Okay. Budak budak from OTSA iaitu Occupational Therapy Student Association ada buat satu competition movie pendek ni. Dulu, PHYTAS pernah buat jugak benda macam ni. Agaknya lepastu PHYTAS takde org nak buat dah, budak2 OTSA pi buat pulak. Tapi yang pentingnya, time diorang dok promote competition diorang ni, aku dah tertawan nak masuk. Tapi, time tu aku macam bagitahu je aku berminat nak masuk, tapi aku takdelah betul betul nak masuk.
Then, tiba tiba satu hari yang cerah ni, aku macam dapat inspirasi pulak nak buat cerita cemana. Time tu, dia macam ada satu cerita dalam kepala otak aku, dari awal cerita sampai cerita tu habis. Satu hari je pulak tu inspirasi datang. So, aku pun mula lah proses cari mencari orang. Kononnya, nak masuk. KONONnya lah. Time ni aku tak decide betul betul lagi.
Sekali tup tup! Kak Atiya (member aku) pi dm aku cakap dia dah cari orang. Dah ada 5 orang yg berkenan nak masuk. Lepastu dia nak pi tarik aku pi masuk sekali. Dia cakap, PHYTAS tak hantar wakil lagi. Jadi, dia nak aku masuk, jadi director.
Masa Kak Tiya cakap ada budak2 nak masuk tu aku dah macam:
"Aduhhh! Budak2 ni pandai ke berlakon?"
" Aduhhh! Aku dah ah tak pernah bekerja dgn diorang ni. Diorang ni orang yg mcm mana pulak?"
Honestly talk, benda tu lah berlegar-legar dalam fikiran aku. Aku mmg resah gelisah jugak lah bila fikir pasal pelakon. But then, daripada aku begging orang yg taknak berlakon tu berlakon, baik aku amik je volunteer yg berminat nak berlakon ni kan? At least, diorang tahu diorang boleh bagi komitmen. Kan?
Barisan ahli PHYTAS MOVIE PRODUCTION:
1. Seney
2. Anis
3. Laila
4. Danial
5. Iskandar
6. Farahiya
7. Farahzati
8. Suhairah
9. Atiya
10. Liyana
So, in the end kitorang buatlah a team of 10. Aku bawak 5 orang. Kak Tiya bawak 5 orang lagi. Lepas dah dapat ahli, cerita tu mmg dah ada dalam kepala otak aku. Tapi, tak diterjemah jadi skrip lagi. Disebabkan ada satu ahli dr group tu yang selalu tanya:
'Bila nak start?'
'Skrip dah ada ke belum?'
Maka, akhirnya, jeng jeng jeng! siap cepatlah skrip tu. Skrip tu pun aku buat satu hari je. Time tu jugak inspirasi dan kerajinan datang menjunam-junam. Jadi, aku nak berterima kasih jugak lah dekat budak yg selalu push aku buat skrip tu. Ale-aleh, settle jugak satu skrip sebagai tatapan dan bahan bacaan semua orang. Yippi!
Lepastu, aku cuba lah nak hantar skrip tu dekat semua orang, Tapi! Tapi gais! Sebelum hantar skrip tu, banyak kali aku baca balik. Banyak kali jugak aku suruh Laila baca untuk tahu apa apa kelemahan cerita tu. Okay ke idok. Masuk akal ke idok. Cukup drama ke idok. Sweet ke idok. Thriller ke idok. Sedih ke idok. Aku mmg nervous gila namatey bagi orang lain baca skrip aku weh! Aku takut gila kalau kalau diorang tgok cerita ni, lepastu diorang kenot brain the story. NERVOUS NAMATEY tahu! Tapi Lela banyak kali ensure aku yang cerita tu okay. So, aku sejuk ah sikit. Then, aku tekan send.
Then, Alhamdulillah. Feedback dr diorang semua okay je. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Nervous skrip dah takde. Yeay! Lepastu, aku bg diorang pilih, diorang nak jadi apa. So, konklusinya :
1. Seney - Director
2. Anis - Cameraman/Editor
3. Laila - Cameraman/PA
4. Danial - Physiotherapist
5. Iskandar - Hero
6. Farahiyah - Captain
7. Farahzati - Heroin/Mariam
8. Suhairah - Mak
9. Atiya - Goofy friend
10. Liyana - Psiko
After that, kitorang hold a skrip reading session. Time tu, aku bagitahu diorang, mcm mana aku nak lakonan diorang. Setiap watak tu macam mana characteristic dia. Lepastu, yang kaku kaku tu, kita practice sikit sikit berlakon macam mana. Aku ada jugak tanya tanya masyarakat sekeliling aku, aktor aktress aku ni pandai berlakon ke tak, Haha! Nasib baik jawapan dia baik baik aje. Ada orang cakap Actres/Heroin aku mmg terbaik lakonan dia. So, aku pun sejuk lah sikit. Takdelah nervous sangat. Mula mula tu mmg takut sikit, sbb watak heroin dia berat. Kena jadi takut, kena jadi sedih, kena jadi depressed, kena jadi sweet. Susah kan?
For 3 days kot. Ke..2 hari je kitorang buat filming. Tahap lakonan diorang. Ehem. Nak aku komen ke? Haha! Semua orang okay. Serious ke nak aku komen? Ala... Tak payah lah! Serious lah nak aku komen jugak? Haha! Yelah yelah aku komen. Ehem ehem. Start!
1. Farahzati - Lakonan dia ni terbaik kot. Malas ah aku nak komen lebih. Kang kembang pulak hidung kau. Haha
2. Danial - Lakonan Dani ni macam ornag masuk pidato. Haha. Tapi, menjadi kan lakonan dia? Rasa lifting sikit semangat tu. #PandangSayaMariam
3. Atiya - Dalam banyak banyak part Kak Tiya berlakon, aku paling suka part Kak Tiya membebel time jadi phsyio. Macam dalam gym betul weh. Haha
4. Liyana - Sumpah shit scary siot lakonan dia ni. *meremang*
5. Farahiyah - Kesian Farah rasa bersalah banyak kali baling bola dekat kepala Kak Tiya tak jadi, kena tahan rasa bersalah je. Haha
6. Suhairah - Lakonan dia ni paling improved which aku mmg rasa proud gila dengan dia. Ada aku dengar time tayangan haritu cakap lakonan Su mmg macam mak betul2. Haha.
7. Iskandar - Lakonan geli basi awak mmg menawan. Haha!
Lepas tu, 3 hari penuh dengan editing. Bila kitorang masukkan semua scene, movie jadi 30 minit. Jadi, kena cut cut banyak scene yang tak penting untuk jadikan 10 minit. Lupa aku nak bagitahu, had limit movie tu 10 minit je. Kalau lebih, dia potong markah. Aku dengan Anis tension namatey weh cut cut cut cut cut cut cut cut cut cut banyak video. Kitorang jadi particular gila. Even video tak penting 1 saat pun kitorang cut!
Dah lah cut banyak gila scene. Lepastu, banyak pulak tu scene yang kena fast forward! Aku dah rasa mcm buat fast forward film dah. Pening weh editing. Sumpah pening. Dua hari kitorang edit video tu untuk jadi 10 minit. Lepas dah jadi 10minit, nak kena letak subtitle english lagi. Lepas dah letak subtitle, kena letak lagu pulak. Lagu tu pun masalah tu. Title cerita pun takde lagi! Sound effect pun tak letak lagi.
Time tengah sakit kepala edit video dengan anis tu, aku dah risau pasal title movie. Aku suruh Anis tanya dekat group, nak letak title apa. Banyak title kelakor mengarut weh! Aku gelak guling guling dengan Anis.
Contoh Title :
1. Cinta Thumbs Up
2. Ada Apa Dengan Kaki *inspired by Ada Apa Dengan Cinta*
3. Kau, Aku dan Kaki
4. Redha
Dan banyak lagi weh. Aku pun tak ingat dah. Sekali, Anis ingatkan aku pasal lagu Aril - Bangkit. Lagu tu best gila kot. Macam kena je lirik dia dengan cerita ni. So, aku decide letak title dia Bangkit :) Mcm tu lah perjalanan dia macam mana aku dapat title cerita ni. Selain tu ada reason reason lain sbb apa aku amik title Bangkit ni seperti :
1. Lagu dia sedap
2. Lagu dia motivational
3. Bangkit as if our heroin can Bangkit from her tragedy, her depression even though she lost both of her precious legs.
4. Bangkit mentally, fiziakally, semua lah!
5. Aku suka Aril :) *Hihi* Serious doh sejak Akademi Fantasia lagi aku suka dia. Tapi takde ah suka sangat. Tapi suka lah. Korang faham kan?
Letak lagu tu senang jelah kacang goreng je kerja dia. Campak je lagu. Menjadi jugaklah nanti. Tapi, nak letak sound effect tu payah. Peh! Peh! Peh! Lagi lagi part buat suspens tu! Kalau salah satu saat, kang suspen tak jadik. Part ni dia macam kena particular, very detail sikit. Banyak kali aku bukak speaker kuat kuat untuk tgok setiap sound effect tu menjadi or kena ke tak dengan video. Ada part dia lambat, Ada part sound effect mcm pelik. Ada part sound effect tak buat suspens langsung. So, semua benda ni kena tukar dan asyik main main main sampai kitorang was like:
' Ha.... Okay lah tu. Okay lah tu.. Kena dah'
Lepastu! Nak memenuhi kriteria pertandingan pun susah jugak. Kriteria dia adalah :
1. 40% introduction about the disease
2. 60% Our roles in treating the disease
Kitorang mmg dah banyak scene roles physio dalam bideo ni. Contoh roles physio dalam video ni:
1. Dari aspek Psikologi - Therapist ni tolong sedarkan sikit our Mariam of the importance to be independent.
2. Ada banyak buat cara cara strengthening/kuatkan otot otot bahagian atas badan spt otot otot lengan supaya memudahkan Mariam untuk berpindah tempat/mengangkat dirinya sendiri.
3. Ada banyak cara-cara untuk transfer yang betul secara independent daripada katil ke kerusi roda, dari kerusi roda ke katil pula, dari lantai ke kerusi roda dan macam macam lagi
4. Cara cara untuk berwheelie dan untuk bangun daripada jatuh from kerusi roda.
Lepastu, introduction of the disease tu kitorang mcm letak ayat ayat dekat bahagian akhir cerita tu untuk informkan penonton mengenai Spinal Cord Injury. Tapi, actually, ada scene aku bagitahu atau explain satu persatu pasal SCI ni dekat mak dia. Tapi, scene tu panjang sangat weh. Tak larat nak letak. So, kitorang tulis ja.! Haha. So, bagi sesiapa yang teringin sangat tgok Doktor Seney berlakon tu, sorry gais. maybe next time. Haha. *bagi kiss dekat semua my kipas-kipas. Fans = Kipas kipas. Korang faham tak lawak yang aku cuba sampaikan ni? Ke, hambar? Aku gelak je dekat lawak aku ni. Korang yang tak gelak ni yang masalah sebenarnya*
Jadi, so far aku rasa cerita ni terbaik lah weh. Sebab apa?
1. Ada unsur thriller. Time psiko tu nak bunuh si Mariam ni.
2. Ada unsur kekeluargaan. Time dimana si ibu bersedih dengan tragedi yang menimpa anak dia. Dia sanggup buat apa sahaja untuk anak dia.
3. Ada unsur motivational. Time Mariam ni kena marah dengan physio. Then, dia baru nampak arah dia untuk bangkit.
4. Unsur romance comedy. Time Mariam ni kenal siapa yang selalu tolong dia ambik bola, ambik liquid jatuh, ambik buku dekat rak tinggi. Lepastu ada adegan geli nak basi pulak dengan ayat ayat geli. Haha
Walaupun aku dapat hadiah saguhati je, aku tak kesah pun weh. Sebab aku bangga dah kot dengan penayangan short film kita ni. Lepastu, aku macam dapat banyak sangat kasih sayang daripada ahli-ahli PHYTAS sendiri. Support diorang mmg tinggi weh. Aku dapat banyak pujian melambung. Dapat banyak kata-kata semangat. Ramai cakap tak puas hati kenapa PHYTAS tak menang, padehal PHYTAS patut menang. Semua tu aku dapat. So, aku rasa dah cukup. Dah bersyukur sangat. Jadi, disini aku, nak ucapkan :
BUKAN Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Tetapi,
Terima Kasih
Terima kasih atas segala kasih sayang yang anda telah berikan.
Terima kasih untuk yang datang ke DSG Rafflesia untuk sama sama menonton filem pendek kita ini.
Terima kasih kepada semua yang insist nak tgok jugak short film ni dalam kelas sbb takde kesempatan nak pergi DSG Rafflesia time tayangan perdana berlangsung.
Terima kasih buat lecturer yang bagi kata kata semangat hingga saya melambung kebahagiaan.
Terima kasih buat semua yg share dan tekan like button
Terima kasih untuk semua yang download movie dari youtube atau transfer dari satu pendrive ke pendrive yang lain.
Terima kasih para pelakon atas lakonan mantap anda.
Terima kasih my editor atas kesabaran dan idea kreatif anda.
Terima kasih my roommate kerana selalu ada
Terima kasih OTSA kerana bagi peluang untuk participate
Terima kasih Ya Allah kerana bagi kudrat untuk Isney Ibrahim habiskan filem pendek ini
:)
Director in action,
Isney Ibrahim
#ThumbsUp
To anyone who would like to watch the movie,
You can go to youtube and type the keyword 'Bangkit' AND 'PHYTAS'
or
You can go to Health Science Pocket Movie page on facebook and watch the fullmovie there
Assalamulaikum.
With my beloved crew <3 |
No comments:
Post a Comment