Monday, 1 December 2014

Officially Graduated

Assalamualaikum.

23/11/2014 - Aku is officially graduated from UiTM in Diploma in Physiotherapy. Yeay! Jadi, untuk post kali ni, aku akan cerita dari awal sampai ke akhir macam mana aku menempuh hari-hari aku dalam ber-graduate.

First thing first is pasal pengambilan jubah. Benda penting yang korang kena sediakan untuk mengambil jubah ialah :
1. Borang jubah yang telah ada nama korang
2. Borang pengesahan kajian graduan
3. Bil yuran konvo RM 140 . pembayaran di mesin ATM

So, ketiga-tiga benda ni korang kena settlekan sebelum tarikh tamat dia. dan korang boleh dapatkan semua benda ni di konvokesyen.uitm.edu.my untuk maklumat lebih lanjut. Siapa rasa dia ada denda, kena bayar denda dulu ya? Tak kisah lah daripada abam polis bantuan ke, daripada library ke, denda korang memang kena bayar.

Saya duduk jauh, macam mana nak ambil baju di UiTM induk, Shah Alam?
Saya tak dapat cuti daripada boss, macam mana nak ambil baju?
Kalau korang ada pertanyaan seperti di-atas ni yang berlegar-legar dalam kepala otak korang, korang jangan risau, kawan korang yang berada berdekatan dgn Shah Alam /ddk area Selangor boleh tolong ambilkan jubah korang. Tak kisah :) Janji korang settlekan 3 benda penting tadi dan senangkan kerja kawan korang yang dah terbuka hati nak tolong korang ambilkan jubah korang.

So, aku ambil jubah pada 15/11/2014 - hari sabtu
mcm mana nak ambil jubah ni? Senang je. Korang datang UiTM Shah Alam guna apa apa transport. Bas boleh kereta boleh. Kalau kereta, korang boleh park di Padang kawad dia yang berdekatan dengan stadium. Jalan kaki sekejap je pergi DATC tu.
Kita akan ambil jubah di DATC (Dewan Agung Tuanku Cancelor)
Pada hari pengambilan jubah itu nanti, korang akan beratur panjang utk tunggu giliran korang. Satu stesen dia akan bagi beg, dimana ada sticker kereta dan kad jemputan utk mak dan ayah korang nanti. Selepas tu kita akan ke gudang jubah. 'Gudang ke?' Disana, kita akan ambil jubah konvo kita ikut saiz kita. Jangan risau, para pekerja dekat gudang tu dah tahu nak bagi korang jubah yang macam mana. Diorang dah dididik awal awal lagi. :)

Selepas ambil jubah nak buat apa?
Kalau aku dan kawan aku, kami ambil kesempatan ini, masa ini untuk ambil gambar berjubah ramai ramai. Padehal tak ramai mana pun. Hal ini adalah kerana, time konvo nanti mmg susah korang nak berkumpul balik dan tangkap gambar beramai-ramai. Masing masing akan busy dengan parents masing masing.

Dekat mana nak tangkap gambar pre-convo?
Ada budak yang tangkap gmbr dekat padang SCM, ada budak tangkap gmbr dekat Putrajaya, ada budak tangkap gmbr depan rumah. Tak kisahlah korang nak tangkap dekat mana tapi pilihan aku dengan kawan kawan aku is dekat Tasik Shah Alam :)

Tak gambar groupie lah kalau takde sesi lompat melompat. Dah lah berjubah panas siut.

Tak tahu kenapa, aku nampak ketenangan dalam gmbr ni. Korang nampak tak?

This is disusun mengikut ketinggian. Haha
So, dah siap gambar pre-convo. Sekarang ni nak buat apa? Oh ya! Sebelum aku terlupa. Nanti ada orang yang akan promote diorang punya booth utk ambil gambar konvo korang bersama keluarga tersayang. So, korang boleh tempah dulu diorang dengan membayar deposit and then on the convocation day, korang boleh ambil gambar dengan family korang. Alaa.. gambar cliche pegang scroll latar belakang buku buku tu. Macam lah korang tak tahu kan? Aku rasa keputusan utk menempah dulu lagi tepat dan lagi bagus.

Then, nak buat apa lepas tu? Pasal konvo dah selesai actually, korang just siapkanlah korang nak pakai baju apa time konvo nanti. Hal ehwal tatasusila baju bajan yang korang boleh/takbboleh pakai ada dalam buku panduan graduan. Buku ni pun boleh didapatkan di link yang aku bagi dekat atas tadi. baca betul betul eh?
Nasihat aku :
1. Pakai baju yang tak panas. Sebab korang dah pakai jubah then nak pakai baju panas pulak. memg lencun jubah korang tu. Mmg lah dewan tu ada aircond, luar dewan takde aircond. Mmg korang akan lencun jugak.
2. Pakai kemas. Jangan pakai macam nak pergi kenduri kawen -.-' sangat tak sesuai.
3. Perempuan kena pakai kasut atleast 1 inchi tinggi. Bertutup atau tidak : Tak kesah
4. Pakai shawl lagi senang rasanya nak kawal sbb korang pakai mortarboard nanti. Takde lah tuudng korang kemek kemek kena mortar board.
5. Bawak telekung dan barang barang solek korang dalam beg dan dibawa masuk ke dalam dewan. Kalau korang sidang sesi petang, benda ni memudahkan korang utk solat.
6. Warna yang ngam masuk dengan jubah is merah. Kalau korang nak menyerlah, pakai lah merah :)

Hari konvo:
Walaupun aku sesi petang tapi aku bersiap awal pagi jugak sbb aku dah tempah satu kedai ni utk ambil gambar konvo dengan family aku. Aku guna khidmat Prestige Media Studios berdekatan dengan giant dan dekat dengan restoran nasi kukus. Aku berpuas hati dengan khidmat diorang ni. Aku rasa gambar aku cantik, walaupun aku tak dapat lagi gmbr tu sebenarnya. Takpelah nanti kalau dah dapat, aku tunjuk :) Oh ya! Aku ambil set RM 200 punya. Sekali seumur hidup ja kau habis diploma. Apa salahnya kan? Haha.

31/5/2016
Skrg ni aku dah dapat dah gambar dia! Ada 5 keping gambar besar besar sekali frame! Hamik kau! Mak aku pun dah gantung semua gambar gambar tu. Cantik. Cantik. Ai berpuas hati. :)

Then, Parking!
Aku sesi petang, jadi polis bantuan tak bagi kebenaran utk kereta sesi petang masuk dalam kawasan UiTM. Jadi, kita kena parking di parking bertingkat di PKNS dan dari situ, kita akan naik bas yang disediakan oleh pihak UiTM utk masuk ke UiTM. Tak lama pun beratur utk masuk bas ni. Sebab bas banyak , jadi sekejap je korang kena beratur. Sabar sikit je. Nak cari parking di PKNS pun senang, banyak tempat parking sebenarnya.

Then, pukul 1.00 korang dah kena beratur dalam barisan masing masing sebelum korang ditempatkan di dalam dewan. Adalah penting disini utk korang ingat nombor giliran korang. Nombor giliran ni korang boleh dapat dekat borang jubah tu. Hafal nombor tu eh? Para ibu bapa pula jangan risau. Korang takkan sesat. Ibu bapa boleh ja tanya polis polis bantuan yang ada dekat sana agar korang boleh cari tempat duduk yang selesa. Yang boleh masuk is sesiapa yang ada kad sahaja okay? Satu kad = 2 orang. Kanak kanak tak boleh masuk. Ada had umur.

Upacara pun bermula. So, basically korang just tunggu sampai nama korang dipanggil di atas pentas utk menerima skroll dengan chancelor. Nasihat aku:
1: Jalan perlahan dan natural.
2. Tak payah tunduk sangat depan cancellor
3. Tak payah cakap terima kasih dulu. Bila gambar korang dah diambil, baru cakap terima kasih.
4. Kalau korang nak dvd semasa di hadapan, korang pandang lah kamera, boleh buat satu sign. Aku tak dapat buat sign sebab aku tak dapat cari kamera ada dekat mana -.-' Kamera dia bersembunyi.


Lepas tu, adalah sangat susah utk korang berkumpul balik satu batch utk ambil gmbr. Kalau korang sikit satu batch, boleh buat lah. Kalau macam aku, 55 orang satu batch, mmg berterabur. Masing masing buat haluan masing masing. Jadi, gambar satu batch ambillah sebelum konvo. Selepas habis konvo, korang boleh ambil gambar individual post-convo korang banyak banyak . Yeay! Tangkap gmbr lagi.





Selepas itu, korang jangan lupa untuk pulangkan jubah korang. Kalau hantar jubah pada hari tu juga, tiada caj akan dikenakan. Tetapi kalau korang lambat sehari RM 2 dikenakan manakala kalau lambat lagi sehari, hari ketiga tu dia dah caj RM 30. So, korang kena bayar RM 32 utk lewat sampai hari ketiga, Justeru, adalah wajar utk korang pulangkan jubah hari itu juga, senang nanti :) Dan, korang kena pulangkan jubah sendiri sebab bila korang pulangkan jubah, pihak sana akan bagi sijil dan transkrip korang. Kalau kawan korang tolong pulangkan jubah, diorang takkan kasi the transkrip dan sijil.

Untuk dapatkan gambar ketika menerima skroll daripada naib cancellor, korang kena bawa slip pink Borang Tuntutan Gambar tu. Kena bayar RM 10. Gambar ni siap sehari selepas konvo berlangsung. Due date gambar ni adalah 3 bulan. Selepas 3 bulan mereka akan terminate gambar korang. Jadi, cari juga masa utk tuntut gambar korang ya?

And tolong jangan lupa ambil gambar korang (individual time, mcm contoh yang aku bagi dekat atas). Kalau tak nanti mesti menyesal. Hujan pun bukan satu alasan. Time aku ambil gambar ni hujan kot. Kalau korang boleh perasanlah :D So, aku harap post aku membantu korang dalam mempersiapkan diri untuk convocation! Lagi lagi yang first timer tu. Haha. Kita jumpa lagi di post yang akan datang. :)

Assalamualaikum.

Saturday, 27 September 2014

LANGKAH LANGKAH MEMOHON PEMBIAYAAN PINJAMAN PTPTN.

Assalamualaikum

Langkah-langkah utk memohon pembiayaan pelajaran PTPTN

1. Terima surat tawaran meneruskan pembelajaran
Aku dapat surat tawaran utk meneruskan degree dalam fisioterapi di uitm puncak alam.

2.Check IPT anda boleh menerima pembiayaan PTPTN atau tidak di sini
UITM mmg boleh mintak PTPTN

3.Pastikan anda memenuhi syarat-syarat pembiayaan PTPTN. Syarat-syaratnya boleh anda dapati di sini
Baca dan pastikan korang penuhi syarat-syarat dia ke tak. Orang Nepal tak boleh amik PTPTN.

4. Pastikan anda mempunyai alamat emel yang sah
Pasal emel ni pastikan bila dah dewasa ni takpayah lah buat emel zaman kanak kanak lagi. Buat emel yang matang sikitlah bagi urusan urusan rasmi.

5. Buka akaun bank berdasarkan universiti yang anda dapat. Anda boleh check di sini
Kalau UITM - Bank Islam (BIMB)

6. Buka akaun SSPN. Boleh buka akaun ni di mana mana bank ejen PTPTN 
Ejen PTPTN adalah seperti BSN, CIMB, AGRO Bank, Bank Rakyat, Bank Islam dan Maybank. Aku buka akaun SSPN dekat Maybank sbb boleh settle haritu jugak. Aku tak pasti bank mana yang kena tunggu keesokan harinya baru boleh settle akaun SSPN. MInima akaun ni RM 20.

7. Beli No, Pin PTPTN 
Beli no pin ni di BSN dengan harga RM 5. Kena ingat bahawa no pin ni boleh tahan selama 6 bulan sahaja. Lebih dari tu kena beli baru punya. 

8. Isi borang PTPTN secara online di sini
Buat pendaftaran kali pertama and isi lah borang borang dia. Pendaftaran secara online ni korang boleh buat satu kali sahaja. SEKALI SAHAJA. Jadi, pastikan korang check betul betul maklumat and cari maklumat-maklumat yang susah nak cari siap-siap. Sebarang ketidak pastian boleh terus telefon PTPTN. Kalau tak, korang kena beli no pin baru dan buat permohonan semula. 

9. Sahkan permohonan anda setelah check 4 ribu kali. (hiperbola semata)
InshaAllah kalau dah 4 ribu kali check mesti tak ada masalah nak sahkan lagi.

10. Tunggu permohanan anda disahkan.
Ambil masa dalam seminggu selepas tarikh permohonan tamat. 

11. Boleh amik WPP.
Wang pendahuluan sebanyak RM 1500 utk korang bayar yuran pengajian, yuran kolej dan persiapan masuk IPT. WPP ni boleh mintak time buat permohonan masuk IPT. Aku tick 'right' yang aku nak menerima WPP time buat permohonan penerapan dulu. Cek bernilai RM 1500 itu hanya boleh dicashkan di bank CIMB sahaja. Tak boleh guna cara lain. 

12, Print borang- borang PTPTN bila permohonan anda diterima. (80gsm)
Semua borang ni kena ada 2 salinan. Isi tarikh dan sign di mana yang perlu sign. Dinasihatkan guna pen hitam utk kegunaan surat surat rasmi macam ni. 

13. Beli setem hasil 
Beli setem hasil 2 ketul di mana mana pos office berdekatan. Dan tampal di borang yang perlukan setem hasil utk ditampal.

14. Dapatkan tanda tangan pegawai kelas A.
Aku ambik tanda tangan Ketua Jabatan kos aku. Pastikan pegawai kelas A korang sama utk kedua dua salinan PTPTN.

15. Sediakan dokumen sokongan.
Dokumen sokongan hendaklah bersaiz A4 (80gsm) berwarna putih dan tidak perlu disahkan,
Dokumen sokongan yang perlu disediakan:
a) Maklumat permohonan pembiayaan
b) Salinan IC pemohon
c) Salinan SPM 
d) Salinan surat tawaran
e) Salinan buku akaun
f) Salinan transkrip keputusan peperiksaan (STPM, Matrikulasi, Diploma)
g) Salinan slip gaji/ salinan borang cukai pendapatan/ salinan kad pesara/ salinan penyata pencen/ surat pengesahan pendapatan/ surat pengesahan tidak bekerja PENJAGA PERTAMA
h) Salinan slip gaji / salinan borang cukai pendapatan/ salinan kad pesara/ salinan penyata pencen/ surat pengesahan pendapatan/ surat pengesahan tidak bekerja PENJAGA KEDUA
i) Salinan surat pengesahan masih belajar di IPT ( budak sem 2 dan ke ats)
j) Salinan keputusan peperiksaan setiap sem sebelumnya. (budak sem 2 dan ke atas)

16. Susun Atur segala borang.
Jadikan borang kepada 3 bahagian. 
Bahagian 1. Satu salinan segala jenis dokumen perjanjian
Bahagian 2. Satu lagi salinan segala jenis dokumen perjanjian
Bahagian 3. Segala jenis dokumen sokongan. 
Do not stapler segala borang sebab kenkadang dorang tak bagi ( yang the very particular about this borang) Just guna klip utk pile up borang korang ni. No komot komot borang korang ni. Pastikan cantik tiada kesan liquid, TIADA KESAN LIQUID ya! Kalau tak, dorang suruh print baru.

17. Datang pada waktu yang ditetapkan bila pihak PTPTN akan hadir ke IPT anda utk kutip borang.
Kena peka dengan HEP. Macam HEP aku, diorang ada tampal list yang aku ni budak kelompok mana and PTPTN akan datang bila, di mana, utk hantar all those borang.

18. Datang awal dan ambil no. giliran anda. 
Bila diorang cakap start pukul 8, kau rajin rajinkan lah sikit datang awal dari pukul 8 sbb sekarang ni PTPTN guna sistem bernombor. Datang awal, habis awal. Datang lambat, nombor habis, tunggu keesokan harinya pulak. Bila dah datang tu jangan lupa bawak ler pen dan apa apa stationaries. Kot kot ada benda tertinggal atau salah yang perlu pembetulan. Pembaris pun kena bawak.

19. Palang (utk kegunaan PTPTN sahaja) atau cop (utk kegunaan PTPTN sahaja)
Korang boleh pilih nak buat sendiri palang dua dan ditengah tengah letak 'UNTUK KEGUNAAN PTPTN SAHAJA' atau pergi dekat kaunter cop cop dan suruh diorang cop "UNTUK KEGUNAAN PTPTN SAHAJA' Motif buat semua benda ni adalah so that pihak PTPTN tak boleh menyalahgunakan salinan salinan IC korang utk benda benda yang tak patut.

20. Ikut cakap pihak PTPTN yang hadir, bawa bersabar dan anda beres!
Ada kaunter, korang ikut je perjalanan kaunter tersebut dan korang boleh balik lepas beres segala benda. 

Ini adalah langkah-langkah untuk memohon PTPTN bagi tahun 2014. Sebarang pertanyaan boleh kemukan terus kepada pihak PTPTN. Aku hanya bagi rough idea bagi noobers di luar sana mcm mana nak handle PTPTN. Sesiapa yang dah minta PTPTN time diploma, korang kena buat penangguhan dulu utk mintak PTPTN for degree. 

Perlu ke minta PTPTN time diploma?
Kalau yuran korang tak banyak, korang can afford yuran, korang mahu meneruskan degree, jadi adalah sangat dinasihatkan tak payah mintak ptptn time diploma. Hal ini adalah kerana hutang korang akan pile up menjadi sangat banyak dan korang akan bersusah payah utk bayar balik all those hutang. Tapi segala keputusan haruslah atas bual bicara korang dan parents. Fikirkan baik baik. Fikirkan dalam dalam. Fikirkan mcam mana masa depan nanti.

Duit yang diberi PTPTN berubah-ubah?
Duit yang kawan korang dapat maybe tak sama dengan korang ats sebab sebab tertentu. Contohnya gaji ibu ayah melebihi paras tertentu. Adalah tu pengiraan dorang mcm mana nak bagi duit. Aku just dapat ngam ngam nak bayar yuran je, 

Positif mind dalam PTPTN.
Jangan lah korang depressed sangat korang kena berhutang ni. Sebenarnya ambik hutang macam ni membuatkan korang ada pegangan yang teguh sikit bila korang bekerja nanti. Bila habis belajar, korang kena terus cari kerja utk bayar balik hutang korang. Takde meleweh meleweh malas nak cari kerja. So dalam diam dia menolong korang jugak senyap senyap. Be positive.


Okay. Itu je kot utk post kali ni. Aku harap post ni cukup berinformatif utk korang bakal bakal peminjam PTPTN. 
Assalamualaikum

Thursday, 28 August 2014

[TRIP] #KeKelantanKeKita


Assalamualaikum.
Dipendekkan cerita, aku dan beberapa orang kawan aku kumpul duit sikit and kitorang pergi melawat negeri orang. Where we go? Kelantan Yo! Tapi, kenapa Kelantan? So, the first reason is aku nak melawat kawan aku yang baru saja melangsungkan perkahwinan dia kat Kelantan. The wedding is on 3rd of raya. Tapi, disebabkan semua orang sedang beraya, kami tak berkesempatan nak join wedding dia. Jadi, kami ambil keputusan utk adakan satu tarikh where everyone seems fine with and go with it. Alhamdulliah, our plans going smooth and well.

Kitorang bercuti selama 3 hari 2 malam. Kitorang bertolak from stesen Kajang pada jam 9 malam hari Rabu dengan menaiki bas Sani. Kenapa Sani? Menurut kata kawan kawan aku yang dah biasa ulang aling kelantan- selangor, bas Sani is the most comfortable bus yang wujud. So Sani lah. Kenapa malam? Malam ni korang boleh tidur dan berehat. Kalau siang, masuk bas korang kena tidur bila sampai dah petang/malam, korang kena tidur lagi. Hantu je ah jadi. Perjalanan kitorang from Selangor to Kelantan mengambil masa 7-8 jam. Aku memang tak biasa duduk lama-lama dalam bas. Paling lama is 5-6 jam masa aku praktikal dekat Penang dulu-dulu. Jadi, perjalanan yang lebih lama ke Kelantan ni tersangat sangatlah tak selesa. Naik je bas, aku excited lebih sebab aku tak pernah naik bas 2 tingkat but pff Yensi Miharbi, semua bas is bas. Semua bas sama. Tapi tingkat atas dia cm bergoyang sikit and tingkat bawah lebih stabil. Kitorang duduk kat depan sekali which is sangat selesa sebab ada ruang utk letak beg sendiri kat depan kaki. Itupun kalau beg kau tak besar sangat lah macam beg aku. 

Beg aku time pi sana. 
Apa yang aku sarankan time nak berlepas is baca doa naik kenderaan and mengucap dua kalimah syahadah dulu. Sebab... nobody knows apa akan terjadi time kau tidur tidur dalam bas. Jadi berwaspada sikit lah.
So, aku prefer masuk je bas terus tidur and bila kau bangun tetibe dah sampai. Tapi, keadaan aku bukan macam tu. Ia tak semudah yang aku sangka akan jadi. Aku tidur pukul 11 gitu. Then aku terbangun masa pukul 12. Aku punyalah ingat dah pukul 3 atau 4 tapi realiti buat aku hampa. And tengkuk aku sakit gila babeng. Dan kaki aku sejuk nak mati. Jadi, para traveller yang baru nak belajar travel aku sarankan bawa stokin dan bantal utk tengkuk. Gulung towel letak kat tengkuk pun okay rasanya. Bila aku terbangun, aku berkhayal jap kat luar. Then pukul 1 , bas kitorang sampai dekat satu stesen perhentian dia. Kat situ, penumpang can go to toilet and have a snack kalau yg perut dok lapar tu. Toilet kat situ berbayar-murah je. 20 sen maybe. Agak agak around 1 hour of break, diorang sambung drive and aku cuba utk tidur balik. Aku bangun balik time pukul 3 and tengok still jauh lagi. Aku berleka dan paksa diri aku utk tidur balik tapi tak boleh sangat sebab tengkuk aku sakit -.-'. Tapi aku tidur jugak lah akhirnya.

Then, aku bangun, kitorang already sampai Kelantan. Our driver turunkan penumpang sikit sikit kalau yg mana rumah dia ontheway to stesen bas Kota Bharu tu. Pukul 5 30 kitorang sampai and aku super duper excited dapat jejakkan kaki aku kat Kelantan for the first time ever. Dekat sana, kawan aku which is one of the Kelantanese ambik kitorang. Terharu aku, bangun pagi pagi tunggu kitorang sampai kat stesen bas. Terima kasih. Bila semua dah cukup, kitorang gerak to rumah kawan aku, Qimi. Kitorang lepak dekat rumah Qimi sampai dia habis kerja separuh hari. 

our first selfie there.
For sarapan kitorang makan Nasi Kerabu yang super sedap. Terharu rasa nak menangis sbb sedap sangat nasi kerabu dia. A must try bila korang sampai Kelantan okay? Aku bagi 4 bintang. satu bintang aku tolak sebab masa aku makan ada garam gelombok besar. Itu je yang tak best. So, lepas Qimi balik from work Qimi give us coconut shake, Kelantan style yang Ya Allah sangat sedap! Sumpah sedap! Aku menangis kegirangan makan/minum benda ni! Haha. Lepas tu, kitorang check in to our hotel , SA Villa Inn. Kenapa hotel ni? Sebab hotel ni hotel paling dekat dengan rumah Qimi. Qimi is our tour guide a.k.a driver sepanjang kat Kelantan. Jadi, dengan duduk di hotel yang dekat dengan rumah dia makes things much more smoother and efficient. Gambar hotel kitorang lupa nak ambil but, the hotel is sangat selesa. Kitorang ambil bilik yang ada 1 katil Queen and 1 katil single. Kitorang gabung both katil for lebih lebar. Haha. Selain tu, ada aircond, ada air panas, ada TV, ada seterika and ada wifi! Everything is dah cukup perfect pada aku yang bersemangat backpacker ni. Harga is RM 178 (rasanya) . Kena bayar deposit RM 50 dulu. Jadi, tak mahal kan? Harga tu is utk 3 hari 2 malam dah!
nampak sangat selesa kan? TV ada kat depan katil single, ada meja makeup jugak dan almari kat depan katil. 

 Our plan for the evening ialah PCB atau Pantai Cahaya Bulan ! Tengok pantai yang famous ni and kalau boleh nak makan makanan yang femes femes dekat Kelantan sini. 

Makan at Pantai Cahaya Bulan
Here, aku makan Maggi ketam yang harga RM 21. Yup 21 ringgit ! Mahal kan? Hahahaha. So, sesiapa yang tak kisah utk berbelanja sikit utk rasa maggi ketam ni, boleh lah pi sini try. Sedap dan nampak sangat menyelerakan! Serius, tak tipu, Jadi aku tak berapa nak menyesal lah order maggi ketam tanpa tgok harga dia dulu. Hahahaha. Belajar dari kesilapan aku okay? And lagi satu, tmpt yang kitorang makan ni mmg mahal sikit dari yang lain lain. Korang kena pandai cari kedai mana yang best dan murah. 

Ya Allah ! Sedappnya tgok maggi ketam dalam gambar ni !! *terliur balik*
Ini pulak nasi goreng ketam dia. Visual dan rasa mmg sangat tak mengecewakan.
Dekat PCB, pantai dia tak berapa berpasir. Dia pantai terhakis, jadi diorang bina batu batu utk elak hakisan yang lebih teruk. Tapi cantik jugak actually and boleh lepak lepak tepi pantai borak borak.

So, here is a peak of how PCB looks like.

Dari sini jugak korang boleh nampak kan pantai dia mmg jadi batu. But still very beautiful.
Then, malamnya kitorang pergi pula ke Wakaf Che Yeh. Mcm mana wakaf che yeh tu? Ramai cakap dia tak berapa menarik tapi bagi aku tmpt ni pun menarik. Dia ala-ala downtown and kalau korang mencari cari souvenir tshirt boleh lah beli kat sini. Aku beli satu untuk adik aku. I LOVE KELANTAN gitu. Haha. And a must try bila sampai kat wakaf che yeh ni ialah.....

Baba ICE CREAMMM !! *menjerit tepuk perut sbb bahagia*
Tasty !
And that's how we finish our first day in Kelantan. Travellers/backpackers jangan lupa jugak okay kita ni dah boleh solat jamak okay? So, second day at Kelantan start now without further a due.We start our second day ke Pasar Siti Khadijah. Apa yang famous? Kat sini semua penjual adalah wanita makcik makcik tua. And kalau pi sini mmg tak sah kalau tak tangkap gambar ini........
Cantik kan? The walls yang colorful and all the goodies dijual kat bawah tu nampak menarik cantik sangat.
mcm mana suasana jual beli dalam pasar ni.
Jadi, the pasar mmg macam betul betul pasar. Cuma, suasana dia best dan aku rambang mata betul tengok batik batik, kain pasang yang dijual kat sini. Rasa mcm nak beli semua je! Jadi, kalau rasa nak borong kain banyak banyak, harap bawak banyak duit eh datang sini. Rugi woi kalau tak beli. Cuci mata je buat apa. Dekat pasar ni apa yang aku beli is, brooch . Brooch dia murah gila RM 10 - 14 biji brooch. Murah gila kan? Kat sini ada jugak jual serunding, kopok-kopok, aksesori wanita, dan macam macam lagi. Aku beli jugak serunding serunding utk family aku dekat rumah. 

membeli - belah di pasar. ihik ihik

Next stop is Pantai Mek Mas ! Apa yang menarik kat pantai ni? Kat pantai ni ada ramai orang main wau petang petang ! Aku tak pernah tgok love orang main wau. Jadi, watching wau playing is sangat best ! Dekat sini jugak boleh mandi-manda. Tapi kitorang takdelah mandi-mandi dekat sana. Kitorang tgok abam abam mandi saja. Yang peliknya, dekat sini takada kemudahan nak tukar baju, toilet. Hahaha. Jadi, dioang keringkan diri mcm tu ja takyah towel towel tukar baju ah kot. Kot. Aku pun tak tahu. Kat sini jugak, korang boleh buat bbq. Ada makcik tu, korek pasir pantai tu dalam dalam and buat unggun api. Pastu bbq apa apa yang dia bawak. Kitorang hanya mmpu tgok je lah. Nak mintak sikit kitorang malu. Hahaha. 

Jadi, inilah wau wau dia. And ni WAU okay bukan layang layang cikai yang tecik tenonet tu. Besar and nampak susah nak handle kalau golongan terlebih amatur macam aku. Dan wau ni ada bunyi. Tak ingat the exact term of the bunyi.

Bila kau dah dapat tempat lapang cenggini mmg wajib amik gambar lompat lompat si katak lompat. Yes. 
Dekat pantai mek mas ni, kalau korang lapar boleh beli makanan yang dijual dekat situ. Kalau korang teringin main wau, boleh beli layang layang cikai kat situ. Haha. And patutnya korang patut naik bukit dia and have a look kat 'teluk'. Entah. teluk ke nama dia? Aku pun confuse. Kemudian, malam tu pulak kitorang pergi majlis birthday one of Qimi's punya niece. Makan sedap lagi. Mee bandung sedap, goreng goreng sedap, air sedap, kek sedap. Asyik makan sedap je sepanjang duduk kat Kelantan ni. Jatuh hati betul.

Untuk hari ketiga which is our last day dekat Kelantan, kitorang fullfill hari kitorang sebaik baiknya! Bangun pagi then siap siap nak pergi breakfast dekat one and only the famous Kopitiam Kita. Kopitiam Kita ni sangat famous and ramai betul artis artis yang datang sini. Dan ramai betul pelanggan pelanggan dia! Masa kitorang datang tu adalah jugak dalam 15 minit ke 20 minit atau lebih lama berdiri cari tempat duduk. Jadi, nak makan kat tempat femes ni kena bawak bersabar okay? Untuk tunggu korang dilayan oleh waiter jugak agak susah, jadi korang kena panggil waiter tu sbb diorang busy sangat. Apa yang best dekat sini? Roti Titab! Hmmmm.... sedap! Tapi sebelum menunggu roti titab korang sampai, korang makan lah makanan lain dulu contohnya Nasi Air Dingin yang dah dia siap siap bungkus.
Ini nescafe ice. Rasa dia mmg thorbaik ! Sedap kaw kaw tak manis sangat ! Aku suka betul air ni !
Inilah Nasi Air Dingin dia. Korang tengok nasi ni mcm simple je kan? Tapi rasa dia.. Sedap nak mampus! Ini pun terbaik! Hahahaha

Dan roti titab pun sampai! Tak lama mana pun. Dia ada telur goyang goyang at the centre.

Disebabkan aku tak makan telur goyang goyang. Aku lagi suka roti aku! Kaya je! Sedaaapppppp! *menangis terharu sekarang*
Lepastu, kitorang pergi tempat special ! Where? Thailand ! Weeehuuuuuu! Untuk pergi ke seberang kitorang kena naik bot yang dicharge RM 2 sorang. This is Super Exciting! Kenapa nak pergi Thailand? First, mak aku suruh aku beli toto. Dan dekat Thailand ni barang barang dia mmg murah murah gila nak mampus. Haha. Toto dekat Kelantan is RM 47 and aku jumpa toto yang sama kat Thailand dengan harga RM 38. Murah kan? Banyak lagi yang boleh dibeli dekat sini. Dress dia murah murah, alat penjagaan wajah pun murah murah. Jajan jajan pun murah murah. Korang kalau ada kesempatan datang thailand okay? 

Naik boat :) Pakcik boat sumpah slumber ! 
Being here is the highlight of the day.
Apa yang aku beli time kat Kelantan ni. Aku beli Toto Narita yang mak aku nak tu RM 38 .Pastu aku beli magnet magnet jadi collection aku, singgit je satu. Pastu aku beli mask muka catchy doll satu bedak thanakha satu. Aku beli semua ni pun sebab kawan kawan aku borong beli sekali. Aku pun nak cuba gak benda benda cenggini. Haha.And harga dia mmg jauh lebih murah daripada kau beli kat ig atau mana mana kedai Malaysia sekalipun. Hebat! Lepas balik from Tak Bai, Thailand, kitorang gerak ke Sleeping Buddha, salah satu tarikan tourist dekat Kelantan ini. Apa yang best? Ada patung buddha besar gila yang tgah tidur tapi bukak mata. Best ah. Haha. 
Ni ah patung tuuu.. Besar ni.
Inilah the main crew #KeKelantanKeKita :) Hari last baru boleh amik gambar semua full satu gambar !
Lepas tu, kitorang lepak KBMall Sekejap untuk jumpa kawan aku masa praktikal dekat Hosp. Seremban dahulu-kala. KBMall ni macam mall-mall yang biasalah! Haha. Ada supermarket ada kedai kedai tecik. Just takde hiburan je ah. Wayang tu takde. At least, dapat jugak aku menjejakkan diri ke KBMall yang dibanggakan oleh rakyat Kelantan ni. Kalau pi Kelantan tak pi KBMall mmg pelik jugaklah kan? Oh ya! Kitorang lepak KBMall ni disebabkan nak cari hadiah jugak. Hadiah utk kawan aku yang baru kawen tu? Haa....
Dah macam baru habis mesyuarat PIBG dah. Hahahahahaha 
Dan kemudian, kitorang bersihkan diri yang seharian berjalan ni untuk get ready ke stesen bas ! Sadly, it's balik time *muka sedih* But before that, kitorang sempat makan Sup Belut! *tampar perut* Apa rasa dia? Rasa macam ikan tapi dia tecik je. Sedap baq hang sup belut! Thorbaik! So, dengan ini aku nak ucapkan Terima kasih Qimi for having us warmly to your home. Terima kasih Mak Ngah dan mak Qimi for treating us nicely. Terima kasih Ain for lending us a bit of your time. Terima kasih Aqeel for sudi datang jauh jauh. Terima kasih The Foursome for making this happen. Terima kasih kepada semua! kalau tak, mmg tak best dan tak happeninglah percutian kitorang dekat sini. One of the best percutian i'd ever had because ditemani the best people in the world. Thanks a lot guys. Uguys rock! 

A photo for memory. Thanks guys.
'Goodbye' is always sad but there's always a place for 'Hello, we meet again'. I do hope to come here to Kelantan again in future. Kitorang bertolak by Sani pada pukul 9 30 malam dan selamat sampai ke Stesen Kajang pukul 5 45 pagi keesokan harinya. Alhamdulillah. Plan kali ini manjadi dengan berjaya dan semuanya selamat pergi dan selamat balik. Welldone The Foursome. Lain kali kita buat lagi.Sampai sini je entry kali ni. :)

Thanks for reading.
Assalamualaikum