Assalamualaikum.
Jadi post aku hari ni is nak bercerita sikit pasal fisioterapi. Aku tengok doktor pun dah menulis sekarang. Selepas doktor start dalam dunia penulisan ni, orang lagi faham dengan tugas-tugas seorang doktor. Orang-orang bukan doktor juga boleh membayangkan betapa berat and susahnya tanggungjawab jadi seorang doktor yang setiap hari berdepan dengan nyawa orang.
So, aku pun nak jugak buat post pasal fisioterapi. Aku rasa tak ramai orang tahu pasal fisioterapi ni. Kebanyakan pakcik makcik mesti tahu, sbb time time umur macam tu mmg diorang selalunya direfer ke unit fisioterapi untuk rehabilitasi atau exercise. Tapi, untuk budak-budak sekolah menengah yang dah matang sikit, untuk pelajar lepasan sekolah, diornag ni semua tak tahu apa tu fisioterapi. Dan orang-orang selalu ada perception, fisioterapi ni buat urut-urut je. Haha. Ya, kami mengurut, kami juga buat banyak lagi benda lain selain tu.
Aku takdelah nak cerita tugas fisioterapi ni apa mcm skema-skema, nak persuade korang kenal fisioterapi. Taklah. Just nak kongsi pengalaman aku as student fisioterapi. Kadang kadang pengalaman yang aku dapat tu rasa berharga sangat sampai aku rasa aku kena cerita dekat orang. Dan aku rasa aku kena letakkan pengalaman aku tu dalam blog. So that, bila aku baca balik blog aku, dan time tu aku boleh teringat balik kenangan aku sepanjang berada dekat hospital tu. Memori aku dekat hospital tu, kenangan aku dengan pesakit, dengan staf, dengan kawan-kawan dan dengan fisio sendiri. Kenangan dan pengalaman ni mahal tau. Kena simpan elok-elok.
2 orang dekat siling
Jadi, hendak dimulakan cerita, aku ni jadi student praktikal dekat one of hospital kerajaan. Aku still budak noobers lagi. Baru first time pergi praktikal dekat hospital. Jadi satu hari tu aku ikut seorang fisioterapi ni round ward dia. Fisio yang aku ikut ni, bagi aku, dia tegas sikit orang dia, So, sebelum aku naik ward dengan dia, aku mmg kena pastikan aku selak-selak sikit notes aku sebab aku takut dia tanya dalam ward nanti. Cuak tau jadi student kena tanya depan pesakit ni.
Pn. A: Isney, apa maksud haemoptysis?
Isney : Batuk berdarah, puan.
Pn. A : Nasib baik tahu.
Tu contoh soalan yang dia tanya. and soalan atas ni mmg soalan kacang, soalan yang kau mmg patut boleh jawab. Kalau kau tak dapat jawab, haih... mmg kena maki/bebel je lah dari fisio.
Pn. A: Isney, awak nak ambil kes tak?
Isney : Boleh jugak, puan.
Pn. A : Okay, awak pergi dekat katil pakcik nombor &% ni. Check dulu keadaan dia (asessment). Jangan buat rawatan terus je.
Isney : Okay, puan.
Aku pun pergi dekat katil pakcik tu.
Isney : Assalamualaikum pakcik! Apa khabar harini? Saya, Isney, student fisioterapi, hari ni kita buat exercise sikit ya pakcik!
Pakcik : *tak jawab apa apa*
Time pakcik ni tak jawab apa-apa aku dah cuak dah sebenarnya sbb takut dapat pesakit yang tak mendengar kata dan tak bagi kerjasama. Time ni aku tak pandai nak handle pesakit mcm ni lagi.
Isney : Okay pakcik, saya minta izin untuk selak sikit baju pakcik ya, saya nak dengar paru-paru pakcik okay ke tak. *hulur stetoskop (alat untuk mendengar bunyi di dalam paru-paru dan bunyi degupan jantung*
Lepas tu,pakcik ni tiba tiba angkat jari telunjuk dia. bukan menunjuk dekat aku. Tapi tunjuk-tunjuk dekat siling tu. Time tu muka dia jadi pucat putih macam muka yang takutkan sesuatu. Lepas tengok muka dia berubah, muka aku pun berubah pucat gak. Aku dah fikir bukan-bukan dah apa benda yang pakcik ni nampak pulak kan? Tapi, aku gagahkan jugalah tanya dekat pakcik tu sebab aku risau;
Isney : Pakcik nak apa? Pakcik nak saya panggil makcik ke? ada apa-apa yang saya boleh tolong ke?
Pakcik : Tu...... Tu.......
Pakcik tu still tunjuk-tunjuk lagi dekat area siling tu. Air mata dia time ni dah jatuh. Aku dapat telan liur je sebab gugup, tak tahu nak buat apa. Kau nampak patient tgh nangis and kau pun noobers lagi dalam bidang fisioterapi, mmg guguplah kan?
Isney : Apa dia pakcik....
Pakcik : Tengok lah tuuu.........
Aku tengok dekat arah yang dia tunjuk tu. Serious tak ada apa apa je weh. Siling kosong je dengan langsir pesakit. Lepas tu, nada pakcik tu macam nada orang yang sedih ya amat. Nada orang yang merayu supaya kau ikut cakap dia.
Pakcik : Tengoklah tu.... ada dua orang datang dekat sini.
Janganlah datang sini.
Pergi! Pergi!
Tak payah datang sini.....
Tak payah datang sini.
Aku cakap tak payah datang sini......
Pergi tempat lain......
Pakcik tu mcm meraung dalam kesedihan sikit. Tapi, dia takdelah meraung bising satu ward. Hanya aku, isteri dia dan beberapa orang je kot yang boleh dengar. Pakcik tu menangis jugak time ni.Aku nak korang bayangkan So, aku tak tahu nak buat apa lagi. Aku tak sempat pun nak habiskan assessment aku. Treatment pun tak buat satu apa lagi.
Lepastu fisio aku datang dekat aku lepas dia macam faham tengok apa yang terjadi. Bila dia nampak aku tak boleh nak control keadaan pakcik tu. Fisio aku datang jadi hero aku time tu. Terima kasih puan.
Pn. A; Tak apalah. Kita bagi pakcik tu rehat je dulu. Kita buat apa pun, dia tak dapat dengar, Dia jadi macam tu maybe sebab dia melalui hari-hari terakhir dia. Kita tak tahu. Mungkin dia nampak malaikat. Mungkin dia nampak benda halus lain jugak. Kita tak boleh agak. Tapi, mungkin jugak effect ubat. So, dia jadi halusinasi.
Saya dah cakap dengan isteri dia tadi. Pakcik tu mmg selalu cakap benda-benda pelik macam tu. Bukan pertama kali pakcik tu macam tu. Takpe, esok kita tengok dia lagi. Petang ni kalau saya free, saya tengok dia sendiri.
So, aku kaku sebenarnya. Haha! Dalam otak aku dah terbayang benda lain dah. Lagi kaku bila pakcik tu start menangis-nangis begging 2 makhluk yang dia jumpa tu pergi dari situ. So, tulah first time aku dapat melalui adegan adegan seram sepanjang aku praktikal. And salah satunya cerita seram plus pilu sikit yang pernah aku lalui. Lepas ni, aku berharap dekat diri aku sendiri untuk lebih profesional lah dalam menghadapi kes-kes macam tu. Aku harap aku dapat berfikir dengan tenang dan tak kaku mcm patung sebab nervous sangat.
Apa jadi dengan pakcik tu lepas tu?
Esoknya aku dah tak naik ward, aku jaga tempat lain pulak. So, aku pun tak tahu apa berlaku dekat pakcik tu. Tak tanya pulak dekat physio aku tu. Takpe, kita doakan yang baik baik sahaja untuk pakcik tu. :) Okay?
Aku harap pakcik tu tengah solat teraweh sekarang ni. *tgh bulan puasa ni* Dia baru je makan makanan favourite dia berbuka tadi, tapi dia jaga diet jugak sebab dia cakap dia taknak masuk hospital lagi. <------ imagination Isney
Allright! Mcm mana dengan cerita ini? Ada seram tak? Harap korang dapat menghayati cerita aku ni sebaik-baiknya. Harap juga korang dapat sedikit ilmu dari cerita ni. Dan diharapkan juga korang terhibur. Lain kali aku cerita lagi. Bye korang. Doakan kejayaan aku untuk sem ni . *tengah final exam*
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment