Entry kali ini aku tujukan buat pencinta-pencinta haiwan yang nak berinteraksi dgn lebih lagi dgn haiwan-haiwan. Kalau pi zoo tu, kadang-kadang kita tak dapat nak pegang-pegang pun kan haiwan yang ada kat sana. Lepastu, duduk pun jauh-jauh ja daripada haiwan. * tu sebab haiwan dekat zoo adalah liar dan berada dalam perlindungan . Kadang kadang tu pulak, tempat haiwan tu besar sangat, sampai korang tercari-cari dimanakah haiwan dia, tapi tak jumpa. *nampak tak frustration dia kat situ?
Jadi, kepada mereka yang nak berinteraksi dgn lebih dekat dengan haiwan-haiwan yang comel-comel dan lebih jinak, korang kena datang sini, Farm in the City, Seri Kembangan!
1. Macam mana nak pi sana?
Waze/ Map Farm in the City, nanti korang sampai lah. Tempat dia berdekatan dengan The Atmosphere dan Giant Seri Kembangan.
2. Entrance Fee
Bukan mykad adult - RM48
Bukan mykad children/senior - RM38
Mykad adult - RM32
Mykad children/senior - RM27
Takde harga student*
Harga beramai ramai mcm rombongan tu aku tak pasti ada ke tak*
3. Operating Hours
Hari Isnin - Jumaat : 10.00am - 6.00pm
Hari Sabtu Ahad & cuti cuti sekolah : 9.30am - 6.00pm
Aku dah datang Petting Zoo ni dah 5 kali dah. Sebab banyak sangat gambar dan boleh hafal dah apa yang ada dekat sini, so, aku decide nak buat entry ni. Kalau tempat ni tak best, takde ah aku pergi sampai 5 kali. Kan? Haha
So, bila korang sampai sana, korang parking kereta di tempat yang disediakan. Jangan risau, parking dia free je. Aku lagi suka pergi time weekdays sebab tak ramai orang. Takde lah haiwan tu kenyang sangat nanti. So, korang boleh berinteraksi dengan lebih lagi dengan haiwan haiwan kat situ. Kalau datang time ramai orang, nanti haiwan kat situ dah kenyang sangat. Bila korang bagi makanan pun, depa buat endah tak endah ja.
*Isney Recommendation: Pergi weekdays
Korang akan beli tiket, nanti depa bagi kertas kasi lilit kat tangan tu. So, lepastu bermulalah pengembaraan korang di situ! Yiha!
4. Tortoise & Turtle Farm
Dekat tortoise dengan turtle farm ni, ada bermacam macam species dan jenis kura kura, labi labi dan penyu. Kura kura dia besar sangat. Diorang jalan tak slow mana pun. Laju ja aku tengok. Dekat sini nanti, haiwan keeper dia akan bg sayur untuk bagi diorang makan.
*Isney Recommendation : Cuba korang usap-usap leher kura-kura tu. Nanti leher diorang akan memanjang je. Comel!
Latest aku mai sini, aku pi la jenguk jenguk telur depa, anak anak depa. Sekali ada sekor anak kura kura ni terbalik. Dia cuba dan terus mencuba untuk tak terbalikkan diri dia. Tapi dia tak mampu. So, if korang nampak ada kura kura yang terbalik dekat sini, jangan segan silu untuk call animal keeper dia so that diorang boleh selamatkan kura kura yang kasihan ini!
Sayur kangkung kan dia bagi ni? |
Kaki depa rasa keras. Tapi leher lembut lembut ja. Shell depa pun mmg lah keras gila namatey! Siapa yang tanya tu mmg nak kena hempuk |
Aku rasa dia ni mcm Dinosaur gila. Ada certain kura kura dalam ni, diorang akan letak dalam akuarium mcm ni. |
5. Reptile Cavern
Lepas korang dah habis lalu dekat kura kura tu, korang akan masuk dekat tempat reptilia ni! Ada buaya dan ular. Ular dia besar besar gila. Jaga jaga atas kepala! Mungkin ada ular tengah tidur kat siling see through atas kepala korang!
Ular kat sini tak boleh pegang, kalau nak pegang ular, boleh tunggu kat tempat lain. Kalau nak pegang gak, aku takut korang kena makan je nanti. |
6. Bird Aviary
Ni tempat yang paling aku suka. The Bird Aviary. Bila korang masuk, haiwan keeper akan bagi makanan burung dekat korang. Nanti dia suruh korang bukak tangan luas luas. Time tu nanti, burung burung kecik warna warni akan datang kat korang! Best gila! Diorang pandai gila weh. Diorang kupas sendiri makanan burung tu. Nanti, yang tinggal kat tangan korang is, kulit makanan burung tu je. Korang jugak akan nampak merak warna warni, merpati, dan banyak lagi species burung burung lain dekat sini. Itik pun ada. Tapi, jaga jaga bila bagi itik makan! Rasa macam kena patuk! Haha
quack quack |
Cuba tengok dia pedal kaki dia. Comel gila. |
Jaga jaga sikit nak bagi makan kat diorang. Aku pun tak tahu diorang ni makan ke mematuk. Dah lah makan bersepah. Haha |
Tu tu nampak tak burung burung tu tengah makan |
Memasing nak menghulur. |
Waaaa. Banyaknya yang bertenggek dekat tangan aku |
Ada satu time tu, animal keeper dekat sini amik satu burung lepastu pi letak atas kepala aku weh! Hahahahahahahaha. Comel gila. Berat doh diorang. |
Burung yang aku pegang ni special sikit. Paruh dia takde. Tinggal separuh je. Gangster ni. Mesti bergaduh waktu muda muda dulu |
7. Savannah
Dekat savannah ni, ada haiwan haiwan seperti rusa, alpaca, kangaroo, kambing. Tortoise pun ada. Haha. Animal keeper dia akan bagi sayur dekat korang jugak so that korang boleh feed all the animal! Siapa hidung sensitif tu siap siap la. Kat sini mmg berbau savannah sikit.
Bagi rusa makan kangkung gak. Betul kan, sayur ni sayur kangkung? |
Boleh pegang pegang. Diorang buat endah tak endah je dengan korang. |
Ada alpaca! Comel kan? |
8. Pet village
Dekat pet village ni akan ada Longkang Fishing dimana korang boleh cuba try test tangkap ikan kat dalam longkang tu. Setiap kali aku cuba, aku dpt je tangkap ikan dalam tu. Tak pernah miss lagi la. Tak tahu la korang. Cuba lah nanti. Kawan kawan and family members aku yang lain cakap, mmg payah nak tangkap ikan dalam longkang tu. Kalau dah dapat, tak boleh bawak balik. Korang lepaskan je lah dia balik dalam longkang. Haha
Dekat sini also ada banyak guinea pigs and rabbits! Time aku pergi awal awal kan, banyak gila nak mampus binatang dalam pet village ni. Tapi latest aku pergi tu, banyak guinea pigs je. Rabbit tak banyak pun. Aku syak diorang dah buat satay.
Amboi Seney, dah kenapa gelak beriya sangat tu? |
Dekat area pet village ni jugak ada kolam ikan. Dekat sini menarik jugak sebab ada swan. Ada swan hitam. Swan putih. Cantik!
Ha. Belakang tu ada kolam. Nama kolam dia Mood's Lake. Oh bukan kolam, tapi tasik. Aku baru perasan lepas taip nama kolam tu. |
Ni longkang fishing tu |
Ni swan dan ikan ikan koi yang ada dalam tasik tu. Korang balik je makanan ikan, diorang akan berebut rebut makan. |
9. Jungle walk
Dalam jungle walk ni pulak, bagi aku biasa biasa aje. Ada landak porcupine tu dua ekor. Time aku datang first first diorang ni makan Friskies weh! Makanan kucing tu. Tapi skrg aku datang diorang makan sayur. Depa bagi diorang ni diet kot. Haha
Yang menariknya dalam ni ada Marmoset. Marmoset kot nama dia. Korang cuba lah cari dia kat mana dalam jungle walk ni.
mcm ni lah muka marmoset tu. Korang cuba cari dia nanti okay? *sumber : wikipedia |
Dalam twillight creatures ni pun best jugak sbb ada 2 spesis burung hantu. Tang dia pusing pusingkan kepala dia tu, aku tak pasti la nak cakap comel ke scary. Tapi, korang kena tengok burung hantu ni!
Ni pulak gambar Slow Loris tu. Cuba cari dia ni jugak dekat mana nanti. *sumber : Wikipedia |
11. Exhibition Hall
Exhibition hall ni pun salah satu tempat favourite aku! Sebab...
Dekat sini boleh pegang pegang haiwan yang ada! Jom checkitout ada binatang apa!
Ni nama dia Bearded Dragon. |
Ular dia pun boleh pegang |
Haiwan mcm tupai ni tak ingat nama dia apa. Badan dia gemuk tapi terleper time dia tengah baring. Comel! |
Ada anak ayam. Aku mak ayam. |
Kawan kawan aku yang firstime pegang ular. Mihihi. Siapa takut takut tu, korang patut dtg dengan aku. Mesti konfiden nanti. |
Cobaan nak kiss ular ni |
12. Parrot Show
Pukul 11.30am dan 3.30pm nanti ada parrot show. Jadi, kepada sesiapa nak dtg kepintaran burung kakak tua ni, boleh check it out show diorang! Nanti diorang akan deliver jugak fakta fakta pasal parrot.
13. Racoon Feeding
This is my highlight of the day! Bagi raccoon makan! Korang kena kena kena cuba dan rasai pengalaman mcm mana bagi rakun makan ni. Sebab, saat tangan diorang bertemu tangan korang, pengalaman tu, magical! Haha. Tangan diorang rasa mcm lembik lembik mcm paw kucing. Beza dia, paw kucing jari pendek, paw diorang ni jari panjang panjang.
Aww.. why sho kiut? |
14. Pony Riding
Selain itu, ada jugak aktiviti naik pony. Aku tak pernah lah nak naik kuda dia. Aku selalu nampak budak budak je yang naik. Rasanya pony riding ni kena bayar. Kepada ibubapa yang berminat untuk anak diorang make memories, boleh bawak anak anak naik kuda poni ni.
Maka, berakhirlah pengembaraan korang di Farm in the City, Seri Kembangan! Bila nak balik nanti, jangan lupa beli gambar yang photographer dia dah tolong tangkapkan. Haritu aku beli, RM22 je sekeping yang besar. :)
Itu sahaja. Harap post kali ini dapat menarik minat korang yang nak pi Petting Zoo ni.
As a conclusion, my highlight of the day dekat sini adalah :
1. Raccoon feeding
2. Feeding birds dekat Aviary Bird tu
3. Jumpa alpaca, swan dan burung hantu.
Bye gais! Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment