Tuesday, 15 August 2017

Pre-Graduation & Students' Appreciation Night July 2017 - Back To School Theme

Assalamualaikum

Post kali ini adalah mengenai MPG aku (malam pra-graduation) yang berlangsung Julai haritu. Utk MPG ni, ada satu lecturer, which was Dr. Fatim who asked me utk tercalon as calon untuk Best Co-Curriculum Award. Untuk tercalon sahaja okay. Dia suruh aku isi draf semua aktiviti yang aku terlibat lepas tu nanti email balik dekat dia. So, aku pun isi lah. Isi penuh penuh. Suruh adik aku dekat rumah korek balik semua sijil. Haha. Tapi, still time ni tak sure dapat ke tak jadi tercalon.

Esoknya, tup tup aku dimasukkan dalam group Penerima Anugerah Koku. Apa yang mengejutkan lagi adalah, aku jugak dimasukkan dalam Penerima Anugerah Akademik. Apa yang bodoh pulak adalah, aku ingat dalam ramai ramai penerima anugerah tu, nanti ada sorang je yang dapat hadiah. Kiranya aku ingat nanti, the best je ah yang dapat. Hahahahah lembab betul. Padehal, semua org dalam group group tu mmg confirm dapat dah.

Tema untuk dinner MPG kali ini adalah Back To School. Aku suka je dengan tema ni. Tapi ramai jugak yang meluahkan rasa tak puas hati dengan tema dinner kali ini. Mungkin diorang nak tema yang lebih gempak mcm Bollywood or Kingsman kot. Ada yang cakap Back To School ni tema dia lagi sesuai utk orang yang dah 40 tahun tinggalkan sekolah. Time dah tua tua tu, pakai baju sekolah balik. Baru comel. Haha.

Tapi, entah kenapa aku suka gila tema ni. Aku beria cari kain sekolah aku balik time MRSM dlu. Baju takde. Baju dah buang. Mak aku sampai sanggup bagi duit, suruh beli baju baru. Haha. Tudung pulak aku pakai tudung adik aku je. Singkat gila weh tudung dia. Aku rasa dah macam minah minah skin dah pakai tudung kemain pendek ni. Haha. Tahu tak minah skin, minah banjir? Budak budak yang pakai tudung singkat and kain singkat ni? Wujud ke tak dekat sekolah korang? Ke.. korang tak lahir lagi time trend ni terjadi. Haha. *tuanya Isney

Macam budak sekolah kannnnnn?

Hormat sikit budak darjah lima

Lepastu, aku kemain cari balik nametag time MRSM or sekolah Engku Husain dulu. Semua harta karun aku keluarkan. Tapi nametag time jadi PRS dulu tak jumpa dah. Aku jumpa pin SPM 2010 je. So, aku pi beli nametag sulam dekat online weh. RM 2 ringgit je satu nametag. Hahahahahahaha. So, kepada sesiapa yang nak beli nametag sulam boleh order dengan brader ni ----> Famastore.co


Yang tak bestnya dinner ni, ramai student yang tak mengikut sangat dengan tema. Ramai pakai baju biasa, jadi cikgu lah. Ada yang pakai cantik cantik mcm nak pi kenduri gak. Makeup tebal. Haha. Tapi aku berjaya jugak menghasut kawan aku untuk pakai baju sekolah sekali. Kawan aku pun songlap semua baju adik dia. So, dalam course aku, aku dengan kawan aku (Laila) je yang pakai baju sekolah which manjadi satu kelebihan jugak utk kitorang sbb kitorang nampak muda and macam budak sekolah gila! Comel je kitorang. *golongan minoriti yang menjadikan kami lagi rare dr yang lain.

Makanan time dinner ni mmmg tiptop jugak ah aku rasa. Walaupun makan macam makanan org kawin, tapi sedap gila. Ke.. aku yang lapar sangat? Haha. Tapi makanan semua mmg sedap ah. Tapi, disebabkan pihak management tak larat nak control pelajar pelajar yang kebuluran, mmg kelam kabut habis ah dekat tempat makan tu. Haha. Semua org mmg beratur, tapi, kelam kabut jugak lah. Lepastu, dessert dia dalam sekelip mata je habis weh! Benda yang sedap sedap tu semua budak budak ni dah tapau letak kat tempat duduk dulu. Siapa yang amik nasi dulu tu, mmg tak dapat lah makan dessert yang sedap sedap. Tapi, still aku rasa semua org dapat makan. Dan yang paling penting, semua orang kenyang dan puas hati. Goodjob guys.

Aku rasa video gimik masa permulaan dinner tu macam 'nak gelak ke tak, nak gelak ke tak'. Aku kesian doh dengan para pelakon dia. Buat lawak macam tak jadi. Hambar je weh. *menangis utk para pelakon. Tapi, takpa dik, the volcano gimik was quite amazing. Dekan dengan gopoh gapah pakai labcoat and glove tu, comel sangat. Haha. Persembahan yang lain tak ada benda yang menarik pun. Bagi aku, semua biasa biasa aja. Tapi, masa budak kat depan menyanyi, aku pun turut sama sama menyanyi. Dalam erti kata lain, I was having fun and I was enjoying the night at the fullest. Thanks guys.

At the end of the night, penerima Anugerah Best Academic Award and Best Co-curriculum Award diumumkan. Sbb aku mmg tahu, aku dapat dua dua anugerah tu, aku naik lah atas pentas dengan berdebaar dan excitednya. Nak tunggu dia umum nama kita naik pentas tu, uish. Berdebar dia lain macam. Macam nak terkeluar jantung ni pi berjogging 500m.

Ni time aku dapat Anugerah Ko-Kurikulum Award. Aku dapat plak, sijil dengan duit RM 200

Ni pulak time aku dapat Anugerah Akademik Award. Time ni aku dapat plak jugak, sijil dengan wang tunai RM 300

But. But. But. 

But. 

Benda yang paling aku tak sangka langsung sekali adalah aku jugak jadi penerima ANUGERAH BEST STUDENT AWARD. Yes. guys. Best Student! Sumpah doh, aku tak tahu menahu pulak pasal anugerah ni. Dan aku tak tahu menahu langsung pulak aku adalah PENERIMA ANUGERAH ni! *jom jerit kuat kuat!

Ni pulak time aku dapat Best Student Award. Korang boleh tengok muka tak sememeh betul tengah menangis. Dah ah aku menangis teruk air mata menjurah jurah siap bunyi bunyi. Malu gila siot. Aku dapat plak, sijil dan juga duit RM 400

Sebab aku tak sangka dan tak expect dan rasa terharu dan rasa mcm dihargai dan rasa all my hard work pays off sangat sangat, aku tak boleh nak tahan air mata. Yes. Aku menangis dekat situ jugak doh before aku naik atas pentas and amik that hadiah. OH MY GOD. AKU TAK EXPECT BENDA NI TERJADI DEKAT AKU, DALAM HIDUP AKU.

Ya Allah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sesungguhnya malam tersebut adalah malam yang paling terindah dalam hidup aku yang aku akan ingat sampai bila bila. Siapa yang follow aku dekat instagram mungkin dah baca caption terima kasih aku dekat semua orang yang banyak bagi sokongan, sentiasa berada di sisi aku, time aku susah, senang, stress, hyper, malas dan macam macam lagi. Sebab korang je aku bertahan. Sebab korang je aku kuat. Sebab sokongan korang, aku dapat anugerah ni. Serious. Serious. Serious aku cakap.

Terima kasih semua.
Terima kasih untuk kesemuanya <3

Gambar dengan Encik Romizan, Timb. Dekan HEP dan Tn Hj Bahman, KPP Fisioterapi :)

Backbones

Precious award

My MPP. Budak ni dah tahu dari awal lagi rupanya yang aku akan dapat tiga tiga anugerah ni. Tapi, satu apa pun dia tak bagi tahu!

Batch 9 Fisioterapi Degree

Homies.
Gambar tak centre ni ada abang tu tolong amikkan. Muka dia confident je amik gmbr cantik. Sekali, rupanya tak centre pun. Hahahahahahahaha
p/s: Actually ramai yang tak tahu, lepas aku turun je dari stage from ambil award best student tu, aku dapat nose bleeding. Darah mencurah curah tak mahu berhenti. Lari lari kawan aku cari tisu. Tapi kan, nasib baik aku tak nosebleed time dekat atas pentas. Kalau tak, mmg drama! Jadi bualan semua staf nanti!

No comments:

Post a Comment