Tuesday, 15 August 2017

Langkah - Langkah Menuntut Semula Elaun Tesis dan Praktikal Amali JPA - Pelajar Dalam Negara

Assalamualaikum.

Post kali ini adalah untuk memberi penerangan dan menceritakan experience aku mcm mana aku menuntut balik elaun tesis dan praktikal aku daripada JPA.

Straight to the point.

1. Kau baca GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN TESIS DAN ELAUN AMALI di sini Garis Panduan

Adalah sangat penting untuk korang memahami betul betul garis panduan ini.

2. Kenal pasti dulu korang nak isi borang elaun tesis atau amali. Aku akan terangkan pasal elaun amali dahulu. Okay?

Elaun Amali ni pihak JPA memerlukan:
i. Borang Tuntutan - yang korang akan isi dan borang tu telah disediakan dalam garis panduan
ii. Surat Universiti - Surat daripada universiti yang korang ditempatkan untuk membuat praktikal/ amali dekat mana mana. Mcm aku, surat daripada UiTM untuk HOD Hosp. Sultanah Bahiyah. Dalam surat tu nanti, ada details aku.
iii. Surat Pengesahan Majikan. Surat daripada Head of Department/ majikan/ boss yang menyatakan korang mmg telah menamatkan praktikal korang dekat situ and korang mmg datang situ untuk berpraktikal.

Ada contoh yang disediakan dalam garis panduan tu.

Ni contoh surat aku. Bawah sekali tu suruh majikan tanda tangan, mcm biasa letak nama penuh dengan jawatan dia. Kalau cop pun bagus.
Contoh borang tuntutan aku. Alamat bank tu, aku isi alamat bank apa yang aku guna, dekat mana aku buat akaun bank tu. Jenis tuntutan tu, korang letak TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI / TUNTUTAN ELAUN TESIS. Boleh faham kan?

Lepastu, aku ada sertakan sekali salinan punch card aku yang aku dah certifiedkan as true copy oleh Ketua Pengajian aku/ Dekan/ Penyelia ke jugak. So, jangan lupa untuk fotostat sekali punch card.

Senang.
Itu je. Masuk dalam sampul.

3. Elaun Tesis

Untuk elaun tesis, korang kena ada:
i. Borang Tuntutan - mcm borang tadi.
ii. Salinan muka depan tesis - Korang buat mcm contoh yang dia dah sediakan tu. Lepastu korang sahkan daripada Ketua Pengajian, Dekan atau penyelia.
iii. CD salinan softcopy tesis korang tu. - untuk CD ni, baik korang PDF-kan lepastu nanti copy/burn dalam CD

sama jugak mcm tadi. Lepastu aku letak jumlah tuntutan paling maksimum which is RM300
Lepastu nanti, tiga tiga benda ni korang satukan dalam sampul, lepastu hantar.

4. Penghantaran
Korang boleh pos ke alamat :

Senang, korang tulis je semua alamat yang dia dah sediakan ni. 
Kalau nak serahan tangan, korang boleh waze JPA, tapi bukan dekat bangunan C1 tau. Serahan tangan adalah dekat Bangunan JPA C2, ground floor. Ada kaunter dia dekat situ. Korang just serahkan je borang dekat kaunter. Dia akan check semua. And siap!

Pihak JPA akan cakap tarikh pemprosesan duit korang akan ambil masa selama 1 hingga 3 bulan. So, korang tunggu je lah.

Segala proses yang aku buat ni adalah pada tahun 2017. So, in future maybe ada perubahan-perubahan. Take note ya.

5. Kredit masuk
Aku hantar borang aku pada 31 Julai 2017 melalui serahan tangan. Dan duit aku dikreditkan masuk pada 11 Ogos 2017. So, dalam 2 minggu jugaklah dia nak kredit masuk.
(UPDATE) Semalam, 19/8 duit aku dah masuk. So, seminggu jugak lah duit masuk dr tarikh kredit. 
 
6. Q&A session 
Q. Kalau praktikal dekat dengan rumah dapat elaun tak? 
A. Tak

Q. Boleh mintak setiap sem tak?
A. Mintak je asal jangan lebih 90 hari praktikal

Q. Kalau praktikal dalam u dapat elaun tak?
A. Tak

'So, itu sahaja langkah - langkah untuk korang buat elaun tuntutan daripada JPA! Senang kan?! Selamat menuntut elaun!

Assalamualaikum.

1 comment:

  1. Kalau praktikal 6 Bulan Rumah Dan tempat belajar jauh claim Elaun mcm mn ye? Nak Kira Tu mcm mn?

    ReplyDelete