Tuesday, 15 August 2017

[REVIEW] Farm in the City - Petting Zoo


Assalamualaikum.

Entry kali ini aku tujukan buat pencinta-pencinta haiwan yang nak berinteraksi dgn lebih lagi dgn haiwan-haiwan. Kalau pi zoo tu, kadang-kadang kita tak dapat nak pegang-pegang pun kan haiwan yang ada kat sana. Lepastu, duduk pun jauh-jauh ja daripada haiwan. * tu sebab haiwan dekat zoo adalah liar dan berada dalam perlindungan . Kadang kadang tu pulak, tempat haiwan tu besar sangat, sampai korang tercari-cari dimanakah haiwan dia, tapi tak jumpa. *nampak tak frustration dia kat situ?

Jadi, kepada mereka yang nak berinteraksi dgn lebih dekat dengan haiwan-haiwan yang comel-comel dan lebih jinak, korang kena datang sini, Farm in the City, Seri Kembangan!

1. Macam mana nak pi sana? 
Waze/ Map Farm in the City, nanti korang sampai lah. Tempat dia berdekatan dengan The Atmosphere dan Giant Seri Kembangan.

2. Entrance Fee
Bukan mykad adult - RM48
Bukan mykad children/senior - RM38

Mykad adult - RM32
Mykad children/senior - RM27

Takde harga student*
Harga beramai ramai mcm rombongan tu aku tak pasti ada ke tak*

3. Operating Hours
Hari Isnin - Jumaat : 10.00am - 6.00pm
Hari Sabtu Ahad & cuti cuti sekolah : 9.30am - 6.00pm

Aku dah datang Petting Zoo ni dah 5 kali dah. Sebab banyak sangat gambar dan boleh hafal dah apa yang ada dekat sini, so, aku decide nak buat entry ni. Kalau tempat ni tak best, takde ah aku pergi sampai 5 kali. Kan? Haha

So, bila korang sampai sana, korang parking kereta di tempat yang disediakan. Jangan risau, parking dia free je. Aku lagi suka pergi time weekdays sebab tak ramai orang. Takde lah haiwan tu kenyang sangat nanti. So, korang boleh berinteraksi dengan lebih lagi dengan haiwan haiwan kat situ. Kalau datang time ramai orang, nanti haiwan kat situ dah kenyang sangat. Bila korang bagi makanan pun, depa buat endah tak endah ja.

*Isney Recommendation: Pergi weekdays

Korang akan beli tiket, nanti depa bagi kertas kasi lilit kat tangan tu. So, lepastu bermulalah pengembaraan korang di situ! Yiha!

4. Tortoise & Turtle Farm
Dekat tortoise dengan turtle farm ni, ada bermacam macam species dan jenis kura kura, labi labi dan penyu. Kura kura dia besar sangat. Diorang jalan tak slow mana pun. Laju ja aku tengok. Dekat sini nanti, haiwan keeper dia akan bg sayur untuk bagi diorang makan.

*Isney Recommendation : Cuba korang usap-usap leher kura-kura tu. Nanti leher diorang akan memanjang je. Comel!

Latest aku mai sini, aku pi la jenguk jenguk telur depa, anak anak depa. Sekali ada sekor anak kura kura ni terbalik. Dia cuba dan terus mencuba untuk tak terbalikkan diri dia. Tapi dia tak mampu. So, if korang nampak ada kura kura yang terbalik dekat sini, jangan segan silu untuk call animal keeper dia so that diorang boleh selamatkan kura kura yang kasihan ini!

Sayur kangkung kan dia bagi ni?

Kaki depa rasa keras. Tapi leher lembut lembut ja. Shell depa pun mmg lah keras gila namatey! Siapa yang tanya tu mmg nak kena hempuk

Aku rasa dia ni mcm Dinosaur gila. Ada certain kura kura dalam ni, diorang akan letak dalam akuarium mcm ni. 

5. Reptile Cavern 
Lepas korang dah habis lalu dekat kura kura tu, korang akan masuk dekat tempat reptilia ni! Ada buaya dan ular. Ular dia besar besar gila. Jaga jaga atas kepala! Mungkin ada ular tengah tidur kat siling see through atas kepala korang!

Ular kat sini tak boleh pegang, kalau nak pegang ular, boleh tunggu kat tempat lain. Kalau nak pegang gak, aku takut korang kena makan je nanti. 

6. Bird Aviary
Ni tempat yang paling aku suka. The Bird Aviary. Bila korang masuk, haiwan keeper akan bagi makanan burung dekat korang. Nanti dia suruh korang bukak tangan luas luas. Time tu nanti, burung burung kecik warna warni akan datang kat korang! Best gila! Diorang pandai gila weh. Diorang kupas sendiri makanan burung tu. Nanti, yang tinggal kat tangan korang is, kulit makanan burung tu je. Korang jugak akan nampak merak warna warni, merpati, dan banyak lagi species burung burung lain dekat sini. Itik pun ada. Tapi, jaga jaga bila bagi itik makan! Rasa macam kena patuk! Haha

quack quack

Cuba tengok dia pedal kaki dia. Comel gila. 

Jaga jaga sikit nak bagi makan kat diorang. Aku pun tak tahu diorang ni makan ke mematuk. Dah lah makan bersepah. Haha

Tu tu nampak tak burung burung tu tengah makan

Memasing nak menghulur. 

Waaaa. Banyaknya yang bertenggek dekat tangan aku


Ada satu time tu, animal keeper dekat sini amik satu burung lepastu pi letak atas kepala aku weh! Hahahahahahahaha. Comel gila. Berat doh diorang. 


Burung yang aku pegang ni special sikit. Paruh dia takde. Tinggal separuh je. Gangster ni. Mesti bergaduh waktu muda muda dulu


7. Savannah
Dekat savannah ni, ada haiwan haiwan seperti rusa, alpaca, kangaroo, kambing. Tortoise pun ada. Haha. Animal keeper dia akan bagi sayur dekat korang jugak so that korang boleh feed all the animal! Siapa hidung sensitif tu siap siap la. Kat sini mmg berbau savannah sikit.

Bagi rusa makan kangkung gak. Betul kan, sayur ni sayur kangkung?

Boleh pegang pegang. Diorang buat endah tak endah je dengan korang. 

Ada alpaca! Comel kan?

8. Pet village
Dekat pet village ni akan ada Longkang Fishing dimana korang boleh cuba try test tangkap ikan kat dalam longkang tu. Setiap kali aku cuba, aku dpt je tangkap ikan dalam tu. Tak pernah miss lagi la. Tak tahu la korang. Cuba lah nanti. Kawan kawan and family members aku yang lain cakap, mmg payah nak tangkap ikan dalam longkang tu. Kalau dah dapat, tak boleh bawak balik. Korang lepaskan je lah dia balik dalam longkang. Haha


Dekat sini also ada banyak guinea pigs and rabbits! Time aku pergi awal awal kan, banyak gila nak mampus binatang dalam pet village ni. Tapi latest aku pergi tu, banyak guinea pigs je. Rabbit tak banyak pun. Aku syak diorang dah buat satay.

Amboi Seney, dah kenapa gelak beriya sangat tu?

Dekat area pet village ni jugak ada kolam ikan. Dekat sini menarik jugak sebab ada swan. Ada swan hitam. Swan putih. Cantik!

Ha. Belakang tu ada kolam. Nama kolam dia Mood's Lake. Oh bukan kolam, tapi tasik. Aku baru perasan lepas taip nama kolam tu.
Ni longkang fishing tu

Ni swan dan ikan ikan koi yang ada dalam tasik tu. Korang balik je makanan ikan, diorang akan berebut rebut makan.

9. Jungle walk

Dalam jungle walk ni pulak, bagi aku biasa biasa aje. Ada landak porcupine tu dua ekor. Time aku datang first first diorang ni makan Friskies weh! Makanan kucing tu. Tapi skrg aku datang diorang makan sayur. Depa bagi diorang ni diet kot. Haha

Yang menariknya dalam ni ada Marmoset. Marmoset kot nama dia. Korang cuba lah cari dia kat mana dalam jungle walk ni.
mcm ni lah muka marmoset tu. Korang cuba cari dia nanti okay? *sumber : wikipedia
10. Twilight Creatures
Dalam twillight creatures ni pun best jugak sbb ada 2 spesis burung hantu. Tang dia pusing pusingkan kepala dia tu, aku tak pasti la nak cakap comel ke scary. Tapi, korang kena tengok burung hantu ni!


Dalam ni jugak ada slow lorris tau. Tapi loris ni asyik duduk dalam rumah dia je. Tidur. Sebab haiwan haiwan dalam ni nocturnal. Depa aktif time malam ja. Siang depa tidoq.

Ni pulak gambar Slow Loris tu. Cuba cari dia ni jugak dekat mana nanti. *sumber : Wikipedia

11. Exhibition Hall
Exhibition hall ni pun salah satu tempat favourite aku! Sebab...
Dekat sini boleh pegang pegang haiwan yang ada! Jom checkitout ada binatang apa!

Ni nama dia Bearded Dragon. 

Ular dia pun boleh pegang

Haiwan mcm tupai ni tak ingat nama dia apa. Badan dia gemuk tapi terleper time dia tengah baring. Comel!

Ada anak ayam. Aku mak ayam. 

Kawan kawan aku yang firstime pegang ular. Mihihi. Siapa takut takut tu, korang patut dtg dengan aku. Mesti konfiden nanti. 

Cobaan nak kiss ular ni

12. Parrot Show
Pukul 11.30am dan 3.30pm nanti ada parrot show. Jadi, kepada sesiapa nak dtg kepintaran burung kakak tua ni, boleh check it out show diorang! Nanti diorang akan deliver jugak fakta fakta pasal parrot.



13. Racoon Feeding
This is my highlight of the day! Bagi raccoon makan! Korang kena kena kena cuba dan rasai pengalaman mcm mana bagi rakun makan ni. Sebab, saat tangan diorang bertemu tangan korang, pengalaman tu, magical! Haha. Tangan diorang rasa mcm lembik lembik mcm paw kucing. Beza dia, paw kucing jari pendek, paw diorang ni jari panjang panjang.



Aww.. why sho kiut?

14. Pony Riding
Selain itu, ada jugak aktiviti naik pony. Aku tak pernah lah nak naik kuda dia. Aku selalu nampak budak budak je yang naik. Rasanya pony riding ni kena bayar. Kepada ibubapa yang berminat untuk anak diorang make memories, boleh bawak anak anak naik kuda poni ni.

Maka, berakhirlah pengembaraan korang di Farm in the City, Seri Kembangan! Bila nak balik nanti, jangan lupa beli gambar yang photographer dia dah tolong tangkapkan. Haritu aku beli, RM22 je sekeping yang besar. :)

Itu sahaja. Harap post kali ini dapat menarik minat korang yang nak pi Petting Zoo ni.

As a conclusion, my highlight of the day dekat sini adalah :
1. Raccoon feeding
2. Feeding birds dekat Aviary Bird tu
3. Jumpa alpaca, swan dan burung hantu.

Bye gais! Assalamualaikum.

Langkah - Langkah Menuntut Semula Elaun Tesis dan Praktikal Amali JPA - Pelajar Dalam Negara

Assalamualaikum.

Post kali ini adalah untuk memberi penerangan dan menceritakan experience aku mcm mana aku menuntut balik elaun tesis dan praktikal aku daripada JPA.

Straight to the point.

1. Kau baca GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN TESIS DAN ELAUN AMALI di sini Garis Panduan

Adalah sangat penting untuk korang memahami betul betul garis panduan ini.

2. Kenal pasti dulu korang nak isi borang elaun tesis atau amali. Aku akan terangkan pasal elaun amali dahulu. Okay?

Elaun Amali ni pihak JPA memerlukan:
i. Borang Tuntutan - yang korang akan isi dan borang tu telah disediakan dalam garis panduan
ii. Surat Universiti - Surat daripada universiti yang korang ditempatkan untuk membuat praktikal/ amali dekat mana mana. Mcm aku, surat daripada UiTM untuk HOD Hosp. Sultanah Bahiyah. Dalam surat tu nanti, ada details aku.
iii. Surat Pengesahan Majikan. Surat daripada Head of Department/ majikan/ boss yang menyatakan korang mmg telah menamatkan praktikal korang dekat situ and korang mmg datang situ untuk berpraktikal.

Ada contoh yang disediakan dalam garis panduan tu.

Ni contoh surat aku. Bawah sekali tu suruh majikan tanda tangan, mcm biasa letak nama penuh dengan jawatan dia. Kalau cop pun bagus.
Contoh borang tuntutan aku. Alamat bank tu, aku isi alamat bank apa yang aku guna, dekat mana aku buat akaun bank tu. Jenis tuntutan tu, korang letak TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI / TUNTUTAN ELAUN TESIS. Boleh faham kan?

Lepastu, aku ada sertakan sekali salinan punch card aku yang aku dah certifiedkan as true copy oleh Ketua Pengajian aku/ Dekan/ Penyelia ke jugak. So, jangan lupa untuk fotostat sekali punch card.

Senang.
Itu je. Masuk dalam sampul.

3. Elaun Tesis

Untuk elaun tesis, korang kena ada:
i. Borang Tuntutan - mcm borang tadi.
ii. Salinan muka depan tesis - Korang buat mcm contoh yang dia dah sediakan tu. Lepastu korang sahkan daripada Ketua Pengajian, Dekan atau penyelia.
iii. CD salinan softcopy tesis korang tu. - untuk CD ni, baik korang PDF-kan lepastu nanti copy/burn dalam CD

sama jugak mcm tadi. Lepastu aku letak jumlah tuntutan paling maksimum which is RM300
Lepastu nanti, tiga tiga benda ni korang satukan dalam sampul, lepastu hantar.

4. Penghantaran
Korang boleh pos ke alamat :

Senang, korang tulis je semua alamat yang dia dah sediakan ni. 
Kalau nak serahan tangan, korang boleh waze JPA, tapi bukan dekat bangunan C1 tau. Serahan tangan adalah dekat Bangunan JPA C2, ground floor. Ada kaunter dia dekat situ. Korang just serahkan je borang dekat kaunter. Dia akan check semua. And siap!

Pihak JPA akan cakap tarikh pemprosesan duit korang akan ambil masa selama 1 hingga 3 bulan. So, korang tunggu je lah.

Segala proses yang aku buat ni adalah pada tahun 2017. So, in future maybe ada perubahan-perubahan. Take note ya.

5. Kredit masuk
Aku hantar borang aku pada 31 Julai 2017 melalui serahan tangan. Dan duit aku dikreditkan masuk pada 11 Ogos 2017. So, dalam 2 minggu jugaklah dia nak kredit masuk.
(UPDATE) Semalam, 19/8 duit aku dah masuk. So, seminggu jugak lah duit masuk dr tarikh kredit. 
 
6. Q&A session 
Q. Kalau praktikal dekat dengan rumah dapat elaun tak? 
A. Tak

Q. Boleh mintak setiap sem tak?
A. Mintak je asal jangan lebih 90 hari praktikal

Q. Kalau praktikal dalam u dapat elaun tak?
A. Tak

'So, itu sahaja langkah - langkah untuk korang buat elaun tuntutan daripada JPA! Senang kan?! Selamat menuntut elaun!

Assalamualaikum.

Pre-Graduation & Students' Appreciation Night July 2017 - Back To School Theme

Assalamualaikum

Post kali ini adalah mengenai MPG aku (malam pra-graduation) yang berlangsung Julai haritu. Utk MPG ni, ada satu lecturer, which was Dr. Fatim who asked me utk tercalon as calon untuk Best Co-Curriculum Award. Untuk tercalon sahaja okay. Dia suruh aku isi draf semua aktiviti yang aku terlibat lepas tu nanti email balik dekat dia. So, aku pun isi lah. Isi penuh penuh. Suruh adik aku dekat rumah korek balik semua sijil. Haha. Tapi, still time ni tak sure dapat ke tak jadi tercalon.

Esoknya, tup tup aku dimasukkan dalam group Penerima Anugerah Koku. Apa yang mengejutkan lagi adalah, aku jugak dimasukkan dalam Penerima Anugerah Akademik. Apa yang bodoh pulak adalah, aku ingat dalam ramai ramai penerima anugerah tu, nanti ada sorang je yang dapat hadiah. Kiranya aku ingat nanti, the best je ah yang dapat. Hahahahah lembab betul. Padehal, semua org dalam group group tu mmg confirm dapat dah.

Tema untuk dinner MPG kali ini adalah Back To School. Aku suka je dengan tema ni. Tapi ramai jugak yang meluahkan rasa tak puas hati dengan tema dinner kali ini. Mungkin diorang nak tema yang lebih gempak mcm Bollywood or Kingsman kot. Ada yang cakap Back To School ni tema dia lagi sesuai utk orang yang dah 40 tahun tinggalkan sekolah. Time dah tua tua tu, pakai baju sekolah balik. Baru comel. Haha.

Tapi, entah kenapa aku suka gila tema ni. Aku beria cari kain sekolah aku balik time MRSM dlu. Baju takde. Baju dah buang. Mak aku sampai sanggup bagi duit, suruh beli baju baru. Haha. Tudung pulak aku pakai tudung adik aku je. Singkat gila weh tudung dia. Aku rasa dah macam minah minah skin dah pakai tudung kemain pendek ni. Haha. Tahu tak minah skin, minah banjir? Budak budak yang pakai tudung singkat and kain singkat ni? Wujud ke tak dekat sekolah korang? Ke.. korang tak lahir lagi time trend ni terjadi. Haha. *tuanya Isney

Macam budak sekolah kannnnnn?

Hormat sikit budak darjah lima

Lepastu, aku kemain cari balik nametag time MRSM or sekolah Engku Husain dulu. Semua harta karun aku keluarkan. Tapi nametag time jadi PRS dulu tak jumpa dah. Aku jumpa pin SPM 2010 je. So, aku pi beli nametag sulam dekat online weh. RM 2 ringgit je satu nametag. Hahahahahahaha. So, kepada sesiapa yang nak beli nametag sulam boleh order dengan brader ni ----> Famastore.co


Yang tak bestnya dinner ni, ramai student yang tak mengikut sangat dengan tema. Ramai pakai baju biasa, jadi cikgu lah. Ada yang pakai cantik cantik mcm nak pi kenduri gak. Makeup tebal. Haha. Tapi aku berjaya jugak menghasut kawan aku untuk pakai baju sekolah sekali. Kawan aku pun songlap semua baju adik dia. So, dalam course aku, aku dengan kawan aku (Laila) je yang pakai baju sekolah which manjadi satu kelebihan jugak utk kitorang sbb kitorang nampak muda and macam budak sekolah gila! Comel je kitorang. *golongan minoriti yang menjadikan kami lagi rare dr yang lain.

Makanan time dinner ni mmmg tiptop jugak ah aku rasa. Walaupun makan macam makanan org kawin, tapi sedap gila. Ke.. aku yang lapar sangat? Haha. Tapi makanan semua mmg sedap ah. Tapi, disebabkan pihak management tak larat nak control pelajar pelajar yang kebuluran, mmg kelam kabut habis ah dekat tempat makan tu. Haha. Semua org mmg beratur, tapi, kelam kabut jugak lah. Lepastu, dessert dia dalam sekelip mata je habis weh! Benda yang sedap sedap tu semua budak budak ni dah tapau letak kat tempat duduk dulu. Siapa yang amik nasi dulu tu, mmg tak dapat lah makan dessert yang sedap sedap. Tapi, still aku rasa semua org dapat makan. Dan yang paling penting, semua orang kenyang dan puas hati. Goodjob guys.

Aku rasa video gimik masa permulaan dinner tu macam 'nak gelak ke tak, nak gelak ke tak'. Aku kesian doh dengan para pelakon dia. Buat lawak macam tak jadi. Hambar je weh. *menangis utk para pelakon. Tapi, takpa dik, the volcano gimik was quite amazing. Dekan dengan gopoh gapah pakai labcoat and glove tu, comel sangat. Haha. Persembahan yang lain tak ada benda yang menarik pun. Bagi aku, semua biasa biasa aja. Tapi, masa budak kat depan menyanyi, aku pun turut sama sama menyanyi. Dalam erti kata lain, I was having fun and I was enjoying the night at the fullest. Thanks guys.

At the end of the night, penerima Anugerah Best Academic Award and Best Co-curriculum Award diumumkan. Sbb aku mmg tahu, aku dapat dua dua anugerah tu, aku naik lah atas pentas dengan berdebaar dan excitednya. Nak tunggu dia umum nama kita naik pentas tu, uish. Berdebar dia lain macam. Macam nak terkeluar jantung ni pi berjogging 500m.

Ni time aku dapat Anugerah Ko-Kurikulum Award. Aku dapat plak, sijil dengan duit RM 200

Ni pulak time aku dapat Anugerah Akademik Award. Time ni aku dapat plak jugak, sijil dengan wang tunai RM 300

But. But. But. 

But. 

Benda yang paling aku tak sangka langsung sekali adalah aku jugak jadi penerima ANUGERAH BEST STUDENT AWARD. Yes. guys. Best Student! Sumpah doh, aku tak tahu menahu pulak pasal anugerah ni. Dan aku tak tahu menahu langsung pulak aku adalah PENERIMA ANUGERAH ni! *jom jerit kuat kuat!

Ni pulak time aku dapat Best Student Award. Korang boleh tengok muka tak sememeh betul tengah menangis. Dah ah aku menangis teruk air mata menjurah jurah siap bunyi bunyi. Malu gila siot. Aku dapat plak, sijil dan juga duit RM 400

Sebab aku tak sangka dan tak expect dan rasa terharu dan rasa mcm dihargai dan rasa all my hard work pays off sangat sangat, aku tak boleh nak tahan air mata. Yes. Aku menangis dekat situ jugak doh before aku naik atas pentas and amik that hadiah. OH MY GOD. AKU TAK EXPECT BENDA NI TERJADI DEKAT AKU, DALAM HIDUP AKU.

Ya Allah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sesungguhnya malam tersebut adalah malam yang paling terindah dalam hidup aku yang aku akan ingat sampai bila bila. Siapa yang follow aku dekat instagram mungkin dah baca caption terima kasih aku dekat semua orang yang banyak bagi sokongan, sentiasa berada di sisi aku, time aku susah, senang, stress, hyper, malas dan macam macam lagi. Sebab korang je aku bertahan. Sebab korang je aku kuat. Sebab sokongan korang, aku dapat anugerah ni. Serious. Serious. Serious aku cakap.

Terima kasih semua.
Terima kasih untuk kesemuanya <3

Gambar dengan Encik Romizan, Timb. Dekan HEP dan Tn Hj Bahman, KPP Fisioterapi :)

Backbones

Precious award

My MPP. Budak ni dah tahu dari awal lagi rupanya yang aku akan dapat tiga tiga anugerah ni. Tapi, satu apa pun dia tak bagi tahu!

Batch 9 Fisioterapi Degree

Homies.
Gambar tak centre ni ada abang tu tolong amikkan. Muka dia confident je amik gmbr cantik. Sekali, rupanya tak centre pun. Hahahahahahahaha
p/s: Actually ramai yang tak tahu, lepas aku turun je dari stage from ambil award best student tu, aku dapat nose bleeding. Darah mencurah curah tak mahu berhenti. Lari lari kawan aku cari tisu. Tapi kan, nasib baik aku tak nosebleed time dekat atas pentas. Kalau tak, mmg drama! Jadi bualan semua staf nanti!