Tuesday, 20 January 2015

[REVIEW] AFTER EXAM : IOI CITY MALL

Assalamualaikum.
Jadi, kawan aku dari Penang dan dari Kelantan datang turun Selangor sbb ada hal sikit. Interview kerja. Takkan dah datang Selangor tak berjimba bersama kan?

We decided to go ice skating di Icescape IOI city mall
Ini adalah first time aku main ice skating. Nak aku komen? Aku jatuh sebanyak 7 kali atas ice rink. Kuang ajo! Hahaha.At first kau sakit kat kaki dan belakang sbb nak balance kan badan kau atas ice rink. Keesokan harinya kau sakit satu badan penangan jatuh 7 kali tu. Hahahaha.Aku kejang serta merta time bangun dari tidur keesokan harinya.

Entry : RM 32 (entry + glove) Aku bawak stokin
Loker RM 2
Kunci loker boleh guna sekali je. Time kau dah habis main, dan nak amik balik barang kau je. Aku sarankan tak payah bawak phone dompet korang semua masuk ice rink, letak je dalam loker. Kang kau jatuh, pecah pulak phone kau tu. Kalau nak tangkap gambar, tangkap ah gambar last last time nak balik. Mestilah kena ada gambar buat kenang-kenangan kan? :)

Sekali kau masuk dlm ice rink ni, tak boleh keluar dah okay?
kitorang main start pukul 10:30 or 11:00 sampai 1:30 or 2:00

Benda ni main atas ice, kau ingat tak berpeluh? Berpeluh weh! Sumpah. Hahaha. Peluh nervous satu, peluh bersenam satu. Campur adok semua. '

Ice skating checklist done! 
Aku tak power main ice skating ni lagi, jadi, kena banyak praktis lagi, sampai aku power boleh skate laju laju dalam tu. pergh. Mesti best kan?
Jadi, i am looking forward bila lagi boleh skate dekat sini

Lepastu lapar jadi we olls makan dekat Kenny. Time ni mmg lapar tak ingat donia. Time makanan depan mata, aku nampak makanan ja. Tak nampak kiri kanan langsung. 


 Kawan aku, Sakinah dan Faqimi kena balik before 3 sebab kalau lewat sikit nanti jalan depan IOI ni jem pasal orang baru lepas balik kerja. Diorang jugak kena kejar bas diorang pukul 8. Benda yg tak bestnya, aku rasa aku tak jadi tuan rumah yang awesome utk diorang ni ha. Dah ad datang jauh jauh, banyak lagi tmpt yang aku boleh bawak, tapi tak sempat . Aku sedih gila. Ingat tak Faqimi jadi tuan rumah yang super hebat time aku pergi Kelantan haritu? Time dia datang sini, aku yang tuan rumah yang jauh tak awesome dari dia.

Haih *sigh* harap korang datang lagi dan aku janji nak bawak korang ke tempat yg lebih lebih lebih best lagi . Terima kasih sbb datang sini kawan kawan :) Baru berapa hari korang dah balik sana and I already miss you.

Okay. Kalau tadi cerita pasal ice skating, sekarang ni aku nak cerita pasal District 21 pula. Aku ni dijadikan macam bidan terjun lah. Time tu ada promotion : Beli 3 tiket dapat free 1. Jadi, bila kawan kawan aku dari SMK Engku Husain ni tahu aku sedia ada dekat IOI, diorang terus tarik aku, ajak aku pergi masuk sekali ke District 21 ni.

Entry : RM 55 sekali glove dan stokin. Glove dan stokin diorang siap bergetah, ciri2 safety utk masuk dan main dalam extreme park ni.


First first time aku masuk, aku main maze. Maze ni kau kena masuk tempat kecik kecik cari jalan sampai korang boleh keluar dari maze tu. Tempat tu kecik, jadi, kau kena lentukkan badan kau, kecik kecikkan badan kau so that kau boleh lepas rintangan diorang tu. Benda ni sangat sesuai untuk korang yang nak overcome fear of height dan fear of tempat sempit. Maze ni diakhiri dengan masuk dalam gelongsor dan slide keluar. Best kan?

Ni lah maze tu. Kecik kecik je jalan dia. So korang kena pandai cari jalan macam mana nak lepaskan diri korang

Dan korang akhiri maze korang dengan gelongsor ni. Wee~
Second, korang ingat tak kalau dekat waterpark, korang ada main gelongsor gelongsor dengan pelampung tu? Ha.. Aku main benda tu pulak lepas tu, tapi beza dia tanpa air. Benda ni best gila weh! Laju gila turun bawah. Mmg best! Lepas main benda tu, aku nak main lagi sekali sebab best sangat, pastu abam crew kat situ suruh aku main benda ni terbalik pulak. Kalau tadi aku pandang gelongsor, kali ni aku pandang dia. Best gila jugak! Thrill sangat! Hahahaha.

Bukan selfie ni aku nak tunjuk tapi benda kelabu dekat belakang kitorang tu. Tu ah pelampung dia!
Third, aku main free fall. Free fall ni acah acah macam bungee jump tapi dia pendek je. Time kau dekat atas tu kau rasa okay je, Time kaki kau dah separuh daripada platform,baru jantung kau berdegup laju gila. Abam crew yg jaga dekat situ, menjalankan tugas yg baik sangat dengan borak2 dengan kau, so that kau tak gemuruh sangat. Jantung aku nak terkeluar jugak time lompat tu, tapi pastu takde pape ah. okay je. Hahaha

Forth, aku main acah acah basikal BMX. time mula mula nak main aku dah percaya aku boleh mengharungi rintangan dia yang bengkang-bengkok tu. Ale-ale aku dapat balance kan diri aku dan benda ni okay je kalau kau pandai balancekan diri kau dekat atas basikal. Pastu lagi thrill kalau dapat berbasikal sambil berdiri, sbb aku noob, aku duduk je. Hahahaha

Fifth, aku main basikal cam go kart. Benda ni sebenarnya macam mainan utk budak budak ja. Dia bagi masa 3 minit korang main je lah dalam tu. Untuk lebih best, dalam masa 3 minit tu, korang tengok ah berapa banyak lap korang boleh buat. Lawan dengan kawan2. Bawak ah laju laju.

Sixth, aku main wall climbing. Korang tahu kan, kalau bomba turun guna tiang tu? Ha.. korang akan turun guna tiang macam tu jugak. Pastu korang boleh pilih nak main climbing yang mana. Ada macam macam. First aku main, petak petak yang semakin lama semakin tinggi, tinggi dia macam bangunan satu tingkat. Tinggi gila kot. Habis benda tu, korang kena terjun, jatuhkan diri korang dari ketinggian tu. Abam abam crew ni dah bagi safety talk awal awal. Time terjun tak boleh pegang tali, nanti korang hayun hayun. macam macam lah. Jangan risau, safety ada.

Lepastu main wall climbing, aku punya upper body sumpah lemah gila. Aku dapat separuh ja. Pastu jatuh, tak larat. Demm. Haha. Sebab tak puas hati, aku main lagi, separuh jalan jugak. pastu aku cakap aku quit dekat brader crew tu.

Pastu main, panjat ladder yang macam ladder naik helikopter tu. Ladder tu hayun2, jadi, susah sikit. Habis ladder tu, kena jatuhkan diri korang jugak. Ada lagi, panjat tangga pastu time dekat atas, korang kena lompat dan peluk punchbag yang kat depan mata korang dan jatuh bersama sama dengan punch bag tu. Gayat gila yang ni. Paling thrill.

Last sekali kitorang main trampoline ! lompat lompat je. Lompat tinggi tinggi. Lompat macam macam gaya. Kitorang paling lama dekat sini lah. Hahahaha

Bila kamera hang takdak abiity nak tangkap gambar moving, gambar macam hantu ja dia mampu tangkap. 



District 21 ni korang boleh masuk dan keluar sesuka hati. Boleh keluar pi solat pastu masuk balik. Boleh keluar makan, pastu masuk balik. Very friendly kan? Sebelum apa apa aktiviti yang korang nak buat, diorang akan explain safety safety dia. Kalau korang tak faham, korang boleh tanya je crew dekat sana. Diorang ni pun ramah tamah belaka.

Disebabkan banyak sangat habiskan duit utk harini, makan burger kepci RM 4 je mampu.


Overall, aku rasa aku mmg takkan lupa hari ni sbb banyak benda first time yang aku buat dengan kawan kawan aku. Aku belajar ice skating, aku buat benda benda extreme. Kalau ada rezeki utk pergi lagi lain kali, Alhamdulillah~ Kalau takde, sekali je seumur hidup pun tak apalah. Terima kasih kawan kawan yang sudi luangkan masa dan memori dengan aku. Hari ini akan selamanya jadi memori :) *senyum lebar lebar*



Terima kasih sebab baca untuk kali ni.
Icescape dan District 21 ni sangat sangat recommended untuk korang yang  nak spend time dengan orang tersayang. Kawan ka, marka ka, family ka, semua okay!
So, datang ah! Aku serius serius serius recommend tempat ni. Kalau aku ada 100 ibu jari, aku naikkan 100 ibu jari dekat kau untuk bagitahu yang tempat ni mmg sangat sangat sangat sangat best.
Over tak hiperbola ni?

Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment