Assalamualaikum
Jadi, kes ni berlaku time aku berpraktikal di one of hospital kerajaan. Macam biasa, akan ada waktu aku duduk di gym(department bawah) dan ada masa juga aku akan ikut physio aku untuk round ward di atas. Jadi, sampailah satu masa ini, physio aku ajak aku round satu ward dengan dia.
Physio : Isney, kejap lagi pukul 8.30 kita naik ward sama sama.
Isney : 8.30? okay mdm
8.30 di ward Kardiorespiratori
Physio : Okay isney, awak ambil patient di bilik *&^* ni. Awak assess dia dulu, nanti bagi tahu saya awak nak buat apa dekat patient ni. Saya di bilik *(739689
Isney : Okay madam.
Jadi, macam biasa. Aku pun maniskan mulut aku dengan senyuman dan datang ke katil satu patient ni. Seorang makcik, mukanya nampak sembap, layu je. mcm tak tidur berhari-hari. Aku nak kejut pun sayang. Makcik ni nampak tak cukup rehat. Tapi, as a student physio, kita kena kejutkan juga makcik tu . Selepas kejut, tengok keadaan makcik tu, kalau dia boleh tolerate lagi dengan command dr physio, maka bolehlah physio buat treatment untuk dia. Tapi, kalau makcik ni nampak loklak ja. Mata pun tak mampu nak buka, maybe physio akan visit lagi makcik ni lain waktu time dia bertenaga sikit.
Isney : Assalamualaikum makcik! Saya Isney. Saya dari physio. Hari ni kita nak buat exercise sikit, makcik.
Makcik tu pun dengan layunya buka mata dia. terkebil kebil sekejap. Nak tgok siapa datang kacau tidur dia mungkin. Kemudian, baru nampak makcik tu buka mata besar sikit. Satu petanda jugak makcik ni alert dan boleh obey command. Selepas tu, aku bertanya khabar sikit dengan makcik tu. Makcik tidur pukul berapa semalam? Makcik dah makan ke belum? Dah ambil ubat ke belum. Macam macam lah.
Isney : Okay makcik, dekat tangan saya ni ada satu alat. Saya nak makcik tarik nafas dalam-dalam, kemudian, masukkan alat ni dalam mulut makcik, lepas itu, hembus guna alat ni kuat kuat. Boleh? Faham tak makcik?
Makcik tu pun angguk angguk sahaja sambil tangan dia minta alat yang bernama Peak Flow Meter tu dr aku. Selepas tu, makcik tu buat sebijik mcm yang aku arahkan dia untuk buat tadi. Cuma hembusan dia sahaja yang lemah. Cuma naik beberapa centimeter sahaja. Jauh lebih rendah berbanding orang-orang yang normal.
Selepas itu, atas kebenaran physio aku, aku ajar makcik ni beberapa exs. terutamnya exs untuk hembuskan nafasnya sbb makcik ni ada Asthma. Orang yang ada asthma ni selalunya udara di dalam sistem pernafasan tak dapat keluar. Jadi udara itu seperti terperangkap di dalam. Oleh itu, physio kena ajar pesakit cara cara yang betul utk keluarkan udara yang terperangkap tadi.
Aku ajar makcik ni untuk tarik nafas dalam dalam, kemudian, bila hendak lepas nafas tu, hembus seperti mahu tiupkan belon/lilin. Nafas hembusan tadi mestilah perlahan dan panjang. Aku ajar makcik ni buat 3 kali. Nama exs ni, Pursed Lip Breathing, mmg selalu sangat diberikan untuk pesakit2 asthma yang mempunyai masalah pernafasan.
Selepas makcik habis buat exs yang aku ajar tadi, disebabkan makcik ni tak banyak bergerak, aku bagi lah exs atas katil sikit sikit. Bengkok dan luruskan siku, bengkok dan luruskan tangan, bengkok dan luruskan jari jari, kaki, lutut dan sebagainyalah! Aku tengok makcik ni buat pun slow aja. Layu ja. Mmg macam tak ada kudrat nak buat exs. Jadi, aku ingatkan makcik ni, untuk buat exs tadi 3 kali sehari. Buat masa sekarang ni, aku suruh dia rehat sahaja sebab mata dia kuyu dan pergerakan dia pun slow sahaja. Tak makan ka apa makcik ni?
Aku pun ucapkan selamat tinggal dekat makcik tu. Aku kata kat dia nanti aku jumpa dia lagi, aku nak tengok balik exs yang aku bagi tu dia buat ke tak, dia ingat ke tak. Haha. So, aku pun blah. Lepas tu, aku pergi ke katil patient lain pula. Dalam masa aku nak pergi katil patient lain tu, tiba tiba....
Tiba tiba aku nampak makcik yang aku rawat tadi. Dia dengan laju dan bertenaganya buat semua exs yang aku buat tadi! Semangat betul weh! Lepas tu, aku tak ajar tau tadi, letak air botol dekat tangan, pastu angkat turun tangan (mcm dumbell) tapi makcik ni mmg terer! Dah ah firstime physio jumpa dia. Aku agak dia ni dah biasa angkat dumbell kat kampung dia. Kalau takde dumbell, main angkat baling baling cucu dia kot.
Aik! Lain macam makcik ni. Baru seminit tadi aku tengok dia layu semacam, aku toleh tempat lain ja terus aktif! Makcik ni mmg boleh menang pelakon drama terbaik betul ! Muka dia mmg muka kesian kot tadi!
Lepas aku gelakkan makcik tu dekat luar ward dia, sbb dia semangat sangat buat exs dan semua exs mmg dia buat dengan kadar ekspres dan lajunya. Aku pun bergerak ke katil lain.Time aku nak rawat patient lain pun aku teringat makcik tadi. Aku tergelak lagi. Bagus betul makcik. pandai makcik ceriakan hari saya pagi ni. Aku bet siapa yang nampak muka makcik tu mesti akan bantai gelak gak. Serious, aku tak tipu.
So, aku belajar satu benda haritu. Aku takkan percaya 100% dekat patient aku mulai hari ni. Patient ni sebenarnya aktor dan aktres yang tak dibayar. Pandai betul lakonan depa. Haha! Tapi, nasib baik makcik still buat exs yang saya minta. Bukan untuk saya exs tu makcik, untuk kebaikan makcik juga. Terima kasih :)
Assalamualaikum.
Wednesday, 8 July 2015
Jabatan Perkhidmatan Awam Scholarship
Assalamualaikum,
Alhamdulillah..exam dah habis. Terdapat beribu penyesalan untuk exam sem ni. Wajah anugerah dekan pun tak nampak dekat masa depan. Takpelah, kita dah berusaha, sekarang kita tinggal bertawakal je dengan result.
Tapi, alhamdulillah... aku dapat JPA scholarship. boleh bayar ptptn balik. Boleh simpan duit for masa depan. Tak payah nak susahkan parents aku , asyik nak bagi duit tiap bulan. InshaAllah aku akan guna duit ni dengan manfaat. Syukur, syukur, syukur alhamdulillah
So, untuk sesiapa yang nak minta scholarship JPA, boleh sentiasa update dekat laman web esilav2.jpa.gov.my Korang boleh tengok notis annoucement dia macam mana. Ada tak buka scholarship baru ke apa ke. Sentiasa update juga dengan berita2 from wassap, facebook or mana mana media massa,
Kalau dah buat permohonan tu, nanti korang akan tunggu selama 2 bulan sebelum dia bagitahu korang berjaya atau tak. And mmg kroang sentiasa kena update jugak dengan laman web yang aku bagi dekat atas tadi.
Kalau dulu orang yang dpat 3.5 ke atas je boleh dapat biasiswa JPA ni. Tp time aku minta JPA dulu, orang 3.3 pun boleh mintak. Insha Allah boleh dapat. Based on rezeki masing masing juga.
So, lepas dapat JPA, korang actually kena study dengan lebih rajin lagi lah! Sebab, kena jaga pointer. Tak boleh jatuh. Kena always 3.0 dan keatas. Kalau bawah 3.0, dia akan bagi surat warning. kalau bawah 2.5 dia akan tarik balik JPA korang. So sad kan?
JPA ni banyak kelebihan dia tau. Selain korang dapat duit untuk bayar yuran, korang dapat duit utk duit belanja juga. Selain tu, lagi senang korang nak masuk SPA (Kerja dgn kerajaan). Kalau budak budak yang praktikal tu, korang boleh claim balik duit korang sepanjang pratikal. Tp kena ingat, semua ni ada syarat2 yang tertentu juga. But still, banyak kelebihan dia :)
So, adik adik akak, belajar rajin2 okay? Klau boleh, dapatkan biasiswa. Supaya hidup as a student ni terjamin sikit duit dia. Tapi, kalau korang mmg kaki boros, mmg tak kemanalah. Still merana jugak jadi student.
Simpan duit tu sikit dalam bank. Fikir lah masa depan korang. Kalau aku, aku simpan dalam ASB. Duit boleh naik setiap tahun. Walaupun tak banyak, still naik kan? Kawan aku simpan 3K dalam ASB, duit dia naik 300 setiap tahun. Bagus betul. Tak kisahlah sebenarnya korang nak simpan kat mana, janji simpan.
Okay. Tu je nasihat from akak isney untuk hari ni. Moga korang pun belajar lagi pandai dr aku. Biar semua orang dapat biasiswa belajar! Biar semua orang berjaya!
Assalamulaikum.

Syukur Alhamdulillah. Rezeki Ramadhan kali ni. |
Thursday, 2 July 2015
Sem 3 Bachelor in Physiotherapy (HONS)
Tatkala aku risau dan tak confident langsung aku akan dapat Anugerah Dekan, aku dikejutkan dengan result yang lagi langsung tak disangka.
Terima kasih Ya Allah, sbb bagi peluang merasa kebahagiaan kecemerlangan.
Terima kasih semua orang yang selalu mendoakan.
Terima kasih kepada sahabat yang tak langsung kedekut ilmu,
Terima kasih kepada pensyarah yang terang hati, murah hati tanda kertas saya,
Terima kasih sebab bagi peluang buat ibubapa saya bangga dan gembira
Terima kasih juga Nur Isney. Terima kasih atas usaha dan fokus awak selama menangani sem 3 ini.
Jom doakan kejayaan sem ini pula.
Subscribe to:
Posts (Atom)