Alhamdulillah..exam dah habis. Terdapat beribu penyesalan untuk exam sem ni. Wajah anugerah dekan pun tak nampak dekat masa depan. Takpelah, kita dah berusaha, sekarang kita tinggal bertawakal je dengan result.
Tapi, alhamdulillah... aku dapat JPA scholarship. boleh bayar ptptn balik. Boleh simpan duit for masa depan. Tak payah nak susahkan parents aku , asyik nak bagi duit tiap bulan. InshaAllah aku akan guna duit ni dengan manfaat. Syukur, syukur, syukur alhamdulillah
So, untuk sesiapa yang nak minta scholarship JPA, boleh sentiasa update dekat laman web esilav2.jpa.gov.my Korang boleh tengok notis annoucement dia macam mana. Ada tak buka scholarship baru ke apa ke. Sentiasa update juga dengan berita2 from wassap, facebook or mana mana media massa,
Kalau dah buat permohonan tu, nanti korang akan tunggu selama 2 bulan sebelum dia bagitahu korang berjaya atau tak. And mmg kroang sentiasa kena update jugak dengan laman web yang aku bagi dekat atas tadi.
Kalau dulu orang yang dpat 3.5 ke atas je boleh dapat biasiswa JPA ni. Tp time aku minta JPA dulu, orang 3.3 pun boleh mintak. Insha Allah boleh dapat. Based on rezeki masing masing juga.
So, lepas dapat JPA, korang actually kena study dengan lebih rajin lagi lah! Sebab, kena jaga pointer. Tak boleh jatuh. Kena always 3.0 dan keatas. Kalau bawah 3.0, dia akan bagi surat warning. kalau bawah 2.5 dia akan tarik balik JPA korang. So sad kan?
JPA ni banyak kelebihan dia tau. Selain korang dapat duit untuk bayar yuran, korang dapat duit utk duit belanja juga. Selain tu, lagi senang korang nak masuk SPA (Kerja dgn kerajaan). Kalau budak budak yang praktikal tu, korang boleh claim balik duit korang sepanjang pratikal. Tp kena ingat, semua ni ada syarat2 yang tertentu juga. But still, banyak kelebihan dia :)
So, adik adik akak, belajar rajin2 okay? Klau boleh, dapatkan biasiswa. Supaya hidup as a student ni terjamin sikit duit dia. Tapi, kalau korang mmg kaki boros, mmg tak kemanalah. Still merana jugak jadi student.
Simpan duit tu sikit dalam bank. Fikir lah masa depan korang. Kalau aku, aku simpan dalam ASB. Duit boleh naik setiap tahun. Walaupun tak banyak, still naik kan? Kawan aku simpan 3K dalam ASB, duit dia naik 300 setiap tahun. Bagus betul. Tak kisahlah sebenarnya korang nak simpan kat mana, janji simpan.
Okay. Tu je nasihat from akak isney untuk hari ni. Moga korang pun belajar lagi pandai dr aku. Biar semua orang dapat biasiswa belajar! Biar semua orang berjaya!
Assalamulaikum.
Syukur Alhamdulillah. Rezeki Ramadhan kali ni. |
Salam sis. Kalau dapat ptptn sebelum jpa ni. Cancel dulu ptptn ke lepas dah siap jpa
ReplyDeleteBetul ke kalau amBik jpa kena tunggu setahun utk dipanggil bekerja dan tak boleh cari keje selain keje kerajaan dalam tempoh setahun
😊😊
Kalau pointer jatuh time sem 4..sem 5 kite x dpt duit an.. Kite kene bayar duit yg jpa bagi time sem 4 tu ke
ReplyDelete