Harini aku nak bagi honest review untuk beberapa tempat menarik yang sempat aku pergi semasa aku dekat Penang. Aku bukan orang Penang, aku just banyak kali pergi Penang sebab aku pernah praktikal dekat sana and bila aku praktikal dekat Kedah pun aku banyak kali pi sana. So, straight to the point. Jom, check it out!
1. Roti Canai Transfer
Korang patut cuba breakfast dekat sini.
Dia bagi ayam sampai 1/4 weh!
Lepastu kuah dia mmg sedap gila. Dah ah aku mmg suka kuah banjir cenggini.
**** bintang
2. 3D Dark Mansion
Entry price : RM19.10 - student card. RM20 - adult. Ground floor dark mansion ni biasa biasa aje. Aku rasa bosan sikit sebab dia macam 3D mural yang kau boleh posing posing tgkp gmbr tu. Aku dah selalu sgt posing dekat mural 3D ni, so benda ni langsung tak excitedkan aku.
Tapi.. Tapi..
Tingkat atas dia is a whole new world.
Mural dia semua glow in the dark!
Best best.
Tapi, aku lagi berharap dia penuhkan tmpt tu dengan semua benda glow in the dark instead of 3D mural yang mmg dah bersepah boleh nampak dekat mana mana tu, sbb itu specialty diorang.
Mural glow diorang cantik sgt and everything is so colorful. Staf dia pun very friendly nak tolong amikkan gmbr cemana.
*** bintang
3. Street Art Penang
Arts dekat Penang ni mmg banyak. Kau kena pandai and rajin cari je.
Untuk menjadi tarikan tourists, aku rasa mmg menjadi ah. Sbb benda ni free je.
Time aku dtg tu, mmg ada banyak bas jugak ah yang bawak tourist dekat sini. Nak amik gambar dekat setiap arts tu pun kena beratur. Posing pun kena buat buat berani tak malu malu sebab time kau posing tu, banyak mata mata tgok kau tengah tunggu giliran diorang pulak. Haha
** bintang
4. Wonderfood Museum Penang
Bagi aku museum ni mmg best gak.
Gempak doh semua makanan diorang. Mcm real gila. Kau mmg akan lagi lapar ah bila masuk muzium ni. Ada banyak sgt tempat yang korang boleh amik gmbr and semua staf dia pun mmg friendly and volunteer utk amikkan gmbr utk korang.
***bintang
5. Bukit Bendera Penang Hill
Penang Hill ni aku pergi dah nak dekat 5 kali. Sebab harga utk student murah je. RM5.
Siang aku dah pergi, malam pun aku dah pergi. Dua dua ada pros and cons dia.
Bila kau pergi waktu siang, kau boleh tgok pemandangan cantik yang membezakan bangunan bangunan and laut. Gambar pun akan nampak keriangan muka korang nanti. Boleh bergambar dengan ular/ burung time korang sampai dekat atas sana nanti.
Bila kau pergi waktu malam pulak, ular dengan burung tu dah takde. Diorang sampai pukul 6 je. Pemandangan still lawo. Tapi, laut dengan bangunan tu tak nampak dah. Yang nampak is lampu lampu yang banyak gila and mmg lawo ah.
Lepastu aku masuk muzium bee/lebah. Nego punya nego, aku dapat masuk dengan harga RM5 je /kepala. Lepastu tgkp gmbr dekat aisle yang ada bentuk love love tu. Mmg cantik gila ah benda ni time waktu malam. Nanti gmbr souvenir tu kau boleh beli dengan diorang. Nak beli madu lebah dia pun boleh.
Siang pun ada benda ni. Cuma, lampu lampu dia tu dia tak pasang ah. Gila apa nak membazir pasang lampu warna warni time siang siang?
*** bintang
Tapi, korang kena prepare mental dan fizikal ah bila pergi weekend. RAMAI GILA
SUMPAH RAMAI GILA NAK MAMPUS
Aku beratur nak dekat 2 jam dekat luar tu. Tak masuk train lagi.
GILA LAMA.
6. Restoran Terapung Pulau Aman
OMG. Kalau datang Penang, korang kena mai sini makan mee ketam/udang dia. Sangat fresh gila nak mampus. Semua seafood dia mmg baru je keluar dari laut dan terus ke dapur!
Bila makan tu, woi dapat rasa laut weh. Manis seafood campur masin laut. Nak menangis terharu gila weh time makan benda ni. Sedapnyaaaaa *menangis dekat bucu
***** bintang
7. Rumah Kelahiran P Ramlee
Rumah P Ramlee ni free je weh.
Mmg best jugak dekat sini sbb korang boleh belajar macam mana asal usul P Ramlee time dulu dulu. Mmg banyak ah barang barang antik yang susah nak jumpa skrg ni, tp ada dekat sini.
Aku mmg amazed jugak time pergi sini. Mmg best.
*** bintang
8. Ais Tingkap Window Sherbet
Cendol abang ais tingkap ni mmg sedap weh. Aku suka gila sebab red bean tu dia letak banyak gila. Gula pun sedap sedap gitu. Lepastu santan dia tak rasa mcm air, masih rasa santan!
OMG. Nasib baik aku tak pergi kedai lagi satu yang jual cendol juga. Yang lagi satu tu, aku mmg selalu pi. Sedap tu mmg sedap gak. Tapi cendol kat sini lagi sedap.
Harga tak ingat ah.
*** bintang
9. Batu Feringgi Night Market
Aku syorkan korang naik kereta je dari hotel korang and park dekat tmpt yang berdekatan dengan night market ni. Lagi senang and tak basah ketiak. Sebab aku, aku dengan kawan kawan aku, kitorang jalan kaki jauh babeng dari hotel kitorang sampai night market ni. Mmg ah bagus jalan kaki. Tapi lama sikit ah nak sampai, ketiak pulak sampai lecak lecak.
Tapi best je jalan kaki malam malam. Tapi bau ketiak basah ah masing masing. Haha
Lepastu nanti dekat sini, korang beli ah apa apa yang korang nak beli. Contohnya, dream catcher tu. Aku beli RM25 je weh! Padehal dekat igshop diorang jual RM60! GILA!
*** bintang
10. Padang Kota Lama Penang
Spot wajib bila malam malam dekat Penang.
Korang kena rasa Kerang bakar diaaaaa! Pasembur and sotong kangkung dia aku rasa biasa biasa aje. Tapi, korang boleh je jugak rasa and compare.
Tapi kerang bakar mmg sedap angat!
Lepastu area Padang Kota Lama tu kadang kadang ada buskin. Korang boleh jugak ah lepas dekat situ sambil dengar lagu lagu. Lepastu boleh urut urut kaki dekat pengurut pengurut jalanan yang ada dekat situ.
** bintang
11. Nasi Kandar Deen Maju
Bagi aku Nasi Kandar Deen ni biasa biasa aje. Ayam dia je yang sedap. Yang lain biasa je.
Sebab bagi aku la, nasi kandar yasmeen kat Kedah lagi sedap!
Tapi beratur mmg LAMA GILA NAK MAMPUS. LINE PANJANG GILA SAMPAI AKU BERATUR DEKAT KEDAI YANG KETIGA SEBELAH KEDAI NASI KANDAR NI.
So, mmg famous jugak ah nasi kandar deen ni. Tapi aku tak tahu ah kenapa famous.
** bintang
12. Nasi Kandar Line Clear
Gambar utk nasi kandar line clear takde sebab aku pergi sini time praktikal lama lama dulu. Tak wujud dah gmbr dia. Nasi dia rasa mcm nasi kandar ah. Sedap gak. Tapi, bila korang masuk kedai ni. Nafsu kena jaga la. Sebab semua benda nampak sedap tau. Dalam tak sedar, semua benda kornag letak kat pinggan. Sekali time bayar, MAHAL GILA NAK MAMPUS. So, setakat makan ayam goreng, sayur sikit, kuah campur tu dah cukup ah kalau nak bajet. Sebab mmg MAHAL GILA MAHAL SANGAT.
Lagi satu, bila masuk mmg korang tengok macam okay je weh. Tak nampak tikus pun. Tapi, percayalah cakap aku, percayalah! Bila korang jalan je dekat belakang restoran tu, BERTERABUR TIKUS LARI LARI WEH. DAH AH TIKUS TU SEMUA BESAR BESAR MCM KUCING.
Sumpah doh aku cakap banyak gila nak mampus tikus dekat sini. So, fikir balik ah nak makan dekat sini ke tak. Kalau tak percaya, korang try je ah jalan dekat area belakang restorang line clear tu.
Sebab aku tak takut tikus, aku lek lek je. Tapi mmg jijik jugak ah.
* bintang utk makanan yang sedap. Tapi rasa nak buang je bintang ni sebab kotor sangat ah sini.
Ada banyak jugak benda menarik yang aku tak sempat pergi, mcm try Mee Sotong dia, extreme park dia sebab mmg tak sempat dah doh nak try semua benda. Mungkin lain kali aku akan try benda benda lain tu. So, ini je ah kot review aku.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment