Showing posts with label [TRIP]. Show all posts
Showing posts with label [TRIP]. Show all posts

Friday, 10 March 2017

[TRIP] 3D2N in Tioman Island #HomiesSweetEscape Pulau Tioman Travel Guide

Assalamualaikum,

Post kali ni adalah untuk aku ceritakan pengalaman aku selama 3 hari 2 malam di Pulau Tioman :) So, sesiapa yang berhajat untuk datang tu, boleh lah baca info dekat sini. Check it out!

Day 0 
Aku dan kawan kawan aku start trip ni petang hari Khamis. So, sesiapa yang nak buat trip tu, pandai pandailah amik cuti kerja or clearkan hal hal yang berkaitan. Khamis after office hour tu, aku and kawan kawan aku dah ready dah kumpul dekat rumah member kitorang dekat Nilai. Tidur sama sama terus satu rumah sebab esoknya kitorang nak gerak awal pagi, pukul 4.30. Entah bangun ke tidak? Korang rasa?

Aku packing barang sikit je.
1. Baju tidur dengan seluar tidur 1.
2. Baju dengan seluar nak berenang 1.
3. Baju dengan seluar nak keluar jalan2 2
4. Towel
5. Sweater
6. Telekung
7. 2 maggi cup
8. Undies secukupnya
9. Toiletries
10. Grooming essentials
11. Gadjets - charger, power bank, additional plug
12. Tudung lebih
13. Bantal leher

#TipsSeney bawak sekali sunscreen

Day 1
Esoknya hari Jumaat, kitorang bangun at 3.30 pagi. Yang nak mandi tu terus mandi. Yang nak cuci mata je pun, cuci mata je lah. Haha. Korang rasa aku mandi ke cuci mata je? Lepas dah siap siap tu, 4.30am kitorang gerak dari Nilai ke Mersing guna kereta Innova.

Aku campur member2 aku, semua sekali dalam 6 orang. Pada awalnya kitorang ingat ramai yang nak ikut join sekaki. Tapi, ramai pulak yang tak jadi pergi last minute. Aku ni pun, pada awalnya tak nak join pun sbb takde duit. Tapi aleh aleh, pergi jugak sbb aku rasa 'Bila lagi aku nak merasa pergi Tioman ni, kalau tak skrg?' Terus aku pujuk mak aku mintak permission. Haha.

Awal2 kitorang dah topup minyak RM92 dengan TouchNGo RM50 and perjalanan kitorang ni mengambil masa kira2 4 ke 5 jam. Kitorang ada berhenti 3 kali. Satu, nak isi minyak. Dua, nak pi solat. Tiga, nak pi makan sarapan.

Kitorang sampai dekat Mersing mcm lebih kurang pukul 10.00 pagi gitu. Kitorang park kereta - kena bayar parking RM30 and kawan aku pergi settle registration untuk ke feri. *kena bagi kad pengenalan

Harga tiket feri kitorang RM35 tapi dekat tiket harga RM55/ satu hala. Tak tahu lah kenapa dapat diskaun. Maybe kawan aku ada family dekat Pulau Tioman yang tolong diskaunkan kot harga tiket feri ni.

#TipsSeney ramal cuaca anda. Time kitorang sampai Mersing, cuaca sangat windy. Ombak sangatlah kuat dan tinggi. 

Bila korang ramal cuaca, at least korang dah boleh prepare mentally dan boleh berdoa for a better day and future.

Pukul 11.00 pagi gitu, kitorang dah masuk feri. Perjalanan dari Mersing ke Pulau Tioman patutnya selama 1.30 jam ke 2 jam je. Tapi, disebabkan ombak sangat kuat dan cuaca sangat tidak baik pada hari tu, perjalan kitorang dalam feri mengambil masa selama 2.30 jam.

#TipsSeney Walau korang rasa, korang tak mabuk laut pun, ambik/makan je ubat mabuk laut ni untuk preparation.

#TipsSeney Jangan segan silu amik je plastic bag yang disediakan oleh abang abang feri. Tak salah korang prepare kalau kalau korang rasa nak muntah. 

Feri
Kalau nak cerita pengalaman time naik feri time tu, peh! Susah nak lupa. Aku ni mmg tak pernah nak mabuk laut. So, aku takdelah nak prepare ubat mabuk laut tu/ nak sediakan apa apa plastik incase muntah. Ombak mmg kuat and tinggi nak mati, brader. Feri tu terhuyung hayang nak mampus. Naik turun naik turun. Otak aku pun dah naik turun naik turun. Tapi psiko/mental kena kuat, brader. Kalau tak, kau kalah dalam permainan 'Siapa Muntah Dulu, Dia Kalah' ni.

Aku mmg berusaha bersungguh-sungguh lah supaya tak muntah. Passenger yang tak kuat mental ni, awal awal dah kalah, bro. Ramai gila kot muntah. Tak mengenal bangsa, agama dan jantina. Semua orang nak muntah. Bila sorang dah muntah, boleh affect orang lain, bro. Lagi2 orang terdekat. Kalau dapat bau dia, peh! Boleh berjangkit, bro. Haha

Tapi, nasib baik jugak, even ada orang terdekat aku yang muntah, tapi aku dan kawan2 aku yang lain semua, mampu lagi bertahan. Tahniah, kawan. Haha

Dalam pukul 2.00 petang gitu, kitorang sampai dekat Pulau Tioman. Sampai je sana, kitorang naik Tram and pergi ke tempat penginapan kitorang which is dekat Berjaya Resort. Pukul 3.00 petang kitorang check in. Time dekat lobby tu, korang boleh lah mintak password wifi dengan minum welcoming drink diorang.

#TipsSeney Wi-fi jangan lupa. Sebab dekat Pulau Tioman, susah gila nak mampus nak dapat line. Lagi2 line digi. Tak boleh guna langsung weh! Sumpah.

Penginapan
Actually, kawan aku dapat apartment free untuk kitorang. Kitorang kena bayar RM200 as deposit je. Nanti kitorang dapat balik duit tu time check out.

Lepastu, apartment kitorang jauh gila kot daripada lobby and pantai dan juga benda  benda lain. Kalau nak pergi mana mana, kitorang kena panggil shuttle.Shuttle tu free je.

Apartment tu bagi aku tersangatlah selesa. Besar lah untuk kitorang. Ada dapur, boleh masak mesak, tv, aircond, swimming pool, fridge, water heater, air panas untuk mandi, semua adalah! Tapi, kena beware dengan monyet2 liar dekat sana.

Kawan aku siap nak bergaduh okay dengan monyet2 dekat sana, korang jangan main pandang remeh dekat monyet2 ni. Haha. Pintu dengan tingkap ni, korang mesti selalu tutup lah untuk mengelak rumah korang dicerobohi.


Evening at the beach
Kitorang spend petang kitorang dengan lepak melepak dekat tepi pantai. Dekat sana, boleh lah nampak matahari nak terbenam, tapi takdelah nampak sangat, tapi nampak cantik lah jugak. View mmg uh-ma-zing gila lah. View terbaik punya. Time ni pandai2 korang lah nak buat apa dekat tepi pantai. Nak mandi laut ka. Nak suntanning ka. Nak strolling tepi pantai ja ka.

Aku dengan kawan aku main frisbee tepi pantai. Lepastu buat video mengarut. Dan juga, tangkap gmbr banyak gila nak mampus. *Buat memori.

Nampak tak huruf C tu aku buat daripada apa? Aku jumpa hanger tepi pantai weh! Aku cabut part hanger yang lain sampai tinggai itu ja

My #KurtiLadies

Lepas kitorang buat #HomiesSweetEscape dekat atas pasir tu, ada foreigner tangkap gmbr hasil seni kitorang tu weh. Aku tak tipu ni. Haha

Kepoh betul nak tgkp gmbr

Laila, kenapa dengan mata kau?

Malam tu pulak, kitorang spend masa sama sama dalam 1 apartment main games. Kitorang ni awal2 lagi dah download game Heads Up dengan Werewolf dekat dalam phone. Malam tu sampai sebelum tidur, kitorang main benda alah itu ja.

#TipsSeney Download tau video games ni! Best gila main dengan kawan kawan. Heads Up dengan Werewolf. Recommended!

#TipsSeney Kitorang pinjam sekali board game dari kaunter dekat depan apartment. Kitorang pinjam game Monopoly. Time bosan2 tu nanti, korang boleh lah main board game ni. 

Day 2
Pagi kitorang dimulai dengan main game Monopoly ni. Tapi, tak sempat pun kitorang nak tahu siapa menang siapa kalah, kitorang dapat panggilan untuk siap siap pergi snorkeling. Alhamdulillah, cuaca on that day sangat sangatlah memihak pada kitorang. Yeay! *excited

At 10.00 o'clock pagi tu, kitorang dah ready dekat jeti Berjaya untuk pergi snorkeling. Semua get ready pakai safety jacket and dapat snorkeling mask. And then, masuk dalam boat untuk ke point snorkeling yang pertama! *Yeehuu!

On the way ke jeti dia. 

Dah sampai jeti


Dalam boat
Time dalam boat, kitoranglah yang paling excited, duduk area depan boat semata nak view cantik time dalam perjalanan ke check point. Kitorang jugak yang paling excited sampai dalam boat pun nak main Heads Up. Nampak tak budak budak homies ni hyper namatey?

Duduk paling depan. Paling kepoh dalam boat

Aku pi tegur abang boat tu, "Bang, jom tgkp gmbr sekali." Abang tu terkejut bangun daripada tidur dia weh. Kesian dia. Seronok dia tidur depan boat tu. 


#TipsSeney Korang boleh mabuk laut time naik boat ni, preparekan diri jelah.

Point 1
Dekat point 1 ni, pada pendapat aku lah. Air dia takde lah clear mana. Maybe sebab banyak coral yang dah mati and semalam kan hujan, cuaca tak tentu, so, air agak cloudy. Tapi, still ada ikan. Not that plenty, tapi ada jugaklah ikan yang pelik pelik. Disebabkan aku dah lama tak snorkeling, so, aku excited nak mampus lah time turun snorkeling dekat check point pertama ni.

#TipsSeney untuk gambar yang menarik, stick dekat kawan2 yang ada Gopro. Haha

' Kalau nak muntah, muntah je dekat luar bot. Kasi ikan makan' (Isney Ibrahim, 2017)

Point 2
Dekat point nombor 2 ni, dia pi bawak dekat area batu batu besar. Kawan aku cakap, dekat are batu2 tu, banyak gila ikan and corals. Tapi, bahaya. Sebab ombak kuat namatey. Kalau tak hati hati, badan korang boleh kena campak dekat batu tu. Tapi, dekat sini (point 2) pun banyak ikan jugak lah. Tapi, time ni snorkeling mask aku banyak buat hal. Asyik tercabut ja. Banyak kali jugaklah aku tertelan air masin. Damn betul.

Ni muka aku dah penat mengayuh dalam air, mengejar boat yang asyik menjauh. Penat nak mampus. Aku makin dekat, dia makin jauh. 

Ni gmbr checkpoint nombor 2 tu. Area batu2.

Point 3
Check point ketiga untuk snorkeling ni is Pulau Renggis. Time ni actually ramai orang dah penat dah weh. Ramai yang dah balik guna boat lain. Dan, ramai jugak yang buat decision untuk tak nak snorkel dah. Tapi, aku dengan kawan2 aku, macam biasa, menjadi orang paling excited untuk turun snorkeling. Time ni jugak kitorang bagi ikan ikan dekat sana makan guna roti kitorang.

Pada pendapat aku lah, air dekat Pulau Renggis ni yang paling clear sekali. Banyak gila ikan, kau tahu! Coral pun semua cantik cantik. Ikan pun semua manja manja. Sibuk ja semua ikan ikut aku sbb aku ada roti. Semua tempat diorang nak gigit. Underwater view dekat Pulau ni paling killer sekali. Mmg terbaik! *thumbs up

Ni lah Pulau Renggis :)

Cantik gila kan air dia?


Nampak ikan je dalam gmbr. Gmbr manusia nampak tang sipi sipi ja. 

Bye Rengis! Habis dah snorkeling! Terima kasih sebab bengkakkan mata saya! Banyak benor air masin masuk mask mata dengan masuk dalam mulut. 

Pukul 2 gitu, kitorang dah settle snorkeling. Aku rasa 3 tempat ni je pun dah cukup dah lah! Semua orang mmg penat nak mampuih. Sebab ombak kuat sangat, so, ramai orang terpaksa guna banyak tenaga time snorkeling.

Nampak puffy gila kan muka lepas snorkeling? *sigh*


Lepas je snorkeling, kitorang cari pakcik jeep untuk pergi air terjun pulak. Untuk pergi ke air terjun ni, korang kena jungle trekking sikit, lepastu perjalanan time naik jeep, nak pergi ke air terjun ni bukan calang2 weh. Tinggi and curam gila woi bukit dia. Aku dengan kawan2 aku, duduk dekat belakang jeep, siap berkaraoke lagi.

Air terjun pendek ja. Haha



Lepas dah main main dekat waterfall tu, kitorang mintak pakcik jeep bawak pergi Pekan Juara pulak. Pantai dekat situ, adalah one of the best beaches in the world. View mmg cantik namatey! Ombak tinggi gila, sesuai untuk para surfers, abam abam pantai. Kitorang main main dengan pasir pantai and ombak, lepastu kitorang ajak pakcik jeep pergi cari ubat mabuk laut pulak, untuk prepare time balik guna feri esok.

Berjalan jauh demi mencari pemandangan tepi pantai yang lebih cun melecun, paling cun!

gmbr dekat jeti Juara. 

Pakcik tu bawak kitorang pi Duty Free Shop dulu. Dekat sini, korang dapatlah beli cenderamata semua. Untuk family ka. Untuk kawan kawan ka. Untuk fridge dekat rumah ka. Untuk diri sendiri ka. Aku beli 3 fridge magnets, segerombolan keychain Tioman Island dengan coklat kinder bueno. Haha. Lepas masing2 nak lepas gian beli barang, kitorang beli makanan malam and ubat mabuk laut dekat kedai lain.

Malam tu kitorang habiskan masa dengan rehat and main game Werewolf dengan Heads Up lagi.

Day 3
Pukul 9 pagi gitu, semua orang dah ready kemas kemas barang nak balik dah. Kitorang check out pukul 10 pagi gitu. Lepastu tram bawak kitorang terus pi jetty. Pukul 11.00 pagi kitorang dah naik feri untuk balik. *sebelum naik feri, kawan aku settle registration mcm biasa. Harga tiket RM 35* Before naik feri tu, kitorang dah breakfast dulu and makan ubat mabuk laut.

Time masuk je dalam feri tu, semua orang tidur lena je weh! Lepas 2 jam, time dah nak sampai tu, baru semua orang bangun. Aku disini officially buat pengakuan yang aku rasa, ubat yang kitorang makan tu, bukan ubat mabuk laut, tapi ubat tidur! Haha. Lena je perjalanan kitorang dalam feri. Takde rasa pening pening pun.

Balik dah! Jom tidur! *berdengkur*

Sampai je dekat Mersing, kitorang amik balik kereta Innova, and ready untuk balik. Selepas maghrib gitu, baru kitorang sampai dekat rumah kawan aku dekat Nilai.

Perbelanjaan
Feri - RM70 deposit + RM10 kena bayar time dekat sana.
Apartment - Free
Snorkeling - RM45/person
Jeep - RM25/person
Makan makan - RM30/3 hari
Cenderamata - RM50
Minyak - RM 120,  RM 20/person
Tol - RM 70, RM 12/person
Total : estimately RM 250 gitu.

#PeringatanSeney Perbelanjaan ni tak termasuk harga apartment. Pandai2 lah korang agak berapa ringgit. Ataupun korang amik ejen je time datang Tioman ni. Senang. Basic harga, RM300 gitu. 

#TipsSeney perbelanjaan makan dekat Pulau ni mmg mahal sikit tau. Nasi goreng ayam kunyit je dah RM14.00. Pandai pandai jugaklah korang bajet, makan yang sedeng sedeng je. Makan untuk energy je,

So, amacam? Korang boleh dapat gambaran tak mcm mana percutian aku dengan kawan kawan aku? Aku harap dapatlah membantu sikit kepada sesiapa yang nak pergi Tioman tu. Aku mmg recommend sangat2 untuk pergi Tioman ni. Lagi2 pergi dengan kawan kawan.

K lah. Tu je kot untuk kali ni. Banyak gila dah aku menaip. Jom jumpa dekat post akan datang pulak. Thanks baca!

Monday, 6 March 2017

[TRIP] A Roadtrip to Perak - A Budget, One Day Trip to Perak Travel Guide

Assalamualaikum.

Untuk entry kali ini, aku nak kongsi pasal bajet trip aku dengan kawan kawan aku ke Perak. *Wuuhuu!*
Kitorang suspect nak pakai RM150 je untuk bajet pergi Perak ni. So, nak tahu cukup ke tak RM150 ni, kita checkitout!

Sebelum pergi aku ada lah rancang tentatif dia serba sedikit :
1. Zoo Taiping
2. Nasi Vanggey
3. Kellie's Castle
4. Gua Tempurung
5. Menara Condong

Tapi, kalau nak pergi semua tempat, mmg kawan aku yang kampung dia dekat Perak tu cakap tak sempat. So, kitorang pun adjust jadi mcm ni:
1. Zoo Taiping
2. Taiping Lake Garden
3. Nasi Vanggey
4. Plan B/ Ais Kepal Bits Bobs
5. Menara Condong

#TipsSeney Sebelum korang plan apa apa, korang check lah weather dulu, okay ke tak. Ni tak, kitorang ni main belasah je. Aleh aleh sepanjang perjalanan tu mmg hujan je. Nasib baik time sampai Zoo tak hujan dah. 

Zoo Taiping
Entrance fee : RM 16 untuk dewasa. Tapi ada gst, korang kena bayar RM17 lah.
Lepastu tahun ni, Tahun Melawat Perak. Sesiapa yang kad pengenalan dia asal daripada Perak, boleh dapat diskaun 20% time beli tiket masuk tu.

Tips aku time melawat Zoo Taiping ni, ofcourse lah kena pakai pakaian yang selesa. Baju yang tak panas, kasut yang sesuai. Aku pergi pakai kasut wedges tinggi nak mampuih. Rasa nak bengkak woi kaki. Siapa yang ingat Zoo Taiping ni kecik, buang je lah anggapan korang tu. Zoo ni besar jugak okay! Penat woi jalan kaki. Tempat dari satu haiwan ke haiwan yang lain tu punyalah besar. So, kena jalan banyak sikit lah.




Ada banyak firstime time aku dekat Zoo Taiping ni. Antaranya adalah firstime aku bagi Zirafah makan and firstime jugak aku dapat sentuh diorang. Sebelum ni, aku cuma tengok dr jauh je time dekat Zoo Negara.



#TipsSeney Tak payah lah nak datang Zoo ni time lepas hujan. Semua cage bercermin diorang berkabus. Nak tengok binatang pun entah nampak entah tak. Naik juling woi mata cari mana satu binatang dia. 



#TipsSeney Jangan lupa bawak botol air sendiri. Zoo ni sebenarnya besar jugak. Aku yang bwk botol air pun rasa kering je tekak ni time jalan.



Taiping Lake Garden
Berdekatan dengan Zoo Taiping tu ada tasik ni. Pemandangan dia mmg tiptop lah. Semua hijau je. Bila korang tengok scenery tu, mmg jiwa boleh rasa peace, aman damai je gitu. Aku mmg recommend lah tempat ni dekat sesiapa yang nakkan ketenangan jiwa or nak cari tempat jog best. Korang kena datang sini okay!?


Aku dengan kawan2 aku datang sini untuk amik gambar untuk update dekat instagram je. Tapi, mmg aku rasa healing sangat lah datang dekat sini. Healing jiwa dan raga.


Nasi Vanggey
Kitorang actually nak makan nasi vanggey original - korang boleh waze sendiri dekat mana. Mmg semangat ni nak makan. Lepastu time ni mmg kitorang tengah lapar namatey sbb lama and banyak sangat berjalan time dekat zoo dengan lake garden. Tapi, time sampai dekat sana je, kedai tu nak kemas kemas dah weh! NASI DAH HABIS! Kitorang was like ....

'OH NO! NO! NO! NO! NO! NO!'

Korang tak boleh rasa betapa sedihnya aku time tu. So, kitorang pun pergi cari kedai Nasi Vangey yang lain. 

Nasi vanggey a.k.a. Nasi ganja ni sebenarnya Nasi Kandar lah. Sedap tu mmg sedap sbb aku mmg peminat Nasi Kandaq! Untuk rank-kan kesedapan Nasi Kandar ni, first aku rasa Nasi Kandar Yasmeen, Kedah. Lepastu second, Nasi Vanggey ni. Pada pandangan aku nasi vanggey ni tak boleh kalahkan Nasi Kandar Yasmeen lagi lah.

Lauk Ayam goreng+ kuah campur = RM9.00
Air teh ais = RM1.50
Sekali ada caj gst
Semua sekali aku kena bayar RM11.00. Itupun lepas mintak kurang dekat abang cashier takmo bayar syiling.


#PeringatanSeney Jangan terkejut kedai ni cas GST!

#TipsSeney mintak diskaun sikit lah dekat abang cashier tu. Kalau makanan korang RM11.60, mintak lah bayar RM11 je. Diorang ni sebenarnya murah hati. Kadang2 diorang tak pandang pun sen tu. 

#TipsSeney Kalau nak Nasi Vanggey original, datang kedai tu sebelum waktu lunch org bekerja. Selalunya lepas je waktu lunch, mmg nasi habis! Illek!

Plan B/ Bits Bob Ais Kepal
Kitorang pergi sini pun sbb ni plan B kitorang. Lepastu kawan aku ni pun beriya sangat nak makan ais kepal. Aku pun excited nak post gambar ais kepal dalam instagram. Kononnya budak hispter lah. Haha.

Tapi, pergi punya pergi. Sekali, kedai tutup da!

Apalah nasib harini. Semua benda tak jadik. Haha. So, kitorang pun tumpang toilet je lepastu kitorang main tgkp tgkp gmbr dekat luar Plan B tu. Mmg interior kedai ni mmg cantik gilo lah untuk amik gambar! *Thumbs up*



#TipsSeney Lain kali tengok dulu instagram diorang kedai ni bukak ke tutup time tu sebelum terjah!

Menara Condong
Sebenarnya kitorang plan mmg taknak balik rumah lambat sangat/malam malam. Aku pun kalau boleh berharap biar sampai dekat Menara Condong tu time siang. Tapi, disebabkan waze bawak pergi jalan dalam and aku pun malas nak tekan minyak, takut minyak banyak habis, kitorang sampai dekat Menara Condong ni time lepas maghrib.

At first, mmg aku risau, takut takut tak nampak ah pulak menara tu bila malam malam ni. Takut view tak dapat nak satisfy-kan keinginan aku. Tapi, bila sampai sana, baru aku tahu yang Menara Condong tu sebenarnya ada lampu warna warni time malam malam. Serious cantik sangat! Killer view.

Segala penat lelah driving lama lama tu rasa berpatutan sangat! Rasa tak rugilah pergi Menara Condong ni. And actually, pergi Menara Condong time malam malam ni adalah aku punya second highlight of the day. First highlight of the day aku wajiblah time aku feed zirafah time dekat Zoo Taiping tadi.

#TipsSeney amik gambar tengah tolak Menara Condong adalah benda wajib disini. 

Budget
So, perbelanjaan kitorang untuk pergi ke Perak ni adalah seperti berikut :
Duit minyak - RM80 *pergi dan balik dan bahagi 3 orang kawan aku
Duit tol - RM70 *estimated pergi dan balik dan bahagi 3 orang kawan aku
Tiket masuk zoo - RM 17
Parking zoo - RM 3 *bahagi 3 orang kawan aku
Nasi Vangey - RM 11

Semua sekali lebih kurang RM80 je weh/seorang
Kalau korang tambah lagi orang untuk pergi, mesti lagi murah.
So, tak mahal pun nak pergi jalan jalan dekat Perak ni. Still bawah RM100 lagi. And, actually ada banyak lagi tempat2 menarik dekat Perak ni weh. Lagi2 tempat makan. Tapi, kitorang mm tight waktu and schedule. Banyak tempat yang kitorang tak sempat nak pergi. So, maybe lain kali kitorang boleh pergi Perak yang awesome ni lagi. Okay?!

Itu je dari seketul Seney ni. Jumpa lagi dekat post akan datang. Assalamualaikum.


Monday, 3 October 2016

[TRIP] #KeKLKeKita 1.0 Kuala Lumpur Travel Guide

Assalamualaikum.

Post kali ini adalah special untuk awak awak yang ddk di KL tp tak dapat cuti lama tapi awak nak sangat jenjalan. Jadi, jenjalan makan angin dekat KL pun dah kira cukup dah bagi korang tu yang maybe tertekan dengan pelajaran, kerja, keluarga, kawan-kawan atau percintaan. *Ecehwahh!*

Tentatif
Sebenarnya tentatif kitorang ni mcm ni:
1. Muzium Negara : RM2
2. Planetarim : RM6
3. KLCC Bridge : RM25
4. Aquaria : RM46
5. KLTower Skydeck : RM75

Tapi, masing masing duit takde time ni. Aku sengkek gila namatey. Haha. Dalam ATM tinggal RM100 ja. Jadi, kitorang tukar sikitlah plan kitorang kepada :
1. Muzium Negara : RM2
2. Planetarium : RM6
3. Aquaria : RM46
4. Petrosains : RM20

Penukaran tentatif ni fokus utamanya supaya kitorang berbelanja bawah RM100 untuk trip kali ini. So, in the end of this post nanti korang tengoklah bawah RM100 ke idok perbelanjaan kitorang. K?

1. Muzium Negara
So, korang boleh waza/navi je Muzium Negara and then nanti keluarlah result dia. Kalau aku, kawan aku tolong drivekan time ni. So, kitorang parking dekat area yang dia bagi parking tu lah. Tapi yang bestnya, kitorang gerak pukul 9.00 pagi. Jadi time kitorang sampai tu, takde banyak kereta pun dekat sana. Which means, korang kena datang awallah untuk dapat parking availability sbb time kitorang balik dr Muzium Negara tu penuh dah tempat parking kereta! But, don't worry. Of course akan ada banyak je lagi parking place but maybe jauh sikitlah nanti dr pintu utama dia.Lepastu lepastu, kitorang tak payah bayar pun parking. Entah. Tak tahu kenapa. Tak tahu kena bayar ke tak sebenarnya. Haha

Kenapa Muzium Negara?
Aku tahu kita kita semua ni pi muzium muzium ni time kecik kecik ja. Tapi, time kita kecik kecik tu, apa lah sangat yang kita tahu. Haha. So, kitorang decide nak pi sini sbb nak dapat view berbeza. Pandangan kita tentang Muzium Negara time kita kecik and time kita dah besar maybe tak sama. Of courselah time dah besar ni brain dah mature enough and kita pun dah boleh recall and faham semua sejarah atau facts facts yang depa explain tentang negara Malaysia. Time kecik, nak paham satu hapa pun tak boleh. Haha.

Selain tu, aku nak recall jugak memories aku time pi Muzium Negara masa kecik kecik dulu. So, masa aku sampai tu, aku nampak train tu and aku was like "Weh, mak aku ada tangkap gambar aku dengan adik2 aku dekat train tu" So, recalling those precious small memories is satu experience yang baik.

Apa lagi yang menarik di Muzium Negara?
Korang dapat tengok mcm mana orang zaman dulu dikebumikan and barang barang apa yang diorang guna untuk kebumikan orang. Position kebumikan orang yang diorang praktikkan is sangat berbeza dengan kita skrg ni.

Kita jugak dapat real life experience dengan benda benda yang kita selalu nampak dekat dalam teks book ja. Tapi, dekat Muzium ni, ada replika of the things which make learning session lagi fun. Contohnya, bunga emas yang sultan bagi dekat orang luar tu kan, dalam buku teks nampak kecik je weh kan? Tapi, sebenarnya bunga tu tersangatlah besar. Kita takkan tahu saiz dia if kita tak tengok sendiri replika dia cemana,

Sekarang ni kan susah nak cari duit duit lama ni. Tapi, dekat Muzium Negara, depa jual weh duit duit lama ni. Singgit, 2 ringgit, 5 ringgit fashion fashion lama semua ada dekat sini. Contoh kalau RM1 tu depa jual RM3. Gitulah. Tapi, kalau lagi lama duit tu, lagi mahal lah harga dia. Gicheww. Kawan aku pi Muzium Negara beli duit ja kerja dia. Haha

Ni lah kawan kawan aku yang turut serta dalam ekspedisi menjelajah KL kali ini. Haha. Ni kitorang suruh abang securtity guard tolong tangkapkan gambar. 


2. Planetarium
Daripada Muzium Negara tu nak ke Planetarium tu senang jo. Tak payah nak bawak kereta korang ke Planetarium. Korang boleh naik jejantas yang disediakan untuk ke Planetarium. Tak jauh pun jalan kaki. . Peluh peluh sikit je. Jimat duit minyak tang ni nanti. Korang ikut je sign 'Ke Planetarium' tu. InshaAllah tak sesat punya. Haha

Apa yang menarik dekat Planetarium?
Dekat sini ada movie theater. And movie theater depa lain sikit. Lain daripada yang lain. Kalau nak tahu kenapa, korang kena lah tengok movie dia. Movie dia RM6 je. Korang tak boleh nak tentukan korang nak tengok movie apa. Dia ada slot waktu dia tersendiri. So, time aku tu, dia cerita tang bintang bintang galaxy gitu lah.

Yang kelakornya time ni, kan movie dia macam real kan, so, part awal2 movie ni ada gambar real mata manusia tau. Budak budak yang tengok movie ni takut bebenor dengan image mata yang terkedip kedip terkedip kedip tu. Menangis budak budak  satu wayang! Haha.

Lepastu, bila dah habis scene mata terkedip kedip tu muncul pulak scene bintang bintang dekat alam galaksi yang  banyak2. Yang mmg cantik gila lah weh! So, time muncul je scene tu, budak budak ni dalam pada masa yang sama ber "Woahhhhhhh........" dekat dalam wayang tu. Kau bayangkanlah budak budak yang datang dengan bas tu *budak dari lawatan*Bukan sorang dua. Lebih 30 orang jugaklah kot. Haha. Diorang ramai ramai pada waktu yang sama pulak tu. Woahhhhhh..... Haha! Nasib baik kau comel budak budak!

Aku asyik nak tergelak je tengok reaction budak budak ni. Wayang tu pulak dalam bahasa English dengan bermacam macam science term. Entah korang paham ke tak budak budak ni. Haha. Aku sendiri pun amik masa nak paham. Haha

Lepastu dekat Planetarium ni pada aku mmg dah lain sangat dengan Planetarium dulu dulu. Skrg ni ada bermacam macam lagi pasal angkasa lepas, Roket, Measat, semua tuh lah! Ada space pod. Space pod ni korang akan masuk dalam satu mesin, lepastu nanti dia akan pusing pusing. Dia macam simulator korang berada dekat angkasa lepas lah. Tp benda ni kena tempah. If penuh, tak dapek den nak menolong.

Ni aku eksaited sangat nak amik gmbr depan Planetarium sampai entah boleh masuk ke tak dalam water fountain punya tempat ni. 

3. Aquaria KLCC
So, kitorang parking kereta kitorang dekat satu tempat parking dekat luar dr KLCC. Lepastu nanti, kena jalan kaki untuk ke Aquaria KLCC. Kalau nak park dekat KLCC pun boleh, tp mahal. Tapi park dekat tempat kitorang park pun mahal weh! Haha. Pepandai je lah korang cari tempat nak park dekat mana. Janji tak penat sangat engkorang nak jalan kaki pi Aquaria KLCC tu. Kitorang bayar dalam RM20 gak rasanya.

Aquaria KLCC ni lah tempat yang aku paling excited sekali. Dekat sini, mmg students students wajib bawak student card engkorang sbb banyak diskaun seh boleh dapat dekat sini. If korang bawak Mykad je korang kena bayar RM46. Tp if korang bawak student card, korang bayar RM39 je untuk masuk.

Best weh dekat Aquaria KLCC ni. Masuk masuk je korang dapat experience untuk pegang pegang binatang dalam air. Aku pegang tapak sulaiman, pegang belangkas. Dekat situ, dia ajar jugak cemana nak bezakan jantan and betina belangkas dan macam macam lagi lah. Best best best. Aku suka betul bila dapat pegang pegang haiwan ni.

Lepastu, tempat yang aku suka is ada satu tangki silinder yang besar and panjang. Lepastu dalam dia tu penuh weh dengan ikan! Cantik nak mampuih! Mata aku mcm bercahaya bercahaya tengok ikan ikan dalam akuarium tu bergerak gerak berpusing pusing dalam akuarium tu.

Lepastu lepastu, dekat sana yang paling best is korang akan lalu satu laluan ni. Tepi kanan korang ikan, tepi kiri korang ikan, atas pun ikan. Semua ikan! Best gila kot. Dia mcm satu tunnel and korang boleh tengok ikan jalan jalan dekat tepi atas korang! BEST GILA NAK MAMPUIH WEH. cantik gila! Ni tempat favourite aku. The highlight of my day. If korang lucky, diorang akan bagi feeding dalam ni. Korang boleh lah nampak ikan ikan jerung, ikan pari , penyu penyu ni makan. Best weh! Cantik sangat!

Selain tu, if korang nak beli gambar, if korang ada student card, korang akan jimat banyak sgt. Satu gambar RM70 weh. Tapi kitorang berjaya diskaun RM90 untuk 3 gambar. Rugi gila weh kalau tak bawak student card. Nasib baik satu kawan aku ni bawak student card dia.

Time dekat Aquaria KLCC ni, aku tak tahu lah sebab aku pakai tudung color terang benderang ke hape, aku rasa budak budak kecik asyik nak tertarik pandang aku je. Aku sibuk tengah usha usha ikan dalam aquarium tu, lepastu ada satu couple ni. Suami dia tengah dukung anak dia. Anak dia asyik pandang aku je. Aku cakaplah dekat budak tu

"Fish! Fish! Bukan pandang sini *tunjuk dekat aku* Pandang fish! *Tunjuk dekat fish*"

Tapi budak tu lagi tersenyum senyum tengok aku. Haha! Cair aku tengok budak tu. Oh. Budak tu kecik je mcm baby. 1 tahun gitu. Lepastu aku pergi dekat akuarium ikan lain pulak. Tapi budak tu sibuk nak tengok aku jugak. Time ni aku tengah excited tengok ikan mcm belut yang tengah berdiri diri dari pasir permukaan tanah akuarium diorang tu. Aku cakap lagi dekat budak tu

" Fish la. Pandang fish." 

Tapi lagi dia tersengih sengih pandang aku. Haha. Nak buat guane. Budak budak mmg suka aku kot. Lepastu aku blah cepat2 dr situ sbb malas dah nak layan budak tu. Haha. Asyik nak usha aku je. 

Ni lagi satu aku nak cerita. Time dah nak balik tu, ada satu spot dimana engkorang dapat pegang pegang lagi dengan makhluk2 air ni. Aku pegang lah tapak sulaiman tu. Lepastu ada satu budak ni datang sebelah aku lepastu pi bawak satu ikan ni keluar dari air. Aku pun cakaplah dekat budak tu

"Eh! Jangan bawak ikan keluar dari air!"

Kira mcm aku marah budak tu ah! Haha. Budak tu terus terkejut. Terus dia cepat cepat letak balik ikan tu and blah dari situ. Lepastu kawan aku cakap yang mak budak tu ada je dekat belakang aku sebenarnya. Mak dia asyik bagi mata je dekat aku sbb berani marah anak dia. Haha! Cuak gak kot kot mak dia nak sound aku dekat situ. 

Ni lah tunnel yang cantik nak mampus tu weh! Korang dapat usha binatang binatang best dekat sini. Tak nampak ke muka aku eksaited betul dalam tunnel tu? 


4. Petrosains KLCC
So untuk pergi ke Petrosains ni dari Aquaria senang je. Ada tunnel yang menyambungkan dua tempat ni. Korang lalu je tunnel tu nanti sampai lah dekat KLCC. Lepastu naik tingkat yang ada tulis Petrosains. Haha. *Aku tak ingat tingkat berapa*

Time kitorang datang tu, ramai gila kot beratur. Sampai kena amik pukul 5.00 petang punya entry. Pukul 4 semua dah penuh. Ramai beratur yang nak masuk benda bulat transport gerak gerak tu. So, kitorang pi beli tiket sat, lepastu pi makan dulu. Harga tiket biasa adult dengan mykad adalah RM20. manakala for those yang bawak student card, harga tiket is RM18. Dapat lah diskaun RM2. Jimat lah sikit. 

So, lebih kurang pukul 4.55ptg tu kitorang get ready dah nak beratur. Lama gak lah beratur ni. Tapi disebabkan aku sibuk kacau anak orang yang tengah beratur dekat depan aku ni, mmg tak terasa sangatlah penat beratur dia. Haha. 

So, time kitorang dah sampai dekat sana, kitorang mmg kemain eksaited lah nak main and cuba semua eksperimen yang ada! Macam macam weh! Lepastu time aku datang ni mmg ramai hakak hakak and abang abang yang letak booth untuk eksperimen. Best pulak tu eksperimen yang depa tunjuk. Contoh eksperimen dia is. 

Contoh :
Ada sorang hakak ni dia pi menyalakan api dekat lilin lilin ni. lilin ni beratur panjang. *korang dapat bayangkan tak? Lepastu dia tanya kitorang, kalau dia bukak radio ni, apa yang jadi dekat semua lilin lilin tu? Aku yang tak takut jawab salah ke tidok ni jawab jelah lilin tu terpadam lah kot. Lepastu dia pi bukak radio. Rupanya lilin tu siap menari nari sama rentak dengan lagu daripada radio tu weh. Sbb dia menyala ikut frekuensi radio tu. Vibration punya wave. Terbaik kot! Best jugaklah tengok api tu menari nari. Haha.

Lepastu aku mmg sibuk nak mencuba semua benda dalam Petrosains tu. So, time aku tengah sibuk sibuk mencuba tu. Tiba tiba lagu terpasang. Aku gerak gerak je lah kepala ikut lagu tu. Tiba tiba ada satu mamat ni terkinja kinja menari depan aku weh. Aku pun tengok, weh apesal? Hahahaha. Lepastu tiba tiba, ramai lagi join menari menari dekat situ. Weh! Rupanya diorang tengah buat flashmob time tu. Aku sibuk nak enter frame jugak dalam  flashmob tu. Hahahaha. Sebab awkward sangat, aku slow slow ke belakang dan blah dari frame the centre of flashmob tu. Hahahaha. Korang tak tengok muka aku awkward gila fikir entah cemana aku nak blah dari flashmob ni. 

Kitorang tak tunggu pun sampai flashmob habis. Sbb tak cukup masa, kitorang pi lari main eksperimen eksperimen lain. Best jugak lah weh. Ada satu eksperimen tu nak tengok power and kelajuan kita time baling bola baseball. Aku baling punya baling sekali bola tu tersangkut dekat aim dia nun hujung dekat sana weh! Bengong! Dah lah tersangkut tu susah pulak nak lepaskan balik bola tu. Lepastu dah lah orang ramai beratur sama sama nak main baling baling bola tu. Haha. 

Ada satu game racing car ni, kawan aku tak pi ukur dulu ketinggian dia time nak main game ni. Sekali bila masuk dalam racing car tu rupanya kaki dia tak sampai weh. Aku volunteer lah jadi penekan minyak dekat kaki dia. Tapi mmg takde chemistry langsung lah weh. Alih alih kawan aku dapat last time tengah lawan lumba kereta tu. Haha

Lepastu, time dekat Petrosains ni aku sibuk bergaduh dengan satu budak lagi weh. Aku tak ingt aku bergaduh apa dengan dia. Yang aku ingat ayah dia sibuk glaring mata dekat aku sbb aku cari gaduh dengan anak dia. Haha. Lawak ada lah weh!

Banyak lah eksperimen2 best dekat sini. Korang yang tak pernah pi tu, kena pergi! Korang yang dah pergi tu pun, kena pergi lagi! Aku dah 4 kali dah pi sini. 1 kali masa kecik kecik. 3 kali time dah besar. Hahahahaha. Tapi still bengong lagi bila orang tanya pasal eksperimen. 

Tengah fikir awak dekat sana tu tengah fikir dekat/tentang kita ke tak? Hmmm....


So, amacam? Okay tak budget trip kitorang kali ni? Aku harap post kali ni dapat menarik minat engkorang yang tengah plan plan nak jenjalan Kuala Lumpur. Tapi actually ada banyak lagi tempat tempat menarik yang kitorang tak dpt pergi lagi dekat KL ni. So, korang kena nantikan #KeKLKeKita 2.0 pulak! Okay?

List perbelanjaan :
Duit minyak + tol : RM10
Duit Parking : RM 12
Duit Breakfast : RM4
Duit Lunch : RM23
Fees masuk : RM74
Duit gambar dekat Aquaria : RM30
Duit gambar dekat Petrosains : RM20 *kot*
Total : RM173 *approximate range harga*

Still over our budget tapi takdelah over sangat. Still kena ada siapkan duit makan, duit minyak, duit parking semua tu. K? Assalamualaikum. Jumpa dekat post lain pulak nanti ! 

Monday, 29 August 2016

[TRIP] A month in Alor Setar, Kedah.

Assalamualaikum,

Jadi, untuk pengetahuan korang skrg ni aku dah sem 6, Degree in Physiotherapy dekat UiTM Puncak Alam. Jadi, time dah masuk sem 6 ni kitorang akan diletakkan di hsopital2 terpilih untuk sesi praktikal. Masa listname first sekali keluar haritu, aku dapat Hospital Seberang Jaya, Penang. Aku dah rasa syok syok dah dapat Seberang Jaya time tu. Dah berangan dah nak jenjalan dekat Penang. But then, tiba tiba tempat kitorang bertukar. So, aku dapatlah Hosp. Alor Setar, Kedah. Tak tahu lah time tu rasa gembira ke rasa sedih ke rasa kelakar ke tp yang pasti rasa cuak mmg ada.

Kalau UiTM ni, pihak atasan yang bagi hospital. Students tak boleh pilih nak hospital mana. Mmg ikut luck je lah. Geng geng praktikal pun tak boleh nak pilih. Semua atas dasar tuah dan jodoh semata. Lepastu, elaun pun takde. So, students kena pandai sep duit lah untuk fikir duit sewa rumah, duit transportation, duit makan, duit nak buat jamuan perpisahan dan macam macam lagi. Nasib baik jugaklah aku dapat JPA, so, mula2 tu ada jugak lah sep sep duit sikit untuk praktikal ni. Tapi semput jugaklah duit time praktikal. Aku asyik nak keluaq berjalan je. Mana tak habis duit. Haha.

So, if korang dapat praktikal dekat sini, or korang tetiba kena stay dekat sini and tak tahu mana nak jenjalan and tak tahu mana nak makan, this is an entry for you! Aku akan ceritakan lah serba sedikit pasal makanan apa yang femes, yang orang selalu dok cerita dekat aku. Tempat apa yang femes dan wajib pergi time datang loqstaq ni dan sebagainya. Ni kira macam entry travelguide dekat Alor Setar lah. Okay? Boleh?

Tempat menarik untuk dikunjungi di Alor Setar Kedah.

1. Dataran Alor Setar
Kalau datang sini, duit pun tak pakai sangat sbb dia takde fees masuk. So, korang boleh datang and terus amik gambar je. Dekat area sini banyaklah tempat2 bersejarah dan tak cukup bersejarah yang korang boleh lawat/tengok. Tapi bagi aku, yang paling menarik dekat sini, ofcourse lah tulisan ALOR SETAR terpampang besaq ni.

Boleh lah korang lompat lompat dekat sini. Selalunya dekat sini jadi tarikan photoshoot org kawen jugak. Time ni, ada 2 pengantin beratuq nak amik gmbq kat sini


2. Menara Alor Setar
Kalau korang datang sini, wajiblah datang tempat tempat gini. Bukan selalu pun ada chance nak naik menara Alor Setar ni. Yuran masuk for dewasa is RM9. Kau student ke bukan student ke, RM9 gak. Haha. Dekat atas menara ni korang bolehlah makan angin fresh sikit. Sepoi sepoi je angin dia. Dingin ke tak dingin ke tu bergantung bila time korang naik menara ni. Bila dah naik menara ni jugak, korang tawaflah sampai cukup RM9 korang tu. Duduk lama sikit dekat atas. Bincang pasal negara, bincang pasal keindahan alam, bincang pasal mana satu Langkawi. Banyak topik lain lagi boleh bincang. So, bincanglah sampai cukup korang rasa RM9 tu okay?

Pemandangan Menara Alor Setar daripada kaki Menara Alor Setar. Cantik doh aku tgkp gmbr ni. 


3. Rumah Kelahiran Tun. Dr. Mahathir
Rumah kelahiran Tun Mahathir ni penuh bersejarah. Korang boleh tengok pelbagai seni reka zaman atuk nenek kita dolu dolu, time lampu mentol lagi. Time masuk rumah kena basuh kaki dekat tempayan dulu. Time iron pakai seterika arang berat katang. Time masak pakai kayu api lagi. So, mcm mcm lah sejarah pasal Tun yang korang boleh baca. Korang boleh tengok gak Tun ni dr kecik mmg handsome ke, dah middle age baru handsome ke atau time tua baru muncul handsome dia. Haha.

Best kot sini. Korang dapat belajar sikit apa yang Tun suka, macam mana perjalanan perjuangan dia. Semua tu lah. 


4. Pekan Rabu
Pekan Rabu ni tmpt shopping shopping. Selalunya kaum ibu ibu yang suka mai sini. Rambang mata woi time aku nak pilih barang apa nak beli. Mak aku ada suruh beli kuih bangkit, baulu, kuih karas. Makcik aku pulak ada suruh beli rempeyek, kuih baulu dengan apetah weh tak ingat dah. Aku beli banyak gila kot. Aku pulak yg jadi excited time pi sana. Habis dalam lebih kurang RM150 jugak lah weh aku beli mcm mcm. Haha. Murah2 jugak weh dekat sini. Tak rugi pun. Boleh bg org tersayang as souvenirs sikit.
Hasil tangkapan ikan dekat Pekan Rabu.


Tempat melahap best dekat Alor Setar, Kedah

Actually, tmpt makan ni aku tak berapa nak tahu sangat. Tapi kawan2 aku yang ddk Alor Setar ni mengesyorkan semua tempat makan ni untuk dirasai sebelum masing2 pulang ke halaman rumah masing2.

1. Tat Nasi Ayam
Nasi Ayam dia terbaik. Aku tak tahu pulak harga satu Nasi Ayam berapa. Tapi sekali dengan air, aku bayar RM6 lah lebih kurang giteww harga dia. So, harga standard ja gais. Meh makan sini.


2. Satay Setia
Uish! Satay Setia ni sedap siot weh. Ada mcm2 jenis satay pelik2 pulak tu. Aku rasa mcm nak je tray satay arnab ke, rusa ke. Tapi, yg tu mahal sikit. Time ni duit pun takde. So, makan satay ayam je. Mana satay daging? Oh. satay daging dah habis weh. Time ni org baru dapat gaji. Semua pakat makan satay dekat sini agaknya. Memang sedap. Kedai ni tak jual air, tp depa amik je order air, diorang akan buat air dekat kedai sebelah, Kedai Nasi Ayam Tat. Berjiran la depa dua ni.


3. Nasi Kandar Yasmeen
Ni lah feveret aku setakat aku duduk dekat Alor Setar ni. Kemain sedap lagi rasa dia. Nasi Kandar !! Yeay!! Aku makan simple je weh. Ayam goreng satu dengan sayur lepastu kuah campur. SEDAP GILA BABENG. Apesal benda simple boleh jadi sedap sangat weh? Haha. Korang kena try lah Nasi Kandar Yasmeen ni. Mmg terbaik. Aku bayar ni mcm RM8 je dengan air.


4. Iman Kueyteow Kerang
Bagi aku lah, personally Kueyteow Kerang Iman ni sedap mmg sedap tapi takde lah sedap sangat weh gais. Sedap takat gitu gitu je. Haha. Tapi, dekat sini mmg ramai org. So, tunggu lama. Tempat duduk pun entah dapat entah tak. Tapi selalunya dapat je tmpt duduk tu. Agas pun banyak. Bingung aku nak makan cemana. Haha.


Tapi actually, aku ada makanan feveret lain selain Nasi Kandar Yasmeen tu weh. Aku suka gila dekat mee goreng mamak utara style doh. Bapak sedap nak mampuih. Setiap kedai kedai tepi jalan tu, aku selalu order mee goreng mamak je. Lepastu aku compare rasa diorang. Kedai mana sedap, kedai mana kurang sedap, kedai mana repeat order, kedai mana takyah datang dah. So, bagi aku, mee goreng mamak yg aku berkesempatan nak cuba and sedap is dekat Roadside, Langgar (area jalan depan rumah aku je ni weh) dengan Kedai Mawar (kedai ni pulak seberang jalan rumah aku). Kedai mamak pun tak sesedap 2 kedai ni weh. Korang patut try jugak lah. Ataupun buat macam aku, compare rasa makanan feveret korang dr satu kedai ke kedai yang lain. Okay? Lepastu, buat review cenggini. Haha.

Okay, last but not least, meh akak pisio ni payung sikit gmbr praktikal. Haha

akak pisio kesayangan semua. Haha. Kbai. 
Untuk siapa yg nak praktikal dekat Hosp. Alor Setar tu, boleh contact2 dengan owner Medyna Phsyiotherapy (Clinical Instructor aku) . Rumah sewa dia atas centre pisio Medyna ni. Ada wifi. Kemudahan semua cukup.

Untuk sesiapa junior nak tips dr akak pisio ni, boleh roger2 jugak. Okay?

Lagi sekali, Kbai.
Assalamualaikum.