Monday, 1 December 2014

Officially Graduated

Assalamualaikum.

23/11/2014 - Aku is officially graduated from UiTM in Diploma in Physiotherapy. Yeay! Jadi, untuk post kali ni, aku akan cerita dari awal sampai ke akhir macam mana aku menempuh hari-hari aku dalam ber-graduate.

First thing first is pasal pengambilan jubah. Benda penting yang korang kena sediakan untuk mengambil jubah ialah :
1. Borang jubah yang telah ada nama korang
2. Borang pengesahan kajian graduan
3. Bil yuran konvo RM 140 . pembayaran di mesin ATM

So, ketiga-tiga benda ni korang kena settlekan sebelum tarikh tamat dia. dan korang boleh dapatkan semua benda ni di konvokesyen.uitm.edu.my untuk maklumat lebih lanjut. Siapa rasa dia ada denda, kena bayar denda dulu ya? Tak kisah lah daripada abam polis bantuan ke, daripada library ke, denda korang memang kena bayar.

Saya duduk jauh, macam mana nak ambil baju di UiTM induk, Shah Alam?
Saya tak dapat cuti daripada boss, macam mana nak ambil baju?
Kalau korang ada pertanyaan seperti di-atas ni yang berlegar-legar dalam kepala otak korang, korang jangan risau, kawan korang yang berada berdekatan dgn Shah Alam /ddk area Selangor boleh tolong ambilkan jubah korang. Tak kisah :) Janji korang settlekan 3 benda penting tadi dan senangkan kerja kawan korang yang dah terbuka hati nak tolong korang ambilkan jubah korang.

So, aku ambil jubah pada 15/11/2014 - hari sabtu
mcm mana nak ambil jubah ni? Senang je. Korang datang UiTM Shah Alam guna apa apa transport. Bas boleh kereta boleh. Kalau kereta, korang boleh park di Padang kawad dia yang berdekatan dengan stadium. Jalan kaki sekejap je pergi DATC tu.
Kita akan ambil jubah di DATC (Dewan Agung Tuanku Cancelor)
Pada hari pengambilan jubah itu nanti, korang akan beratur panjang utk tunggu giliran korang. Satu stesen dia akan bagi beg, dimana ada sticker kereta dan kad jemputan utk mak dan ayah korang nanti. Selepas tu kita akan ke gudang jubah. 'Gudang ke?' Disana, kita akan ambil jubah konvo kita ikut saiz kita. Jangan risau, para pekerja dekat gudang tu dah tahu nak bagi korang jubah yang macam mana. Diorang dah dididik awal awal lagi. :)

Selepas ambil jubah nak buat apa?
Kalau aku dan kawan aku, kami ambil kesempatan ini, masa ini untuk ambil gambar berjubah ramai ramai. Padehal tak ramai mana pun. Hal ini adalah kerana, time konvo nanti mmg susah korang nak berkumpul balik dan tangkap gambar beramai-ramai. Masing masing akan busy dengan parents masing masing.

Dekat mana nak tangkap gambar pre-convo?
Ada budak yang tangkap gmbr dekat padang SCM, ada budak tangkap gmbr dekat Putrajaya, ada budak tangkap gmbr depan rumah. Tak kisahlah korang nak tangkap dekat mana tapi pilihan aku dengan kawan kawan aku is dekat Tasik Shah Alam :)

Tak gambar groupie lah kalau takde sesi lompat melompat. Dah lah berjubah panas siut.

Tak tahu kenapa, aku nampak ketenangan dalam gmbr ni. Korang nampak tak?

This is disusun mengikut ketinggian. Haha
So, dah siap gambar pre-convo. Sekarang ni nak buat apa? Oh ya! Sebelum aku terlupa. Nanti ada orang yang akan promote diorang punya booth utk ambil gambar konvo korang bersama keluarga tersayang. So, korang boleh tempah dulu diorang dengan membayar deposit and then on the convocation day, korang boleh ambil gambar dengan family korang. Alaa.. gambar cliche pegang scroll latar belakang buku buku tu. Macam lah korang tak tahu kan? Aku rasa keputusan utk menempah dulu lagi tepat dan lagi bagus.

Then, nak buat apa lepas tu? Pasal konvo dah selesai actually, korang just siapkanlah korang nak pakai baju apa time konvo nanti. Hal ehwal tatasusila baju bajan yang korang boleh/takbboleh pakai ada dalam buku panduan graduan. Buku ni pun boleh didapatkan di link yang aku bagi dekat atas tadi. baca betul betul eh?
Nasihat aku :
1. Pakai baju yang tak panas. Sebab korang dah pakai jubah then nak pakai baju panas pulak. memg lencun jubah korang tu. Mmg lah dewan tu ada aircond, luar dewan takde aircond. Mmg korang akan lencun jugak.
2. Pakai kemas. Jangan pakai macam nak pergi kenduri kawen -.-' sangat tak sesuai.
3. Perempuan kena pakai kasut atleast 1 inchi tinggi. Bertutup atau tidak : Tak kesah
4. Pakai shawl lagi senang rasanya nak kawal sbb korang pakai mortarboard nanti. Takde lah tuudng korang kemek kemek kena mortar board.
5. Bawak telekung dan barang barang solek korang dalam beg dan dibawa masuk ke dalam dewan. Kalau korang sidang sesi petang, benda ni memudahkan korang utk solat.
6. Warna yang ngam masuk dengan jubah is merah. Kalau korang nak menyerlah, pakai lah merah :)

Hari konvo:
Walaupun aku sesi petang tapi aku bersiap awal pagi jugak sbb aku dah tempah satu kedai ni utk ambil gambar konvo dengan family aku. Aku guna khidmat Prestige Media Studios berdekatan dengan giant dan dekat dengan restoran nasi kukus. Aku berpuas hati dengan khidmat diorang ni. Aku rasa gambar aku cantik, walaupun aku tak dapat lagi gmbr tu sebenarnya. Takpelah nanti kalau dah dapat, aku tunjuk :) Oh ya! Aku ambil set RM 200 punya. Sekali seumur hidup ja kau habis diploma. Apa salahnya kan? Haha.

31/5/2016
Skrg ni aku dah dapat dah gambar dia! Ada 5 keping gambar besar besar sekali frame! Hamik kau! Mak aku pun dah gantung semua gambar gambar tu. Cantik. Cantik. Ai berpuas hati. :)

Then, Parking!
Aku sesi petang, jadi polis bantuan tak bagi kebenaran utk kereta sesi petang masuk dalam kawasan UiTM. Jadi, kita kena parking di parking bertingkat di PKNS dan dari situ, kita akan naik bas yang disediakan oleh pihak UiTM utk masuk ke UiTM. Tak lama pun beratur utk masuk bas ni. Sebab bas banyak , jadi sekejap je korang kena beratur. Sabar sikit je. Nak cari parking di PKNS pun senang, banyak tempat parking sebenarnya.

Then, pukul 1.00 korang dah kena beratur dalam barisan masing masing sebelum korang ditempatkan di dalam dewan. Adalah penting disini utk korang ingat nombor giliran korang. Nombor giliran ni korang boleh dapat dekat borang jubah tu. Hafal nombor tu eh? Para ibu bapa pula jangan risau. Korang takkan sesat. Ibu bapa boleh ja tanya polis polis bantuan yang ada dekat sana agar korang boleh cari tempat duduk yang selesa. Yang boleh masuk is sesiapa yang ada kad sahaja okay? Satu kad = 2 orang. Kanak kanak tak boleh masuk. Ada had umur.

Upacara pun bermula. So, basically korang just tunggu sampai nama korang dipanggil di atas pentas utk menerima skroll dengan chancelor. Nasihat aku:
1: Jalan perlahan dan natural.
2. Tak payah tunduk sangat depan cancellor
3. Tak payah cakap terima kasih dulu. Bila gambar korang dah diambil, baru cakap terima kasih.
4. Kalau korang nak dvd semasa di hadapan, korang pandang lah kamera, boleh buat satu sign. Aku tak dapat buat sign sebab aku tak dapat cari kamera ada dekat mana -.-' Kamera dia bersembunyi.


Lepas tu, adalah sangat susah utk korang berkumpul balik satu batch utk ambil gmbr. Kalau korang sikit satu batch, boleh buat lah. Kalau macam aku, 55 orang satu batch, mmg berterabur. Masing masing buat haluan masing masing. Jadi, gambar satu batch ambillah sebelum konvo. Selepas habis konvo, korang boleh ambil gambar individual post-convo korang banyak banyak . Yeay! Tangkap gmbr lagi.





Selepas itu, korang jangan lupa untuk pulangkan jubah korang. Kalau hantar jubah pada hari tu juga, tiada caj akan dikenakan. Tetapi kalau korang lambat sehari RM 2 dikenakan manakala kalau lambat lagi sehari, hari ketiga tu dia dah caj RM 30. So, korang kena bayar RM 32 utk lewat sampai hari ketiga, Justeru, adalah wajar utk korang pulangkan jubah hari itu juga, senang nanti :) Dan, korang kena pulangkan jubah sendiri sebab bila korang pulangkan jubah, pihak sana akan bagi sijil dan transkrip korang. Kalau kawan korang tolong pulangkan jubah, diorang takkan kasi the transkrip dan sijil.

Untuk dapatkan gambar ketika menerima skroll daripada naib cancellor, korang kena bawa slip pink Borang Tuntutan Gambar tu. Kena bayar RM 10. Gambar ni siap sehari selepas konvo berlangsung. Due date gambar ni adalah 3 bulan. Selepas 3 bulan mereka akan terminate gambar korang. Jadi, cari juga masa utk tuntut gambar korang ya?

And tolong jangan lupa ambil gambar korang (individual time, mcm contoh yang aku bagi dekat atas). Kalau tak nanti mesti menyesal. Hujan pun bukan satu alasan. Time aku ambil gambar ni hujan kot. Kalau korang boleh perasanlah :D So, aku harap post aku membantu korang dalam mempersiapkan diri untuk convocation! Lagi lagi yang first timer tu. Haha. Kita jumpa lagi di post yang akan datang. :)

Assalamualaikum.

4 comments:

  1. Kalau aliran akaun, boleh x nk ambil diploma fisioterapi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Diploma Fisio mainly from science stream. Tp if nak juga ambil Dip Fisio, boleh amik Pra-diploma dulu setahun, kemudian dip fisio 3 tahun. Tapi lambat sikit lah journey cenggini :)

      Delete
  2. Biasenye angka giliran tu disusun based on ape ..Result cgpa ke ?

    ReplyDelete
  3. Macam mana kalau saya terlepas date yg sepatutnya saya ambil jubah saya?

    ReplyDelete