Post kali ni adalah untuk aku ceritakan pengalaman aku selama 3 hari 2 malam di Pulau Tioman :) So, sesiapa yang berhajat untuk datang tu, boleh lah baca info dekat sini. Check it out!
Day 0
Aku dan kawan kawan aku start trip ni petang hari Khamis. So, sesiapa yang nak buat trip tu, pandai pandailah amik cuti kerja or clearkan hal hal yang berkaitan. Khamis after office hour tu, aku and kawan kawan aku dah ready dah kumpul dekat rumah member kitorang dekat Nilai. Tidur sama sama terus satu rumah sebab esoknya kitorang nak gerak awal pagi, pukul 4.30. Entah bangun ke tidak? Korang rasa?
Aku packing barang sikit je.
1. Baju tidur dengan seluar tidur 1.
2. Baju dengan seluar nak berenang 1.
3. Baju dengan seluar nak keluar jalan2 2
4. Towel
5. Sweater
6. Telekung
7. 2 maggi cup
8. Undies secukupnya
9. Toiletries
10. Grooming essentials
11. Gadjets - charger, power bank, additional plug
12. Tudung lebih
13. Bantal leher
#TipsSeney bawak sekali sunscreen
Day 1
Esoknya hari Jumaat, kitorang bangun at 3.30 pagi. Yang nak mandi tu terus mandi. Yang nak cuci mata je pun, cuci mata je lah. Haha. Korang rasa aku mandi ke cuci mata je? Lepas dah siap siap tu, 4.30am kitorang gerak dari Nilai ke Mersing guna kereta Innova.
Aku campur member2 aku, semua sekali dalam 6 orang. Pada awalnya kitorang ingat ramai yang nak ikut join sekaki. Tapi, ramai pulak yang tak jadi pergi last minute. Aku ni pun, pada awalnya tak nak join pun sbb takde duit. Tapi aleh aleh, pergi jugak sbb aku rasa 'Bila lagi aku nak merasa pergi Tioman ni, kalau tak skrg?' Terus aku pujuk mak aku mintak permission. Haha.
Awal2 kitorang dah topup minyak RM92 dengan TouchNGo RM50 and perjalanan kitorang ni mengambil masa kira2 4 ke 5 jam. Kitorang ada berhenti 3 kali. Satu, nak isi minyak. Dua, nak pi solat. Tiga, nak pi makan sarapan.
Kitorang sampai dekat Mersing mcm lebih kurang pukul 10.00 pagi gitu. Kitorang park kereta - kena bayar parking RM30 and kawan aku pergi settle registration untuk ke feri. *kena bagi kad pengenalan
Harga tiket feri kitorang RM35 tapi dekat tiket harga RM55/ satu hala. Tak tahu lah kenapa dapat diskaun. Maybe kawan aku ada family dekat Pulau Tioman yang tolong diskaunkan kot harga tiket feri ni.
#TipsSeney ramal cuaca anda. Time kitorang sampai Mersing, cuaca sangat windy. Ombak sangatlah kuat dan tinggi.
Bila korang ramal cuaca, at least korang dah boleh prepare mentally dan boleh berdoa for a better day and future.
Pukul 11.00 pagi gitu, kitorang dah masuk feri. Perjalanan dari Mersing ke Pulau Tioman patutnya selama 1.30 jam ke 2 jam je. Tapi, disebabkan ombak sangat kuat dan cuaca sangat tidak baik pada hari tu, perjalan kitorang dalam feri mengambil masa selama 2.30 jam.
#TipsSeney Walau korang rasa, korang tak mabuk laut pun, ambik/makan je ubat mabuk laut ni untuk preparation.
#TipsSeney Jangan segan silu amik je plastic bag yang disediakan oleh abang abang feri. Tak salah korang prepare kalau kalau korang rasa nak muntah.
Feri
Kalau nak cerita pengalaman time naik feri time tu, peh! Susah nak lupa. Aku ni mmg tak pernah nak mabuk laut. So, aku takdelah nak prepare ubat mabuk laut tu/ nak sediakan apa apa plastik incase muntah. Ombak mmg kuat and tinggi nak mati, brader. Feri tu terhuyung hayang nak mampus. Naik turun naik turun. Otak aku pun dah naik turun naik turun. Tapi psiko/mental kena kuat, brader. Kalau tak, kau kalah dalam permainan 'Siapa Muntah Dulu, Dia Kalah' ni.
Aku mmg berusaha bersungguh-sungguh lah supaya tak muntah. Passenger yang tak kuat mental ni, awal awal dah kalah, bro. Ramai gila kot muntah. Tak mengenal bangsa, agama dan jantina. Semua orang nak muntah. Bila sorang dah muntah, boleh affect orang lain, bro. Lagi2 orang terdekat. Kalau dapat bau dia, peh! Boleh berjangkit, bro. Haha
Tapi, nasib baik jugak, even ada orang terdekat aku yang muntah, tapi aku dan kawan2 aku yang lain semua, mampu lagi bertahan. Tahniah, kawan. Haha
Dalam pukul 2.00 petang gitu, kitorang sampai dekat Pulau Tioman. Sampai je sana, kitorang naik Tram and pergi ke tempat penginapan kitorang which is dekat Berjaya Resort. Pukul 3.00 petang kitorang check in. Time dekat lobby tu, korang boleh lah mintak password wifi dengan minum welcoming drink diorang.
#TipsSeney Wi-fi jangan lupa. Sebab dekat Pulau Tioman, susah gila nak mampus nak dapat line. Lagi2 line digi. Tak boleh guna langsung weh! Sumpah.
Penginapan
Actually, kawan aku dapat apartment free untuk kitorang. Kitorang kena bayar RM200 as deposit je. Nanti kitorang dapat balik duit tu time check out.
Lepastu, apartment kitorang jauh gila kot daripada lobby and pantai dan juga benda benda lain. Kalau nak pergi mana mana, kitorang kena panggil shuttle.Shuttle tu free je.
Apartment tu bagi aku tersangatlah selesa. Besar lah untuk kitorang. Ada dapur, boleh masak mesak, tv, aircond, swimming pool, fridge, water heater, air panas untuk mandi, semua adalah! Tapi, kena beware dengan monyet2 liar dekat sana.
Kawan aku siap nak bergaduh okay dengan monyet2 dekat sana, korang jangan main pandang remeh dekat monyet2 ni. Haha. Pintu dengan tingkap ni, korang mesti selalu tutup lah untuk mengelak rumah korang dicerobohi.
Evening at the beach
Kitorang spend petang kitorang dengan lepak melepak dekat tepi pantai. Dekat sana, boleh lah nampak matahari nak terbenam, tapi takdelah nampak sangat, tapi nampak cantik lah jugak. View mmg uh-ma-zing gila lah. View terbaik punya. Time ni pandai2 korang lah nak buat apa dekat tepi pantai. Nak mandi laut ka. Nak suntanning ka. Nak strolling tepi pantai ja ka.
Aku dengan kawan aku main frisbee tepi pantai. Lepastu buat video mengarut. Dan juga, tangkap gmbr banyak gila nak mampus. *Buat memori.
Nampak tak huruf C tu aku buat daripada apa? Aku jumpa hanger tepi pantai weh! Aku cabut part hanger yang lain sampai tinggai itu ja |
My #KurtiLadies |
Lepas kitorang buat #HomiesSweetEscape dekat atas pasir tu, ada foreigner tangkap gmbr hasil seni kitorang tu weh. Aku tak tipu ni. Haha |
Kepoh betul nak tgkp gmbr |
Laila, kenapa dengan mata kau? |
Malam tu pulak, kitorang spend masa sama sama dalam 1 apartment main games. Kitorang ni awal2 lagi dah download game Heads Up dengan Werewolf dekat dalam phone. Malam tu sampai sebelum tidur, kitorang main benda alah itu ja.
#TipsSeney Download tau video games ni! Best gila main dengan kawan kawan. Heads Up dengan Werewolf. Recommended!
#TipsSeney Kitorang pinjam sekali board game dari kaunter dekat depan apartment. Kitorang pinjam game Monopoly. Time bosan2 tu nanti, korang boleh lah main board game ni.
Day 2
Pagi kitorang dimulai dengan main game Monopoly ni. Tapi, tak sempat pun kitorang nak tahu siapa menang siapa kalah, kitorang dapat panggilan untuk siap siap pergi snorkeling. Alhamdulillah, cuaca on that day sangat sangatlah memihak pada kitorang. Yeay! *excited
At 10.00 o'clock pagi tu, kitorang dah ready dekat jeti Berjaya untuk pergi snorkeling. Semua get ready pakai safety jacket and dapat snorkeling mask. And then, masuk dalam boat untuk ke point snorkeling yang pertama! *Yeehuu!
On the way ke jeti dia. |
Dah sampai jeti |
Dalam boat
Time dalam boat, kitoranglah yang paling excited, duduk area depan boat semata nak view cantik time dalam perjalanan ke check point. Kitorang jugak yang paling excited sampai dalam boat pun nak main Heads Up. Nampak tak budak budak homies ni hyper namatey?
Duduk paling depan. Paling kepoh dalam boat |
Aku pi tegur abang boat tu, "Bang, jom tgkp gmbr sekali." Abang tu terkejut bangun daripada tidur dia weh. Kesian dia. Seronok dia tidur depan boat tu. |
#TipsSeney Korang boleh mabuk laut time naik boat ni, preparekan diri jelah.
Point 1
Dekat point 1 ni, pada pendapat aku lah. Air dia takde lah clear mana. Maybe sebab banyak coral yang dah mati and semalam kan hujan, cuaca tak tentu, so, air agak cloudy. Tapi, still ada ikan. Not that plenty, tapi ada jugaklah ikan yang pelik pelik. Disebabkan aku dah lama tak snorkeling, so, aku excited nak mampus lah time turun snorkeling dekat check point pertama ni.
#TipsSeney untuk gambar yang menarik, stick dekat kawan2 yang ada Gopro. Haha
' Kalau nak muntah, muntah je dekat luar bot. Kasi ikan makan' (Isney Ibrahim, 2017)
Point 2
Dekat point nombor 2 ni, dia pi bawak dekat area batu batu besar. Kawan aku cakap, dekat are batu2 tu, banyak gila ikan and corals. Tapi, bahaya. Sebab ombak kuat namatey. Kalau tak hati hati, badan korang boleh kena campak dekat batu tu. Tapi, dekat sini (point 2) pun banyak ikan jugak lah. Tapi, time ni snorkeling mask aku banyak buat hal. Asyik tercabut ja. Banyak kali jugaklah aku tertelan air masin. Damn betul.Ni muka aku dah penat mengayuh dalam air, mengejar boat yang asyik menjauh. Penat nak mampus. Aku makin dekat, dia makin jauh. |
Ni gmbr checkpoint nombor 2 tu. Area batu2. |
Point 3
Check point ketiga untuk snorkeling ni is Pulau Renggis. Time ni actually ramai orang dah penat dah weh. Ramai yang dah balik guna boat lain. Dan, ramai jugak yang buat decision untuk tak nak snorkel dah. Tapi, aku dengan kawan2 aku, macam biasa, menjadi orang paling excited untuk turun snorkeling. Time ni jugak kitorang bagi ikan ikan dekat sana makan guna roti kitorang.
Pada pendapat aku lah, air dekat Pulau Renggis ni yang paling clear sekali. Banyak gila ikan, kau tahu! Coral pun semua cantik cantik. Ikan pun semua manja manja. Sibuk ja semua ikan ikut aku sbb aku ada roti. Semua tempat diorang nak gigit. Underwater view dekat Pulau ni paling killer sekali. Mmg terbaik! *thumbs up
Ni lah Pulau Renggis :) |
Cantik gila kan air dia? |
Nampak ikan je dalam gmbr. Gmbr manusia nampak tang sipi sipi ja. |
Bye Rengis! Habis dah snorkeling! Terima kasih sebab bengkakkan mata saya! Banyak benor air masin masuk mask mata dengan masuk dalam mulut. |
Pukul 2 gitu, kitorang dah settle snorkeling. Aku rasa 3 tempat ni je pun dah cukup dah lah! Semua orang mmg penat nak mampuih. Sebab ombak kuat sangat, so, ramai orang terpaksa guna banyak tenaga time snorkeling.
Nampak puffy gila kan muka lepas snorkeling? *sigh* |
Lepas je snorkeling, kitorang cari pakcik jeep untuk pergi air terjun pulak. Untuk pergi ke air terjun ni, korang kena jungle trekking sikit, lepastu perjalanan time naik jeep, nak pergi ke air terjun ni bukan calang2 weh. Tinggi and curam gila woi bukit dia. Aku dengan kawan2 aku, duduk dekat belakang jeep, siap berkaraoke lagi.
Air terjun pendek ja. Haha |
Lepas dah main main dekat waterfall tu, kitorang mintak pakcik jeep bawak pergi Pekan Juara pulak. Pantai dekat situ, adalah one of the best beaches in the world. View mmg cantik namatey! Ombak tinggi gila, sesuai untuk para surfers, abam abam pantai. Kitorang main main dengan pasir pantai and ombak, lepastu kitorang ajak pakcik jeep pergi cari ubat mabuk laut pulak, untuk prepare time balik guna feri esok.
Berjalan jauh demi mencari pemandangan tepi pantai yang lebih cun melecun, paling cun! |
gmbr dekat jeti Juara. |
Pakcik tu bawak kitorang pi Duty Free Shop dulu. Dekat sini, korang dapatlah beli cenderamata semua. Untuk family ka. Untuk kawan kawan ka. Untuk fridge dekat rumah ka. Untuk diri sendiri ka. Aku beli 3 fridge magnets, segerombolan keychain Tioman Island dengan coklat kinder bueno. Haha. Lepas masing2 nak lepas gian beli barang, kitorang beli makanan malam and ubat mabuk laut dekat kedai lain.
Malam tu kitorang habiskan masa dengan rehat and main game Werewolf dengan Heads Up lagi.
Day 3
Pukul 9 pagi gitu, semua orang dah ready kemas kemas barang nak balik dah. Kitorang check out pukul 10 pagi gitu. Lepastu tram bawak kitorang terus pi jetty. Pukul 11.00 pagi kitorang dah naik feri untuk balik. *sebelum naik feri, kawan aku settle registration mcm biasa. Harga tiket RM 35* Before naik feri tu, kitorang dah breakfast dulu and makan ubat mabuk laut.
Time masuk je dalam feri tu, semua orang tidur lena je weh! Lepas 2 jam, time dah nak sampai tu, baru semua orang bangun. Aku disini officially buat pengakuan yang aku rasa, ubat yang kitorang makan tu, bukan ubat mabuk laut, tapi ubat tidur! Haha. Lena je perjalanan kitorang dalam feri. Takde rasa pening pening pun.
Balik dah! Jom tidur! *berdengkur* |
Sampai je dekat Mersing, kitorang amik balik kereta Innova, and ready untuk balik. Selepas maghrib gitu, baru kitorang sampai dekat rumah kawan aku dekat Nilai.
Perbelanjaan
Feri - RM70 deposit + RM10 kena bayar time dekat sana.
Apartment - Free
Snorkeling - RM45/person
Jeep - RM25/person
Makan makan - RM30/3 hari
Cenderamata - RM50
Minyak - RM 120, RM 20/person
Tol - RM 70, RM 12/person
Total : estimately RM 250 gitu.
#PeringatanSeney Perbelanjaan ni tak termasuk harga apartment. Pandai2 lah korang agak berapa ringgit. Ataupun korang amik ejen je time datang Tioman ni. Senang. Basic harga, RM300 gitu.
#TipsSeney perbelanjaan makan dekat Pulau ni mmg mahal sikit tau. Nasi goreng ayam kunyit je dah RM14.00. Pandai pandai jugaklah korang bajet, makan yang sedeng sedeng je. Makan untuk energy je,
So, amacam? Korang boleh dapat gambaran tak mcm mana percutian aku dengan kawan kawan aku? Aku harap dapatlah membantu sikit kepada sesiapa yang nak pergi Tioman tu. Aku mmg recommend sangat2 untuk pergi Tioman ni. Lagi2 pergi dengan kawan kawan.
K lah. Tu je kot untuk kali ni. Banyak gila dah aku menaip. Jom jumpa dekat post akan datang pulak. Thanks baca!
No comments:
Post a Comment