Saturday, 27 June 2015

Sem 4 Sem Tanned-kan Muka

Assalamualaikum.

Sem 4 ni sebenarnya awal-awalnya aku nak fokuskan segala fokus serta kudrat aku dekat pelajaran. Tapi, tiba tiba ada FEMOS (sukan antara program dekat puncak alam). Eh, eh! macam best plak kalau masuk FEMOS ni. Dapat sijil nanti. So, mula mula aku nak masuk bola tampar je. Then tiba tiba aku dapat kertas 'siapa nak masuk rounders' Aku tertarik, aku masuk rounders jugak. Then tiba tiba aku tengok kawan kawan aku macam best je masuk bola jaring. Aku tertarik lagi. Jadi, aku masuk bola jaring jugak. Hahahaha. So, dah 3 sukan aku main. Dan ditambahkan lagi aku masuk flashmob untuk kempen tarikan FEMOS tu. Add on, aku dah ada 4 jenis sukan dalam tangan aku.

Bola Oren tu bola jaring. Bola biru kuning tu bola tampar. Bola putih tu bola softball, aku guna bola tu sebab aku takde bola rounders. Topeng tu pulak untuk flashmob. Tertarik tak tengok topeng tu? tertarik tak? Tertarik kan? Kan? Kan?
So, match pertama aku is bola tampar. Aku takde lah terer sangat main volleyball ni. Main suka-suka jelah. Aku rasa aku ada hate-love relationship dengan volleyball ni. Kenkadang aku rasa malas sangat nak turun time latihan. Rasa macam nak drop dari kumpulan je. Dah lah tak pandai main, sibuk nak main pulak tu kan? Tapi, last-last perasaan love tu lagi bercambah banyak kot dari perasaan hate. Aku dah jadi suka dengan volleyball. Aku lagi suka volleyball dari netball. Sorry Netball, lain kali ite sayang dekat awak pulak. Sekarang ni volleyball di hati ite.

Disebabkan team aku yang hebat hebat belaka. Aku have fun time jadi player. Thanks team :) Lelaki pegang bola tu coach kitorang.

Lepas kalah volleyball, kitorang ada match netball! Match netball ni sengit gila tahu tak? PHYTAS *group aku* boleh menang sebenarnya. Tak ada masalah tapi tak ada rezeki kot. Takpe! Aku still bangga kitorang main dengan sangat hebat dan cantik! Walaupun last last tu kita dah tak bersemangat tapi takpe! Tahun depan kita berusaha lagi ! Aku tahu kita boleh dapat nombor 1 sebenarnya.


Team netball. :) I love this team. Jom main lagi tahun depan.

Untuk Flasmob tu, aku tak dapat nak tunjuk keganasan aku dance lagu tu sebab aku malas nak masukkan video tu dalam ni. Lain kali bila aku rajin, aku masukkan okay? Nak tengok jugak ke? Ala... tak payahlah tengok. Aku salah step time tu. Buat malu je. dah ah aku centre! Tapi, tak nampak sangat kot. Kihkih......

Selepas habis FEMOS! Kerja Aerobik pula bermula! First, kami dapat buat business dengan pelajar farmasi. Aku dan kawan aku, Laila jadi instruktor aerobik dekat Sekolah Rendah Bukit Cerakah. 
Aku mmg dari dulu lagi suka buat aerobik dekat luar. Bukan sebab dapat gaji ke apa.. sebab crowds dia lain macam sikit. Crowds dia lebih menyeronokkan maybe, lebih fresh! Terima Kasih pelajar from fakulti farmasi sebab menjemput kami. Kami tak mengharapkan layanan VIP pun. Kami pun student je mcm awak semua. Lain kali mohon jemput kami lagi untuk program awak. :)

Ubat = Farmasi . Klise sangat tau maskod dia. Haha
Lepas tu Aerobik Yok Start! Kitorang group first yang conduct aerobik yok ni! Yeah! Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar. Cuma, aku sedikit tak puas hati sebab peluh tak banyak keluar. Aku baru je nak buat aerobik yang penat like gila gila penat. Yang mmg puas dapat workout, tapi sebab semua orang busy dan semua orang dah ada steps masing2 so, tak dapat nak teruskan dengan hasrat aku tu. Walabagaimanapun, aku bangga dengan team aku sebab kita dah menjayakan first aerobik session dengan mantap sekali.

Gadis Pink
Selepas tu, Perasmian Aerobik pulak! Kalau sem lepas kita jadi Lautan Merah. Kali ni kita jadi lautan biru. Semua orang pakai tudung biru. Nice ah. Cuma, gambar semua orang tu aku takde, aku tak simpan, Aku simpan gambar orang orang paling aku sayang je. Haha. Sorry kawan kawan yang lain. Walaupun program ni tak lancar sangat mcm air, tapi kita still kena belajar dari apa jua kesalahan kan? Take that and improve it for our future!

bersama instruktor jemputan : Encik Muhammad.
Kemudian, kitorang diberi rezeki dan juga kesempatan lagi untuk buat aerobik dekat luar. Kali ni kami buat dekat Gold Coast Resort, Morib! Best kan? best kan? One of the highlight of this sem lah. Walaupun awal-awal tu ada masalah teknikal sikit dekat mikrofon dan lagu, tapi selepas tu semuanya berjalan dengan lancar. :) and, aku rasa aku ada talent untuk lure fokus orang dekat aku. Haha. *Isney is bragging so much. She looks like an idiot when she's bragging so much, kan?*


The highlight of my 4th sem. 

And last sekali, kita tutup penglibatan sports kita pada sem ini dengan Volleyball Sport Challenger. Alhamdulillah, selepas semua penat lelah , kami berjaya merangkul tempat ketiga :) Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...


Oh ya! Aku ada cakap aku masuk rounders kan? Tapi aku drop out dari team sebab waktu aku main netball clash dengan waktu rounders time tu. So, tak dapatlah aku nak main rounders. Lain kali je lah. So, kini tamatlah sudah kebusy-an Isney dengan sukan sukan beliau. Kini, Isney sedang fokus untuk berperang dengan kertas final exam. Mungkin tak fokus sangatlah kot. Sebab kalau dia fokus, mesti tak ada blog ni. So, aku memohon doa dari kalian kalian untuk kejayaan aku sem ni. Doakan kejayaan kawan-kawan aku juga. Doakan kejayaan masa depan kami juga. Aku juga mendoakan kalian. 

Assalamualaikum. 
P/s: Function utama post kali ini adalah untuk brag betapa busy-nya aku sem 4 ni dengan sukan2. Hahahahahahahahahahahahaha. Kbye. Assalamualaikum.


Aerobic Inquiry , please WA at 013-2815670 (work only)

No comments:

Post a Comment