Jadi, untuk pengetahuan korang skrg ni aku dah sem 6, Degree in Physiotherapy dekat UiTM Puncak Alam. Jadi, time dah masuk sem 6 ni kitorang akan diletakkan di hsopital2 terpilih untuk sesi praktikal. Masa listname first sekali keluar haritu, aku dapat Hospital Seberang Jaya, Penang. Aku dah rasa syok syok dah dapat Seberang Jaya time tu. Dah berangan dah nak jenjalan dekat Penang. But then, tiba tiba tempat kitorang bertukar. So, aku dapatlah Hosp. Alor Setar, Kedah. Tak tahu lah time tu rasa gembira ke rasa sedih ke rasa kelakar ke tp yang pasti rasa cuak mmg ada.
Kalau UiTM ni, pihak atasan yang bagi hospital. Students tak boleh pilih nak hospital mana. Mmg ikut luck je lah. Geng geng praktikal pun tak boleh nak pilih. Semua atas dasar tuah dan jodoh semata. Lepastu, elaun pun takde. So, students kena pandai sep duit lah untuk fikir duit sewa rumah, duit transportation, duit makan, duit nak buat jamuan perpisahan dan macam macam lagi. Nasib baik jugaklah aku dapat JPA, so, mula2 tu ada jugak lah sep sep duit sikit untuk praktikal ni. Tapi semput jugaklah duit time praktikal. Aku asyik nak keluaq berjalan je. Mana tak habis duit. Haha.
So, if korang dapat praktikal dekat sini, or korang tetiba kena stay dekat sini and tak tahu mana nak jenjalan and tak tahu mana nak makan, this is an entry for you! Aku akan ceritakan lah serba sedikit pasal makanan apa yang femes, yang orang selalu dok cerita dekat aku. Tempat apa yang femes dan wajib pergi time datang loqstaq ni dan sebagainya. Ni kira macam entry travelguide dekat Alor Setar lah. Okay? Boleh?
Tempat menarik untuk dikunjungi di Alor Setar Kedah.
1. Dataran Alor Setar
Kalau datang sini, duit pun tak pakai sangat sbb dia takde fees masuk. So, korang boleh datang and terus amik gambar je. Dekat area sini banyaklah tempat2 bersejarah dan tak cukup bersejarah yang korang boleh lawat/tengok. Tapi bagi aku, yang paling menarik dekat sini, ofcourse lah tulisan ALOR SETAR terpampang besaq ni.
Boleh lah korang lompat lompat dekat sini. Selalunya dekat sini jadi tarikan photoshoot org kawen jugak. Time ni, ada 2 pengantin beratuq nak amik gmbq kat sini |
2. Menara Alor Setar
Kalau korang datang sini, wajiblah datang tempat tempat gini. Bukan selalu pun ada chance nak naik menara Alor Setar ni. Yuran masuk for dewasa is RM9. Kau student ke bukan student ke, RM9 gak. Haha. Dekat atas menara ni korang bolehlah makan angin fresh sikit. Sepoi sepoi je angin dia. Dingin ke tak dingin ke tu bergantung bila time korang naik menara ni. Bila dah naik menara ni jugak, korang tawaflah sampai cukup RM9 korang tu. Duduk lama sikit dekat atas. Bincang pasal negara, bincang pasal keindahan alam, bincang pasal mana satu Langkawi. Banyak topik lain lagi boleh bincang. So, bincanglah sampai cukup korang rasa RM9 tu okay?
Pemandangan Menara Alor Setar daripada kaki Menara Alor Setar. Cantik doh aku tgkp gmbr ni. |
3. Rumah Kelahiran Tun. Dr. Mahathir
Rumah kelahiran Tun Mahathir ni penuh bersejarah. Korang boleh tengok pelbagai seni reka zaman atuk nenek kita dolu dolu, time lampu mentol lagi. Time masuk rumah kena basuh kaki dekat tempayan dulu. Time iron pakai seterika arang berat katang. Time masak pakai kayu api lagi. So, mcm mcm lah sejarah pasal Tun yang korang boleh baca. Korang boleh tengok gak Tun ni dr kecik mmg handsome ke, dah middle age baru handsome ke atau time tua baru muncul handsome dia. Haha.
Best kot sini. Korang dapat belajar sikit apa yang Tun suka, macam mana perjalanan perjuangan dia. Semua tu lah. |
4. Pekan Rabu
Pekan Rabu ni tmpt shopping shopping. Selalunya kaum ibu ibu yang suka mai sini. Rambang mata woi time aku nak pilih barang apa nak beli. Mak aku ada suruh beli kuih bangkit, baulu, kuih karas. Makcik aku pulak ada suruh beli rempeyek, kuih baulu dengan apetah weh tak ingat dah. Aku beli banyak gila kot. Aku pulak yg jadi excited time pi sana. Habis dalam lebih kurang RM150 jugak lah weh aku beli mcm mcm. Haha. Murah2 jugak weh dekat sini. Tak rugi pun. Boleh bg org tersayang as souvenirs sikit.
Hasil tangkapan ikan dekat Pekan Rabu. |
Tempat melahap best dekat Alor Setar, Kedah
Actually, tmpt makan ni aku tak berapa nak tahu sangat. Tapi kawan2 aku yang ddk Alor Setar ni mengesyorkan semua tempat makan ni untuk dirasai sebelum masing2 pulang ke halaman rumah masing2.
1. Tat Nasi Ayam
Nasi Ayam dia terbaik. Aku tak tahu pulak harga satu Nasi Ayam berapa. Tapi sekali dengan air, aku bayar RM6 lah lebih kurang giteww harga dia. So, harga standard ja gais. Meh makan sini.
Uish! Satay Setia ni sedap siot weh. Ada mcm2 jenis satay pelik2 pulak tu. Aku rasa mcm nak je tray satay arnab ke, rusa ke. Tapi, yg tu mahal sikit. Time ni duit pun takde. So, makan satay ayam je. Mana satay daging? Oh. satay daging dah habis weh. Time ni org baru dapat gaji. Semua pakat makan satay dekat sini agaknya. Memang sedap. Kedai ni tak jual air, tp depa amik je order air, diorang akan buat air dekat kedai sebelah, Kedai Nasi Ayam Tat. Berjiran la depa dua ni.
3. Nasi Kandar Yasmeen
Ni lah feveret aku setakat aku duduk dekat Alor Setar ni. Kemain sedap lagi rasa dia. Nasi Kandar !! Yeay!! Aku makan simple je weh. Ayam goreng satu dengan sayur lepastu kuah campur. SEDAP GILA BABENG. Apesal benda simple boleh jadi sedap sangat weh? Haha. Korang kena try lah Nasi Kandar Yasmeen ni. Mmg terbaik. Aku bayar ni mcm RM8 je dengan air.
4. Iman Kueyteow Kerang
Bagi aku lah, personally Kueyteow Kerang Iman ni sedap mmg sedap tapi takde lah sedap sangat weh gais. Sedap takat gitu gitu je. Haha. Tapi, dekat sini mmg ramai org. So, tunggu lama. Tempat duduk pun entah dapat entah tak. Tapi selalunya dapat je tmpt duduk tu. Agas pun banyak. Bingung aku nak makan cemana. Haha.
Tapi actually, aku ada makanan feveret lain selain Nasi Kandar Yasmeen tu weh. Aku suka gila dekat mee goreng mamak utara style doh. Bapak sedap nak mampuih. Setiap kedai kedai tepi jalan tu, aku selalu order mee goreng mamak je. Lepastu aku compare rasa diorang. Kedai mana sedap, kedai mana kurang sedap, kedai mana repeat order, kedai mana takyah datang dah. So, bagi aku, mee goreng mamak yg aku berkesempatan nak cuba and sedap is dekat Roadside, Langgar (area jalan depan rumah aku je ni weh) dengan Kedai Mawar (kedai ni pulak seberang jalan rumah aku). Kedai mamak pun tak sesedap 2 kedai ni weh. Korang patut try jugak lah. Ataupun buat macam aku, compare rasa makanan feveret korang dr satu kedai ke kedai yang lain. Okay? Lepastu, buat review cenggini. Haha.
Okay, last but not least, meh akak pisio ni payung sikit gmbr praktikal. Haha
akak pisio kesayangan semua. Haha. Kbai. |
Untuk sesiapa junior nak tips dr akak pisio ni, boleh roger2 jugak. Okay?
Lagi sekali, Kbai.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment