Monday, 20 February 2017

Sem 7 Bachelor in Physiotherapy (HONS)


Assalamualaikum. Result kali ni, walaupun ada sekelumit rasa di hati berharap untuk dapat Dean List lagi, tapi aku dah cukup bersyukur dengan result kali ni. Aku sincerely happy dan bersyukur dengan result kali ini. Walaupun 2 bulan tak masuk kelas, sibuk dengan itu ini. Aku masih dapat keep up dengan pembelajaran, tak biarkan result jatuh teruk sangat. I was truly, truly, sincerely satisfied with this.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah dengan result kali ni. Sem depan, sem akhir, harap dapat tingkatkan lagi usaha anda Isney Ibrahim. Praktikal kali ini harapnya dapat buat yang terbaik. Kita target A praktikal, A pro exam. Insha Allah.

Thanks untuk semua yang berkongsi ilmu sepanjang sem lepas berlangsung. Thanks lecturer yang lembut hati memahami budak Isney ni kenapa dia selalu tak datang kelas. Tolong doakan untuk kejayan sem akhir saya nanti. Doakan saya dapat graduate dengan keputusan yang cemerlang. InshaAllah.

Jumpa lagi di post akan datang :)
Bye!

Friday, 3 February 2017

Mewajibkan Ujian Saringan PTB dan Suntikan Vaksin Hepatitis B bagi Semua Pelajar Fisioterapi

Assalamualaikum.

Entry kali ini adalah untuk aku kongsi langkah-langkah kepada para noobies diluar sana yang maybe tak tahu mcm mana nak handle/settlekan ujian saringan PTB and macam mana nak dapatkan suntikan vaksin virus Hep B ni.

Untuk makluman semua, semua pelajar fisio diwajibkan settlekan benda alah ni sebelum kitorang pergi ke klinikal/praktikal di hospital masing2 bagi mengelakkan terkena jangkitan jangkitan virus semasa kitorang dekat sana.

PTB (Pulmonary Tuberculosis) adalah sejenis penyakit berjangkit daripada sejenis bakteria. Penyakit ni air bone disease yang bermaksud, dia boleh disebarkan melalui udara iaitu melalui orang yang ada sakit TB ni bila mereka batuk, meludah, bercakap dan terbersin. Time tu, orang2 sekeliling ada risiko untuk terkena jangkitan TB ni. Simptom paling femes sakit ni adalah batuk berdarah.

 Hepatitis B pulak adalah sejenis penyakit berjangkit daripada sejenis virus melalui darah atau cecair badan manusia seperti melalui sexual transmission, needles and drugs dan surgeri atau tatooing. Untuk amik vaksin Hep B, kena buat check darah dulu untuk tengok antibody ada ke tak. Kalau tak cukup, baru doktor akan bagi suntikan vaksin Hep B. If dah cukup, doktor selalunya nasihatkan kita tak payah amik suntikan.

Untuk test TB pulak, ada 4.
1. Darah
2. Mantoux test
3. CXR - Xray dada
4. Sputum analysis - Analisa kahak
Doktor suruh aku buat 3 je iaitu check darah, mantoux test dan cxr. Sputum tak payah sebab...

" Dah orangnya takde sputum (kahak), habihtu nak korek kahak dekat mana?" (Doktor, 2017)


PERJALANAN
1. Amik nombor giliran. Aku nombor 1059. Lepas dapat nombor, patutnya aku letak kad aku dekat dalam bakul. Tapi aku tak letak. Sekali, nombor aku tak panggil panggil. Last last tu baru aku perasan ada bakul dekat situ. Bodoh betul. Haha.

2. Daftar dekat kaunter pendaftaran. Lepas diorang panggil nombor aku. Dia check nama aku takde dalam sistem. Rupa-rupanya aku tak daftar dekat kaunter time masuk tadi. So, aku pun terhegeh-hegeh lah pergi daftar dekat kaunter pendaftaran. Haha. Bayaran daftar : RM1

3. Tunggu doktor panggil. Lama gila woi tunggu doktor panggil. 4 kali aku bangun duduk. Nak jadi marah pun tak jadi lepas jumpa doktor tu, Baik sangat dia. Lembut je cara dia bercakap.

4. Cakap and tunjuklah surat UiTM bagi untuk buat ujian saringan PTB tu dan nak buat vaksin HEP B. Time ni doktor cakap, diorang boleh buat ujian saringan PTB dan ujian for Hep B je. Vaksin Hep B tu diorang takde. Kena buat dekat tempat lain. Maybe tanya hospital atau klinik klinik swasta.

5. Doktor suruh amik darah. Amik darah for test Hep B dan PTB. So, nurse amik darah sekali je untuk 2 test. Serious tak sakit langsung weh. Mmg terbaik betul nurse dekat klinik kesihatan ni. Aku pernah amik darah dekat tempat lain, time tu nak check aku kena denggi ke tak, 7 kali diorang cucuk, tak dapat dapat darah aku weh. Lebam dekat 7 tempat. So, lepas amik darah, letak darah dekat makmal dan lepastu balik. Untuk test Hep B tu, doktor cakap lama gila untuk tahu result dia. Sebulan.

6. Vaksin Hep B. Lepas buat test darah dekat KK, aku pergi amik vaksin dekat klinik swasta. Actually, kena tunggu result dulu untuk dapat tahu korang patut kena suntik ke tak. Tapi, sebab nak tunggu result tu lama sangat. Doktor cakap kita suntik sekali je dulu. Lepas result keluar, baru confirmkan nak continue injection atau tak payah. Buat pengetahuan korang juga, lecturer aku suruh at least buat 2 kali injection dulu sebelum masuk praktikal. So time ni aku mcm rushing nak jugak amik injection tu without tahu result aku. Doktor pun faham dan rilek je. Bayaran : RM50. Korang boleh dapat suntikan ni dengan bayaran RM40 dekat tempat lain. Kena pandai cari. Okay?

Untuk vaksin ni jugak, dia kena amik 3 kali. Jarak antara vaksin pertama dan kedua adalah 1 bulan. Manakala jarak antara vaksin kedua dan ketiga adalah 5 bulan. So, appoinment aku buat vaksin ni adalah seperti berikut:

Vaksin 1st dose - 2 Februari 2017 - DONE -
Vaksin 2nd dose - 2 Mac 2017
Vaksin 3rd dose - 2 August 2017

7. Mantoux Test. Esoknya, aku datang untuk buat mantoux test pulak. Mcm biasa. Amik nombor. Daftar. Lepastu masuk bilik yang diorang bagi. Test ni diorang inject something dekat dalam kulit. Nanti mcm nampak gelembung. Nurse cakap jangan tekan dia, jangan garu, kalau mandi, jangan terkena dekat tempat tu. So, kena jaga betul betul. Buat satu test je. Lepastu balik.

8. CXR . Lepastu pada hari yang lain, aku kena buat Chest Xray dekat hospital sebab dekat klinik kesihatan tu takde xray. Lepas dah amik xray, kena pergi KK balik untuk amik semua report tests aku sebagai bukti nak bagi dekat lecturer nanti.

Itu je. Senang je kan? Korang dah faham kan? Aku decide nak buat entry ni sebab, family aku mmg jarang buat test test dekat hospital and klinik kerajaan. Bila aku kena pergi klinik kerajaan, aku kena belajar sendiri nak buat macam mana. So, perjalanan firstime aku dekat KK ni sangat sangat adventurous! Banyak betul benda salah dan benda baru belajar. Untuk korang supaya tak nampak noobers sangat macam aku, aku sediakan entry ni. Muah! Bye! Jumpa lagi dekat entry akan datang!

Friday, 13 January 2017

#SRKbuatkerja Exco Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan PHYTAS

Assalamualaikum,

Hari ni, 9 Disember 2016, maka turun sudahlah jawatan semua MT(Majlis Tertinggi) dan Exco-exco PHYTAS sekalian. Jika ditanya aku tentang perasaan saat diumumkan tarikh AGM haritu, I would say aku adalah orang yang paling tak sabar nak turun jawatan. Workloads tu aku tak kesah sangat, tapi bila ada workloads dan workloads ini adalah pada saat saat last minute, kadang kadang mmg aku rasa nak meletup jugak. Dekat semua orang aku nak sumpah seranah. Dan bila ditanya perasaan aku hari ni, saat diisytiharkan penurunan jawatan, I would say aku dah rindu jadi PHYTAS. It's like sayang and sedih but you are happy that it was over. Does it make any sense? Yes. I would say I miss becoming one of the exco pada saat diisytiharkan penurunan jawatan PHYTAS sesi 15/16 ni  :'(

How do I get in? 
Kak Faza, who is one of my idol at that time, who insist me and my friends to actively participate in PHYTAS. In fact, as she is my role model, I would love to be a copy of her. Aku selalu dengar dia cerita pasal PHYTAS itu PHYTAS ini. All the joy and experiences that she get. So, she in the major reason why I said to myself  "Yup! I am ready. Bring it on!" *to join PHYTAS and all those kepimpinan shite of course*

Why Exco Sukan, Rekreasi & Kebudayaan?
If I want to do a job, I want to to a job that I most fond of. That's why it's either SRK or multimedia. Actually the name of the exco is Exco Sukan, Kebudayaan dan Rekreasi but aku tunggang terbalikkan dia jadi SRK so that orang senang ingat dengan SRK. SRK is Shah Rukh Khan, SRK is Staf Residen Kolej, SRK is Sukan, Rekreasi & Kebudayaan. Amacam? Dah ingat ingat SRK dah dalam mimpi awak tu?

Teammates?
I was over the moon when Arina is one of my teammates. Aku kenal dia dah lama. In fact, dialah junior junior terawal yang aku kenal. *I am very bad at remembering names of my juniors and seniors and not to mention very bad at remembering dates too* Dan aku kenal Farid & Syed pun selepas masuk PHYTAS ni. My comment about them?
Arina - tiba tiba berhenti kerja awal dan jadi my favourite MPP
Farid - mamat gula gula
Syed - that guy when you are talking to, and you just could'tn stop looking at his eyes. beautiful eyes indeed

Is it an easy job?
I would say it is not an easy job to do. Tapi, penglibatan aku sepanjang berada di dalam PHYTAS adalah sangat sangat sangat sangat dan tersangatlah menghiburkan. Aku buat banyak sangat perkara baru. Aku jadi lebih adventurous, lebih proaktif, lebih konfiden and many more. Thats why I would really suggest semua orang utk beranikan diri untuk join into aktiviti berkepimpinan like this. You can explore something new about yourself, making new links/relationship dengan pelbagai jenis people and many many many more. *mata shining*

Apa program exco ni?
1. Femos (Festival Mega Sports of Health Sciences)
UiTM Puncak Alam
1,2,6-8 Mei 2016
 Tahniah tahniah tahniah sekalung tahniah aku ucapkan dekat semua athlete Phytas yang dah byk kali turun practice and buat sehabis baik untuk Femos kali ini. 

So, if you guys tak baca cerita aku pasal Femos, so here it is. Phytas berjaya mendapat tempat kedua dalam Femos pada kali ini selepas Femos dahulu kita di tempat ke-7.

Aku jadi penyelaras sukan untuk sukan bola jaring time ni and Arina, my temmates jadi Timbalan Pengarah I Program Femos Hi 5
2. Senamrobik Projek Sukarelawan Lembah Harapan
Fakulti Perubatan Sg Buloh
8 Mei 2016
Time ni aku takda pun incharge buat aerobik untuk para survivor pesakit kusta ni sbb aku ada event lain time ni. Tapi, nasib baik ada budak batch aku yang free dan boleh pergi time ni. Thanks gais yang bersukarelawan tu. Terima kasih banyak2 Kak Ifa, Ika, Sarah, Siti and Mira :)
Disebabkan target people untuk program sukarelawan ni is para geriatric atau warga emas, jadi para instruktor aerobik ni semua decide nak buat aerobik light2 ja sambil duduk atas kerusi.


3.Pharmacy Health Public Carnival (PHPC 2016)
Masjid Puncak Alam
14 Mei 2016
Tahun lepas aku dah pernah handle dah aerobik untuk program PHPC ni. Tapi time tu, program ni dijalankan dekat sekolah rendah. Tahun ni, PHPC ni dijalankan dalam masjid. Jadi, depa pi mintak para instruktor aerobik lelaki untuk lead aerobic dekat depan. Nak cari instruktor lelaki ni mmg payah gila kerja dia. Kena ws dm private sorang sorang untuk tarik minat diorang serta belas kasihan untuk jadi instruktor. Nasib baik ada jugak orang yang sudi jadi instruktor :) Thanks Pian, Danial and Maliki. Lagu untuk aerobik pun semua lagu lagu islamik dan nasyid2 ja. Jangan ingat lagu nasyid tak boleh bawak aerobik k?

Thanks korang. Even malu malu dekat depan pun, korang mampu handle aerobik :)

Ramai gila kan peserta diorang. Dalam semua kelompok umur ada. 

4. Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) Fasa I
Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu
18 Ogos 2016 - 28 Ogos 2016
Masum ni is apabila IPTA IPTA bertentang antara satu sama lain. Contohnya, UiTM lwn UIA. Untuk Masum Fasa I ni aku tak terlibat sebab aku tekad nak pi UiSF ja. Dekat dengan rumah. So, aku just cari 10 orang untuk jadi sport physio masum and lantik lah siapa ketua siapa penolong. Di samping tu, aku tengok2 lah jugak dorang ni okay ke tak. Ada apa apa tak cukup ke, ada apa apa kena bincang dengan org atasan ke. Tapi setakat ni, dorang ni semua dah expert2. Senang ja kerja dengan depa.

Thanks korang sebab sanggup join masum I walaupun semua tengah sedap cuti dekat rumah masa tu :)



5. UiTM International Sport Fiesta (UISF)
UiTM Shah Alam
20 Ogos 2016 - 28 Ogos 2016
Kalau UiSF ni pulak, ni event international. Students dr Singapore, Brunei, Indonesia, Thailand, pakistan, Filipino dan etc etc datang ke UiTM Shah Alam. Aku tekad nak pi UISF sbb UiTM shah alam lagi dekat dengan rumah aku. Aku boleh bawak kereta sekali. Manalah tahu lepas bukak klinik nak lepak lepak mamak ka. Nak makan itu ka makan ini ka. Melagha ka. Senang lah kalau ada kereta. Selain tu, aku pun nak rasa jugak UiSF ni macam mana. Lain ka dengan event2 sukan yang lain? Sama ka?

Team Physiotherapy UiTM 

6. Karnival Sukan Mahasiswa (KARISMA 2016)
UiTM Machang, Kelantan
24 Oktober 2016 - 3 November 2016
Karisma ni is event sukan antara UiTM. Contohnya UiTM Selangor lwn UiTM Sabah. Gitu? Faham kan? So, time ni aku kena cari fisio untuk UiTM Selangor and UiTM Shah Alam.

Ni Team Physio UiTM Selangor!

Team wanita UiTM Selangor dapat Gangsa, manakala the guys pulak dapat Silver :) Apa apa pun TAHNIAH korang!

Semua physio tak kesah lah diorang serve team mana! Ni TEAM SATU PHYSIO!


7. Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) Fasa II
Universiti Malaysia Perlis
7 November 2016 - 13 November 2016
Masum Fasa II ni depa letak sukan sukan yang takde time Masum fasa I haritu. Sebab aku tak pi masum fasa I juga adalah sebab aku nak pi masum fasa II . Hehehehe.

Partner sepanjang menjaga team handball, Dani ANC :) 

Team Physio UiTM Masum Fasa II

Time ni handball Lelaki dapat Silver meanwhile perempuan dapat Gold :) TAHNIAH!


8. Karnival Mahabbah 2016
Surau Al-Furqan, Fasa 2 Bandar Puncak Alam
Time ni pun pihak Surau Fasa 2 Bandar Puncak Alam minta instruktor aerobik utk program diorang. Jadi, disebabkan buat dekat surau, aku kena cari lagi 2 orang lelaki untuk jadi instruktor. Lagu lagu yang digunakan jugak kena bersesuaian dengan tempat. Time ni thanks Maliki and Yasyri sbb jadi saviour aku :)
Teamwork last minute yang menjadi. Tahniah atas kreativiti and conduct korang masa program ni. 


Selain tu, aku jugak terima beberapa lagi tawaran untuk buat aerobik/ jadi sukarelawan seperti

1. META 2016
Time META ni aku dengan Laila kena conduct aerobic and buat video stress ball. Video tu aku ada letak dalam youtube rasanya. We had a lot of fun time buat benda ni.



2. Sharing Session Sport Physiotherapy
So this is a sharing session between seniors and juniors in sport physiotherapy. Thanks Kak Faza and Iskandar sbb sanggup mengajar adik adik ni dan beri pendedahkan terbaik dekat kami :) Jasa korang mmg Seney takkan lupa sampai bila bila. Thanks PHYTAS sbb sanggup sponsor taping :)


3. Kursus Sport Massage
So, kitorang ada amik Kursus Sport Massage. Bagi aku, kursus ni mmg sangat sangat membantu aku as sport physiotherapy. Lepas je kursus ni, aku mmg terus aplikasikan semua yang diorang ajar. And atlet atlet aku pun banyak puji lepaih kena massage. At least dalam kursus ni, aku tahu lah teknik apa yang patut guna, berapa lama patut kena massage so that badan atlet tak lemah and lesu lepas kena massage.



4. Kursus Taping
Selain kursus sport massage, aku juga ada amik kursus taping. Kelas ni pun best! Ada banyak teknik teknik baru and menarik yang aku belajar. Time lepas habis je kelas ni pun, aku terus applied apa yang aku belajar dekat atlet atlet. Best!


5. Chad 2016
Time Chad 2016 ni, aku dan beberapa kawan aku yang lain tubuhkan mini physio massage team. Kitorang massage area area tertentu dengan harga RM10 je/area. Penat gila nak mampus weh time ni. Start pukul 8.00 pagi, pukul 2 pagi baru balik bilik masing2. It's been a lot of fun working with youguys. :) I'll never forget our werewolves memories. :)



Menjadi exco sukan ni, ada time dia yang kau hectic gila nak mati, stress boleh tinggi menggunung dan time ni lah kau memerlukan sokongan padu morally dari teammates kau dan juga rakan rakan. Sebulan weh aku tak masuk kelas. Time ni lah kau perlukan kawan kawan kau utk terangkan apa yang kau tertinggal and apa yang kau kena siapkan dan hantar sepanjang ketiadaan aku dalam kelas. Banyak jugak yang aku belajar sendiri. Kena prepare test lah. Itu lah. Ini lah. Mmg semua kerja buat last minute lah! Tapi, bagi aku, Alhamdulillah semua kerja dapat settle tepat pada masanya. Tak ada masalah.

I would really thanked my friends, my backbone yang selalu mengingatkan aku dengan kerja kerja aku yang sepatutnya aku buat dan tak siap lagi, sepanjang aku oblivious dengan kerja kerja homework bagai. Terima kasih bagi tips tips belajar time dalam kelas. Terima kasih bagi notes notes dr lecturer. Terima kasih ingatkan apa apa ilmiah sebelum masuk test/exam. Terima kasih sebab masih berada di samping aku tatkala aku busy dengan semua benda.

Terima kasih lecturer sbb bagi kerjasama and understanding kenapa saya selalu tak masuk kelas. Terima kasih sbb tak tolak markah kehadiran saya. Terima kasih sebab bagi saya extend test test penting. Terima kasih bagi saya extend waktu hantar assignment. Terima kasih sangat kerana penuh empati dan sangat memahami.

Terima kasih kawan kawan/temmates yang turut serta sama sama masuk apa apa event and bagi kerjasama dan komitmen yang penuh dengan saya.Terima kasih angkat ais berat dari bawah bukit sampai ke atas bukit. Terima kasih sanggup teman jaga atlet sampai lewat malam. Terima kasih tolong jagakan atlet saya. Terima kasih kerana sentiasa melancarkan kerja kita semua. Terima kasih banyak banyak.

Terima kasih PHYTAS sbb terima saya sebagai Exco SRK. Terima kasih atas segala peluang untuk sertai event itu event ini. Terima kasih atas support sama ada dr segi kewangan atau pun dari segi idea atau tenaga kerja. Terima kasih banyak banyak.


I'll miss you badly PHYTAS bila aku dah graduate nanti 

Monday, 3 October 2016

[TRIP] #KeKLKeKita 1.0 Kuala Lumpur Travel Guide

Assalamualaikum.

Post kali ini adalah special untuk awak awak yang ddk di KL tp tak dapat cuti lama tapi awak nak sangat jenjalan. Jadi, jenjalan makan angin dekat KL pun dah kira cukup dah bagi korang tu yang maybe tertekan dengan pelajaran, kerja, keluarga, kawan-kawan atau percintaan. *Ecehwahh!*

Tentatif
Sebenarnya tentatif kitorang ni mcm ni:
1. Muzium Negara : RM2
2. Planetarim : RM6
3. KLCC Bridge : RM25
4. Aquaria : RM46
5. KLTower Skydeck : RM75

Tapi, masing masing duit takde time ni. Aku sengkek gila namatey. Haha. Dalam ATM tinggal RM100 ja. Jadi, kitorang tukar sikitlah plan kitorang kepada :
1. Muzium Negara : RM2
2. Planetarium : RM6
3. Aquaria : RM46
4. Petrosains : RM20

Penukaran tentatif ni fokus utamanya supaya kitorang berbelanja bawah RM100 untuk trip kali ini. So, in the end of this post nanti korang tengoklah bawah RM100 ke idok perbelanjaan kitorang. K?

1. Muzium Negara
So, korang boleh waza/navi je Muzium Negara and then nanti keluarlah result dia. Kalau aku, kawan aku tolong drivekan time ni. So, kitorang parking dekat area yang dia bagi parking tu lah. Tapi yang bestnya, kitorang gerak pukul 9.00 pagi. Jadi time kitorang sampai tu, takde banyak kereta pun dekat sana. Which means, korang kena datang awallah untuk dapat parking availability sbb time kitorang balik dr Muzium Negara tu penuh dah tempat parking kereta! But, don't worry. Of course akan ada banyak je lagi parking place but maybe jauh sikitlah nanti dr pintu utama dia.Lepastu lepastu, kitorang tak payah bayar pun parking. Entah. Tak tahu kenapa. Tak tahu kena bayar ke tak sebenarnya. Haha

Kenapa Muzium Negara?
Aku tahu kita kita semua ni pi muzium muzium ni time kecik kecik ja. Tapi, time kita kecik kecik tu, apa lah sangat yang kita tahu. Haha. So, kitorang decide nak pi sini sbb nak dapat view berbeza. Pandangan kita tentang Muzium Negara time kita kecik and time kita dah besar maybe tak sama. Of courselah time dah besar ni brain dah mature enough and kita pun dah boleh recall and faham semua sejarah atau facts facts yang depa explain tentang negara Malaysia. Time kecik, nak paham satu hapa pun tak boleh. Haha.

Selain tu, aku nak recall jugak memories aku time pi Muzium Negara masa kecik kecik dulu. So, masa aku sampai tu, aku nampak train tu and aku was like "Weh, mak aku ada tangkap gambar aku dengan adik2 aku dekat train tu" So, recalling those precious small memories is satu experience yang baik.

Apa lagi yang menarik di Muzium Negara?
Korang dapat tengok mcm mana orang zaman dulu dikebumikan and barang barang apa yang diorang guna untuk kebumikan orang. Position kebumikan orang yang diorang praktikkan is sangat berbeza dengan kita skrg ni.

Kita jugak dapat real life experience dengan benda benda yang kita selalu nampak dekat dalam teks book ja. Tapi, dekat Muzium ni, ada replika of the things which make learning session lagi fun. Contohnya, bunga emas yang sultan bagi dekat orang luar tu kan, dalam buku teks nampak kecik je weh kan? Tapi, sebenarnya bunga tu tersangatlah besar. Kita takkan tahu saiz dia if kita tak tengok sendiri replika dia cemana,

Sekarang ni kan susah nak cari duit duit lama ni. Tapi, dekat Muzium Negara, depa jual weh duit duit lama ni. Singgit, 2 ringgit, 5 ringgit fashion fashion lama semua ada dekat sini. Contoh kalau RM1 tu depa jual RM3. Gitulah. Tapi, kalau lagi lama duit tu, lagi mahal lah harga dia. Gicheww. Kawan aku pi Muzium Negara beli duit ja kerja dia. Haha

Ni lah kawan kawan aku yang turut serta dalam ekspedisi menjelajah KL kali ini. Haha. Ni kitorang suruh abang securtity guard tolong tangkapkan gambar. 


2. Planetarium
Daripada Muzium Negara tu nak ke Planetarium tu senang jo. Tak payah nak bawak kereta korang ke Planetarium. Korang boleh naik jejantas yang disediakan untuk ke Planetarium. Tak jauh pun jalan kaki. . Peluh peluh sikit je. Jimat duit minyak tang ni nanti. Korang ikut je sign 'Ke Planetarium' tu. InshaAllah tak sesat punya. Haha

Apa yang menarik dekat Planetarium?
Dekat sini ada movie theater. And movie theater depa lain sikit. Lain daripada yang lain. Kalau nak tahu kenapa, korang kena lah tengok movie dia. Movie dia RM6 je. Korang tak boleh nak tentukan korang nak tengok movie apa. Dia ada slot waktu dia tersendiri. So, time aku tu, dia cerita tang bintang bintang galaxy gitu lah.

Yang kelakornya time ni, kan movie dia macam real kan, so, part awal2 movie ni ada gambar real mata manusia tau. Budak budak yang tengok movie ni takut bebenor dengan image mata yang terkedip kedip terkedip kedip tu. Menangis budak budak  satu wayang! Haha.

Lepastu, bila dah habis scene mata terkedip kedip tu muncul pulak scene bintang bintang dekat alam galaksi yang  banyak2. Yang mmg cantik gila lah weh! So, time muncul je scene tu, budak budak ni dalam pada masa yang sama ber "Woahhhhhhh........" dekat dalam wayang tu. Kau bayangkanlah budak budak yang datang dengan bas tu *budak dari lawatan*Bukan sorang dua. Lebih 30 orang jugaklah kot. Haha. Diorang ramai ramai pada waktu yang sama pulak tu. Woahhhhhh..... Haha! Nasib baik kau comel budak budak!

Aku asyik nak tergelak je tengok reaction budak budak ni. Wayang tu pulak dalam bahasa English dengan bermacam macam science term. Entah korang paham ke tak budak budak ni. Haha. Aku sendiri pun amik masa nak paham. Haha

Lepastu dekat Planetarium ni pada aku mmg dah lain sangat dengan Planetarium dulu dulu. Skrg ni ada bermacam macam lagi pasal angkasa lepas, Roket, Measat, semua tuh lah! Ada space pod. Space pod ni korang akan masuk dalam satu mesin, lepastu nanti dia akan pusing pusing. Dia macam simulator korang berada dekat angkasa lepas lah. Tp benda ni kena tempah. If penuh, tak dapek den nak menolong.

Ni aku eksaited sangat nak amik gmbr depan Planetarium sampai entah boleh masuk ke tak dalam water fountain punya tempat ni. 

3. Aquaria KLCC
So, kitorang parking kereta kitorang dekat satu tempat parking dekat luar dr KLCC. Lepastu nanti, kena jalan kaki untuk ke Aquaria KLCC. Kalau nak park dekat KLCC pun boleh, tp mahal. Tapi park dekat tempat kitorang park pun mahal weh! Haha. Pepandai je lah korang cari tempat nak park dekat mana. Janji tak penat sangat engkorang nak jalan kaki pi Aquaria KLCC tu. Kitorang bayar dalam RM20 gak rasanya.

Aquaria KLCC ni lah tempat yang aku paling excited sekali. Dekat sini, mmg students students wajib bawak student card engkorang sbb banyak diskaun seh boleh dapat dekat sini. If korang bawak Mykad je korang kena bayar RM46. Tp if korang bawak student card, korang bayar RM39 je untuk masuk.

Best weh dekat Aquaria KLCC ni. Masuk masuk je korang dapat experience untuk pegang pegang binatang dalam air. Aku pegang tapak sulaiman, pegang belangkas. Dekat situ, dia ajar jugak cemana nak bezakan jantan and betina belangkas dan macam macam lagi lah. Best best best. Aku suka betul bila dapat pegang pegang haiwan ni.

Lepastu, tempat yang aku suka is ada satu tangki silinder yang besar and panjang. Lepastu dalam dia tu penuh weh dengan ikan! Cantik nak mampuih! Mata aku mcm bercahaya bercahaya tengok ikan ikan dalam akuarium tu bergerak gerak berpusing pusing dalam akuarium tu.

Lepastu lepastu, dekat sana yang paling best is korang akan lalu satu laluan ni. Tepi kanan korang ikan, tepi kiri korang ikan, atas pun ikan. Semua ikan! Best gila kot. Dia mcm satu tunnel and korang boleh tengok ikan jalan jalan dekat tepi atas korang! BEST GILA NAK MAMPUIH WEH. cantik gila! Ni tempat favourite aku. The highlight of my day. If korang lucky, diorang akan bagi feeding dalam ni. Korang boleh lah nampak ikan ikan jerung, ikan pari , penyu penyu ni makan. Best weh! Cantik sangat!

Selain tu, if korang nak beli gambar, if korang ada student card, korang akan jimat banyak sgt. Satu gambar RM70 weh. Tapi kitorang berjaya diskaun RM90 untuk 3 gambar. Rugi gila weh kalau tak bawak student card. Nasib baik satu kawan aku ni bawak student card dia.

Time dekat Aquaria KLCC ni, aku tak tahu lah sebab aku pakai tudung color terang benderang ke hape, aku rasa budak budak kecik asyik nak tertarik pandang aku je. Aku sibuk tengah usha usha ikan dalam aquarium tu, lepastu ada satu couple ni. Suami dia tengah dukung anak dia. Anak dia asyik pandang aku je. Aku cakaplah dekat budak tu

"Fish! Fish! Bukan pandang sini *tunjuk dekat aku* Pandang fish! *Tunjuk dekat fish*"

Tapi budak tu lagi tersenyum senyum tengok aku. Haha! Cair aku tengok budak tu. Oh. Budak tu kecik je mcm baby. 1 tahun gitu. Lepastu aku pergi dekat akuarium ikan lain pulak. Tapi budak tu sibuk nak tengok aku jugak. Time ni aku tengah excited tengok ikan mcm belut yang tengah berdiri diri dari pasir permukaan tanah akuarium diorang tu. Aku cakap lagi dekat budak tu

" Fish la. Pandang fish." 

Tapi lagi dia tersengih sengih pandang aku. Haha. Nak buat guane. Budak budak mmg suka aku kot. Lepastu aku blah cepat2 dr situ sbb malas dah nak layan budak tu. Haha. Asyik nak usha aku je. 

Ni lagi satu aku nak cerita. Time dah nak balik tu, ada satu spot dimana engkorang dapat pegang pegang lagi dengan makhluk2 air ni. Aku pegang lah tapak sulaiman tu. Lepastu ada satu budak ni datang sebelah aku lepastu pi bawak satu ikan ni keluar dari air. Aku pun cakaplah dekat budak tu

"Eh! Jangan bawak ikan keluar dari air!"

Kira mcm aku marah budak tu ah! Haha. Budak tu terus terkejut. Terus dia cepat cepat letak balik ikan tu and blah dari situ. Lepastu kawan aku cakap yang mak budak tu ada je dekat belakang aku sebenarnya. Mak dia asyik bagi mata je dekat aku sbb berani marah anak dia. Haha! Cuak gak kot kot mak dia nak sound aku dekat situ. 

Ni lah tunnel yang cantik nak mampus tu weh! Korang dapat usha binatang binatang best dekat sini. Tak nampak ke muka aku eksaited betul dalam tunnel tu? 


4. Petrosains KLCC
So untuk pergi ke Petrosains ni dari Aquaria senang je. Ada tunnel yang menyambungkan dua tempat ni. Korang lalu je tunnel tu nanti sampai lah dekat KLCC. Lepastu naik tingkat yang ada tulis Petrosains. Haha. *Aku tak ingat tingkat berapa*

Time kitorang datang tu, ramai gila kot beratur. Sampai kena amik pukul 5.00 petang punya entry. Pukul 4 semua dah penuh. Ramai beratur yang nak masuk benda bulat transport gerak gerak tu. So, kitorang pi beli tiket sat, lepastu pi makan dulu. Harga tiket biasa adult dengan mykad adalah RM20. manakala for those yang bawak student card, harga tiket is RM18. Dapat lah diskaun RM2. Jimat lah sikit. 

So, lebih kurang pukul 4.55ptg tu kitorang get ready dah nak beratur. Lama gak lah beratur ni. Tapi disebabkan aku sibuk kacau anak orang yang tengah beratur dekat depan aku ni, mmg tak terasa sangatlah penat beratur dia. Haha. 

So, time kitorang dah sampai dekat sana, kitorang mmg kemain eksaited lah nak main and cuba semua eksperimen yang ada! Macam macam weh! Lepastu time aku datang ni mmg ramai hakak hakak and abang abang yang letak booth untuk eksperimen. Best pulak tu eksperimen yang depa tunjuk. Contoh eksperimen dia is. 

Contoh :
Ada sorang hakak ni dia pi menyalakan api dekat lilin lilin ni. lilin ni beratur panjang. *korang dapat bayangkan tak? Lepastu dia tanya kitorang, kalau dia bukak radio ni, apa yang jadi dekat semua lilin lilin tu? Aku yang tak takut jawab salah ke tidok ni jawab jelah lilin tu terpadam lah kot. Lepastu dia pi bukak radio. Rupanya lilin tu siap menari nari sama rentak dengan lagu daripada radio tu weh. Sbb dia menyala ikut frekuensi radio tu. Vibration punya wave. Terbaik kot! Best jugaklah tengok api tu menari nari. Haha.

Lepastu aku mmg sibuk nak mencuba semua benda dalam Petrosains tu. So, time aku tengah sibuk sibuk mencuba tu. Tiba tiba lagu terpasang. Aku gerak gerak je lah kepala ikut lagu tu. Tiba tiba ada satu mamat ni terkinja kinja menari depan aku weh. Aku pun tengok, weh apesal? Hahahaha. Lepastu tiba tiba, ramai lagi join menari menari dekat situ. Weh! Rupanya diorang tengah buat flashmob time tu. Aku sibuk nak enter frame jugak dalam  flashmob tu. Hahahaha. Sebab awkward sangat, aku slow slow ke belakang dan blah dari frame the centre of flashmob tu. Hahahaha. Korang tak tengok muka aku awkward gila fikir entah cemana aku nak blah dari flashmob ni. 

Kitorang tak tunggu pun sampai flashmob habis. Sbb tak cukup masa, kitorang pi lari main eksperimen eksperimen lain. Best jugak lah weh. Ada satu eksperimen tu nak tengok power and kelajuan kita time baling bola baseball. Aku baling punya baling sekali bola tu tersangkut dekat aim dia nun hujung dekat sana weh! Bengong! Dah lah tersangkut tu susah pulak nak lepaskan balik bola tu. Lepastu dah lah orang ramai beratur sama sama nak main baling baling bola tu. Haha. 

Ada satu game racing car ni, kawan aku tak pi ukur dulu ketinggian dia time nak main game ni. Sekali bila masuk dalam racing car tu rupanya kaki dia tak sampai weh. Aku volunteer lah jadi penekan minyak dekat kaki dia. Tapi mmg takde chemistry langsung lah weh. Alih alih kawan aku dapat last time tengah lawan lumba kereta tu. Haha

Lepastu, time dekat Petrosains ni aku sibuk bergaduh dengan satu budak lagi weh. Aku tak ingt aku bergaduh apa dengan dia. Yang aku ingat ayah dia sibuk glaring mata dekat aku sbb aku cari gaduh dengan anak dia. Haha. Lawak ada lah weh!

Banyak lah eksperimen2 best dekat sini. Korang yang tak pernah pi tu, kena pergi! Korang yang dah pergi tu pun, kena pergi lagi! Aku dah 4 kali dah pi sini. 1 kali masa kecik kecik. 3 kali time dah besar. Hahahahaha. Tapi still bengong lagi bila orang tanya pasal eksperimen. 

Tengah fikir awak dekat sana tu tengah fikir dekat/tentang kita ke tak? Hmmm....


So, amacam? Okay tak budget trip kitorang kali ni? Aku harap post kali ni dapat menarik minat engkorang yang tengah plan plan nak jenjalan Kuala Lumpur. Tapi actually ada banyak lagi tempat tempat menarik yang kitorang tak dpt pergi lagi dekat KL ni. So, korang kena nantikan #KeKLKeKita 2.0 pulak! Okay?

List perbelanjaan :
Duit minyak + tol : RM10
Duit Parking : RM 12
Duit Breakfast : RM4
Duit Lunch : RM23
Fees masuk : RM74
Duit gambar dekat Aquaria : RM30
Duit gambar dekat Petrosains : RM20 *kot*
Total : RM173 *approximate range harga*

Still over our budget tapi takdelah over sangat. Still kena ada siapkan duit makan, duit minyak, duit parking semua tu. K? Assalamualaikum. Jumpa dekat post lain pulak nanti ! 

Tuesday, 30 August 2016

Sem 6 Bachelor in Physiotherapy (HONS)


Dean List kali ini,
dean list paling tak tersangka. 

Dean List kali ini, 
untuk semua yang selalu berada dekat sisi Isney Ibrahim dan tak putus mendoakan kejayaannya. 

Dean List kali ini, 
paling bermakna. 

Jadi,
tolong doakan lagi untuk kejayaan akan datang.
Insha Allah. 

Monday, 29 August 2016

[TRIP] A month in Alor Setar, Kedah.

Assalamualaikum,

Jadi, untuk pengetahuan korang skrg ni aku dah sem 6, Degree in Physiotherapy dekat UiTM Puncak Alam. Jadi, time dah masuk sem 6 ni kitorang akan diletakkan di hsopital2 terpilih untuk sesi praktikal. Masa listname first sekali keluar haritu, aku dapat Hospital Seberang Jaya, Penang. Aku dah rasa syok syok dah dapat Seberang Jaya time tu. Dah berangan dah nak jenjalan dekat Penang. But then, tiba tiba tempat kitorang bertukar. So, aku dapatlah Hosp. Alor Setar, Kedah. Tak tahu lah time tu rasa gembira ke rasa sedih ke rasa kelakar ke tp yang pasti rasa cuak mmg ada.

Kalau UiTM ni, pihak atasan yang bagi hospital. Students tak boleh pilih nak hospital mana. Mmg ikut luck je lah. Geng geng praktikal pun tak boleh nak pilih. Semua atas dasar tuah dan jodoh semata. Lepastu, elaun pun takde. So, students kena pandai sep duit lah untuk fikir duit sewa rumah, duit transportation, duit makan, duit nak buat jamuan perpisahan dan macam macam lagi. Nasib baik jugaklah aku dapat JPA, so, mula2 tu ada jugak lah sep sep duit sikit untuk praktikal ni. Tapi semput jugaklah duit time praktikal. Aku asyik nak keluaq berjalan je. Mana tak habis duit. Haha.

So, if korang dapat praktikal dekat sini, or korang tetiba kena stay dekat sini and tak tahu mana nak jenjalan and tak tahu mana nak makan, this is an entry for you! Aku akan ceritakan lah serba sedikit pasal makanan apa yang femes, yang orang selalu dok cerita dekat aku. Tempat apa yang femes dan wajib pergi time datang loqstaq ni dan sebagainya. Ni kira macam entry travelguide dekat Alor Setar lah. Okay? Boleh?

Tempat menarik untuk dikunjungi di Alor Setar Kedah.

1. Dataran Alor Setar
Kalau datang sini, duit pun tak pakai sangat sbb dia takde fees masuk. So, korang boleh datang and terus amik gambar je. Dekat area sini banyaklah tempat2 bersejarah dan tak cukup bersejarah yang korang boleh lawat/tengok. Tapi bagi aku, yang paling menarik dekat sini, ofcourse lah tulisan ALOR SETAR terpampang besaq ni.

Boleh lah korang lompat lompat dekat sini. Selalunya dekat sini jadi tarikan photoshoot org kawen jugak. Time ni, ada 2 pengantin beratuq nak amik gmbq kat sini


2. Menara Alor Setar
Kalau korang datang sini, wajiblah datang tempat tempat gini. Bukan selalu pun ada chance nak naik menara Alor Setar ni. Yuran masuk for dewasa is RM9. Kau student ke bukan student ke, RM9 gak. Haha. Dekat atas menara ni korang bolehlah makan angin fresh sikit. Sepoi sepoi je angin dia. Dingin ke tak dingin ke tu bergantung bila time korang naik menara ni. Bila dah naik menara ni jugak, korang tawaflah sampai cukup RM9 korang tu. Duduk lama sikit dekat atas. Bincang pasal negara, bincang pasal keindahan alam, bincang pasal mana satu Langkawi. Banyak topik lain lagi boleh bincang. So, bincanglah sampai cukup korang rasa RM9 tu okay?

Pemandangan Menara Alor Setar daripada kaki Menara Alor Setar. Cantik doh aku tgkp gmbr ni. 


3. Rumah Kelahiran Tun. Dr. Mahathir
Rumah kelahiran Tun Mahathir ni penuh bersejarah. Korang boleh tengok pelbagai seni reka zaman atuk nenek kita dolu dolu, time lampu mentol lagi. Time masuk rumah kena basuh kaki dekat tempayan dulu. Time iron pakai seterika arang berat katang. Time masak pakai kayu api lagi. So, mcm mcm lah sejarah pasal Tun yang korang boleh baca. Korang boleh tengok gak Tun ni dr kecik mmg handsome ke, dah middle age baru handsome ke atau time tua baru muncul handsome dia. Haha.

Best kot sini. Korang dapat belajar sikit apa yang Tun suka, macam mana perjalanan perjuangan dia. Semua tu lah. 


4. Pekan Rabu
Pekan Rabu ni tmpt shopping shopping. Selalunya kaum ibu ibu yang suka mai sini. Rambang mata woi time aku nak pilih barang apa nak beli. Mak aku ada suruh beli kuih bangkit, baulu, kuih karas. Makcik aku pulak ada suruh beli rempeyek, kuih baulu dengan apetah weh tak ingat dah. Aku beli banyak gila kot. Aku pulak yg jadi excited time pi sana. Habis dalam lebih kurang RM150 jugak lah weh aku beli mcm mcm. Haha. Murah2 jugak weh dekat sini. Tak rugi pun. Boleh bg org tersayang as souvenirs sikit.
Hasil tangkapan ikan dekat Pekan Rabu.


Tempat melahap best dekat Alor Setar, Kedah

Actually, tmpt makan ni aku tak berapa nak tahu sangat. Tapi kawan2 aku yang ddk Alor Setar ni mengesyorkan semua tempat makan ni untuk dirasai sebelum masing2 pulang ke halaman rumah masing2.

1. Tat Nasi Ayam
Nasi Ayam dia terbaik. Aku tak tahu pulak harga satu Nasi Ayam berapa. Tapi sekali dengan air, aku bayar RM6 lah lebih kurang giteww harga dia. So, harga standard ja gais. Meh makan sini.


2. Satay Setia
Uish! Satay Setia ni sedap siot weh. Ada mcm2 jenis satay pelik2 pulak tu. Aku rasa mcm nak je tray satay arnab ke, rusa ke. Tapi, yg tu mahal sikit. Time ni duit pun takde. So, makan satay ayam je. Mana satay daging? Oh. satay daging dah habis weh. Time ni org baru dapat gaji. Semua pakat makan satay dekat sini agaknya. Memang sedap. Kedai ni tak jual air, tp depa amik je order air, diorang akan buat air dekat kedai sebelah, Kedai Nasi Ayam Tat. Berjiran la depa dua ni.


3. Nasi Kandar Yasmeen
Ni lah feveret aku setakat aku duduk dekat Alor Setar ni. Kemain sedap lagi rasa dia. Nasi Kandar !! Yeay!! Aku makan simple je weh. Ayam goreng satu dengan sayur lepastu kuah campur. SEDAP GILA BABENG. Apesal benda simple boleh jadi sedap sangat weh? Haha. Korang kena try lah Nasi Kandar Yasmeen ni. Mmg terbaik. Aku bayar ni mcm RM8 je dengan air.


4. Iman Kueyteow Kerang
Bagi aku lah, personally Kueyteow Kerang Iman ni sedap mmg sedap tapi takde lah sedap sangat weh gais. Sedap takat gitu gitu je. Haha. Tapi, dekat sini mmg ramai org. So, tunggu lama. Tempat duduk pun entah dapat entah tak. Tapi selalunya dapat je tmpt duduk tu. Agas pun banyak. Bingung aku nak makan cemana. Haha.


Tapi actually, aku ada makanan feveret lain selain Nasi Kandar Yasmeen tu weh. Aku suka gila dekat mee goreng mamak utara style doh. Bapak sedap nak mampuih. Setiap kedai kedai tepi jalan tu, aku selalu order mee goreng mamak je. Lepastu aku compare rasa diorang. Kedai mana sedap, kedai mana kurang sedap, kedai mana repeat order, kedai mana takyah datang dah. So, bagi aku, mee goreng mamak yg aku berkesempatan nak cuba and sedap is dekat Roadside, Langgar (area jalan depan rumah aku je ni weh) dengan Kedai Mawar (kedai ni pulak seberang jalan rumah aku). Kedai mamak pun tak sesedap 2 kedai ni weh. Korang patut try jugak lah. Ataupun buat macam aku, compare rasa makanan feveret korang dr satu kedai ke kedai yang lain. Okay? Lepastu, buat review cenggini. Haha.

Okay, last but not least, meh akak pisio ni payung sikit gmbr praktikal. Haha

akak pisio kesayangan semua. Haha. Kbai. 
Untuk siapa yg nak praktikal dekat Hosp. Alor Setar tu, boleh contact2 dengan owner Medyna Phsyiotherapy (Clinical Instructor aku) . Rumah sewa dia atas centre pisio Medyna ni. Ada wifi. Kemudahan semua cukup.

Untuk sesiapa junior nak tips dr akak pisio ni, boleh roger2 jugak. Okay?

Lagi sekali, Kbai.
Assalamualaikum.

Tuesday, 31 May 2016

Festival Mega Sport of Health Sciences (FEMOS) Hi-5

Assalamualaikum :)

So, buat pengetahuan siapa yang tak tahu lagi, semester ni aku masuk barisan kepimpinan for persatuan aku which is PHYTAS (Physiotherapy Student Association). Dalam persatuan tu, aku dapat jadi Exco Sukan, Rekreasi & Kebudayaan atau SRK. Aku mmg first thing first mmg mintak jadi exco sukan ni. Rasa melambung happy gak time awal awal dapat. Tapi, bila fikir workload dia, terus nervous namatey.

So, as Exco SRK PHYTAS kali ni, aku berdepan dengan tugasan yang mencabar dan besaaarr namatey sebab fakulti kitorang which is Fakulti Sains Kesihatan/FSK ada buat pertandingan sukan antara persatuan. Ada 14 sukan yang dipertandingkan.
1. Larian
2. Futsal
3. Bola Jaring
4. Bola Baling
5. Bola Tampar
6. Badminton
7. Tenis
8. Ping Pong
9. Bowling
10. Bola Keranjang
11. Chess
12. Berbasikal
13. Perbarisan
14. Tarik Tali



Jadi, tugas aku as exco sukan dekat sini adalah untuk memastikan semua sukan tu ada wakil yang prepared lah untuk masuk bertanding! Gila kau weh! Nak cari atlet punyalah susah! Lagi lagi tennis tu ha. Mana ada student physio yg main tennis. Tak pernah aku nampak diorang pegang pun raket tennis tu weh. Mcm nak gila jugak cari atlet. Cari kapten pun mcm nak gila jugak.

1. Pencarian Kapten
Aku cari kapten untuk semua sukan dulu. Aku cari kapten ni based on orang mmg dah ada pengalaman atau mmg tahu menahu dengan sukan ni. Maybe dia pernah jadi atlet wakil PHYTAS jugak. Maybe dia excellent dalam sukan ni. Macam tu lah. Aku tanya tanya jugak orang orang sekeliling for recommendation. Tapi kenkadang tu ada jugak manusia yang menolak nak jadi kapten. Maybe sbb diorang ingat tugas dia maybe berat kot. Padehal, mana ada berat pun. Kapten ni just pilih atlet yang akan jadi wakil sukan PHYTAS. Decide training bila. Prepare semua peralatan training. Amik medal dekat pentas kalau menang. Spread info pasal sukan tu. Senang kachang tanah je.

2. Pencarian Atlet
Ada sukan yang mmg dapat penerimaan daripada orang ramai. Tapi, ada jugak sukan yang nak cari wakil ni kemain payah lagi. Contoh dia, yang mcm aku cakap dekat atas tadi. Tennis & Berbasikal. 2 sukan ni paling payah lah aku rasa nak cari pemain. Bola Keranjang pun payah jugak pada awalnya. Tapi, Alhamdulillah lepas tu semua benda dipermudahkan. Okay, Tennis ni paling payah sebab takde langsung weh wakil daripada students physio yang pandai main tennis. Lelaki & perempuan. Takde langsung! Pening kepala aku. Tapi, nasib baik lepastu, aku dapat contact jugak sorang akak pjj physio ni, Kak Yat. Dia mmg main tennis and rupanya dia terer gila namatey weh main tennis. Alhamdulillah kitorang dapat Emas for tennis wanita.

Kak Yat Hebat yang sebelah kiri. Hihi


Lepastu, berbasikal. Nak cari wakil berbasikal lelaki punyalah payah weh! Aleh aleh aku pujuk sorang member aku ni, Muiz, sbb aku tgok dia paling fit among semua lelaki ni. Alhamdulillah, dia pun dengan rela hati mampu untuk training naik turun bukit dengan basikal tu. Thanks Muiz! Dan, syukur jugak sbb Muiz dapat gangsa for berbasikal. Perempuan berbasikal, Kak Awin pulak berjaya dapat pingat perak. Kita sayanglah korang ketat ketat.

Muiz dapat bronze meanwhile Kak Awin got silver. Goodjob gais. 


Nak cerita pasal bola keranjang pulak, Femos yang lepas lagi teruk weh. Terus tak hantar wakil langsung for bola keranjang sbb PHYTAS takde pelapis/wakil yang boleh main. Sedih gila kot. Nasib baik Femos kali ni aku dapat tarik budak diploma 2 orang and ada pulak budak degree sem 2 sorang yang pandai main basketball. Rasa mcm semua kerja aku dipermudahkan, kan? Alhamdulillah. Lepastu, ada pulak jugak orang yang baik hati nak coach diorang main basketball. Peh. Bagus betul diorang tu. So, pasukan basketball kita pun berjaya bawak pulang pingat :)

Gold for the girls and Bronze for the boys :) Goodjob lads & gents!


3. Transport Atlet
Ni lagi satu masalah dia. Sukan bola tampar. Court volleyball ni actually dekat fakulti tau. Jauh weh dari kolej! Jauh betul!. Jadi, mcm mana atlet atlet aku nak turun training kalau jauh betul mcm tu! Jadi, aku decide aku sendiri kena bawak kereta. Ulang alik hantar diorang semua naik turun training. Nasib baik time aku bawak kereta tu, aku volunteer bagi kereta aku untuk dipinjam S/U Femos. So, aku dapat surat untuk letak/bawak kereta to Palam. *Budak kolej actually tak boleh bawak kereta to Palam* So, kereta aku takde lah kena clamp! Yeay! Korang nampak tak apa terjadi kalau korang volunteering ni? Senang kan kerja aku lepastu. Takde lah aku cuak cuak tiap pagi takut polis bantuan clamp kereta aku. Yeay!

So, aku hantar diorang naik turun training ni mmg ikhlas. Aku taknak mention pun pasal belanjawan dia. Aku just berharap diorang dapat practice je. And diorang pun mmg tak putus putus training. Bagus weh diorang. Aku pun ada berangan berangan jugak masuk pasukan diorang. Haha. And, diorang pun akhirnya dapat jugak pingat :)

4. Baju Femos
Peh! Ini satu masalah besar! Nak semua orang bayar dah satu masalah. Nak pilih design pun dah satu masalah. Bila dah dapat baju pun masalah jugak weh! Ya Allah! Bawak bersabar banyak banyak isney. Aku taknak details banyak benda pasal baju ni sbb mmg banyak sangat masalah dia. Haha.

Tapi kan gais, satu je benda yang aku rasa time pakai baju tu. Sebab perkataan PHYTAS tu terpampang terang terang dekat baju tu, aku as atlet PHYTAS, rasa bangga yang sangat sangat. Korang rasa jugak tak? Ke.. aku je yang rasa? I was like sangat proud jadi wakil atlet for PHYTAS.

Penuh boot kereta dengan baju. Pergi mana mana dengan baju

5. Penyelaras Sukan
So, as aku exco sukan, aku kena jadi penyelaras sukan. And, aku dapat jadi penyelaras sukan for Netball. Yeay. Netball! Banyak benda weh aku belajar time jadi penyelaras sukan for netball ni.
Macam mana nak buat game liga, rules & regulation dia cemana, penjagaan aspek keselamatan court mcm mana. Banyak benda weh. Sumpah banyak. Court tu aku kena pastikan dia selamat untuk digunakan. By means, court tu sebenarnya ada lubang lubang, so, aku kena tutup lubang tu. Lepastu, kalau hujan, air akan bertakung dekat court tu, so, aku kena tarik air keluar dari court so that court tak licin. Aku kena buat pendaftaran. Aku kena make sure semua atlet faham rules&regulation. Aku kena ada chemistry dengan referee. Macam macam lagi weh!

Sebab benda ni benda yang baru bagi aku. And aku dah habiskan tugas ni dengan jayanya *aku rasalah dengan jayanya. Haha* So, aku rasa benda ni satu experience yang sangat best lah. Acah acah mcm organizer. And aku bersyukur sangat sebab semua atlet netball mmg bg kerjasama. Takde marah marah gaduh dalam court. Semua volunteer datang dan tolong aku bertugas. Referee pun bgi kerjasama. Semua lah weh! Semua! Aku berterima kasih sangat dekat semua orang.

Best kot jadi penyelaras sukan. Dapat topi, dapat baju, dapat 40 kupon, dapat sijil, dapat makanan, dapat kawan. Banyak kan dapat?

6. Bila Penyelaras Sukan Sendiri Kena Main
Mula mula aku mmg dah cakap aku taknak main. Tapi, kawan aku suruh letak je nama aku. Aku pun letak. Tanpa aku sedari, tiap tiap training aku turun. Even bila aku ada meeting pun, aku still turun training. Tanpa aku sedari, aku dah jadi fixed member. Tanpa aku sedari aku main jugak dekat padang. Dan tanpa aku sedari, team aku menang. Kitorang dapat gold medal weh!

Jadi penyelaras sukan ni sebenarya senang jo. Dia jadi masalah bila penyelaras sukan sendiri main sukan tu. Time tu aku kena settle pendaftaran tapi team aku tengah sibuk warmup. Aku akhirnya tak cukup warm up. So, nampak tak masalah dia dekat situ. Time diorang rest. Aku terus sambung buat kerja jadi penyelaras sukan. Ha. mcm tu lah. mcm tulah part sibuk dia.

Terima kasih semua. Teammates. Referees. Volunteers. Atheletes. Tanpa kerjasama korang, meletuplah kepala aku. 

PHYTAS vs MISA 14-1
NUSA vs PHYTAS 6-6
EHSAN vs PHYTAS 1-9

Semi final :
PHYTAS vs OPTIMIST 7-6

Final : 
NUSA vs PHYTAS 5-8

Kitorang masuk FSK Highlight jugak. Dapat 3rd place. 

Yeay! Dapat medal ! 

Ha! Comparison Femos4 dengan Femos Hi-5. Masin seh mulut kita. 

7. Supply barang
Ha! Aku supply meja pingpong untuk atlet pingpong aku training. Meja pingpong kan mahal. Lepastu, mana cukup unit dekat unit sukan untuk pinjam meja pingpong ni. So, kena beli dengan duit persatuan. So, aku dapat jugak lah satu meja pingpong baru harga RM500. Okay la kot untuk diorang training. And, Alhamdulillah, atlet pingpong pun bawak pulang pingat for acara beregu and single pingpong lelaki dan perempuan. :) Tak sia sia kita beli meja pingpong untuk awak. *Terharu*

Meja pingpong baru. Lepas habis Femos pun korang kena main jugak tau!

Banyak pingat diorang ni bawak. Goodjob gais :)

8. Our Achievement
Aku tersangat sangat sangat sangat seribu kali tersangat lah bangga dengan pencapaian kita dalam Femos kali ini. Mana taknya. Dulu, kita dapat tempat ketujuh kot. Ada satu emas je. But now, kita di tempat kedua. Jauh sangat tau perbezaan dia. Alhamdulillah korang! Aku nampak korang dah berusaha turun training dan berusaha yang bersungguh-sungguh untuk mantapkan performance. Aku ada dalam setiap ws group tu. Aku nampak usaha korang tu. Dan mmg aku tabik lah dengan korang. Korang mmg terbaik. Bagi yang menang, ribuan tahniah aku ucapkan! Bagi yang tak berjaya, jangan sedih weh instead, korang banggalah weh dengan diri korang sbb sudi jadi atlet for PHYTAS. Sbb aku tahu aku mmg tersangatlah berterima kasih dan bangga dengan korang, semua atlet atlet PHYTAS. Tak terlupa juga untuk penyokong penyokong PHYTAS yang sudi turun padang, sama sama hitamkan muka untuk cheer atlet atlet kita so that semangat juang diorang ni sentiasa terbakar! Aku pun berterima kasih sangat sangat dekat korang.

PHYTAS in....
Tembak!
*Pow!*
Tembak!
*Pow!*
Tembak!
*Pow! Pow! Pow!*

PHYTAS!
GO!
FIGHT!
WIN!

Ilmu dari Tuhan,
Tangan untuk Insan,
Menjadi Lambang,
Warisan Gemilang.

GOODJOB GAIS.
Aku bangga dengan kita.
Bangga dengan pencapaian kita.
Aku harap PHYTAS selamanya jadi terbaik macam ni.
Lepasni, jom jadi JUARA PINGAT KESELURUHAN pulak!




Yang sentiasa bangga dengan atletnya,
Isney Ibrahim
(Exco Sukan. Rekreasi & Kebudayaan SRK PHYTAS)

Saje nak bagitahu ai masuk perbarisan. Jadi, ai berpeluang jadi ninja kejap.