Assalamualaikum
Jika kau tanya aku 'Apakah Pengalaman Yang Aku Takkan Lupa Selama Aku Praktikal?', cerita ini adalah jawapan yang paling tepat buat aku!
Pada hari tersebut aku sebenarnya ditugaskan untuk naik ke wad. Macam biasa, aku naik, kerahkan tenaga dengan memberi rawatan sepatutnya kepada pesakit aku (dengan bantuan fisio, of course) dan aku turun. Sebelum aku masuk ke bilik seminar, fisio aku kata:
Fisio : Isney, nanti pukul 2 ada satu patient turun. Buat exercise utk dia ya? Patient obese.
Isney : Okay encik. Pukul 2 kan? Treat mcm biasa?
Fisio : Haah pukul 2. Buat macam biasa je. Kalau dia tak datang, bagitahu saya.
Isney : Okay encik.
Jadi, pukul 2 tu patient aku datang. Tubuh comel comel, kanak kanak perempuan, umur 10/11 tahun mcm tu, senyum je dia.
Isney : Nama siapa?
Patient : Ali *nama bukan nama sebenar**budak ni perempuan tp aku bagi nama lelaki, ya gais*
Isney : Oh... kenapa masuk hospital?
Ali : Sebab nanti nak kena surgery, sebelum surgery doktor suruh exercise, kuruskan badan dulu.
Isney : Oh.. yeke.. Okay, jom kita pergi dekat sana, timbang berat badan dengan amik tinggi. Jom! *sambil menghala dekat satu alat penimbang ni*
Isney : Okay.. berat ** kg, tinggi ** kg. Lepas ni, bila datang lagi, kita akan kira balik berat dengan tinggi utk tengok ada kemajuan ke tak. Okay? Sebab tu makan dah kena jaga, exercise pun dah kena buat. Boleh?
Ali : Hehe. Boleh *sambil sengih sengih nampak gigi comel dia*
Jadi aku pun mulakan preskripsi exercise untuk Ali dengan berjalan sekitar koridor selama 20 minit. Dalam pada dia berjalan tu, kitorang ada jugak berbual macam macam lagi. It is important utk tackle emosi kanak kanak so that diorang comfortable dan suka nak exercise dengan kita.
Belum lagi exercise berjalan ni habis, muncul lagi satu budak perempuan yang obese jugak turut serta berjalan bersama sama dengan Ali. Budak ni tak senyum dekat aku macam Ali. Dia tak jawab soalan aku mcm Ali. So, aku agak budak ni susah sikit nak tackle dia berbanding kanak kanak biasa. Aku pun biarkan aje.
Tapi, apa yang aku notice time ni is, walaupun budak ni tak menjawab soalan soalan yang aku lontarkan dekat dia, tapi fokus dia mcm jatuh ke benda lain. Dia tanya ' Kolam dekat belakang tu kolam apa' 'Sekarang pukul berapa' 'Kenapa kolam tu berbunyi' 'Kolam tu utk patient apa' dan banyak soalan lagi. Tapi, yang aku tak berapa nak puas hati ialah, time budak ni bertanya tanya, tanya itu, tanya ini, tapi dia tak berjalan pun. Dia berdiri je. Berjalan pun tiga round sahaja. Dalam 20 minit tu, TIGA round sahaja dia jalan! Lepas dah 20 min, dia keluar dari koridor dan terus masuk gym.
Time ni, aku dah 'Eh? Dah kenapa dia ni?'
Jadi, seterusnya aku bagi preskrepsi yang sama kepada Ali dan juga Abu. Yes. Aku censoredkan jugak nama dia. Nama budak tu Abu. Selepas berjalan, kita berbasikal. Yesza!
Aku bagi lah Ali dan Abu ni berbasikal sama sama, sebelah menyebelah selama 15 minit. Boleh ada geng lah konon. Dalam pada itu, aku pergi tengok pesakit pesakit lain yang ada dalam gym tu juga. Ramai pesakit lain ya hari itu. Ramai. Dan, tiba tiba...
Ali : Akak, saya tak nak exercise dengan dia... *adumak dah kenapa...*
Ali terus meluru dekat aku sambil mengadu merayu rayu dekat aku yang dia tak mahu exercise dengan Abu.
Isney : Lahh.. Dah kenapa?
Ali : Dia cubit cubit saya, akak.
Alamak. Main cubit cubit pulak. Tapi time ni aku mcm buat bodoh je acah tak acah nak amik serious aduan Ali. Aku pun pujuk dia utk teruskan berbasikal sbb ada baki lagi 3 minit je lagi. Ali pun makan dengan pujukan aku dan terus pergi basikal. Tapi, sampai je dekat basikal. Diorang gaduh lagi. Dan, kali ini, depan mata aku sendiri Abu cubit cubit dia. *sigh*
Isney : Kenapa awak cubit dia? *aku tanyakan dekat Abu*
Abu : ..... *masih lagi bergaduh dengan Ali
Isney : Dah! Dah! Dah! Jangan cubit cubit. Jangan gaduh gaduh. Nak rebut stopwatch sangat, nah amik. *Time ni aku bagi sorang satu stopwatch sebab aku perasan Abu curi stopwatch yang ada dekat Ali. Patutnya kongsi jelah stopwatch yang ada sebab diorang pun start berbasikal pada waktu yang sama. Tak ada MASALAH LANGSUNG UNTUK BERKONGSI YA ANAK ANAK.
Tapi, tiba tiba Abu...
Abu : KAU NAK MENUNJUK NUNJUK AH DEKAT AKAK NI KAU BUAT EXERCISE? KAU NAK TUNJUK KAU PANDAI AH KAN? *Abu mula maki maki Ali*
Aku mengeluh.
Drama nak mula.
Nak amik popcorn tak boleh.
Diorang ni tanggungjawab aku.
Isney mengeluh.
Abu : HA! KAU SAJA JE KAN NAK MENUNJUK DEKAT AKAK NI KAN? *tangan Abu mula nak cubit Ali lagi*
Time ni aku dah tarik Ali ketepi dan aku dah decide untuk bagi diorang exercise asing asing. Exercise together is a bad idea. Kang tiba tiba ada adegan menangis pulak dalam gym ni. Takpun tumbuk metumbuk. Drama sangat. Adeh.
Jadi, Abu terus berbasikal, manakala Ali pula buat naik turun tangga. Selepas Abu habis berbasikal, Abu datang ke tangga untuk buat naik turun tangga jugak.
Ali : Akak, taknak buat exercise dengan dia ni, akak..... *bisik merayu rayu dekat aku*
Abu : AHHH. KAU TAK PAYAH NAK TUNJUK PANDAI DEKAT AKAK NI LAAAHHH!
Adeh.
Diorang nak gaduh lagi.
Adeh.
Adeh.
Adeh.
What should I do?
Jadi, aku jarakkan sikit diorang berdua ni jauh jauh! Sorang buat dekat nun hujung sana. Sorang lagi buat dekat nun hujung sini! Time dah jauhkan diorang tu, aku mulakan soal siasat aku kenapa kenapa kenapa kenapaaaa diorang ni bergaduh. Ali cakap Abu mmg macam tu. Sebelum ni pun, dia selalu bergaduh dengan Abu kalau datang fisio. Sebelum ni, ada satu akak fisio pernah terkena kasut dekat kepala dia sebab Abu ni baling kasut dia directly nak kena fisio tu.
Damn! *tiba tiba aku teringat cerita satu kawan aku - cerita benar. Time ni semua puzzle mcm berkait, menjadi betul*
Aku pun pergi dekat Abu pulak. Abu tak buat exercise. Dia tengok orang. Tengok jam. Time aku datang dekat dengan dia, dia mula borak panjang dengan aku tapi tak sambung buat exercise pun.
'Sekarang pukul berapa kak?'
'Kenapa pesakit tu pakai benda tu kak?'
'Kenapa pesakit tu buat mcm tu kak?'
Aku jawab je semua soalan yang dia bagi. Jawab je. Layan je. Tapi, the clock is ticking, but you are not doing your exercise.
Why?
Isney : Abu, lagi 8 minit lagi ni, sambung naik turun tangga ya.
Abu macam tak keluarkan usaha pun nak naik turun tangga yang satu anak tangga tu aje! Satu anak tangga ya tuan tuan dan puan puan.
Aku rilek lagi time ni.
Isney : Okay Abu, lagi 5 minit ni. Sambung jom!
Sekali...
*face palm*
Abu : AKAK TAK PAYAH NAK MENGAJAR SAYA OKEH! AKAK TAK PAYAH NAK TUNJUK PANDAI *Abu dah mula maki aku dan masa ni, satu gym tu pandang kitorang. YES. SATU GYM ya tuan tuan dan puan puan*
Time ni aku mula rasa yang aku boleh control dia lagi. Tak ada masalah. I can do it.
Isney : Akak bukan apa, lagi 5 minit je lagi ni. Tapi Abu tak buat exercise pun.
Abu : KAUTAK PAYAH NAK MENGAJAR AKU. AKU TAHU LAH NAK BUAT APA. KAU TAK PAYAH NAK TUNJUK PANDAI DEKAT SINI. *yes. maki lagi. *
Kalau seorang jadi api. Tak guna jadi api jugak. Baik kau jadi air.
Isney : Okay. Bawak bersabar. Sabar banyak banyak. Teruskan je. Lagi 4 minit je lagi.
Abu : SABAR! SABAR! APA SABAR SABAR?! KAU TAK PAYAH NAK AJAR AKU LAH! * lempar botol air dia dekat aku *
DIA LEMPAR BOTOL AIR DIA YANG BERAT DENGAN AIR TU DEKAT AKU WEI.
Aku elak.
Nasib baik aku elak gais.
Nasib baik.
Kalau kena badan aku tadi, aku dah meletup dah dekat situ.
Botol tu kena dinding dan botol tu pecah. Air dia bersepah dalam gym.
Boleh bayangkan tak kuat ke tak dia baling botol tu?
Muka aku dah merah tahan marah.
Pesakit lain semua terkejut tengok tindakan dia.
Semua orang mcm ' Dah kenapa dengan budak ni? Apa masalah dia?'
Dan.. tiba tiba mak dia datang menyelamatkan keadaan.
Mak : Abu kenapa... terkejut mak dengar jerit jerit dari luar. Abu Kenapa.. Akak ni nak ajar Abu buat exercise je. Buat ya nak... Ha. Naik tangga tu... Naik jom.. Mak nak tengok Abu buat...
Abu pun naik tangga satu satu. Slow slow dengan pujuk rayu mak dia.
Mak : Alah comelnya Abu buat exercise......... Nak mcm ni lah.... Okay cuba buat lagi.....
*sigh*
Nasib baik mak Abu datang dan menyelamatkan keadaan dari jadi lebih agresif. Kalau agresif mulut je aku tak kisah. Bila dia dah cuba baling membaling dan mungkin akan mencederakan orang. Aku risau. Abu mula buat exercise tapi perlahan sangat dengan muka tak puas hati dia tu. Aku cuba jadi penguat semangat dia dekat tepi pun tak jalan. Dia tarik muka habis dekat aku. Tak nak kawan aku langsung. Ceh!
Tapi, Alhamdulilllah.. Lepas aku pujuk pujuk dia buat exercise jugak. Mak dia pun pujuk pujuk sangat. Lepas tu aku tarik minat dia dengan bercakap pasal kucing aku. Siap tunjuk gambar semua, Rupanaya Abu ada kucing yang sejibik macam aku. Minat dia is kucing. So, aku cerita pasal kucing aku. Dia tunjuk gmbr kucing dia. Aku puji melangit kucing dia comel gila nak mati. Then, lama kelamaan, Abu mula minat dengan aku. Lama gila aku cuba nak tackle minat dia. Lama gila gais. Sumpah lama. Bermacam nada lembut merayu dah keluarkan. Semua sifat keibuan aku, aku lontarkan dekat Abu. Semata untuk awak ya Abu. Muah.
And, Yes. Lepastu dia okay dengan aku. Dia mula berborak dengan aku. Gelak dengan semua jokes aku bagitahu dia. Siap salam cium pipi dan excited nak jumpa aku minggu depan pula.
Sorry dik, minggu ni akak last practical. YES! *joget joget*
Yang kelakarnya, kawan aku which were August dan Brendan, said this to me,
August : Isney, nasib baik you yang treat budak tu. Kalau saya, boleh jadi perang dunia ketiga tau!
Brendan : Isney, I was impressed lah by how you handle that kid. Kalau saya, mesti saya dah marah dia balik punya.
Aren't they sweetest?
Tapi, yes. Aku banyak belajar dengan situasi ni. Aku belajar yang kanak kanak mcm ni, istimewa sikit. *Abu is autistik* Aku tak boleh nak go hard happy and high dengan children yang mcm ni. Aku kena cool dan penuh kelembutan dan keibuan sepatutnya. Because, this type of kid, need more attention. They want that 100% of attention is to them tanpa sharing dengan orang lain. If you treat me, you have to treat me only. So, that's how I learn. I learn that in the bad way. But, I am very proud of myself sebab dapat overcome kes ini dengan penuh positiviti. Yes.
You taught me how to handle special kid like you.
You gave me new, expensive experience that I will never forget.
You turned my day from the most horrible to the most interesting day I have ever been.
So. Yeah.
Thanks, Abu bukan nama sebenar. For sure I'll remember you real name after this.
Kes tutup dengan baik. Tak ada orang cedera parah. Tak ada orang patah hati. Tak ada orang rasa malu. Tak ada orang rasa marah.
Yeah. That's my experience. How about yours? I hope you learn from mine. :)
Assalamualaikum.
Assalamualaikum kak isney. Saya ada baca satu confession ni katanya student physio susah betul nak dpt kerja. Betul ke? Ataupun tengok individu tu sendiri pandai cari kerja ke tak? Btw saya memang aim nak ambil degree physio (sekarang baru habis foundation). And saya ni jenis orang yang biasa2 je, takde lah hebat mcm kak isney. Minta pendapat akak tq :)
ReplyDeleteHello Khadijah, sorry Kak Isney dah lama tak aktif on this blog. Just recently noticed your comment here. Sebenarnya physio ni dah berkembang dari dulu. Skrg ni kak Isney boleh cakap, mesti ada je tempat nak guna physio ni :) And kita bila graduated, bukan kerja hospital je. Kita kerja dekat centre, jadi sport physio, jadi lecturer, jadi pilates instructor, fitness instructor, bukak bisnes sendiri, jadi case manager (like me sekarang!) So, cabang dia banyak. No worries. You'll be fine. Hope not too late respond to your comment! Hehe!
Delete