Hari ni, 9 Disember 2016, maka turun sudahlah jawatan semua MT(Majlis Tertinggi) dan Exco-exco PHYTAS sekalian. Jika ditanya aku tentang perasaan saat diumumkan tarikh AGM haritu, I would say aku adalah orang yang paling tak sabar nak turun jawatan. Workloads tu aku tak kesah sangat, tapi bila ada workloads dan workloads ini adalah pada saat saat last minute, kadang kadang mmg aku rasa nak meletup jugak. Dekat semua orang aku nak sumpah seranah. Dan bila ditanya perasaan aku hari ni, saat diisytiharkan penurunan jawatan, I would say aku dah rindu jadi PHYTAS. It's like sayang and sedih but you are happy that it was over. Does it make any sense? Yes. I would say I miss becoming one of the exco pada saat diisytiharkan penurunan jawatan PHYTAS sesi 15/16 ni :'(
How do I get in?
Kak Faza, who is one of my idol at that time, who insist me and my friends to actively participate in PHYTAS. In fact, as she is my role model, I would love to be a copy of her. Aku selalu dengar dia cerita pasal PHYTAS itu PHYTAS ini. All the joy and experiences that she get. So, she in the major reason why I said to myself "Yup! I am ready. Bring it on!" *to join PHYTAS and all those kepimpinan shite of course*
Why Exco Sukan, Rekreasi & Kebudayaan?
If I want to do a job, I want to to a job that I most fond of. That's why it's either SRK or multimedia. Actually the name of the exco is Exco Sukan, Kebudayaan dan Rekreasi but aku tunggang terbalikkan dia jadi SRK so that orang senang ingat dengan SRK. SRK is Shah Rukh Khan, SRK is Staf Residen Kolej, SRK is Sukan, Rekreasi & Kebudayaan. Amacam? Dah ingat ingat SRK dah dalam mimpi awak tu?
Teammates?
I was over the moon when Arina is one of my teammates. Aku kenal dia dah lama. In fact, dialah junior junior terawal yang aku kenal. *I am very bad at remembering names of my juniors and seniors and not to mention very bad at remembering dates too* Dan aku kenal Farid & Syed pun selepas masuk PHYTAS ni. My comment about them?
Arina - tiba tiba berhenti kerja awal dan jadi my favourite MPP
Farid - mamat gula gula
Syed - that guy when you are talking to, and you just could'tn stop looking at his eyes. beautiful eyes indeed
Is it an easy job?
I would say it is not an easy job to do. Tapi, penglibatan aku sepanjang berada di dalam PHYTAS adalah sangat sangat sangat sangat dan tersangatlah menghiburkan. Aku buat banyak sangat perkara baru. Aku jadi lebih adventurous, lebih proaktif, lebih konfiden and many more. Thats why I would really suggest semua orang utk beranikan diri untuk join into aktiviti berkepimpinan like this. You can explore something new about yourself, making new links/relationship dengan pelbagai jenis people and many many many more. *mata shining*
Apa program exco ni?
1. Femos (Festival Mega Sports of Health Sciences)
UiTM Puncak Alam
1,2,6-8 Mei 2016
Tahniah tahniah tahniah sekalung tahniah aku ucapkan dekat semua athlete Phytas yang dah byk kali turun practice and buat sehabis baik untuk Femos kali ini. |
So, if you guys tak baca cerita aku pasal Femos, so here it is. Phytas berjaya mendapat tempat kedua dalam Femos pada kali ini selepas Femos dahulu kita di tempat ke-7. |
Aku jadi penyelaras sukan untuk sukan bola jaring time ni and Arina, my temmates jadi Timbalan Pengarah I Program Femos Hi 5 |
Fakulti Perubatan Sg Buloh
8 Mei 2016
Time ni aku takda pun incharge buat aerobik untuk para survivor pesakit kusta ni sbb aku ada event lain time ni. Tapi, nasib baik ada budak batch aku yang free dan boleh pergi time ni. Thanks gais yang bersukarelawan tu. Terima kasih banyak2 Kak Ifa, Ika, Sarah, Siti and Mira :)
Disebabkan target people untuk program sukarelawan ni is para geriatric atau warga emas, jadi para instruktor aerobik ni semua decide nak buat aerobik light2 ja sambil duduk atas kerusi.
3.Pharmacy Health Public Carnival (PHPC 2016)
Masjid Puncak Alam
14 Mei 2016
Tahun lepas aku dah pernah handle dah aerobik untuk program PHPC ni. Tapi time tu, program ni dijalankan dekat sekolah rendah. Tahun ni, PHPC ni dijalankan dalam masjid. Jadi, depa pi mintak para instruktor aerobik lelaki untuk lead aerobic dekat depan. Nak cari instruktor lelaki ni mmg payah gila kerja dia. Kena ws dm private sorang sorang untuk tarik minat diorang serta belas kasihan untuk jadi instruktor. Nasib baik ada jugak orang yang sudi jadi instruktor :) Thanks Pian, Danial and Maliki. Lagu untuk aerobik pun semua lagu lagu islamik dan nasyid2 ja. Jangan ingat lagu nasyid tak boleh bawak aerobik k?
Thanks korang. Even malu malu dekat depan pun, korang mampu handle aerobik :) |
Ramai gila kan peserta diorang. Dalam semua kelompok umur ada. |
4. Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) Fasa I
Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu
18 Ogos 2016 - 28 Ogos 2016
Masum ni is apabila IPTA IPTA bertentang antara satu sama lain. Contohnya, UiTM lwn UIA. Untuk Masum Fasa I ni aku tak terlibat sebab aku tekad nak pi UiSF ja. Dekat dengan rumah. So, aku just cari 10 orang untuk jadi sport physio masum and lantik lah siapa ketua siapa penolong. Di samping tu, aku tengok2 lah jugak dorang ni okay ke tak. Ada apa apa tak cukup ke, ada apa apa kena bincang dengan org atasan ke. Tapi setakat ni, dorang ni semua dah expert2. Senang ja kerja dengan depa.
Thanks korang sebab sanggup join masum I walaupun semua tengah sedap cuti dekat rumah masa tu :) |
5. UiTM International Sport Fiesta (UISF)
UiTM Shah Alam
20 Ogos 2016 - 28 Ogos 2016
Kalau UiSF ni pulak, ni event international. Students dr Singapore, Brunei, Indonesia, Thailand, pakistan, Filipino dan etc etc datang ke UiTM Shah Alam. Aku tekad nak pi UISF sbb UiTM shah alam lagi dekat dengan rumah aku. Aku boleh bawak kereta sekali. Manalah tahu lepas bukak klinik nak lepak lepak mamak ka. Nak makan itu ka makan ini ka. Melagha ka. Senang lah kalau ada kereta. Selain tu, aku pun nak rasa jugak UiSF ni macam mana. Lain ka dengan event2 sukan yang lain? Sama ka?
Team Physiotherapy UiTM |
6. Karnival Sukan Mahasiswa (KARISMA 2016)
UiTM Machang, Kelantan
24 Oktober 2016 - 3 November 2016
Karisma ni is event sukan antara UiTM. Contohnya UiTM Selangor lwn UiTM Sabah. Gitu? Faham kan? So, time ni aku kena cari fisio untuk UiTM Selangor and UiTM Shah Alam.
Ni Team Physio UiTM Selangor! |
Team wanita UiTM Selangor dapat Gangsa, manakala the guys pulak dapat Silver :) Apa apa pun TAHNIAH korang! |
Semua physio tak kesah lah diorang serve team mana! Ni TEAM SATU PHYSIO! |
7. Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) Fasa II
Universiti Malaysia Perlis
7 November 2016 - 13 November 2016
Masum Fasa II ni depa letak sukan sukan yang takde time Masum fasa I haritu. Sebab aku tak pi masum fasa I juga adalah sebab aku nak pi masum fasa II . Hehehehe.
Partner sepanjang menjaga team handball, Dani ANC :) |
Team Physio UiTM Masum Fasa II |
Time ni handball Lelaki dapat Silver meanwhile perempuan dapat Gold :) TAHNIAH! |
8. Karnival Mahabbah 2016
Surau Al-Furqan, Fasa 2 Bandar Puncak Alam
Time ni pun pihak Surau Fasa 2 Bandar Puncak Alam minta instruktor aerobik utk program diorang. Jadi, disebabkan buat dekat surau, aku kena cari lagi 2 orang lelaki untuk jadi instruktor. Lagu lagu yang digunakan jugak kena bersesuaian dengan tempat. Time ni thanks Maliki and Yasyri sbb jadi saviour aku :)
Teamwork last minute yang menjadi. Tahniah atas kreativiti and conduct korang masa program ni. |
Selain tu, aku jugak terima beberapa lagi tawaran untuk buat aerobik/ jadi sukarelawan seperti
1. META 2016
Time META ni aku dengan Laila kena conduct aerobic and buat video stress ball. Video tu aku ada letak dalam youtube rasanya. We had a lot of fun time buat benda ni.
2. Sharing Session Sport Physiotherapy
So this is a sharing session between seniors and juniors in sport physiotherapy. Thanks Kak Faza and Iskandar sbb sanggup mengajar adik adik ni dan beri pendedahkan terbaik dekat kami :) Jasa korang mmg Seney takkan lupa sampai bila bila. Thanks PHYTAS sbb sanggup sponsor taping :)
3. Kursus Sport Massage
So, kitorang ada amik Kursus Sport Massage. Bagi aku, kursus ni mmg sangat sangat membantu aku as sport physiotherapy. Lepas je kursus ni, aku mmg terus aplikasikan semua yang diorang ajar. And atlet atlet aku pun banyak puji lepaih kena massage. At least dalam kursus ni, aku tahu lah teknik apa yang patut guna, berapa lama patut kena massage so that badan atlet tak lemah and lesu lepas kena massage.
4. Kursus Taping
Selain kursus sport massage, aku juga ada amik kursus taping. Kelas ni pun best! Ada banyak teknik teknik baru and menarik yang aku belajar. Time lepas habis je kelas ni pun, aku terus applied apa yang aku belajar dekat atlet atlet. Best!
5. Chad 2016
Time Chad 2016 ni, aku dan beberapa kawan aku yang lain tubuhkan mini physio massage team. Kitorang massage area area tertentu dengan harga RM10 je/area. Penat gila nak mampus weh time ni. Start pukul 8.00 pagi, pukul 2 pagi baru balik bilik masing2. It's been a lot of fun working with youguys. :) I'll never forget our werewolves memories. :)
Menjadi exco sukan ni, ada time dia yang kau hectic gila nak mati, stress boleh tinggi menggunung dan time ni lah kau memerlukan sokongan padu morally dari teammates kau dan juga rakan rakan. Sebulan weh aku tak masuk kelas. Time ni lah kau perlukan kawan kawan kau utk terangkan apa yang kau tertinggal and apa yang kau kena siapkan dan hantar sepanjang ketiadaan aku dalam kelas. Banyak jugak yang aku belajar sendiri. Kena prepare test lah. Itu lah. Ini lah. Mmg semua kerja buat last minute lah! Tapi, bagi aku, Alhamdulillah semua kerja dapat settle tepat pada masanya. Tak ada masalah.
I would really thanked my friends, my backbone yang selalu mengingatkan aku dengan kerja kerja aku yang sepatutnya aku buat dan tak siap lagi, sepanjang aku oblivious dengan kerja kerja homework bagai. Terima kasih bagi tips tips belajar time dalam kelas. Terima kasih bagi notes notes dr lecturer. Terima kasih ingatkan apa apa ilmiah sebelum masuk test/exam. Terima kasih sebab masih berada di samping aku tatkala aku busy dengan semua benda.
Terima kasih lecturer sbb bagi kerjasama and understanding kenapa saya selalu tak masuk kelas. Terima kasih sbb tak tolak markah kehadiran saya. Terima kasih sebab bagi saya extend test test penting. Terima kasih bagi saya extend waktu hantar assignment. Terima kasih sangat kerana penuh empati dan sangat memahami.
Terima kasih kawan kawan/temmates yang turut serta sama sama masuk apa apa event and bagi kerjasama dan komitmen yang penuh dengan saya.Terima kasih angkat ais berat dari bawah bukit sampai ke atas bukit. Terima kasih sanggup teman jaga atlet sampai lewat malam. Terima kasih tolong jagakan atlet saya. Terima kasih kerana sentiasa melancarkan kerja kita semua. Terima kasih banyak banyak.
Terima kasih PHYTAS sbb terima saya sebagai Exco SRK. Terima kasih atas segala peluang untuk sertai event itu event ini. Terima kasih atas support sama ada dr segi kewangan atau pun dari segi idea atau tenaga kerja. Terima kasih banyak banyak.
I'll miss you badly PHYTAS bila aku dah graduate nanti |
No comments:
Post a Comment