Thursday, 26 May 2016

International Festival Innovation On Green Technology (i-FINOG) 2016

Assalamualaikum,

Untuk post kali ini, aku nak share dengan engkorang semua dengan satu competition yang aku dengan beberapa orang kawan aku masuk, IFINOG 2016 yang bertempat di Univerisiti Malaysia Pahang dari 15 April hingga 17 April 2016. 

Mcm mana aku boleh masuk?
Okay, presiden PHYTAS (Physiotherapy Association) bagi tugasan ni dekat aku, dengan alasan Fakulti Sains Kesihatan (FSK) mmg nak sangat hantar wakil ke competition tersebut and dia nampak aku ada potential as aku ni jenis yg kreatif sikit. Lama jugak kot aku fikir sebelum aku terima challenge ni. Aku mmg suka bab bab mewarna melukis ni, tapi bab bab innovation ni mmg ai lemah semangat sikit. Ai tak sekreatif tu utk berfikir luar daripada kotak yang sedia ada. Tapi, aku tetap terima this challenge selepas aku berjaya menarik beberapa orang kawan aku untuk terus sama sama berjuang dengan aku untuk competition ni. Kalau ada geng, takde lah rasa stress/sunyi sangat. Lagi lagi bila dapat geng yang mmg sekepala dengan kita. 
'
Idea?
At first kitorang ada 3 idea. 
1. Dari aspek peadiatrics, kitorang cuba nak invent something untuk budak kecik ni buat sit to standing secara independent. Maybe guna beberapa cue seperti warna, bunyi and others. 
2. Dari aspek tranferring, kitorang fikir yang skrg ni pesakit pesakit lumpuh ni ada masalah untuk transfer dr satu tmpt ke satu tmpt yang lain. Even though ada transferring board, tp board tu tak cukup selamat untuk pesakit ada self-confidence utk dia transfer sendiri. So, apa yg kitorang fikir, kita ptut tambah ciri ciri keselamatan dekat board tu. 
3. Dari aspek gait, untuk ajar kanak kanak yang lambat berjalan, kita boleh cipta satu alat yang bila dia jalan je, akan keluar lah bunyi, imej tapak kaki with colors and lampu to attract them to walk. Tapi benda ni susah sikit sbb menggunakan ciri ciri engineering yg tinggi, 

Kitorang pun bagitahu idea idea kitorang ni dekat lecturer and lecturer pulak decide on idea nombor 2, sbb idea tu sangat bagus dan proses penyudahan dia simple. Nampak terang, jelas dan nyata tak perlu guna engineer. Aku pun suka idea nombor 2 tu. 
'
Dana?
Disebabkan sikit je pelajar yang volunteer utk hantar wakil ke competition ni, jadi kitorang dapatlah duit from TAPA banyak sikit untuk cover makan, hotel dan duit prototaip. YES! 

2 minggu sebelum pertandingan berlangsung, time tu lah kitorang baru nak buat video:
1: video betapa payahnya pesakit lumpuh untuk transfer/berpindah daripada kerusi roda ke kereta
2. video kepayahan penjaga pesakit lumpuh yg terpaksa untuk angkat pesakit multiple times daily hingga boleh membahayakan kesihatan tulang belakang penjaga. 
3. video bagaimana projek kami iaitu board kami ni dapat membantu pesakit serta penjaga dalam menyelesaikan masalah ini. 

Weh! Serious. Kau ingat senang nak berpindah from kerusi roda ke kereta? Bapak susah namatey! Berpeluh peluh aku! Tangan kena katang nak angkat badan. Konfiden yang tinggi kena ada. Perasaan takut tak boleh ada. Aku mmg respek dengan pesakit pesakit lumpuh yang boleh ke mana sahaja independently. Susah beb. Sumpah susah. 

Lepastu, kau ingat senang nak hari hari angkat pesakit? Kalau salah angkat, tup tup kau dapat sakit belakang. Sakit belakang ni dah lah complex. Lepastu, berat pesakit bukannya ringan. Kadang kadang tu pesakit ni overweight. Berat weh berat. 

Sebab tu, aku dengan kawan2 aku rasa kita kena cipta jugak benda ni. Bukan untuk menolong para fisioterapi je tapi untuk menolong penjaga/carer, membolehkan pesakit menjalani kehidupan secara independent dan sebagainya. 

Poster?
Lepas kitorang buat video, kena buat poster pulak. Poster tu pun satu. Nak letak apa pun aku tak tahu. Dalam competition tu tak bagitahu pulak kena letak apa benda dalam poster. Kitorang pun main taram je. Sorang kawan aku cari isi yang dahsyat dahsyat untuk diletakkan dalam poster, sorang jaga grammar sbb kawan aku yg sekor ni grammar english dia power. Aku pulak? Aku tukang hias. Tukang pilih color, tukang pilih font, tukang ambik gmbr. Haha


Mcm aku dah cakap lah, aku tukang hias hias je. 


Design?
Design board kitorang tu penting. Nak melukis pun penting. Nasib baik kemahiran hidup tingkatan 2 tak dilupakan dek zaman. Kitorang guna balik ilmu form 2 time ni. Lepastu, bentuk board tu kena itorang kaji, ketebalan dia, berat dia, mcm mana nak kasi dia tak licin, semua kitorang kena kaji and selesaikan masalah tu satu satu. Akhirnya, jeng jeng jeng... dapatlah satu design board, Kitorang guna kotak je dulu. Lepas dah guna kotak, baru nak hantar dekat carpenter untuk proses seterusnya,n 

Nak cerita pasal design ni pun susah weh. Masa mula mula kitorang fikir, nak design lain, tapi lepastu sbb kitorang buat kerja last minute punya hal, design yang kitorang nak tu, carpenter tak dapat nak buat, kitorang pun kena tukar design. Sedih gila weh. Sedih. Tapi nak buat cemana. Maybe ada sebab dia. Maybe Allah taknak kitorang plagiarize idea org lain kot. Haha.

Lepastu ada masalah pulak dengan abang kayu tu. Kitorang cakap kitorang nak permukaan getah dekat bawah prototaip tu supaya dia ada friction sikit. Time trasnfer nanti, takdelah licin. Lepastu dia tak sempat pulak nak letak getah kat belakang prototaip tu. Padehal esok nak pi Gambang dah ni.

Kawan aku pun terus pi tesco pukul 10 malam. Tesco pun nak tutup dah weh! Pergi cari getah untuk letak dekat bawah prototaip tu. Nasib baik jumpa. Lepas dah beli getah, nak gunting getah tu satu hal. Nak gam getah tu dekat prototaip tu hal yang lain pulak! Peh Peh Peh! Macam macam dugaan dia weh. Bila getah tu dah kitorang tampal dengan gam kayu, stick tu mmg stick. Mmg lekat. Masalah dia, bila kitorang cuba buat transfer balik, nak uji ketahanan getah tu, time tu pulak dia terus tercabut sikit sikit weh. Part hujung2. Aduh! Stress aku! Tapi mmg buat tak nampak je lah. Tutup sebelah mata je. Harap harap juri pun tak nampak. Haha

Ni la prototaip kitorang. Belakang dia pun togel macam tu jugak. 


Pengangkutan?
Pegangkutan kitorang ke UMP is guna van uitm. Pengangkutan ni pun banyak masalah. Mula mula tak ada pengangkutan, kena mintak van sendiri. Sekali, pihak atasan tak bagi amik van. Kena suruh orang lain amik van. Haish! Banyak masalah weh. Tapi, last last kitorang dapat jugak ah van tu. Tapi, susah weh nak pergi mana mana. Susah nak cari makan time dekat sana. Sbb pakcik van ddk jauh, kitorang ni pulak budak baik, taknak menyusahkan pakcik van. Kenkadang tu berlapar je. Haha.

Tempat tinggal?
Kitorang pun taknak tempat tinggal yang mahal mahal sangat. Jadi, kitorang pilih ddk dekat homestay je. Tapi, satu rumah teres tu, 3 orang je duduk. Sorang budak satu bilik. Aku dapat bilik aircond, Mmg sedap ah! Haha. best kot ddk rumah ada 3 orang je. Luas! 

Kalau engkorang nak pi Gambang, nak mandi manda, boleh ddk dekat homestay brader ni. Layanan dia mmg tiptop. Aku mintak check in awal, dia bagi. Aku mintak nombor kereta sewa, dia bagi. Aku mintak macam macam, dia bagi je weh. Haha. Harga dia RM150 satu malam. 
'
Jambu Homestay - 019-9967609
Kereta Sewa Hashim - 019-9634722 

Gambar dekat depan rumah sewa lah ni. Gila best rumah ni. Aku dapat bilik aircond. Haha

1st day.
1st day sampai Gambang, kitorang kena mendaftar and set up booth sikit sikit. Alih-alih, kitorang baru tahu yang booth tu kenalah hias hias sikit bagi cantik. Kitorang pulak, just bawak poster A1 dengan prototaip je, Lepastu, mmg kelam kabut sikit nak cari kedai kain lah, nak beli alas meja lah. Nak beli bunga lah. Semua susah nak jumpa time dekat Gambang, Pusing mana mana pun tak tahu nak beli dekat mana. Last last, dapat beli alas meja dengan kotak je. Bunga tu aku pinjam from homestay kejap. Nasib baik homestay ada letak bunga. Kebetulan sangat weh.

Ni time first day dekat Gambang. Tak tahu nak hias apa. Tahu nak tangkap gambar je. 

2nd day.
2nd day is the competition day. Time ni lah ada 2 orang juri yang akan dengar explanation daripada korang tentang projek yang korang bentangkang. Sumpah nervous namatey! Kitorang mmg buat semua benda last minit, nak perepare for presentation pun last minit. Bahagi kerja kau present apa, kau present apa pun last minit punya cerita. 

Our first juri adalah from korea. Dia datang dengan niece dia . Niece dia jadi translator, boleh berbahasa malaysia and english. Terkezut eden time orang korea datang. Nampak ah semua muka cuak cuak nak present cemano. Tapi, semua went well. Aku siap greet dia dengan Anneyonghaseyo lepad tu time dia nak balik aku cakap Ghamsahamnida. Dah tu je aku tahu. Haha. At least, nampak ah macam aku tahu serba sikit pasal korea. Buat dia bangga sikit jadi orang Korea, sampai terkenal dekat Malaysia. Agak susah lah nak communicate dengan dia. Lepas cakap bahasa inggeris, kena tunggu niece dia cakap dengan dia guna bahasa korea dulu baru boleh sambung presentation. Haha. Tapi, best je. Snenag je presentation dengan dia. Dia siap bagi idea macam mana nak mantapkan lagi idea kitorang ni. Okay ah tu. 

Lepastu, juri kedua from syarikat Isuzu Hicom Malaysia sdn. bhd. Dengan juri kedua pun okay, Tak ada masalah dalam menjawab dan menerangkan projek kitorang. Dia pun nampak yang our project ni boleh membantu orang ramai atau dalam erti kata lain, nampak kesan positif projek ni. So, not bad ah. Dia pun ada bagi idea sikit sikit dalam apa benda nak buat lepasni. Bila nak patentkan dan sebagainya. Bagus lah,

Time hari presentation ni, kitorang set up booth lawa lawa. Siap bawak kerusi roda lagi untuk live demonstration dekat orang yang datang dekat booth. Nak dijadikan ceritu tengah ddk dekat atas wheel chair sbb kitorang kekurangan kerusi, lepastu adalah segerombolan kumpulan cikgu ni datang dekat booth kitorang nak tahu kitorang present pasal apa. Dah orang datang, aku berdiri lah sebab nak bagi explaination, tapi diorang semua terkejut sbb diorang ingt aku betul betul sakit lumpuh weh. HAHAHAHAHA. Kelakar gila weh. Kebetulan pulak, pesakit lumpuh dekat video yang kitorang mainkan dekat laptop tu mmg aku, so, diorang mati mati ingat aku lumpuh weh. 

Lepastu, ada lagi satu kejadian, booth kitorang ni nak cakap lawa sangat, takde ah lawa. Biasa biasa je. Tapi, kebetulan pulak time kitorang tengah explain projek kitorang dekat visitors tu, cameraman datang. Lepas tgok kitorang demo, cameraman tu macam amaze and adore lah dgn projek kitorang. Lepastu, dia pi bawak geng geng drone dia, buat video dekat booth kitorang. Last last video kitorang ada dalam montaj penutup for IFINOG ni. Femes ai kejap., Hahahahaha. 
'
Yeay! Mcm ni lah booth kitorang time dekat sana harituh!

3rd day
'Hari ketiga is hari pengumuman awards. Ada banyak awards yang dipertandingkan. 
1. i-FINOG Green Technology Award
2. i-FINOG Young Scientist Award
3. i-FINOG Young Inventor Award
4. i-FINOG Creative Invention Award
5. Vice Chancellor Award
6. KeTTHA Special Award
7. i-FINOG Special Award
8. i-FINOG Best of the Best Award
9. i-FINOG Social Impact Award
10. i-FINOG Engineering Invention Award
11. i-FINOG Grand Prize Award. 

Dan kitorang berjaya untuk mendapat silver medal je. Tapi, kitorang sangat proud dengan this silver medal. Firstimer kot masuk benda benda alah macam ni. Lepastu, buat semua benda last minit pulak tu. Last last menang jugak. Peh bangga gila lah siak. Haha. 

Yeay! Dapat medal! Aku mmg batak sikit dengan medal ni. 
Jadi, sebenarnya gais. Benda mcm ni actually peluang emas tau yang datang dekat aku. Aku pulak mmg mula mula tak nampak benda ni as peluang, aku rasa dia mcm beban. Tapi gais, pengalaman aku bekerja dengan kawan kawan aku ni, pengalaman kitorang mengharungi banyak sangat cabaran sama sama, pengalaman duduk dekat Gambang sama sama, pengalaman explain dekat semua orang tentang projek ni, semua tu pengalaman yang sangat berharga. Aku mmg mengesyorkan sangat sangat semua orang masuk event2 cenggini. Korang bukan sahaja mengambangkan pemikiran kritis dan kreatif korang, banyak lagi aspek aspek softskill yang korang asah time ni. Actually, aku percaya semua orang ada sekelumit kreatif dalam diri masing masing. Try weh. Sumpah try. Kau sendiri yang kan terkejut dengan kemampuan korang. Korang sendiri akan terkejut dengan ability korang. Korang sendiri yang akan terkejut dan bangga dengan diri korang. Bangga dengan apa yang korang capai. Sbb, bagi aku, benda ni buat aku menghargai dan bangga sangat dengan diri aku. Time aku dapat medal dan sijil tu. Sumpah aku cakap aku BANGGA.

Thanks for reading.
Assalamualaikum. 

Wednesday, 17 February 2016

Sem 5 Bachelor in Physiotherapy (HONS)


Assalamualaikum.
Alhamdulillah, Alhamdulillah.Alhamdulillah,
Aku dah buktikan walaupun sesibuk mana pun korang sampai terpaksa tak hadirkan diri ke kelas,
Sesusah mana pun korang nak belajar sebab rumah sewa tak ada internet,
Sestress manapun korang belajar sebab kondisi rumah sewa sangat tak kondusif untuk sesi pembelajaran
Sesakit mana pun korang belajar atas lantai sampai satu badan lenguh lenguh
Akhirnya, 
Kalau tujuan kita tu ada, 
Usaha ada, 
Kawan yang mendampingi kita sangat supportif, 
Orang ramai mendoakan kejayaan kita, 
InshaAllah
Kau pasti boleh buat jugak. 
Aku pasti,
Sebab aku boleh.
Kau pun boleh.,
Terima kasih untuk kajayaan kali ini,
Aku ucapkan terima kasih dekat semua. 
Jangan serik doakan kejayaan aku.
Sekali lagi.
Terima Kasih. 


Tuesday, 26 January 2016

[TRIP] #LangkawiLadies Langkawi Travel Guide

Assalamualaikum.

Post hari ini adalah istimewa untuk uguys yang rasa-rasa nak jadikan Langkawi sebagai tempat vacation korang yang seterusnya. Harap post aku kali ini dapat membantu serba sedikit bagi engkorang yang maybe masih noobers/newbie dalam membuat perancangan. Okay? Jom cekiout !

Untuk travel ke Langkawi ni, kitorang pergi all ladies. Girls only. Aku akan selitkan jugak kebaikan2 bila engkorang travel bergroup semua perempuan ni. Best kot. Kitorang seramai 11 orang. 10 orang naik flight. Sorang member mmg ready kitorang amik dia kat Jetty.

1. Waktu. 
Okay. Bulan 11 dan 12 selalunya musim tengkujuh. Angin laju and laut berombak-ombak. Sangat tak sesuai untuk engkorang yang nak pergi snorkeling. Air jadi tak clear. Jadi, korang boleh elakkan diri daripada memilih tarikh ni. Tapi, menurut orang2 kat sana, bulan 11-12 ni ramai orang! Aku bet sebab budak cuti sekolah. Jadi, Langkawi mmg havoc time ni. Kalau korang, yang sukakan suasana yang havoc dan tak meletakkan snorkeling as aktiviti korang, korang boleh pergi Langkawi time bulan Nov/Dis ni. But, untuk engkorang yang hendakkan nyaman and snorkeling menjadi aktiviti pilihan korang, korang boleh pergi selain daripada bulan yang aku dah nyatakan dekat atas. Bulan Jan pun dah kira okay. Bahkan, time kitorang pi tu, panas gila kot. Oh, btw, kitorang pi sana 3 hari 2 malam.

2. Transport Pergi Ke Langkawi
Pasai transpot ni pulak, kitorang guna flight. Kepada sesiapa yang nak gunakan flight jugak, korang boleh check mana mana website yang jual flight murah pergi Langkawi time tu. Kitorang pi sana dengan Malindo and balik pulak dengan Air Asia. Total harga flight kitorang pergi dan balik dalam lebih kurang RM 214/per person. Baik korang beli terus flight pergi and balik. Senang. Kepada korang yang tak nak naik flight, naik train pun boleh. Tapi, aku tak berapa pasti nak pergi sana macam mana. Takpe. Banyak je alternatif lain untuk korang pi Langkawi.

Lepas tu, kitorang bertolak daripada UiTM Puncak Alam. So, daripada uitm untuk ke KLIA2, kitorang cari van. Bayar RM25 sehala. Balik kang bayar lagi RM25. Korang boleh gak cari teksi, tapi mahal gak kot. Kalau korang pergi sendiri dengan kereta pulak, korang nak park kereta kat mana? Mahal weh parking sana. RM 46 /day . Kalau kaya takpe ah. Kalau korang park dekat Putrajaya Sentral and then naik ERL ke KLIA2 pun boleh. Tapi, sekarang ni diorang dah naikkan harga gak. Bagi aku, mahal gak. Haha. Van ni kawan aku punya abang yang punya. So, senang sikit ah.

gambar wajib untuk org yang naik flight. lagi lagi bila ddk tepi tingkap. Nice!

3.Penginapan
Kitorang mmg dah booking awal awal penginapan kitorang jugak. Bukan walk-in lah kira ni. Kitorang ddk dekat Lagurra Baron Resort. Bilik yang aku dapat tu, ada 2 katil queen, ada tv, ada aircond, ada fridge, ada cupboard, ada toilet besar yang selesa, boleh mintak iron and dekat sangat dengan tempat2 makan. So, aku kira berpuas hati betul dengan bilik dia sebenarnya, Tapi, kitorang ada gak kes tak puas hati dengan management pihak resort bab kitorang nak pinjam iron tu. Tapi, hal kecik je kot. Tak usah ah cerita. Haha. Kalau nak tahu gak, kita private dm. Okay? Kitorang amik 3 bilik yang macam tu. Satu bilik RM 300. So, sorang bayar RM81.90 je lepas bahagi bahagi sama member.
sumber : google *tapi sejibik mcm ni ah bilik kitorang tapi kitorang ground floor

4. Aktiviti
Adalah penting jugak untuk korang rancang awal awal aktiviti apa yang korang nak buat dekat sana. Kawan aku selaku biro program untuk lawatan ke Langkawi ni dah baca banyak blog and buat research tentang benda benda yang best dekat Langkawi. So, ni list aktviiti kitorang.

13/1/2015
6.30     berkumpul dekat airport
8.30     berlepas to Langkawi
9.30     arrived at Langkawi Airport
9.45     amik kereta sewa.
10.00   amik Aina from Jetty - check pakej aktiviti dekat Jetty
11.00   Cable Car/ Museum 3d
1.00     lunch
2.00     check in
petang and malam - chocolate hunting

14/1/2015
8.00     Pulau Payar snorkeling/island hoping/ATV
malam - bebas and more chocolate hunting

15/1/2015
10.00   Parasailing
12.00   check out
1.00     Wildlife birdpark Langkawi
5.00      ready dekat airport
7.00      berlepas to KLIA2

5. Kereta Sewa.
Kitorang ada cari cari gak kereta sewa murah by internet. Pastu dapat ah RM 140 untuk 3 hari pakai. Harga standard mmg RM 150. Kalau korang lupa nak cari kereta sewa awal2, korang boleh je cari kereta sewa dekat airport tu. Belambak. Kalau pandai nego, boleh sampai RM130 untuk 3 hari. Kitorang dapat 1 kereta auto saga 2 kereta auto myvi. Okay ah. Not bad ah kereta dia. Banyak kecacatan gak kereta tu, tapi still boleh guna dan masih selamat untuk digunakan lagi.

Contact Number - 017-5385691 (Bob)

6. Tips Dekat Airport For Noobers
i. Untuk packing barang, aku rasa 3 hari tu, cukup ah satu bag galas besar letak baju, satu beg simpang kecik letak phone wallet and prepare bawak satu beg berzip for engkorang yang nak beli chocolate nanti. Almaklumlah. Coklat kat sana kan murah murah.
ii. Sebab ni flight domestic, liquid seperti perfume ke sabun sabun ke boleh je bawak masuk atas kapal. Aku ada tanya attendant dia haritu.
iii. Pastikan korang dah beli luggage untuk kat airport sekali pergi dan balik. Kang tak pasal pasal kena bayar mahal mahal pasal luggage korang overweight.
iv. Kalau korang takde beg, korang boleh wrap korang punya barang dekat kaunter yang disediakan.
v. Time lalu pintu keselamatan kastam, make sure tak pakai belt, takde phone dalam poket. Kang tak pasal pasal pintu tu berbunyi.
vi. Time check barang dekat kastam gak, make sure dalam beg korang takde barang barang bahaya/tajam seperti garfu, pisau, gunting . Kang kena rampas.

7. At Jetty.
Selain amik kawan aku dekat jetty, kitorang gak pi usha-usha pakej pakej yang disediakan dekat sana, Ada banyak kaunter yang jual pakej pakej aktiviti menarik yang korang boleh beli tapi, bergantung kepada daya memujuk and negotiation korang untuk dapatkan harga yang murah. Setelah bertanya dekat semua kaunter, kitorang pilih En Din Moonlight punya kaunter untuk pakej Pulau Payar kitorang. Sebab kitorang pandai memujuk, alhamdulillah RM115 je/person untuk snorkeling. Dekat Encik Din ni jugak kitorang dapat nombor agent untuk beli tiket cable car. Murah je weh. Patutnya RM 30 tapi kitorang dapat RM 18 je. Murah kan? Kalau guna agent, mmg murah. Selain snorkeling, korang boleh gak check out aktiviti2 lain, Ada island hoping, diving, mangrove , dan macam macam lagi. Just cakap je korang nak apa dekat pakcik kaunter tu okay?

Contact Number - 012-5752665 ( MoonlightBay)

8. Cable Car & Skybridge
Kitorang dapat tiket daripada agent tu dalam lebih kurang pukul 12+. kitorang kena cari dulu agent tu dekat mana. Penat mencari, rupanya dia tengah lunch. Pastu korang tunggu tiket korang kena panggil. Dia ada waktu2. Contohnya kalau tiket korang pukul 1.15, nanti dia panggil orang2 tiket pukul 1.15 masuk. Time tu baru boleh masuk. Kalau tiket korang belum waktunya lagi, tunggu je lah dekat luar. Pastu, kitorang beratur mmg panjang gila. Ramai betul orang! So, kena sabar sikit ah kot time ni. Sebelum pi cable car dia, kena masuk tayangan / cable dome dulu. Tayangan tu lebih kurang dalam 5-7 minit. Tayangan 3D pasal naik roller coaster. Habis tayangan, beratur lagi, nak masuk skycab pulak. Untuk naik skycab ni, korang kena get ready 6 people satu gondola.

Pengalaman aku naik skycab pulak okay ah. Not bad. Sebab aku tak gayat. Aku naik rilek rilek je lah. Kawan aku mmg mostly semua gayat. Aku gelak je tengok muka dorang nervous naik skycab tinggi tinggi. Gondola dia ada yang jenis biasa-biasa, ada jenis lantai glass/see through and ada jugak for VIP. Untuk yang VIP punya best weh. Dah ah ada aircond, music/radio pun kuat. Siap letak makanan lagi. Peh! View mmg sangat nice ah. Boleh nampak air terjun, nampak laut, nampak hutan, nampak macam macam.

Sampai dekat stesen atas sekali, korang boleh tangkap gambar kat sana. Pastu korang boleh jenjalan dekat skybridge dia. Untuk pergi ke skybridge ni, korang boleh pergi dengan berjalan kaki or naik lift. Untuk yang ada penyakit seperti asthma, aku sarankan pergi balik naik lift je. Siapa yang takde panyakit, sihat walafiat, berjungle trekking lah sikit. Sekali sekala keluar peluh, apa salahnya. Tapi mmg penat betul ah. Lagi2 time balik. Aku siap hypotension kot. Ni semua sebab tak sempat breakfast and tak lunch lagi. Nasib baik belajar fisioterapi, tahu nak buat apa time hypotension. Sikit lagi, aku pitam dah kot. Haha.Kalau korang jalan kaki bayar RM 5 . Kalau korang naik lift, bayar RM 15. Pengajaran dekat sini, nak pergi mana mana makan dulu okay? takpun siapkan gula gula dalam beg.

View dekat sana mmg killer. Cantik gila kot. Tapi disini aku sarankan jugak dekat engkorang takyah naik skybridge time tengah hari. Matahari dia panas gila kot. Even though ada angin sipi sipi sejuk macam aircond, tapi panas dia tu still terasa. Bawak ah shades engkorang kay? Pastu, disebabkan kitorang masuk tengah hari, sebab tu boleh dapat murah RM18 tu. Kalau sebelum pukul 10 pagi, harga dia lain. Mahal lagi sikit.

Contact number : 019-4023696

Seney mmg tak gayat gais

jambatan ni goyang goyang gak ah bila angin kuat. 
#TipsDariSeney - Jangan pergi time tengah hari. Sejuk tapi panas gak. Matahari menyinar dengan berjayanya atas kepala. Pakai shades weh time pergi kalau tengah hari. Pakai sunblock sekali. Para ibu bapa yang bawak stroller kena angkut stroller naik tangga dia sikit. Stroller boleh bawak naik gondola, jangan risau.

9. Shopping at Pekan Kuah
Okay, petang tu kitorang lepak lepak jap. Lepas check in, siapa nak tidur, boleh tidur. Pastu, pukul 7 gitu, kitorang get ready nak keluar balik beli coklat. Waze je Kompleks HIG (Hj Ismail Group). Kompleks ni lagi besar and lagi banyak pilihan. Tapi sebenarnya beli coklat ni, korang kena banding-bandingkan harga gak. Ada tempat lain yang jual certain coklat lagi murah daripada HIG. Pandai pandai engkorang lah. Kalau malas nak banding-bandingkan harga. Beli je semua dekat sini. Harga dia kenkadang, beza posen posen je. Aku spend RM88 je dekat sini.

Selain coklat, korang boleh jugak beli barang barang lain seperti pinggan mangkuk, sudu garfu, kuali, magic pan dan lain lain lagi. Manalah tahu, mak korang ke, makcik korang ke ada suruh korang beli apa apa. Selain HIG tu jugak, ada banyak lagi kedai kedai lain area Pekan Kuah tu, Korang pergi je dari satu kedai, ke satu kedai yang lain. Misalnya, ada choco valley etc etc...

Untuk perbandingan harga antara Langkawi dengan KL tu pulak macam ni. Contohnya, ferrero rocher tiga bijik tu selalunya RM 4 dekat KL atau kenkadang mahal lagi. Tengok kedai ah. Tapi dekat HIG tu harga 3 bijik ferrero rocher tu RM 3 je. So, beza RM1. Aku tengok ada pakcik makcik beli coklat sampai beratus ratus kot. Peh! Jeles gila lah siot.

Koleksi Ritter Sport aku - even sekarang tak habis habis lagi coklat coklat aku ni. 
#TipsDariSeney - Makan ah coklat Whittakers Almond. Sedap weh!

10. Snorkeling at Pulau Payar
Okay, disini aku sertakan jadual waktu kitorang snorkeling kat sana.

8.50                Pick up from hotel
9.15                Assemble dekat Jetty Kuah for departure to Pulau Payar via ferry
9.45                Leave Kuah for Island of Payar
11.00             Arrived at Payar Island/ Briefing on marine park rules and regulation, distribution of snorkeling equipment.
11.25-12.15   Morning session - 1st snorkeling session
12.15 - 13.15 Lunch
13.30 - 14.30 Afternoon session/ 2nd snorkeling
15.00 - 16.00 Journey back to Kuah
16.30             Back to hotel

Time pepagi engkorang bangun tu, korang pi mandi, siap siap. Dalam pukul 8 korang boleh breakfast and tunggu trasnport daripada pihak sana. Kitorang pi Kuah guna  bas. Time tu jugak bukan engkorang je diorang amik, Ada lagi tourist tourist lain yang dia akan amik. Pastu, bila sampai Kuah, korang ikut je abam customer service tu sampailah ke Jetty untuk naik ferry. Disebabkan kitorang all ladies and comel comel lote je semua, abam ferry tu bagi ddk dekat atas. Tmpt VIP. uhuks uhuks. Perjalanan ke Payar Island adalah lebih kurang 1 jam. Aku tidur je time dalam ferry. Haha.

Sampai je sana, ada briefing sikit. Depa bagi lifejacket, snorkeling equipement, pembelian loker untuk letak barang berharga. Loker dia RM20. Dia bagitahu rules and regulation. Tak boleh bawak apa apa keluar dari Pulau Payar tu, Dia gtau, jangan snokeling lebih daripada line yang disediakan sebab tak selamat. Lebih daripada line tu, ada perjalanan untuk ferry, boat. So, untuk keselamatan korang, snorkeling dalam area dia je. Jangan bagi shark makan, sebab ada kes kena gigit ngan shark. Apa lagi eh? Dekat sana diorang tak guna air tawar. Even pi toilet diorang guna air masin.

Oh. aku lupa nak bagitahu. Aku just bawak barang berharga and sunscreen je pi sana. Baju tukar mmg aku tak bawak langsung. Okay je weh. Tak payah nak susah susah.

Pengalaman snorkeling aku. Ni is the second time aku snorkeling. First timer, aku snorkeling dekat Port Dickson. Ikan dekat PD tak banyak time aku pergi. Ada ikan todak je. Dekat sini, ikan dia lagi banyak weh. Lagi cantik. Senang cerita, aku mmg satisfied, bahagia dan sangat suka snorkeling dekat sini. Kau boleh nampak betapa dalamnya laut tu. Nampak banyak sangat jenis jenis ikan yang warna warni. Korang nampak kecantikkan coral coral dalam tu. Tapi , aku nasihatkan jangan pijak coral coral ni weh. Coral ni tempat/habitat for all the ikans. Kalau korang kacau tempat tinggal diorang, nanti diorang gigit korang. Banyak kali gak aku kena gigit time awal awal tu sebab tak ready lagi nak swimming. Haha.

Buat mereka yang tak reti swimming, korang jangan risau, korang jangan takut. Korang mmg akan pakai lifejacket yang akan sentiasa apungkan korang. Tugas korang ialah korang gerakkan je tangan and kaki korang untuk bergerak ke mana mana. Even aku pun tak pandai swimming weh. Yang penting, korang jangan panik. Just enjoy the killer view. Okay?

Time session snorkeling yang pertama tu, aku jenjalan nak cari shark. Tp tak jumpa jumpa. Pastu ada sorang mamat ni cakap dia jumpa shark besar area jauh sikit dari gigi gigi air tu. So, aku suruh aku dia bawak aku pi sana. Pastu, time dekat sana, mamat tu 2 kali kot nampak shark tu, aku tak nampak nampak pun. Dahtu, mamat tu agaknya dah malas nak layan aku, dia tinggalkan je. Haha. Aku pun cari shark sorang sorang. Weh! Kalau lagi dalam/lagi jauh korang pergi, mmg lagi cantik view dia. Aku boleh cakap Subhana Allah je weh. Cantik betul view bawah laut ! Time aku tengah tengok view yang cantik gila tu, tiba tiba seekor shark dengan semenggahnya lalu depan aku. Aku panik kejap. Terhuyung hayang sikit. Haha.

Sekejap je dia lalu. Macam sekilas je. And shark dia besar gila wey! Panjang lengan aku! Shark dekat  area snorkeling sini boleh panjang hingga 1m. Lepas shark tu muncul, aku baru teringat mission aku dekat tengah laut tu nak cari shark. Time aku lupa pasal shark tu tetiba dia muncul pulak. Lepas shark tu lari, aku pergi cari dia balik. Cari punya cari. Aku jumpa dia lagi. Entah ler ni shark yang sama ke tak. Haha. Tp mmg worth it sangat ah. Sumpah BEST GILA WOI! AKU TAK TIPU NI.

Lepas tu, time aku tengah sedap layan snorkeling tu, aku ada jugak lah dengar bunyi siren. Siren tu berbunyi 2 kali kot. Tapi aku buat dek je. Buat bodoh je dengan bunyi siren tu. Aku still continue dengan snorkeling aku. Pastu, tiba tiba aku tergerak hati nak tengok permukaan air . Tiba tiba! Weh! Takde orang langsung dah weh dekat air ! Semua ornag dah pi makan for lunch. Aku pun terkocoh kocoh lah pi berenang ke tepi pantai. Dah ah aku jauh gila kot dari pantai. Penat nak mampus kot berenang.

Lunch kitorang - nasi goreng cina . ayam dua ketui kecik. epal hijau 1, french fries and air seasons lemon ice tea. Biasa biasa je ah rasa nasi dia. Aku makan je ah. Penat *kesat peluh*

2nd session snorkeling pun nak mula. Tapi sebelum tu, ada shark feeding session. Mamat mamat laut ni bawak kitorang dekat kawasan jetty and dok baling balik roti dekat laut tu. Pastu nampaklah shark shark datang makan dekat sana. Banyak rupanya weh shark dia! besar ada, kecik ada. kurus ada, gemok ada. Macam macam ada. Lepaih tu, ada mamat laut ni cakap nak bawak kitorang pi snorkeling. Dia kiranya jadi macam tourist guide lah.

Aku adore betul dengan orang sana. Pandai betul diorang berenang. Menyelam pun pandai. Menyelam ni dah ah susah. Pressure dia tinggi. Mamat tu bawak kitorang pegang timun laut, cari tiram, cari nemo and ajar kawan aku pakai snorkeling mask dengan betul so that air tak masuk dalam mask. Dia ajar gak berenang. Bagus kan? Tu ah kebaikan dia pergi dengan all ladies. Dapat layanan VIP weh. Lepastu aku bawak kawan kawan aku snorkeling dekat tempat yang aku snorkel tadi. Aku pun nak tunjuk dekat diorang sharks yang aku jumpa tadi.

Basically, 2nd session snorkeling aku is bawak balik kawan kawan aku pi tempat tadi and tunjuk diorang view yang lagi killer. Best kot weh! Aku pulak yang jadi tourist guide depa. Lepastu, sekejap je dah pukul 2.30. Semua orang dah get ready nak balik. Pulangkan semua perkakasan depa, tunggu ferry, naik ferry, tidur sat dalam ferry (btw, kitorang dapat seat VIP jugak), sampai Kuah, masuk dalam bas. Pastu, bas hantar balik pi hotel.

Overall, this is the best ever! Highlight sepanjang aku berada dekat Langkawi ni.



11. Night Walking at Pantai Chenang
Malam tu kitorang pi jenjalan dekat area hotel kitorang. ada banyak jualan dekat sana. Suasana malam mmg havoc lah dengan tourist ramai. Lampu lampu bagai. Aku dengan kawan aku mmg nak cari Henna. Aku bajet nak henna RM5 je. Tapi, takde pulak henna tu. Ada pun RM 10 je. So, tak jadik nak buat henna. Kepada engkorang yang nak shopping cenderahati ke hape ke, boleh lah shopping dekat sini. Panjang kot tempat shopping dia. Aku mmg penat gila malam tu. Dah ah pagi ke petang snorkeling, malam pulak berjalan jauh cari henna. Peh peh peh. Penat !


12. Parasailing
Okay. Kitorang deal dengan sorang abam pantai ni nak snorkeling 15/1 pagi. Kitorang deal lepas kitorang balik dari snorkeling haritu. Harga parasailing ni biasanya RM 60. Tapi sebab kitorang all ladies gak, abam tu bagi RM 50 sorang. Tak kesah ramai ke idok ke tapi dia bagi RM50 gak. ini pun berdasarkan daya memujuk kitorang. So, esoknya pukul 11.00 kitorang gerak to satu pulau. Dekat pulau tu lah kita akan parasailing. Pergi pulau tu naik bot.

Sampai je dekat Pulau, diorang akan pakaikan alat alatan parasailing depa. Aku orang first yang akan parasailing jap lagi. Dup Dap Dup Dap gak ah jantung time ni. Sebab firstimer. Tak tahu nak expect apa. Kita akan parasailing dengan sorang abam pantai. Diorang ddk belakang kita ddk depan. So, takde ah nak cuak sangat kot. Diorang yang settlekan pasal landing semua nanti. Budak pantai tu cakap, untuk berlepas for parasailing, kena lari lari dulu. Lari laju laju. Lari sampai terbang! Peh! Time tu aku lagi cuak. Nak lari macam mana? laju mana? macam lari 100m ke? Haha. Pastu dia pi takutkan lari laju laju kalau tak nanti kena coral coral kat sana. Corals tajam. Saje je tau budak ni.

Pengalaman parasailing aku.
View mmg cantik nak mampus. Pengalaman ni mahal weh. Sekali seumur hidup pun cukup lah. Memang best jugak! Korang rasa tenang je kat atas tu sambil tengok permukaan laut. Kita akan parasailing dalam lebih kurang 5-10 minit pastu time landing kena lari lari gak untuk dapatkan smooth landing. Haha. Alhamdulillah. Aku selamat berlepas selamat landing jugak. Haha!

1 jam seteng jugak lah nak habiskan semua orang berparasailing. Time tu lebih kurang ada 10 orang. Kitorang and tourist tourist yang lain. Habis parasailing, depa hantar kita pi pantai chenang balik naik bot.

Contact number - 017-4461724 (Ujang)


13. Wildlife Birdpark Langkawi
Sebenarnya kitorang dah lewat sikit untuk check out. Patutnya check out pukul 12 tapi kitorang balik dari parasailing pukul 12+. Nasib baik parasailing dekat ja dengan hotel. Boleh lari lari terus siap siap and check out.

Then, otw ke Birdpark! Yeehuuu!

Okay, aku mmg sangat terkenal dengan kawan kawan aku akan cinta aku dekat haiwan. Haha. Jadi, aku yang ajak diorang mai sini. Dekat sini, boleh pegang pegang haiwan, boleh feed depa. Perjalanan dari Pantai Chenang ke birdpark ni tak sampai sejam pun. Sampai je sana, aku pi beli tiket dulu. RM 24 sorang. Tips aku, disebabkan engkorang dah checkout, coklat korang mestilah dalam kereta kan? kalau letak dalam kereta, nanti dia cair ah kan? So, aku sarankan untuk korang bawak coklat korang bersama sama dengan korang. Time aku pi tu, aku siap mintak tolong akak kaunter tu jaga beg beg kitorang dalam bilik aircond dia. Dia pun lek lek je. Yeay! Dengan ini, coklat kita tak cair!

Macam biasa lah! Dekat sana semua haiwan aku nak bagi makan. Aku dapat peluk peluk dengan ular, aku volunteer bagi ikan arapaima makan, aku volunteer bagi rusa makan. Aku main dukung dukung dengan rakun dia. And yang paling best bagi aku is, aku jumpa crocodile! Bapak besar lah weh. Time tu, ada abam yang jaga tempat tu nak bersihkan kandang buaya. Buaya tu tengah syok berendam dalam satu kolam. Abam tu nak bersihkan kolam yang dia tengah syok berendam tu. So, abam tu pi cocok cocok badan buaya tu bagi dia marah. Time dia marah tu, buaya tu pi splash air kolam dia tu dekat aku! Pui! Haha. Lepas banyak kali kena cocok, buaya tu meluat, dia pi dekat kolam lain. Abam tu pun pi basuh kolam tadi. Tu je cerita dia. Haha

Selain itu, ada abam trainer ni tiba tiba lembut hati nak jadi guide kitorang! Dia lah yang bawak kitorang pi main dengan rakun and burung enggang. Best kot. Kitorang mmg dapat banyak layanan VIP weh sepanjang dekat sana. Haha.



13. Makan Nasi Arab
Aku buat jugak entry pasai nasi arab ni bukan sebab nasi dia special sangat. Tapi, layanan abam dari kedai nasi arab ni. Dekat luar birdpark ni, ada kedai nasi arab. Sebab abam tu tengok kitorang sep kan pasai duit, nak makan murah murah ja, abam tu bagi diskaun banyak weh. Nasi Arab yang RM 38 dia bagi RM 20. Tiga orang kongsi makan. Air pulak dia kasi free. Lepastu, bila dia tengok kitorang makan licin + laju nak mampus, dia pi sedekah roti naan panas pulak. Peh! Terbaik seh layanan dia. Nasi dia pun banyak tau! Bukan sikit sikit je! Sedap sedap belaka pulak tu. Aku doakan abam tu punya perniagaan bertambah maju lepas ni. Semoga rezeki dia melimpah ruah! Thanks abam!

14. To KL
So, flight kitorang pukul 7.50. Pukul 5 tu kitorang dah sampai airport. Pulangkan kereta sewa. Pastu, check in. Tunggu flight, flight delayed pulak. Pukul 7+ baru masuk. Pukul 8+ flight berlepas. Sampai KL pukul 9. Pastu parents aku amik aku dari KLIA2 untuk balik ke Semenyih!

15. Aktiviti lain
Sesama kitorang snorkeling, ada kawan aku yang pergi island hoping. Dia dapat harga RM25 je satu kepala. Lepas tu, depa pergi main ATV dekat oriental village. RM 37 kot. Best gak aku tengok. Aku pun jeles. Haha

So, amacam korang? Korang agak agak berpatutan tak vacation dekat Langkawi ni? Bagi aku, sangat sangat tersangat lah berpatutan dan best sangat! Korang boleh check pasal vacay kitorang dalam ig dengan #LangkawiLadies okay? Apa apa, kornag boleh tanya dekat ig aku, private dm kat ig aku ke. InshaAllah aku boleh tolong jawab.

In conclusion, aku tersangat sangatlah recommend kan percution ke Langkawi ni. *Seney bagi thumbs up*

Assalamualaikum kita jumpa lagi dalam entry yang lain, muah!


Friday, 6 November 2015

[TRIP] #IsneyXMalacca Melaka Travel Guide

Assalamualaikum.

Untuk post kali ini, aku tujukan kepada para backpackers and travelers yg mahu menjadikan Melaka sebagai destinasi travel korang. *Isney bagi wink* Aku naik bas untuk ke Melaka. Dari rumah aku, aku ke TBS (Terminal Bersepadu Selatan) , lepastu aku purchase tiket bas ke Muar. Sebab apa Muar? Sebab aku stay dekat rumah kawan aku sepanjang aku jenjalan makan angin dekat sana. Jimat sikit duit ite. Aku amik bas Maharani. Tp sebenarnya ta kesah pun amik bas apa apa sebab perjalanan dari TBS ke Melaka/Muar dekat je. Kalau engkorang mmg nak pergi Melaka, like betul betul Melaka, korang boleh stop dekat Melaka Sentral .Harga tiket aku time tu : RM17.60/sehala

Sini aku nak pesan, korang jaga barang korang and diri korang baik baik time dekat TBS tu. Ini adalah kerana, time aku purchase tiket aku tu, ada kes curi dalam surau perempuan dia. Lelaki berpakaian as perempuan , dok dalam surau tu, bila dah dapat mangsa, dia cepat cepat lari ! Time tu, semua orang dekat TBS tu kejar dia! Mmg boleh buat drama jugak lah. Nasib baik, orang tu dapat ditangkap. Jaga safety gais!

Perjalanan daripada Tbs ke Muar mengambil masa 2 jam lebih. Aku rasa perjalanan ke Melaka lebih kurang sama je. So, takdelah lama mana kan? Aku sempat gak tidur dalam bas. Ghahaha. Tanpa menaip dengan lebih banyak , ayuh kita teruskan entr kita untuk kali ini. Checkiout!



1.Kota A'Famosa 

Sejarah?
Berkenaan sejarah kota a'famosa ni mmg aku tak boleh nak terangkan. Aku pun bukannya tahu menahu sangat. Jadi, untuk korang korang yang curious nak tahu sejarah tempat ni, bolehlah korang berkunjung ke sini. 

Bayaran? 
Mana ada bayaran. naik je tangga dia. 

Apa yg menarik? 
Korang boleh menikmati pemandangan indah Kota A'Famosa ni. Cantik gila. Walaupun aku dah pernah pergi banyak kali, aku tetap amazed dengan seni bina dia. Korang boleh ambil gambar secara kenang-kenangan. Kat sana ada, pakcik jual gambar sendiri dengan harga RM99. Mahal gila jual gambar sendiri, Tapi ada juga pakcik yg jual gambar2 yg dia lukis dengan harga lebih murah. RM15 je kot rasanya. Mmg talented betul pakcik2 A'Famosa ni. Aku pun ada teringin jugak nak beli buat kenang-kenangan. Tapi, aku takut duit tak cukup. Aku mampu tengok je. 
Lepastu, kat area bawah A'Famosa tu, ada orang berpakaian as pirate! Korang boleh mintak izin nak bergambar dengan dia. Tp bukan mintak izin je lah, bagi duit sekali. Diorang pun tgh cari makan tu. 
Selain itu, ada pemuzik-pemuzik jalanan yg korang boleh stop and spend sikit masa utk nikmati nyanyian dorang. Jgn lupa bagi tips sekali.

2. Bangunan Stadhyus


Apa yg tak patut?
Ya Allah korang! aku nasihatkan janganlah nak ikut perangai aku yg tak senonoh ni. dah habis posing posing , baru nak baca bangunan ni tentang apa. Sekaliiiiii, memorial punya tugu weh! Tak baik ah nak posing2 belaka, comel-comel, kelakar-kelakar mcm aku dengan kawan2 aku ni. Kang org ingt kau suka plak diorang dah pass away. 

Bayaran?
Berapa kali aku nak bagitahuuuuu, tak perlu bayaran weh! Jlan je gi sini.

Apa yg menarik?
Dekat sini ada gereja merah yg terkenal jugak tu, Selain tu, ada jugak, clock tower. Dekat-dekat/depan ngan bangunan ni, ada penjual - penjual yg jual barangan cenderamata Melaka. Mana tahu, engko nak bagi mak engko magnet lekat dekat peti ais ke. Keychain keris utk kunci kereta bapa engko ke. suka hati engko le. Aku mcm menyesal pun ada sebab tak beli barang dekat sini. Aku mmg kumpul magnet lekat2 dekat fridge tu. 

3. Malacca Fort


Bayaran?
Tak perluuuuuu~ Ya Allah menangis terharu *ambil tisu nak hembus hingus sat*

Apa yg menarik?
Dekat sini ada banyak tinggalan meriam. Mcm tugu jugak lah! Lepastu, sebelah dia, ada kincir air Melaka. besar! Tp dia tak berfungsi pun lah. Diorang bina/cantikkan balik kincir tu. Sebelah kincir tu, ada kedai kedai makan, yg dahulunya gudang gudang semasa zaman Parameswara dulu. <<< betul kot kisah yg aku cerita ni. Aku dapat tahu daripada melaka cruise harituh. 

4. Menara Taming Sari


Okay. Aku mcm excited terlebih nak naik menara ni sebab aku tak pernah naik lagi seumur hidup aku. Aku syorkan korang naik menara ni first thing first bila datang Melaka sebab bila korang naik menara ni, korang boleh nampak dengan jelas semua tempat menarik yg korang nak jelajah. Takdelah korang sesat, tak tahu jalan nanti. 

Bayaran ?
RM 15 utk dewasa. 

5. Magic Art 3D Museum


Okay tempat ini adalah sangat direcommend oleh aku bila kau datang Melaka, pastu tiba tiba hujan dengan lebatnya. Macam kes aku lah. Aku tengah happy happy fikir dapat buat activity outdoor dengan kawan aku ni but then tiba tiba, hujan turun dengan lebat ya amat. So, untuk korang tak rugi, dah sampai melaka but tak boleh/tak tahu nak pergi mana akibatt hujan, korang boleh menjenguk dekat muzium ni sebab dia indoor! Yeay!

Bayaran masuk ?
Rm 25 mahal kan untuk student yg macam aku ni ?
tp, diorang ada buat diskaun, time aku datang tu, bayar RM20 je sebab bulan Ogos punya prmotion.
pastu, aku bawak matrik card pulak tu, so harga aku didiskaun kan jadi RM 12 je untuk kemasukan. 
RM 12 je? serius ah RM12 je? Haha serius!

Apa yg menarik?
Time kitorang datang sini just ada kitorang 4 orang je dalam muzium ni. Takde orang lain. Jadi kitorang dengan bebasnya dapat gunakan datu muzium dengan secukup-cukupnya. Itulah yyang paling best sekali. Kau nak menjerit banyak2 dalam muzium ni pun boleh, takde org nak marah. Kau tak payah jugak nak beratur tunggu orang utk ambik gmbr dekat sesuatu tmpt tu sebab takde orang lain weh! Satu muzium tu, kau yg punya.






6. Pantai Klebang

Skrg ni Pantai Klebang pun dah ada main belon belon besar ni tau. 

Siapalah yang tak tahu tentang Pantai Klebang yang terkenal dengan desert island dia tu kan? Rasanya semua orang kenal dengan pantai ni. Pantai ni ditambak, sebab tu ada banyak pasir ala ala desert island. Pantai ni mmg popular dengan para para fotographer, para para hipster, hijabster, ikon instagram dan lain lain lagi. Memang cantik lah kalau dapat tgkp gambar kat sini. So, aku pun taknak terlepas chance amik gambar ala ala dak dak hipster kat sini. Haha

Bayaran?
Pergh mana ada perlu bayar. Lepak je kat sini. Lainlah kalau korang nak main belon belon ni, tu mmg kena bayar. 


cantik kan? kan? kan? kan? 
Aku sarankan korang untuk tak pergi sini time hujan/lepas hujan sebab pasir pasir dia ni akan mendap tau. Pastu nanti tayar engkorang boleh termendap dalam pasir pasir dia. Kalau engkorang bawak myvi mcm aku, mmg dapat rasa lah kena telan dengan pasir. Tp, kalau engkorang bawak four wheel drive mmg selamat lah. Nasib baik kereta yg aku bawak tak kena telan ke apa ke. Ada kereta brader tu sampai tak boleh nak drive, kena tolak ramai ramai.


7. The Shore Sky Tower Melaka


Banyak betul dugaan serta rintangan kitorang time nak pergi dekat skytower ni. Salah satunya, sebab kitorang tak pernah tahu dekat mana/macam mana skytower ni. So, tak boleh nak main redah je jalan.
Kedua, kitorang ni semua bukan budak Melaka. Kitorang pi mana mana mmg akan guna waze. Lepastu boleh pulak kebanyakkan jalan dia tutup, Waze ni mana tahu jalan tu tutup ke bukak ke. Mmg menduga jiwa jugak lah. Tapi alhamdulillah jugak lah, kitorang akhirnya sampai jugak dekat destinasi, The Shore Skytower ni is the tallest building dekat Melaka. It's 43 tingkat dengan ketinggian 163m dari paras laut.

Bayaran :
RM18 untuk dewasa RM 12 untuk kanak kanak.

Apa yang menarik?
Dekat sini, korang boleh rasa gayat gayat sikit sebab ada seteng lantai dekat sana is cermin. Korang can totally see through the lantai. Dekat sini, korang boleh ambil banyak gambar cantik cantik and jeleskan kawan korang dekat instagram bila korang post gmbr ni nanti. Haha


8. Melaka River Cruise


Okay, sebenarnya kalau nak naik melaka cruise ni best bila naik malam malam sebab time tu ada angin malam yg sepoi sepoi bahasa. bunyi burung burung pulang ke rumah. lampu lampu yg dihidupkan untuk mencantikkan pemandangan sekitak melaka river. Cantik. Kalau dulu, sungai ni berbau sikit, tp kali ni takde bau pun. Tp, kalau dulu ada pertunjukan air pancur dekat mall tu, diroang akan stop for tourist untuk menikmati pertunjukan air pancur tu tp sekarang takde lagi :( itu yg aku paling seidh sekali. 

Harga?
Alahai tak ingatlah tp murah je ni. Serious aku cakap. 

9. Bites, Bandar Hilir, Melaka

Super Syiok Spagetti

Tantalizing taragon with garlic rice and crispy benang fries

Cajun chicken and homemade tomato based pasta
Secara keseluruhan, aku sangat suka dengan restoran ni. Bukan sahaja dia cukup hipstur malah makanan dia sedap gilos! but, harga a lil bit pricey. If korang tak kesah nak makan sedap w. harga yg mahal sediki, okaylah kot.  Satu spageti tu mcm RM20+ ke RM 30+ Interior design lawa! Sangat lawa . Design dia buat aku remember Kota A Famosa! Haha. tp, aku ada mintak waiter dia amik gambq kitorang tp dia ami;k gambar tak cantik langsung. Gelap. Haha! Takpelah. Kitorang dah byk selfie dah :)

So, dah lama sebenarnya aku nak upload post ni , tp tak siap siap. Ni baru ada kesempatan untuk completekan. Aku harap siapa siapa yg nak dtg melaka tu ada idea sikit sikit lah nak pergi mana bila sampai melaka nanti. Hopes my post helps! Aku tahu ada banyak kekurangan dr segi takde tmpt tinggal dan makanan makanan murah tp korang terima je lah dia seadanya. Haha! 

Thanks for reading guys! Assalamualaikum. 

#KARISMA2015 Yensi trying to get out of her BIG, BAD, BOX

Assalamualaikum.

Untuk entry kali ni, aku nak cerita macam mana aku boleh terlibat dalam sport physio dan apa pengalaman aku sepanjang berada dekat sana sebenarnya. Okay, one of senior aku which is Kak Faza Rosli buka peluang kpd aku untuk masuk sport physio ni . Kak Faza approach aku and tanya if aku nak join ke tak, KARISMA 2015. Perasaan aku? Weh! Sumpah ler aku cakap sepanjang aku diploma fisioterapi and degree fisio, mmg aku hide-kan diri aku and melarikan diri aku daripada apa apa yang seangkatan dengan sport physio.


Sebab apa? Okay. First sebab aku rasa aku mcm lembab & lemah gila bab sport ni as if aku mmg mcm takde knowledge in sport physio. So, I was afraid. Aku rasa mmg aku tak boleh bawak sangat sangat sangat ah sport physio ni. And terus terang lah aku cakap, mmg aku jeles betul dengan budak budak yg melibatkan diri secara sukarela atau pun paksa rela dalam bidang ni. Sebab diorang ada skill lain tau.Skill yg membuatkn diorang lebih unik daripada budak budak yg lain. Diorang power taping, power first aids skill, power bekerja dalam stress mahupun pressure. Nice kan? So, jeles kan? Second, kawan kawan aku yg memang totally rapat dengan aku, tak pernah jugak mendapat peluang/ nak masuk dalam bidang ni. So, ofcourse ah as a firstimer, at least, biarlah ada kawan untuk meredah susah dan senang bersama kan? So, basically 2 sebab yg telah dilistkan dekat atas tu lah antara sebab sebab why aku tak pernah nak volunteerkan diri aku sendiri dalam bidang sport physio ni.


But then, bila dah sem 5, aku rasa mcm aku kena buat lebih lagi drpd belajar je dalam kelas. Aku perlukan lebih experiences. Aku nak challenge diri aku sendiri dalam bidang ni and untuk cari jugak jiwa dan raga aku if aku mmg minat ke tak bidang ni. Selain itu, aku jugak mmg bersedia dan faham yg aku takkan hadir ke kelas selama seminggu and mmg aku akan terlepas banyak benda dalam kelas. Jadi, aku jugak tengah challengekan diri aku boleh ke tak aku top up kan balik ilmu ilmu yg aku tertinggal tu, and dapatkan jugak Anugerah Dekan untuk sem ni. Thus, bila kak Faza beri peluang kepada aku, aku terus cancel plan dengan family aku untuk join family day anjuran office mak aku and get ready terus untuk libatkan diri dalam Karisma. Dalam kepala aku, aku rasa aku akan rasa satu kerugian yg amat sangat kalau aku tak libatkan diri untuk Karisma ni. Klau tak sekarang, bila lagi? Kan?And aku bersyukur sangat sebab one of junior aku, Ewin dapat peluang yg sama. Jadi, takdelah aku nak loner sangat dekat sana. Thanks Ewin, sebab awak jugak kak Seney akhirnya berani untuk join jugak benda benda gini. Haha.


Jadi, kitorang bertolak from Puncak Alam to Merbok, Kedah pada hari Jumaat, 23/10/2015. Hari tu jugak ada sikit majlis perasmian sebelum bertolak ke Kedah.

It's nice to meet them. Juniors+seniors bergabung meletup. We learn a lot about each other personality.


Sampai sana je, first case yg aku treat is kes paramedic / acah acah paramedic. Disebabkan time ni still takde paramedic, kitorang budak budak physio terpaksa jadi paramedic. One of the kayak player macam keracunan makanan, vomiting ( muntah muntah) even makan sikit. Actually player ni mmg tak boleh makan banyak, sebab ada masalah usus but then, idk maybe perut dia kosong kot, perut dia menolak sebarang jenis makanan. Haha . Entahlah. Aku ngan Ewin yg attend player tu, kitorang pun tak confident nak buat apa sebenarnya so, kitorang mampu bawak dia pergi unit kesihatan saja. Okay lah ko. Buat jugak transfer sikit sikit. So, amacam kes first aku? Haha!


Then, aku ditugaskan untuk jaga budak budak netball. At first, aku macam berharap sangat dapat jaga bola tampar sebab aku rasa diorang mcm takde banyak serious injury and aku sangat suka tengok volleyball but, nak buat macam mana, aku dapat netball. Mula-mula mmg aku excited gak tau sbb aku kan main gak netball ni, aku macam excited ah nak tgok match diorang. Tp, then aku dapat tahu coach netball ni tegas + garang . Mmg lepastu aku cuak gila nak mampus tahu?! Aku serious ah mmg aku cuak. Aku mcm takde mood nak makan apaapa . Asyik fikirkan macam mana aku nak bawa diri aku ja bila jumpa coach tu. Serious serious serious aku takut weh dengan coach dia. Waaaa.. tak tipu.


Tapi, ramai kot kawan kawan aku yg bg moral support time aku depressed tu. Kak Faza said yg dia percaya aku boleh bawak diri aku dengan baik dengan coach tu. Dia totally believe dengan aku. Aku pun tak percaya dengan diri aku sendiri but dia put trust pada aku. And my lovely junior, Ewin mmg bagi moral support gak yg tak terhingga . Haha. Also, Physioxvi such as Farid, Fazli and The Flower Power. Diorang bagi advices yg buat aku terharu , buat aku achieved balik confident aku. Buat aku naikkan balik mood aku yg td tengah depressed. So, aku sangat grateful dapat korang, as supporter aku, kawan aku. Terima kasih weh !


So, ni senarai game game kitornag sepanjang Karisma 2015
1)      Highlander 33 - 8  Perak
2)      Highlander 29 – 3 Kelantan
3)      Highlander 23 – 13 N9
4)      Semi final : Highlander 25 – 14 Johor
5)      Final : Highlander 32 – 26 Perlis

shot from Isney aka physio & fotographer rasmi team ni. Haha

Ehem. and bukan aku nak berlagak or apalah tp team netball from Puncak Alam juara weh! Okay fine maybe bukan sebab fisio diorang , tp maybe sebab diorang ni player yg sangat fokus dlm game, or maybe jugak disebabkan oleh coach diorang, Kak Kam yg sangat strict and mengetahui dia nak apa dalam team tersebut or maybe juga disebabkan oleh manager diorang , Aisyah yg cun melecun. *Aisyah yg shawl merah tu* but as a part of the team, mmg aku sangat sangat tersangatlah berbangga dengan diorang yg main sampai dinobatkan as juara netball karisma 2015. And, aku tak nak gtau semua orang, but actually aku nampak Kak Kam sempat menitiskan air mata time team dia menang haritu. Sensitif gak Kak Kam. Hihi. Alhamdulillah. Air mata gembira tak apa.

Apa yg aku belajar sepanjang berada di Karisma :
1)  aku belajar & aku aplikasikan skill taping/strepping aku dekat player2 ni. Even though skill aku tak berapa kemas, and byk kali gak terpaksa dicabutkan balik, but aku percaya lama kelamaan skill ni kita akan precisekan/hebatkan asalkan kita selalu practise skill taping ni kat kawan kawan kita/org org lain.

2) aku belajar & aplikasikan jugak kemahiran first aid aku. Kalau sebelum ni time diploma kita macam tak dapat nak praktikalkan apa yg kita belajar , tp kali ni aku boleh praktikalkan cara cara bagaimana nak cuci luka orang, bandagekan orang etc etc. Best kot cuci laceration orang! serious ah aku cakap, aku tak tipu. Haha!

3) aku aplikasikan skill massage aku dekat player player ni . And itu belum aku massage satu badan lagi, aku just massage back diorang je. Like 3-4 players je gitu, tp, penat dia, pergh! sampai aku tertidur atas mat weh! And, aku rasa aku suka massage badan orang. Best! Lepas ni kalau ada peluang/rezeki lebih, kita belajar sport massage pulak eh? Aku selalu jeles dengan budak budak yg pandai sport massage ni. Bila pulak lah turn aku. 

4) Aku dapat belajar softskill cara cara nak berkomunikasi dengan orang. Player2 ni semua stranger tau kepada aku. Mmg aku tak pernah jumpa diorang langsung tp, diorang semua boleh rasa comfortable dengan kitorang, budak budak fisio, sampaikan ada yg nak tidur sekali dengan fisio fisio ni. Skill communication ni aku belajar from kak faza. Aku sangat adore dengan cara dia care player/patient dia and how patient dia terus rasa trust & selamat bila dengan Kak Faza. She's amazing kan? :)

5) Aku belajar tntg perbezaan nak handle player dalam padang  and treat patient dalam hosp. Diorang totally different kot. Kebanyakan kes sport physio ni acute. Diorang baru je dapat injury injury diroang tu. Jadi, kebanyakan treatment diorang adalah PRICE
P- Protect
R- Rest
I- Ice
C- Compression
E- Elevation

6) Dan, aku belajar yg sport physio ni sebenarnya adalah sangat menarik! and aku rasa aku rugi sangat sebab tak melibatkan diri aku pada bidang sejak awal awal lagi. Kalau tak, aku mesti dah jadi lejen macam Kak Faza kan? Yup, aku tak malu nak confess yg aku dah fall in love dengan bidang ni. *mata isney keluar heart heart *


Apa yg korang patut prepare sepatutnya bila masuk dalam bidang ni:

1) sunblock
Yes! sunblock is a must! Kulit aku macam udang terbakar weh! Nasib baik aku bukan jenis yg kesah sangat dengan kulit aku. Tp, bila semua orang dah tegur kau hitam, mmg stress jugak ah kenkadang. Haha! Tepek sunblock dekat kulit awak bebanyak ya. Pada muka awak, so that tak nampak macam awak pakai mask bila bukak tudung. Sapu pada tangan awak, so that org tak cakap mana awak beli glove warna hitam tu. and pada ankle awak jugak, so that org tak tegur awak pakai stokin dalam rumah. Haha!

2) mental
Student yg mintak leave from class kena siapkan mental korang sbb korang actually akan ketinggalan banyak ilmu daripada kawan kawan awak yg lain. So, preparelah untuk kembali mencanak stress sesudah kembali daripada karisma. Mental kena prepare sebelum pergi Karisma lagi. 

3) fizikal/endurance
Weh! Actually, endurance adalah sangat penting semasa jadi sport physio. Selepas je aku balik from karisma, aku jadi like pishang/lemau/biskut/mentega cair ya amat. Aku asyik nak tidur je sampai dah takde mood nak belajar apa apa. Padehal esoknya test! Tp aku malas nak belajar. Aku nak tidur. So, korang kena preparekan/lawan diri korang untuk terus berjuang. Even though korang penat nak mampus, korang kena jugak tunaikan tanggungjawab korang as a student. 

4) selipar '
Jgn lupa bawak selipar jamban. senang korang nak pergi toilet, ambil wuduk. tak payah nak kongsi dengan orang lain. *Isney belajar from her mistakes*

5) Playlist lagu
So that klinik engkorang takde ah krik krik krik. At least, ada muzik utk hiburan hati para players.


Apa yg aku harapkan aku dapat belajar kalau diberi peluang lagi dalam bidang ni:

1) Aku nak try buat k-tape sendiri pulak and knows every cara cara dalam treatment k-tape ni. Senang cerita, aku nak tambah ilmu dalam k-tape ni sebab aku mmg tak pernah guna dia. 

2) Aku nak absorb banyak lagi ilmu from legend2 sport physio ni spt from Kak Faza, Iskandar, Ayh Hj and Sir Saiful Adli. Aku rasa it's gonna be a waste kalau aku pergi lagi, but aku tak absorb ilmu from diorang sepenuhnya . lebih lebih lagi, Kak Faza dah dalam tahun tahun akhir pelajaran dia, lps ni mesti lagi susah nak jumpa dia and absorb all those precious knowledges. *wink*

3) Aku nak cuba jaga team lain pulak. Team apa aku tak tahu sangat but maybe silat. Best kot tgok budak silat lawan. Menarik! Ragbi aku pass dulu, tak cukup power. Bola sepak.. humm, tak confident lagi tp, hmmm.... still tak confident lagi. Haha!

Okay! actually ada banyak lagi aku nak cerita. mcm mana player aku jatuh and diagnosed as ACL complete tear. mcm mana aku terpaksa bawak satu coleman yg berisi ais dr kolej ke court yg maha jauh. and macam macam lagi, but, aku akhirkan entry kali ni sampai kat sini sahaja. So, macam mana dengan entry kali ni? If korang budak fisio and mengalami perasaan / nasib / pandangan yg sama dengan aku, adakah korang dah tukar view korang dengan bidang sport physio ni? Adakah post aku ada sedikit sebanyak membantu korang? Haha. 

Apa - apa pun aku nasihatkan agar kita jangan sesekali takut untuk cuba sesuatu yg baru dalam hidup kita. Semua  orang belajar drpd zero. Semua orang start drpd tak tahu apa apa. Jadi, percayalah dengan diri korang! Cabarlah diri korang! Cari apa yg korang minat. Be open and exposekan diri korang pada environment luar. Hv a try on something new! mana tahu korang akan jatuh cinta dengan benda tu, macam aku. Korang kena faham jugak, semua experiences ni adalah sangat berharga. Time kita jadi student and muda ni lah time kita nak cuba semua benda. Be adventures as u can! Org yg adventures ni is a FUN person! Be FUN!

Akhir kata, meh aku kongsi satu gambar dengan piala pusingan. XOXO - Yensi Miharbi 

excuse double chin aku yg berlumba lumba nak jugak muncul dalam gambar
Thanks for reading. Assalamualaikum.



Wednesday, 2 September 2015

Sem 4 Bachelor In Physiotherapy (HONS)

Alhamdulillah~ syukur kepada Allah sebab beri aku peluang untuk terus dapat keputusan cemerlang.
Mungkin pada mulanya aku confident utk dapat AD pada sem ni.
Tapi, aku sibuk sepanjang sem
Aku masuk sukan
Aku berprogram
Kerja last minit
Kenkadang aku hilang fokus
Tgok drama korea sepanjang hari
Jadi, confident yang aku ada tu sikit-sikit mula hilang. Pudar.
Lagi - lagi bila result test aku teruk walaupun aku dah belajar seharian.
Lebih teruk lagi bila aku mimpi aku failed paper Kinesiology selepas sehari jawab paper tersebut.
Aku jadi miserable
Aku jadi nervous tak kira masa
Tapi, aku masih dikejutkan dengan result yg langsung aku tak jangka ni.
Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah
Terima kasih ya Allah
Satu demi satu rezeki kau kurniakan pada aku.
Terima kasih mama and ayah. Sesungguhnya niney belajar bersungguh-sungguh sebab nak buat mama and ayah bangga dan bahagia.
Terima kasih kawan - kawan. Sebab sumpah kebanyakan ilmu yg aku dapat sumber drpd korang. Perbincangan kita bersama. 
Terima kasih Nur Isney. Awak dah buktikan, walaupun awak berprogram sana sini. Awak masuk sukan itu sukan ini. Awak terima pelbagai kerja last minit. Tapi akhirnya awak masih peroleh Anugerah Dekan.
Terima kasih juga kepada mereka yg meletakkan nama seketul Isney didalam doa-doa mereka. 
Seketul Isney berharap agar kalian semua doakan juga untuk sem depan yg lebih mencabar.
Mana tahu dapat AD lagi.
Mana tahu juga takde rezeki.
Walau apa apa pun. Alhamdulillah buat masa ini.

Assalamualaikum.