang, penat badan akak ni ha.
'
Aku diberikan job untuk jadi booth cashier dekat K1. So, dekat Sepang ni ada beberapa view. Ada Main Grand Stand (MGS), ada K1, ada C2, ada Paddock. So, aku dapat dekat K1 which is tak jauh pun daripada kedai tu. Just atas bukit je. Aku boleh pergi balik jalan kaki je. My promoter is Fiza, and my stock keeper is Zahid. They were assigned in my team.

During D-Day, kitorang kena datang kerja pukul 7 pagi. Gila awal nak mampus. So, pukul 6 lebih tu dah kena gerak dari rumah. Aku diberikan hotel. So, aku gerak je lah dari hotel. Dekat sikit. Sampai je dekat sana, tak sempat breakfast apa semua, terus gerak ke tempat/booth masing masing. Siapkan booth. Susun susun barang untuk bukak kedai. PC semua kena bukak. Dalam pukul 9.30 gitu lah kitorang ready utk receive customers.

Ish Kemasnya susun semua barang. Booth siapa lah ni?

Disebabkan aku dah lama gila tak jadi cashier, cuak dia mmg gila babeng cuak nak mampus. Aku terpaksa belajar dari awal macam mana nak set up the PC, how to scan barang, how to key in the amount, how to multiply barang, how to guna terminal card credit and so on. And semua tu mencabar pada awalnya. Through the end of the day, I gained my momentum on how to be a cashier and benda tu jadi senang je. Kachang! *wink

Satu bunny liar sesat dalam Sepang

Tips Seney
1. Semasa supervisor ajar, boleh record semua yang dia cakap/ajar
2. Masa bagi duit baki, check at least 2 kali. Aku check 3 kali kot.
3. Buat sistem, cashier scan barang, promoter boleh letak barang yang disimpan tu dalam plastic bag so that kerja jadi efisien.
4. Don't give the barang kalau money transaction tak habis lagi.
5. Always greet customers even though customers tu jalan je depan kedai kau.
6. Talk to them. They really enjoy people asking questions and conversations.
7. Bertolak ansur. Experiencing Formula 1 is a golden experience. Semua orang nak tengok. So, bertolak ansur. Sorang pergi tengok dulu. Dalam 15 min, jaga kedai and suruh orang lain pi tengok pulak. Gilir gilir macam tu. Janji kena ada orang jaga kedai utk elak agenda agenda kecurian.
8. Don't percaya pada siapa siapa. Kalau nak leave for a moment pun, aku akan click 'User lock" untuk lockkan diri aku so that takde siapa boleh guna sistem melainkan dia masukkan id dia sendiri.

Kebanyakan customers during Formula 1 were foreigners. Speaking in English tu dah mcm wajib gila. Time ni kau dah selalu sangat cakap bahasa inggeris sampai customer malaysia yang cakap melayu pun kau englishkan dia. Hahahahaha.

Customer Melayu datang
Customer Melayu : Dik, topi ni berapa dik?
Isney : Which one? This one? This one is RM70. This one is also RM70 and this one is RM60. 
Customer Melayu : Okayy.... nak topi ni satu.

Ya semua. Aku Inggeriskan semua orang.
Ada banyak jugak experience yang unik and susah untuk aku lupakan. Seperti ....

Scene 1

Isney tengah pishang. So, semua org yang lalu depan kedai aku greet.
Isney : 'Hello.' 'Good Morning' 'Morning!!'
Then datang satu mamat ni, masuk dalam booth.
Isney : Yes sir. How can I help you?
Customer 1 : Hello yes. Where is the toilet?
Isney : Yes sir, If you go straight this way and turn left, you'll see a toilet over there. 
Customer 1 : Beautiful. Thank you.
Isney : Most welcome. Enjoy the race!

Customer bukan nak beli. Tapi nak tanya toilet da. Bukan dia sorang je tau. Ramai gila yang tanya pasai toilet. Hahahahahaha. So, kitorang ni dah mcm pen-tanya arah jugak ah.

Scene 2

Customer 2 : Hello, do you know where I can find the program?
Fiza : You have to ask the customer service for that.
Customer 2 : Okay. So, how about you get me one of those program, and I give RM400 for that?
Fiza : KJDBHWGFDIHJOSKWH *mindblown

Yes. Ada customer yang sanggup bayar beratus ratus untuk kertas tentatif program. Unbelievable kan?

Scene 3

Isney tengah sibuk layan customer and then satu customer datang.
Customer 3 : Hello, so, do you smoke? *tanya dekat aku
Isney : Fortunately, I'm not. 
Customer 3 : How can I get some smoke out here?
Isney : *panggil Zahid sbb dia smoke and dia lebih arif pasal hal ni.
Zahid : Hmm. We do not sell cigarettes here. But, if you go to the smoking area, maybe you can find someone who smokes right there. So, if you are lucky, maybe they can give you some cigar for free. 
Customer 3: Right. Nice idea man! Thanks
Zahid : Most welcome. Enjoy the race!

Yes. Dia tanya aku smoke ke tidak. Muka smoker ke aku ni? Haha

Scene 4

Bila hujan lebat turun.
Semua orang masuk dalam booth nak tempat perlindungan.
Bila hujan dah reda.
Semua keluar.

Bila panas terik.
Semua masuk booth sbb nak kipas.
Bila dah sejuk sikit.
Semua blah.

Yes. Kami dipergunakan sebegini. Sadis. Haha.

Scene 5

Tengah berborak dengan customer and then, jet lalu betul betul atas kepala.
Time tu kau akan dengar bunyi yang kuat gila nak mati sampai semua sound surround kau mmg kau tak boleh dengar. Aku dengar bunyi bingit je dalam telinga. Berdesing
My ears sting for a second or two.
And that was my first time experience jadi pekak sampai gitu sekali sebab jet lalu.
Maybe sebab the jet lalu dekat gila dengan kita, so mmg kuat gila nak mampus bunyi dia.

So, if you can't use to this, use earplugs guys!

Scene 6

Customer 4 : Can you give me that t shirt in Large. This t shirt in Extra Large and that one in Small. I also want that shirt in Large. How much are them?
Isney : Okay. That would be RM 322, sir. 
Customer 4 : RM 322? Quite cheap ay? *sambil keluarkan duit 100 and 50 yang kepuk kepuk banyak nak mampus. 
Isney : )(&@#(*@^#*(@)*#@)& *mindblown 

Jadi, itu adalah pengalaman pengalaman yang aku jumpa time Formula 1. But, what is my experience watching the race itself?

So, aku tak pernah tengok apa apa race kereta. A total noobie. So, my first to actually watch the game, I would say I got goosebumps all over my body, The race itself was amazing. But, semangat and the love of the people who come from different parts of the world, together in Sepang to watch the F1nale of Formula 1 right here, in Malaysia mmg sumpah INCREDIBLE nak mampus. Aku dapat goosebumps bila setiap kali racer lalu and diorang was cheering, gave standing ovation and melayangkan bendera. The seats were full of people. And everyone was like so immersed with the race and loving the moment sampaikan bila aku tanya " How was the race?" Semua orang cakap "It was amazing. I enjoyed myself " Even though pasukan diorang tak menang pun. Aku rasa diorang just loving the moment they were here.

And semua foreigner mcm felt what a shame lah, kenapa this year the Finale? Kenapa tak sambungkan je. Semua orang suka tengok Formula 1 dekat Malaysia. It's more economical, they love the weather, they love the food and they love the people. So, semua orang cakap dengan aku diorang rasa terkilan kenapa Formula 1 nak ditamatkan at Malaysia.

So, yeah. Goosebumps.

The view from K1. Worth it every penny. 


At the end of the day. I was lucky to be paired with both Fiza and Zahid. Both of them do their job well. The three of us make a great team. Seriously, I was so proud of the three of us. Banyak barang yang terjual and sells kitorang pun banyak jugak. GOODJOB gais! Seriously, semua ni takkan dipermudahkan kalau aku tak dipair up with dua orang ni. Fiza selalu rajin greet and layan semua customer. Dia pun banyak tolong aku here and there. Zahid did really well in making sure semua stock tak short/dicuri. Dia selalu make sure the booth look pretty and always make us comfortable. Betulkan kipas lah. Betulkan khemah lah. Seriously, u done a good damn job, bro!

So, these are my golden experience during Formula 1 F1nale.
Hope you guys enjoy the read.
Till we meet again in the next post.
Assalamualaikum


SIC Family
Yeay. Budak Seney was here during the last ever, The F1nale of Formula 1 in Malaysia

Bye. 




Thursday 21 September 2017

Special Children

Assalamualaikum

Jika kau tanya aku 'Apakah Pengalaman Yang Aku Takkan Lupa Selama Aku Praktikal?', cerita ini adalah jawapan yang paling tepat buat aku!

Pada hari tersebut aku sebenarnya ditugaskan untuk naik ke wad. Macam biasa, aku naik, kerahkan tenaga dengan memberi rawatan sepatutnya kepada pesakit aku (dengan bantuan fisio, of course) dan aku turun. Sebelum aku masuk ke bilik seminar, fisio aku kata:

Fisio : Isney, nanti pukul 2 ada satu patient turun. Buat exercise utk dia ya? Patient obese.
Isney : Okay encik. Pukul 2 kan? Treat mcm biasa?
Fisio : Haah pukul 2. Buat macam biasa je. Kalau dia tak datang, bagitahu saya.
Isney : Okay encik.

Jadi, pukul 2 tu patient aku datang. Tubuh comel comel, kanak kanak perempuan, umur 10/11 tahun mcm tu, senyum je dia.

Isney : Nama siapa?
Patient : Ali *nama bukan nama sebenar**budak ni perempuan tp aku bagi nama lelaki, ya gais*
Isney : Oh... kenapa masuk hospital?
Ali : Sebab nanti nak kena surgery, sebelum surgery doktor suruh exercise, kuruskan badan dulu.
Isney : Oh.. yeke.. Okay, jom kita pergi dekat sana, timbang berat badan dengan amik tinggi. Jom! *sambil menghala dekat satu alat penimbang ni*

Isney : Okay.. berat ** kg, tinggi ** kg. Lepas ni, bila datang lagi, kita akan kira balik berat dengan tinggi utk tengok ada kemajuan ke tak. Okay? Sebab tu makan dah kena jaga, exercise pun dah kena buat. Boleh?
Ali : Hehe. Boleh *sambil sengih sengih nampak gigi comel dia*

Jadi aku pun mulakan preskripsi exercise untuk Ali dengan berjalan sekitar koridor selama 20 minit. Dalam pada dia berjalan tu, kitorang ada jugak berbual macam macam lagi. It is important utk tackle emosi kanak kanak so that diorang comfortable dan suka nak exercise dengan kita.

Belum lagi exercise berjalan ni habis, muncul lagi satu budak perempuan yang obese jugak turut serta berjalan bersama sama dengan Ali. Budak ni tak senyum dekat aku macam Ali. Dia tak jawab soalan aku mcm Ali. So, aku agak budak ni susah sikit nak tackle dia berbanding kanak kanak biasa. Aku pun biarkan aje.

Tapi, apa yang aku notice time ni is, walaupun budak ni tak menjawab soalan soalan yang aku lontarkan dekat dia, tapi fokus dia mcm jatuh ke benda lain. Dia tanya ' Kolam dekat belakang tu kolam apa' 'Sekarang pukul berapa' 'Kenapa kolam tu berbunyi' 'Kolam tu utk patient apa' dan banyak soalan lagi. Tapi, yang aku tak berapa nak puas hati ialah, time budak ni bertanya tanya, tanya itu, tanya ini, tapi dia tak berjalan pun. Dia berdiri je. Berjalan pun tiga round sahaja. Dalam 20 minit tu, TIGA round sahaja dia jalan! Lepas dah 20 min, dia keluar dari koridor dan terus masuk gym.

Time ni, aku dah 'Eh? Dah kenapa dia ni?'

Jadi, seterusnya aku bagi preskrepsi yang sama kepada Ali dan juga Abu. Yes. Aku censoredkan jugak nama dia. Nama budak tu Abu. Selepas berjalan, kita berbasikal. Yesza!

Aku bagi lah Ali dan Abu ni berbasikal sama sama, sebelah menyebelah selama 15 minit. Boleh ada geng lah konon. Dalam pada itu, aku pergi tengok pesakit pesakit lain yang ada dalam gym tu juga. Ramai pesakit lain ya hari itu. Ramai. Dan, tiba tiba...

Ali : Akak, saya tak nak exercise dengan dia... *adumak dah kenapa...*

Ali terus meluru dekat aku sambil mengadu merayu rayu dekat aku yang dia tak mahu exercise dengan Abu.

Isney : Lahh.. Dah kenapa?
Ali : Dia cubit cubit saya, akak.

Alamak. Main cubit cubit pulak. Tapi time ni aku mcm buat bodoh je acah tak acah nak amik serious aduan Ali. Aku pun pujuk dia utk teruskan berbasikal sbb ada baki lagi 3 minit je lagi. Ali pun makan dengan pujukan aku dan terus pergi basikal. Tapi, sampai je dekat basikal. Diorang gaduh lagi. Dan, kali ini, depan mata aku sendiri Abu cubit cubit dia. *sigh*

Isney : Kenapa awak cubit dia? *aku tanyakan dekat Abu*
Abu : ..... *masih lagi bergaduh dengan Ali
Isney : Dah! Dah! Dah! Jangan cubit cubit. Jangan gaduh gaduh. Nak rebut stopwatch sangat, nah amik. *Time ni aku bagi sorang satu stopwatch sebab aku perasan Abu curi stopwatch yang ada dekat Ali. Patutnya kongsi jelah stopwatch yang ada sebab diorang pun start berbasikal pada waktu yang sama. Tak ada MASALAH LANGSUNG UNTUK BERKONGSI YA ANAK ANAK.

Tapi, tiba tiba Abu...
Abu : KAU NAK MENUNJUK NUNJUK AH DEKAT AKAK NI KAU BUAT EXERCISE? KAU NAK TUNJUK KAU PANDAI AH KAN? *Abu mula maki maki Ali*
Aku mengeluh.
Drama nak mula.
Nak amik popcorn tak boleh.
Diorang ni tanggungjawab aku.
Isney mengeluh.
Abu : HA! KAU SAJA JE KAN NAK MENUNJUK DEKAT AKAK NI KAN? *tangan Abu mula nak cubit Ali lagi*

Time ni aku dah tarik Ali ketepi dan aku dah decide untuk bagi diorang exercise asing asing. Exercise together is a bad idea. Kang tiba tiba ada adegan menangis pulak dalam gym ni. Takpun tumbuk metumbuk. Drama sangat. Adeh.

Jadi, Abu terus berbasikal, manakala Ali pula buat naik turun tangga. Selepas Abu habis berbasikal, Abu datang ke tangga untuk buat naik turun tangga jugak.

Ali : Akak, taknak buat exercise dengan dia ni, akak..... *bisik merayu rayu dekat aku*
Abu : AHHH. KAU TAK PAYAH NAK TUNJUK PANDAI DEKAT AKAK NI LAAAHHH!

Adeh.
Diorang nak gaduh lagi.
Adeh.
Adeh.
Adeh.
What should I do?

Jadi, aku jarakkan sikit diorang berdua ni jauh jauh! Sorang buat dekat nun hujung sana. Sorang lagi buat dekat nun hujung sini! Time dah jauhkan diorang tu, aku mulakan soal siasat aku kenapa kenapa kenapa kenapaaaa diorang ni bergaduh. Ali cakap Abu mmg macam tu. Sebelum ni pun, dia selalu bergaduh dengan Abu kalau datang fisio. Sebelum ni, ada satu akak fisio pernah terkena kasut dekat kepala dia sebab Abu ni baling kasut dia directly nak kena fisio tu.

Damn! *tiba tiba aku teringat cerita satu kawan aku - cerita benar. Time ni semua puzzle mcm berkait, menjadi betul*

Aku pun pergi dekat Abu pulak. Abu tak buat exercise. Dia tengok orang. Tengok jam. Time aku datang dekat dengan dia, dia mula borak panjang dengan aku tapi tak sambung buat exercise pun.
'Sekarang pukul berapa kak?'
'Kenapa pesakit tu pakai benda tu kak?'
'Kenapa pesakit tu buat mcm tu kak?'
Aku jawab je semua soalan yang dia bagi. Jawab je. Layan je. Tapi, the clock is ticking, but you are not doing your exercise.

Why?

Isney : Abu, lagi 8 minit lagi ni, sambung naik turun tangga ya.
Abu macam tak keluarkan usaha pun nak naik turun tangga yang satu anak tangga tu aje! Satu anak tangga ya tuan tuan dan puan puan.
Aku rilek lagi time ni.
Isney : Okay Abu, lagi 5 minit ni. Sambung jom!

Sekali...

*face palm*

Abu : AKAK TAK PAYAH NAK MENGAJAR SAYA OKEH! AKAK TAK PAYAH NAK TUNJUK PANDAI *Abu dah mula maki aku dan masa ni, satu gym tu pandang kitorang. YES. SATU GYM ya tuan tuan dan puan puan*

Time ni aku mula rasa yang aku boleh control dia lagi. Tak ada masalah. I can do it.

Isney : Akak bukan apa, lagi 5 minit je lagi ni. Tapi Abu tak buat exercise pun.
Abu : KAUTAK PAYAH NAK MENGAJAR AKU. AKU TAHU LAH NAK BUAT APA. KAU TAK PAYAH NAK TUNJUK PANDAI DEKAT SINI. *yes. maki lagi. *

Kalau seorang jadi api. Tak guna jadi api jugak. Baik kau jadi air.
Isney : Okay. Bawak bersabar. Sabar banyak banyak. Teruskan je. Lagi 4 minit je lagi.
Abu : SABAR! SABAR! APA SABAR SABAR?! KAU TAK PAYAH NAK AJAR AKU LAH! * lempar botol air dia dekat aku *

DIA LEMPAR BOTOL AIR DIA YANG BERAT DENGAN AIR TU DEKAT AKU WEI.
Aku elak.
Nasib baik aku elak gais.
Nasib baik.
Kalau kena badan aku tadi, aku dah meletup dah dekat situ.
Botol tu kena dinding dan botol tu pecah. Air dia bersepah dalam gym.
Boleh bayangkan tak kuat ke tak dia baling botol tu?
Muka aku dah merah tahan marah.
Pesakit lain semua terkejut tengok tindakan dia.
Semua orang mcm ' Dah kenapa dengan budak ni? Apa masalah dia?'
Dan.. tiba tiba mak dia datang menyelamatkan keadaan.

Mak : Abu kenapa... terkejut mak dengar jerit jerit dari luar. Abu Kenapa.. Akak ni nak ajar Abu buat exercise je. Buat ya nak... Ha. Naik tangga tu... Naik jom.. Mak nak tengok Abu buat...
Abu pun naik tangga satu satu. Slow slow dengan pujuk rayu mak dia.
Mak : Alah comelnya Abu buat exercise......... Nak mcm ni lah.... Okay cuba buat lagi.....

*sigh*

Nasib baik mak Abu datang dan menyelamatkan keadaan dari jadi lebih agresif. Kalau agresif mulut je aku tak kisah. Bila dia dah cuba baling membaling dan mungkin akan mencederakan orang. Aku risau. Abu mula buat exercise tapi perlahan sangat dengan muka tak puas hati dia tu. Aku cuba jadi penguat semangat dia dekat tepi pun tak jalan. Dia tarik muka habis dekat aku. Tak nak kawan aku langsung. Ceh!

Tapi, Alhamdulilllah.. Lepas aku pujuk pujuk dia buat exercise jugak. Mak dia pun pujuk pujuk sangat. Lepas tu aku tarik minat dia dengan bercakap pasal kucing aku. Siap tunjuk gambar semua, Rupanaya Abu ada kucing yang sejibik macam aku. Minat dia is kucing. So, aku cerita pasal kucing aku. Dia tunjuk gmbr kucing dia. Aku puji melangit kucing dia comel gila nak mati. Then, lama kelamaan, Abu mula minat dengan aku. Lama gila aku cuba nak tackle minat dia. Lama gila gais. Sumpah lama. Bermacam nada lembut merayu dah keluarkan. Semua sifat keibuan aku, aku lontarkan dekat Abu. Semata untuk awak ya Abu. Muah.

And,  Yes. Lepastu dia okay dengan aku. Dia mula berborak dengan aku. Gelak dengan semua jokes aku bagitahu dia.  Siap salam cium pipi dan excited nak jumpa aku minggu depan pula.

Sorry dik, minggu ni akak last practical. YES! *joget joget*

Yang kelakarnya, kawan aku which were August dan Brendan, said this to me,

August : Isney, nasib baik you yang treat budak tu. Kalau saya, boleh jadi perang dunia ketiga tau!
Brendan : Isney, I was impressed lah by how you handle that kid. Kalau saya, mesti saya dah marah dia balik punya.

Aren't they sweetest?

Tapi, yes. Aku banyak belajar dengan situasi ni. Aku belajar yang kanak kanak mcm ni, istimewa sikit. *Abu is autistik* Aku tak boleh nak go hard happy and high dengan children yang mcm ni. Aku kena cool dan penuh kelembutan dan keibuan sepatutnya. Because, this type of kid, need more attention. They want that 100% of attention is to them tanpa sharing dengan orang lain. If you treat me, you have to treat me only. So, that's how I learn. I learn that in the bad way. But, I am very proud of myself sebab dapat overcome kes ini dengan penuh positiviti. Yes.

You taught me how to handle special kid like you.
You gave me new, expensive experience that I will never forget.
You turned my day from the most horrible to the most interesting day I have ever been.
So. Yeah.
Thanks, Abu bukan nama sebenar. For sure I'll remember you real name after this.

Kes tutup dengan baik. Tak ada orang cedera parah. Tak ada orang patah hati. Tak ada orang rasa malu. Tak ada orang rasa marah.

Yeah. That's my experience. How about yours? I hope you learn from mine. :)

Assalamualaikum.

Wednesday 6 September 2017

#5PotatoesOnVacation Penang Travel Guide and Review

Assalamualaikum,

Harini aku nak bagi honest review untuk beberapa tempat menarik yang sempat aku pergi semasa aku dekat Penang. Aku bukan orang Penang, aku just banyak kali pergi Penang sebab aku pernah praktikal dekat sana and bila aku praktikal dekat Kedah pun aku banyak kali pi sana. So, straight to the point. Jom, check it out!

1. Roti Canai Transfer

Korang patut cuba breakfast dekat sini.
Dia bagi ayam sampai 1/4 weh!
Lepastu kuah dia mmg sedap gila. Dah ah aku mmg suka kuah banjir cenggini. 
**** bintang

2. 3D Dark Mansion


Entry price : RM19.10 - student card. RM20 - adult. Ground floor dark mansion ni biasa biasa aje. Aku rasa bosan sikit sebab dia macam 3D mural yang kau boleh posing posing tgkp gmbr tu. Aku dah selalu sgt posing dekat mural 3D ni, so benda ni langsung tak excitedkan aku. 
Tapi.. Tapi..
Tingkat atas dia is a whole new world. 
Mural dia semua glow in the dark!
Best best. 
Tapi, aku lagi berharap dia penuhkan tmpt tu dengan semua benda glow in the dark instead of 3D mural yang mmg dah bersepah boleh nampak dekat mana mana tu, sbb itu specialty diorang. 
Mural glow diorang cantik sgt and everything is so colorful. Staf dia pun very friendly nak tolong amikkan gmbr cemana.
*** bintang


3. Street Art Penang
Arts dekat Penang ni mmg banyak. Kau kena pandai and rajin cari je. 
Untuk menjadi tarikan tourists, aku rasa mmg menjadi ah. Sbb benda ni free je.
Time aku dtg tu, mmg ada banyak bas jugak ah yang bawak tourist dekat sini. Nak amik gambar dekat setiap arts tu pun kena beratur. Posing pun kena buat buat berani tak malu malu sebab time kau posing tu, banyak mata mata tgok kau tengah tunggu giliran diorang pulak. Haha
** bintang

4. Wonderfood Museum Penang




Entry price : RM25 - adult. Wonderfood museum ni pun kawan aku jumpa secara tak sengaja. Time tu kitorang nak cari makanan, tiba tiba terjumpa museum makanan ni. Jadi, kitorang pun termasuk ah. Haha
Bagi aku museum ni mmg best gak.
Gempak doh semua makanan diorang. Mcm real gila. Kau mmg akan lagi lapar ah bila masuk muzium ni. Ada banyak sgt tempat yang korang boleh amik gmbr and semua staf dia pun mmg friendly and volunteer utk amikkan gmbr utk korang. 
***bintang 

5. Bukit Bendera Penang Hill


 Penang Hill ni aku pergi dah nak dekat 5 kali. Sebab harga utk student murah je. RM5.
Siang aku dah pergi, malam pun aku dah pergi. Dua dua ada pros and cons dia.
Bila kau pergi waktu siang, kau boleh tgok pemandangan cantik yang membezakan bangunan bangunan and laut. Gambar pun akan nampak keriangan muka korang nanti. Boleh bergambar dengan ular/ burung time korang sampai dekat atas sana nanti. 
Bila kau pergi waktu malam pulak, ular dengan burung tu dah takde. Diorang sampai pukul 6 je. Pemandangan still lawo. Tapi, laut dengan bangunan tu tak nampak dah. Yang nampak is lampu lampu yang banyak gila and mmg lawo ah. 

Lepastu aku masuk muzium bee/lebah. Nego punya nego, aku dapat masuk dengan harga RM5 je /kepala. Lepastu tgkp gmbr dekat aisle yang ada bentuk love love tu. Mmg cantik gila ah benda ni time waktu malam. Nanti gmbr souvenir tu kau boleh beli dengan diorang. Nak beli madu lebah dia pun boleh. 

Siang pun ada benda ni. Cuma, lampu lampu dia tu dia tak pasang ah. Gila apa nak membazir pasang lampu warna warni time siang siang?
*** bintang

Tapi, korang kena prepare mental dan fizikal ah bila pergi weekend. RAMAI GILA
SUMPAH RAMAI GILA NAK MAMPUS
Aku beratur nak dekat 2 jam dekat luar tu. Tak masuk train lagi.
GILA LAMA. 


6. Restoran Terapung Pulau Aman


OMG. Kalau datang Penang, korang kena mai sini makan mee ketam/udang dia. Sangat fresh gila nak mampus. Semua seafood dia mmg baru je keluar dari laut dan terus ke dapur!
Bila makan tu, woi dapat rasa laut weh. Manis seafood campur masin laut. Nak menangis terharu gila weh time makan benda ni. Sedapnyaaaaa *menangis dekat bucu
***** bintang


7. Rumah Kelahiran P Ramlee
Rumah P Ramlee ni free je weh. 
Mmg best jugak dekat sini sbb korang boleh belajar macam mana asal usul P Ramlee time dulu dulu. Mmg banyak ah barang barang antik yang susah nak jumpa skrg ni, tp ada dekat sini. 
Aku mmg amazed jugak time pergi sini. Mmg best.
*** bintang

8. Ais Tingkap Window Sherbet
Cendol abang ais tingkap ni mmg sedap weh. Aku suka gila sebab red bean tu dia letak banyak gila. Gula pun sedap sedap gitu. Lepastu santan dia tak rasa mcm air, masih rasa santan!
OMG. Nasib baik aku tak pergi kedai lagi satu yang jual cendol juga. Yang lagi satu tu, aku mmg selalu pi. Sedap tu mmg sedap gak. Tapi cendol kat sini lagi sedap. 
Harga tak ingat ah. 
*** bintang

9. Batu Feringgi Night Market


Aku syorkan korang naik kereta je dari hotel korang and park dekat tmpt yang berdekatan dengan night market ni. Lagi senang and tak basah ketiak. Sebab aku, aku dengan kawan kawan aku, kitorang jalan kaki jauh babeng dari hotel kitorang sampai night market ni. Mmg ah bagus jalan kaki. Tapi lama sikit ah nak sampai, ketiak pulak sampai lecak lecak. 
Tapi best je jalan kaki malam malam. Tapi bau ketiak basah ah masing masing. Haha
Lepastu nanti dekat sini, korang beli ah apa apa yang korang nak beli. Contohnya, dream catcher tu. Aku beli RM25 je weh! Padehal dekat igshop diorang jual RM60! GILA!
*** bintang

10. Padang Kota Lama Penang

Spot wajib bila malam malam dekat Penang. 
Korang kena rasa Kerang bakar diaaaaa! Pasembur and sotong kangkung dia aku rasa biasa biasa aje. Tapi, korang boleh je jugak rasa and compare. 
Tapi kerang bakar mmg sedap angat!
Lepastu area Padang Kota Lama tu kadang kadang ada buskin. Korang boleh jugak ah lepas dekat situ sambil dengar lagu lagu. Lepastu boleh urut urut kaki dekat pengurut pengurut jalanan yang ada dekat situ. 
** bintang

11. Nasi Kandar Deen Maju

Bagi aku Nasi Kandar Deen ni biasa biasa aje. Ayam dia je yang sedap. Yang lain biasa je. 
Sebab bagi aku la, nasi kandar yasmeen kat Kedah lagi sedap!
Tapi beratur mmg LAMA GILA NAK MAMPUS. LINE PANJANG GILA SAMPAI AKU BERATUR DEKAT KEDAI YANG KETIGA SEBELAH KEDAI NASI KANDAR NI. 
So, mmg famous jugak ah nasi kandar deen ni. Tapi aku tak tahu ah kenapa famous. 
** bintang

12. Nasi Kandar Line Clear

Gambar utk nasi kandar line clear takde sebab aku pergi sini time praktikal lama lama dulu. Tak wujud dah gmbr dia. Nasi dia rasa mcm nasi kandar ah. Sedap gak. Tapi, bila korang masuk kedai ni. Nafsu kena jaga la. Sebab semua benda nampak sedap tau. Dalam tak sedar, semua benda kornag letak kat pinggan. Sekali time bayar, MAHAL GILA NAK MAMPUS. So, setakat makan ayam goreng, sayur sikit, kuah campur tu dah cukup ah kalau nak bajet. Sebab mmg MAHAL GILA MAHAL SANGAT.

Lagi satu, bila masuk mmg korang tengok macam okay je weh. Tak nampak tikus pun. Tapi, percayalah cakap aku, percayalah! Bila korang jalan je dekat belakang restoran tu, BERTERABUR TIKUS LARI LARI WEH. DAH AH TIKUS TU SEMUA BESAR BESAR MCM KUCING.
Sumpah doh aku cakap banyak gila nak mampus tikus dekat sini. So, fikir balik ah nak makan dekat sini ke tak. Kalau tak percaya, korang try je ah jalan dekat area belakang restorang line clear tu.

Sebab aku tak takut tikus, aku lek lek je. Tapi mmg jijik jugak ah.
* bintang utk makanan yang sedap. Tapi rasa nak buang je bintang ni sebab kotor sangat ah sini.

Ada banyak jugak benda menarik yang aku tak sempat pergi, mcm try Mee Sotong dia, extreme park dia sebab mmg tak sempat dah doh nak try semua benda. Mungkin lain kali aku akan try benda benda lain tu. So, ini je ah kot review aku.


Assalamualaikum.

Tuesday 15 August 2017

[REVIEW] Farm in the City - Petting Zoo


Assalamualaikum.

Entry kali ini aku tujukan buat pencinta-pencinta haiwan yang nak berinteraksi dgn lebih lagi dgn haiwan-haiwan. Kalau pi zoo tu, kadang-kadang kita tak dapat nak pegang-pegang pun kan haiwan yang ada kat sana. Lepastu, duduk pun jauh-jauh ja daripada haiwan. * tu sebab haiwan dekat zoo adalah liar dan berada dalam perlindungan . Kadang kadang tu pulak, tempat haiwan tu besar sangat, sampai korang tercari-cari dimanakah haiwan dia, tapi tak jumpa. *nampak tak frustration dia kat situ?

Jadi, kepada mereka yang nak berinteraksi dgn lebih dekat dengan haiwan-haiwan yang comel-comel dan lebih jinak, korang kena datang sini, Farm in the City, Seri Kembangan!

1. Macam mana nak pi sana? 
Waze/ Map Farm in the City, nanti korang sampai lah. Tempat dia berdekatan dengan The Atmosphere dan Giant Seri Kembangan.

2. Entrance Fee
Bukan mykad adult - RM48
Bukan mykad children/senior - RM38

Mykad adult - RM32
Mykad children/senior - RM27

Takde harga student*
Harga beramai ramai mcm rombongan tu aku tak pasti ada ke tak*

3. Operating Hours
Hari Isnin - Jumaat : 10.00am - 6.00pm
Hari Sabtu Ahad & cuti cuti sekolah : 9.30am - 6.00pm

Aku dah datang Petting Zoo ni dah 5 kali dah. Sebab banyak sangat gambar dan boleh hafal dah apa yang ada dekat sini, so, aku decide nak buat entry ni. Kalau tempat ni tak best, takde ah aku pergi sampai 5 kali. Kan? Haha

So, bila korang sampai sana, korang parking kereta di tempat yang disediakan. Jangan risau, parking dia free je. Aku lagi suka pergi time weekdays sebab tak ramai orang. Takde lah haiwan tu kenyang sangat nanti. So, korang boleh berinteraksi dengan lebih lagi dengan haiwan haiwan kat situ. Kalau datang time ramai orang, nanti haiwan kat situ dah kenyang sangat. Bila korang bagi makanan pun, depa buat endah tak endah ja.

*Isney Recommendation: Pergi weekdays

Korang akan beli tiket, nanti depa bagi kertas kasi lilit kat tangan tu. So, lepastu bermulalah pengembaraan korang di situ! Yiha!

4. Tortoise & Turtle Farm
Dekat tortoise dengan turtle farm ni, ada bermacam macam species dan jenis kura kura, labi labi dan penyu. Kura kura dia besar sangat. Diorang jalan tak slow mana pun. Laju ja aku tengok. Dekat sini nanti, haiwan keeper dia akan bg sayur untuk bagi diorang makan.

*Isney Recommendation : Cuba korang usap-usap leher kura-kura tu. Nanti leher diorang akan memanjang je. Comel!

Latest aku mai sini, aku pi la jenguk jenguk telur depa, anak anak depa. Sekali ada sekor anak kura kura ni terbalik. Dia cuba dan terus mencuba untuk tak terbalikkan diri dia. Tapi dia tak mampu. So, if korang nampak ada kura kura yang terbalik dekat sini, jangan segan silu untuk call animal keeper dia so that diorang boleh selamatkan kura kura yang kasihan ini!

Sayur kangkung kan dia bagi ni?

Kaki depa rasa keras. Tapi leher lembut lembut ja. Shell depa pun mmg lah keras gila namatey! Siapa yang tanya tu mmg nak kena hempuk

Aku rasa dia ni mcm Dinosaur gila. Ada certain kura kura dalam ni, diorang akan letak dalam akuarium mcm ni. 

5. Reptile Cavern 
Lepas korang dah habis lalu dekat kura kura tu, korang akan masuk dekat tempat reptilia ni! Ada buaya dan ular. Ular dia besar besar gila. Jaga jaga atas kepala! Mungkin ada ular tengah tidur kat siling see through atas kepala korang!

Ular kat sini tak boleh pegang, kalau nak pegang ular, boleh tunggu kat tempat lain. Kalau nak pegang gak, aku takut korang kena makan je nanti. 

6. Bird Aviary
Ni tempat yang paling aku suka. The Bird Aviary. Bila korang masuk, haiwan keeper akan bagi makanan burung dekat korang. Nanti dia suruh korang bukak tangan luas luas. Time tu nanti, burung burung kecik warna warni akan datang kat korang! Best gila! Diorang pandai gila weh. Diorang kupas sendiri makanan burung tu. Nanti, yang tinggal kat tangan korang is, kulit makanan burung tu je. Korang jugak akan nampak merak warna warni, merpati, dan banyak lagi species burung burung lain dekat sini. Itik pun ada. Tapi, jaga jaga bila bagi itik makan! Rasa macam kena patuk! Haha

quack quack

Cuba tengok dia pedal kaki dia. Comel gila. 

Jaga jaga sikit nak bagi makan kat diorang. Aku pun tak tahu diorang ni makan ke mematuk. Dah lah makan bersepah. Haha

Tu tu nampak tak burung burung tu tengah makan

Memasing nak menghulur. 

Waaaa. Banyaknya yang bertenggek dekat tangan aku


Ada satu time tu, animal keeper dekat sini amik satu burung lepastu pi letak atas kepala aku weh! Hahahahahahahaha. Comel gila. Berat doh diorang. 


Burung yang aku pegang ni special sikit. Paruh dia takde. Tinggal separuh je. Gangster ni. Mesti bergaduh waktu muda muda dulu


7. Savannah
Dekat savannah ni, ada haiwan haiwan seperti rusa, alpaca, kangaroo, kambing. Tortoise pun ada. Haha. Animal keeper dia akan bagi sayur dekat korang jugak so that korang boleh feed all the animal! Siapa hidung sensitif tu siap siap la. Kat sini mmg berbau savannah sikit.

Bagi rusa makan kangkung gak. Betul kan, sayur ni sayur kangkung?

Boleh pegang pegang. Diorang buat endah tak endah je dengan korang. 

Ada alpaca! Comel kan?

8. Pet village
Dekat pet village ni akan ada Longkang Fishing dimana korang boleh cuba try test tangkap ikan kat dalam longkang tu. Setiap kali aku cuba, aku dpt je tangkap ikan dalam tu. Tak pernah miss lagi la. Tak tahu la korang. Cuba lah nanti. Kawan kawan and family members aku yang lain cakap, mmg payah nak tangkap ikan dalam longkang tu. Kalau dah dapat, tak boleh bawak balik. Korang lepaskan je lah dia balik dalam longkang. Haha


Dekat sini also ada banyak guinea pigs and rabbits! Time aku pergi awal awal kan, banyak gila nak mampus binatang dalam pet village ni. Tapi latest aku pergi tu, banyak guinea pigs je. Rabbit tak banyak pun. Aku syak diorang dah buat satay.

Amboi Seney, dah kenapa gelak beriya sangat tu?

Dekat area pet village ni jugak ada kolam ikan. Dekat sini menarik jugak sebab ada swan. Ada swan hitam. Swan putih. Cantik!

Ha. Belakang tu ada kolam. Nama kolam dia Mood's Lake. Oh bukan kolam, tapi tasik. Aku baru perasan lepas taip nama kolam tu.
Ni longkang fishing tu

Ni swan dan ikan ikan koi yang ada dalam tasik tu. Korang balik je makanan ikan, diorang akan berebut rebut makan.

9. Jungle walk

Dalam jungle walk ni pulak, bagi aku biasa biasa aje. Ada landak porcupine tu dua ekor. Time aku datang first first diorang ni makan Friskies weh! Makanan kucing tu. Tapi skrg aku datang diorang makan sayur. Depa bagi diorang ni diet kot. Haha

Yang menariknya dalam ni ada Marmoset. Marmoset kot nama dia. Korang cuba lah cari dia kat mana dalam jungle walk ni.
mcm ni lah muka marmoset tu. Korang cuba cari dia nanti okay? *sumber : wikipedia
10. Twilight Creatures
Dalam twillight creatures ni pun best jugak sbb ada 2 spesis burung hantu. Tang dia pusing pusingkan kepala dia tu, aku tak pasti la nak cakap comel ke scary. Tapi, korang kena tengok burung hantu ni!


Dalam ni jugak ada slow lorris tau. Tapi loris ni asyik duduk dalam rumah dia je. Tidur. Sebab haiwan haiwan dalam ni nocturnal. Depa aktif time malam ja. Siang depa tidoq.

Ni pulak gambar Slow Loris tu. Cuba cari dia ni jugak dekat mana nanti. *sumber : Wikipedia

11. Exhibition Hall
Exhibition hall ni pun salah satu tempat favourite aku! Sebab...
Dekat sini boleh pegang pegang haiwan yang ada! Jom checkitout ada binatang apa!

Ni nama dia Bearded Dragon. 

Ular dia pun boleh pegang

Haiwan mcm tupai ni tak ingat nama dia apa. Badan dia gemuk tapi terleper time dia tengah baring. Comel!

Ada anak ayam. Aku mak ayam. 

Kawan kawan aku yang firstime pegang ular. Mihihi. Siapa takut takut tu, korang patut dtg dengan aku. Mesti konfiden nanti. 

Cobaan nak kiss ular ni

12. Parrot Show
Pukul 11.30am dan 3.30pm nanti ada parrot show. Jadi, kepada sesiapa nak dtg kepintaran burung kakak tua ni, boleh check it out show diorang! Nanti diorang akan deliver jugak fakta fakta pasal parrot.



13. Racoon Feeding
This is my highlight of the day! Bagi raccoon makan! Korang kena kena kena cuba dan rasai pengalaman mcm mana bagi rakun makan ni. Sebab, saat tangan diorang bertemu tangan korang, pengalaman tu, magical! Haha. Tangan diorang rasa mcm lembik lembik mcm paw kucing. Beza dia, paw kucing jari pendek, paw diorang ni jari panjang panjang.



Aww.. why sho kiut?

14. Pony Riding
Selain itu, ada jugak aktiviti naik pony. Aku tak pernah lah nak naik kuda dia. Aku selalu nampak budak budak je yang naik. Rasanya pony riding ni kena bayar. Kepada ibubapa yang berminat untuk anak diorang make memories, boleh bawak anak anak naik kuda poni ni.

Maka, berakhirlah pengembaraan korang di Farm in the City, Seri Kembangan! Bila nak balik nanti, jangan lupa beli gambar yang photographer dia dah tolong tangkapkan. Haritu aku beli, RM22 je sekeping yang besar. :)

Itu sahaja. Harap post kali ini dapat menarik minat korang yang nak pi Petting Zoo ni.

As a conclusion, my highlight of the day dekat sini adalah :
1. Raccoon feeding
2. Feeding birds dekat Aviary Bird tu
3. Jumpa alpaca, swan dan burung hantu.

Bye gais! Assalamualaikum.